Thursday, December 31, 2009

I'm not racist..but he cross the border....



Nama subject : Aru (bukan nama sebenar)
Kesalahan : Buat family MIL aku macam family sendiri pastu nak kick me OUT!...damn u!......(bukan kesalahan sebenar)


Tadi dapat call dari Abg Jali, mintak tolong, ade kawan die nak kawen hari sabtu baru nak cari pelamin, baju bagai..adeeeehhhh...Tapi takpela..rezeki.
So,sementelahan besok nak pergi pre honeymoon (2 bulan kawen tak kemana pun..tak sempat..huhu), so nak tak nak kene pasang malam nie...

OK la..tak kesah...pastu tadi hubby call...malam nie ade buat makan2 kat rumah..collect2 duit sorang sikit.
Aku cakapla kat hubby, mana boleh join, kita kan ada job malam nie.. Pastu hubby cakap, tadi abg Ayie call mintak beli Sosej sama fish ball.... Waaaahhh..pastinya malam nie ada BBQ....

Pastu aku teringat, dah setahun rasanya, kalau ada makan2 kat rumah tu, Aru (bukan nama sebenar) mesti ada menempek kat situ. Terus aku cakap kat hubby, aku tak nak kuarkan duit walau se sen pun dan aku takkan join. Kalau takde keje pun aku takkan join....

Ini bukan pasal Aru, ini family abang

No! Saya tahu Aru will be there, saya tak kan join.

Biarlah dia, ini about family

No! Full STOP!
(kata putus dari aku)


Actulally aku dah puas argue pasal nieyh. Pasal kehadiran Aru dalam family mertua aku. Dari aku belum kawen, sampailah aku dah kawen, aku tak suka dia. Dia bagaikan membawa jarum, menusuk secara halus ke dalam family mertua aku. Aku tak suka!

Kronologinya :
Start pada PRU lepas, dia nie kononnya org kuat PARTI ATAS ANGIN (bukan nama sebenar). Satu parti dengan keluarga mertua aku. So, sepanjang kempen, dan PRU berlangsung, dia memang bertungu tangga di rumah. Tak kesahlah. Masa nie semua pun tgh hangat berkempen. Mana2 pergi org cakap pasal politik.

Dia nie jobless...jadi kerja nya memang melepak kat rumah pak mertua aku sepanjang masa. Cakap die memang nak meletup. Dia tahu segala2nya. Dia pernah buat tu, die pernah buat nieyh. Aku bukanlah jeles..tapi mual jugak kalau dah semua benda pun tahu segala dan mesti die je lebih...wahwahwah....

Pendek cerita..zassss....
Aku dengan dia ditakdirkan bekerja bersama2. Bukan satu opis tau. Tapi baru nak buat proposal utk biznes kecik2. Sudahnya dah dia semua tahu kan.. Dia nie duk canang dia chef.. So, kembar aku Melakau (bukan nama sebenar) amik la dia join sekali. Suruh masak burger. Pastu org complaint dia nyer burger tak sedap. Di marahnya org tu, yelah..tak boleh kene tegur. Cerita selanjutnya ada paga entry yang lepas ini. Sejak tu dia tak nak bercakap dgn aku. Langsung pandang aku pun tidak. Tegur pun tidak. Dia buat aku jadi org asing dalam rumah pak mertua aku sendirik.

Dulu, dia kata die kaya..Pakai superbike. Duit balik rumah campak2 je kat bini. Tapi skang dia punye motor kriss pun tersadai kat belakang rumah pak mertua aku sebab takde duit nak bayar. Aku sedar, jatuh bangun org tu pada Tuhan. Tapi bila dia berlagak tak habis. Cerita nak letup, aku jadi pelik. Takkan duit die yang berkepuk2 tu die ta pernah buat simpanan kot. Duduk pun kat rumah Low Cost je. Hurm..pelik pun ada....

Dia kata dia sami H****. Pernah bertapa kat sungai belakang umah Pak mertua aku tuh..
Ok la..tak kesahla ko. Pastu dia kata dia tahu baca Quran. Ada org bagi dia..dia letak kat altar semayang dia (adeh...patut ke aku selamatkan maruah kitab suci tu?).... Asal dia cakap je.mesti nak cakap besar.

Dulu, tiap2 malam dia melepak kat rumah pak mertua aku. Boleh layan tgk tv sampai takde org nak layan die dah..semua dah ngantuk nak tido..die boleh duduk tgk tv.... Baru2 nie baru aku dapat tahu..umah dia takde TV, jadi dia melepak akt umah pak mertua aku utk tgk tv..skang dah ada tv...lesap terus..jarang2 je duk umah tu...Tapi still buat rumah tu macam umah sendirik..

kalau pak mertua aku buat makan2 kat rumah, dia paling menyibuk sekali. Habis semua keputusan pada dia. Dia jela yang tau apa yang sedap..apa yang tak sedap. Die jela yang tau pe yang terbaik. Sudahnya, aku perasan, adik beradik hubby aku dah tak sepakat. Ada yang ikut kepala aru, ade yang tak. Kalau tak ikut, ne pulau. Buat2 tak tau. Dah tak harmoni..sedey..

Dah tu pulak, die tu H****, tgn entah datang mana, preparekan makan utk family aku (family mertua pun family aku jugak kan...)... Aku cukup tak berkenan. masa kenduri aku haritu, aku dah warning hubby awal2, and aku dah hint keluarga mertua aku, aku tak nak dia sentuh makanan2 untuk kenduri tu nanti. Kalau aku tahu, aku tak kan makan dan family aku jugak takkan makan. Ok lah..dia cuma jaga pembahagian lauk kat dapur. Itu pun aku dah cukup tak berkenan.

Die boleh datang rumah tu, tegur semua org, tapi aku depan mata, pandang pun tak.hirau pun tak. Ignore macam aku tak wujud. Eh, Hello...aku menantu rumah nie tau!....
Pernah la aku buat tak tau je perangai dia tu. 5 6 kali aku tegur tapi dia buat tak tau. Tak layan..pandang aku pun tak... Buat aku macam org asing. Hari tuh, die beria nak makan kat rumah pak mertua aku. Kecoh, dari dapur boleh dengar dia nak makan asam pedas mam masak, sekali die tgk aku ade kat dapur terus patah balik takmo makan. Hari tuh, aku nak tolong masak2 sempena ada makan2 kat rumah, die boleh buat arahan segala dan ignorekan aku..


Serius sedey. Skang nie lagi pulak.. Kes Abg Syam sakit...klik sini untuk entry pasal abg syam sakit. Skang die plak rawatkan.. aku 100 kali tak setuju. Dia tu agama lain. Banyak lagi ustaz2 kita yang boleh ubatkan..kenapa pilih dia. Aku tak nak kelak akidah kelkuarga aku jugak terpesong. Aku tak cukup bagus. Tak cukup iman di dada.. Tapi aku tahu nilaikan kedudukan agama dan akidah ku... Hari tu Kimi (anak buah hubby) galak bercerita..kononnya keluar jarum dari dahi abag syam. Kalau org yang lemah imannya, pastnya berkata sami hindu nie bagus. Cara dia boleh ubatkan abg syam.. AKU TAK SETUJU!!!!

ini bukan masalah peribadi atau pendangan aku sendiri. Ini dengan pemikiran rasional dan logik akal.
Siapa2 yang sudi hulurkan pandangan, bglah tahu aku. Apa muslihat dia dalam memasuki keluarga pak mentua aku.

Sampaikan mama tak tegur, ayah senyapkan.menangkan dia. Kak Zah marah kalau tegur pasal Aru, Abag Ayie, Abg Syam, Imran melenting kalau kata Aru tak betul..Katanya "Kau apa tahu?".....
Hubby juga melayan baik Aru walaupun isteri dia diketepikan.... Sedih..

Kalau ada apa2 melibatkan Aru, aku cepat2 undur diri. Aku sedih sebab aku automatik tersisih. Aku sedih sebab Aru masuk campur dalam perhubungan kami anak beranak. Aku sedih dan kecewa.

Pernah aku cakap pada Ayah (pak mentua aku)....

"Asyik Aru je jadi anak kesayangan ayah..Nik bila pulak?"

tapi aku rasa ayah tak dengar..dan aku lebih suka begitu...











I need help - my lappy



Sesiapa...tolonglah bantu kami laki bini ini...huhuhu...

A few weeks back, lappy tu tak boleh on... Cuma boleh entrer safe mode..pastu buat system restore. Alhamdulillah..lepas buat system restore dah ok balik...boleh guna macam biasa, and it happens continuosly, rasa masa tu maybe takde pape kot..juts small matter. However...malam tadi, hubby try on..jadi balik. Buat system restore..pun tak mo jalan..amik checkpoint yang bulan lepas punya pun tak boleh. Nak repair pakai CD Windows pun tak boleh. Da scan virus tapi tak ade.
Da diagnose kat startup pun takde problem..run in pun nan ado..

Masalahnya still tak boleh on...die hang kat sini:

Lama plak tu...kalau aku force restart, dia akan kuar menu untuk safe mode. Kene enter safe mode. Pastu try nak system restore...tak dapat...ade sape2 boleh bantu aku?

Please2 help me....

Tuesday, December 29, 2009

Cuti2 Krismas Hohoho



Cuti2 krismas...tak sambut pown...

Cuma malam krismas tu, lepak dgn kembar aku si Rahimi (kembar okeh..bukan pakwe tau cayang!..don jeles2..wakaka) dengan Febby dekat Kayu SS2...
Aku pun tak paham ape best sangat Kayu nieyh sampaikan mana2 port Rahimi nie lepak..mesti kat Kayu...hurm..aku rasa dia ade share la dengan Kayu nie. Sebab tu asal boleh kayu..asal boleh kayu..

Tapi ok la..lepak2. Gelak2 macam harem..samapi kul 3.30 pagi.
Pastu aku dengan dzul pergi sambung jalan2 kat the curve. Masa kitorang sampai, org dah takde. Yang ada cuma workers yang tgh busy kemaskan all the mess... Pergh..memang busuk gile ar that place. Baru lepak2 amk gambar jap aku dah pening..
Terus ajak dzul balik umah. Tak larat.

Besok hari nye... kemas2 ingat nak jalan2 pusing tempat2 peranginan style kamikaze (berenti ikut suka.takde planning)...
Tetiba teringat aqib kawen plak....kat cheras. Berdesup tukar baju dan ke sana.. Naseb baik sempat. Pastu, malam tu lepak2 umah mama saja.

Hari sabtu jalan2 gi PD dan Melaka. Pergi Muzium Tentera darat Malaysia. Erm..ok la..tapi sebab sampai pun dah petang. Jalan jam sikit di highway dan hujan lebat. So, tak banyak yang sempat di tgk. But still exciting.

Pastu gerak pergi Melaka. Also jalan Jam. adoyai.. Tension...
Tak de jalan2 ape..just makan di kota laksamana, pastu teman rahimi amik barang dekat masjid tanah. Then terus balik.

Hari ahad plak, bersiap2 nak pergi kenduri aqib di ampang. Tengah siap2 tu, dapat berita dari kampung. Ayah kak mas (kakak ipar aku meninggal..innalillah...al fatihah) dapatkan flight tikcet..aku dgn dzul hantarkan ke airport. Samapi lambat ke kenduri. Ramai yang macam pandang slack sebab datang lambat. Tapi biarlah..besok lusa org akan tahu..too many sad things happens..sikap dan mentaliti. Jadinya hilang mood seharian kerana kesedihan. tak mo cite dalam blog. Nanti hubby marah..

So, there is the end of my krismas holliday. Nothing much..but full of story actually. Dari happy,sedih, sabar, tension..semua nya ada... dan insyaAllah ianya mematangkan kita,...


Saya nak buka akaun..bukan nak interview mintak kerja!!



Salam..saya nak buka akaun.

Akaun?Sekarang kita dah takde buku akaun. Skang kita pakai ATM kad je.

Owh..ok...
(masih blur..apehal minah nieyh)

Dik, bawah 18 tahun tak boleh buka akaun sendiri, tak boleh pegang ATM kad.

erk...saya umur 24. dah kawin dah pun. Dah nak ada anak pun

Owh..yeke..nampak muda
(muka macam blur tak percaya...aku dah start rasa annoying,tp takpela..kesalahan pertama..maafkan jela..)

Duduk mana?

Damansara Utama

Kenapa nak buka akaun di sini?

Tak boleh ke?
(aish..banyak soklan plak)

Kene dekat dengan tempat kerja atau dekat dengan rumah.

Owh,tempat kerja saya dekat sini je.

Kene bawak surat dari company.

Kenapa pulak nak kene bawak surat dari company?
(still blur..minah nie apesal..)

Yelah, kalau tak kene deposit RM260. Awak nak bukak akaun nie untuk masuk gaji kan?

Tak, saya nak buka akaun personal.
(pandai2 je main teka2...)

Kenapa nak bukak akaun personal?Kene deposit RM260 tau.

Yelah..takpelah.
(apsal?muka aku nie miskin sangat ke)

Gaji masuk dekat mana?

Hong Leong

Owh..kerja company ape?

Architecture.

Nama company ape?

Z*******

Tak pernah dengar pun..
(sangat kurang hajar ok..)

Company baru.

Yela..tapi tak pernah dengar nama
(nak kata tak establish ke?..lempang kang!)


Owh.yela..gaji awak tak masuk sini.
(ingat maybank je yang masuk gaji semua org?..)

.......
(diam..dah malas nak reply pape)

Tu husband ke? Baru kahwin eh
(sambil menuding dengan bibir ke arah huband aku dan mata tgk jari aku)

Yup.

Bila?

Awal bulan 11 harituh
(ape minah nieyh)

Owh...husband keje company sama ke?

Tak..lain2..dia keje KL

Ini bukak akaun nie kene deposit RM260 tau!

Yup..takpe..
(ko dah ulang 5 6 kali l*****t)

Ok, ini borang..pastu tanda tangan kat sini..kat sini..kat sini... boleh isi kat meja sebelah ye..

OK, mekasih

Masa tgh isi borang tu, terperasan, tempat yang dia suruh tanda tgn tu adalah borang insurans dan dia tak mention pun. Licik betul.. AKu memang hangin. Kalau dia nak aku join..inform la..bukan dengan kepilkan sekali dengan borang buka akaun. Ini tidak. Dia takde mention pape. Kalu aku sign tu, tak pasal2 duit dalam tu berkurang sendirik. Benda yang bagus sekalipun, tapi cara nya tak kene, memang jgn harap aku nak sign up. Tak suka licik gitu. Ingat aku bodoh ke!

Miss...nie borang apa?..insuran kan?

Ha'ah...

Mesti isi ke..

Tak semestinya. Tapi bagus ada.bla..bla..bla..bla..cuma RM20 je sebulan..decuct direct dari akaun..bla..bla..yenna..yena...
(WTF!!...sangat kurang ajar bermain licik macam tu)

Tapi ini requirement untuk buka akaun ke?

Tak..tapi..bla..bla..

takpelah..saya tak berminat
(agak kurang ajar potong dia cakap..tapi cara dia sangat taksuka..membelit...menindas org yang tak tau baca...)

Pastu aku pun serah lah...

Dah berapa org anak?

takde..

Tadi kata ada..

Tadi kata NAK ada...

Owh..dah pregnant la nieyh...cepatnya....

Ha..ya...rezeki
(totally annoying tau!bust**d!aku tipu je dia.menyampah nak jawab)

Ok, duit tu, pergi deposit machine..bank in kan...Cepat2..bank dah nak tutup nieyh..

Ok
(Vavi la kan..ko yang lembap..pastu cakap macam aku yang lembap.)

Dah masuk..pastu back to her la kan..

Ok..duit nie tak boleh keluarkan sleagi belum 24 jam.

Ok

Ok..sign sini..sini..sini...Ini simpan..bla..bla..bla...

Ok mekasih..

Terus berambus cepat2.


Serius aku tak suka dia. Layanan yang teruk. Sibuk jaga tepi kain org. Kalau nak peramah pun bertempat. Ini tidak..sibuk saja...
Aku nak mencarut2 je rasanya.. Tapi hari tuh mak aku dah tegur..

Banyak sangat cakap tak elok dalam blog..cik tak pernah ajar tau. Mana belajar nieyh

ahahahha...jadinya skang kalau kuar bintang2 tu aku mencarut la tuh... Nak tulis penuh2 kang mak aku call direct kasik bazooka baru tahu..ahahahha.....

Kepada petugas kaunter..kalau org nak buka akaun ke hapa ke.. Nak tanya boleh...Jangan lah dah macam menyibuk tepi kain org. Dah la baru first time...


p/s : Dulu pun pernah jugak.....nak order cookies...tapi tanya sampai tidur kul berapa..buat kat mana...Tak penat ke?... Banyak tak order...ape2 ntah soklan..tak paham aku..

Imegresen Oh Imegresen



Hari Khamis lepas aku pergi imegresen Pusat Bandar Damansara. Nak buat passport la since dah nak fly lagi 2 minggu. Memang dah tak boleh tangguh dah (padan muka..tuela..keje bertangguh2)...

Beriya amik cuti half day petang.... Sekali pergi, nombor dah habis since pukul 11 am.. Damn... duk jap..pikir apa nak jadi pulakkk (3 Abdul)..
Terus berkejar pergi Subang plak..dengan penuh harapan nieyh..sampai2 tgk org tak ramai.. Yes...ada harapan nieyh...

Sekali...no habis pukul 9 am lagik...adessss....

So, memang patah hati jap la... Berazam dengan keazaman yang tinggi nak pergi buat passport hari Isnin pagi2. Tak payah amik cuti. Bertenggek di depan pintu pukul 8 am...
So, sementara dah takde ape nak buat nieyh..pergilah Maybank sek 14, nak bukak personal account.. Tapi tak mo citer kat sini..nanti cite entry lain..

Hari ISNIN...

Pukul 6.30 dah bangun..siap2 segala... Lepas tu bertolak pergi Imegresen Pusat Bandar Damansara... Sampai sana pukul 8 am... Confident la boleh siap cepat. Sempat nak berkejar balik opis.... Nanti lunch baru datang amik passport yng dah siap tu.

Sekali........amik ko..beratur 1km panjang. Aku no ke 1205..... Tension giler.....
Sampai kul 8am...Pukul 9.40 am baru dapat amik nombor. pastu pukul 12.30 baru dapat serah borang. Pastu pukul 2.30 baru dapat bayar... Lepas bayar, perut dah macam haram bergendang gendut...balik umah mama, makan. Balik sana balik, amik nombor utk amik pasport(no cuma boleh amik lepas 2 jam dari waktu pembayaran).. KUl 4 pm amik no..Pukul 6.30 pm baru dapat passport..pergh...penat nya..kalah kerja satu hari suntuk kat opis...


Kesimpulannya..kalau nak buat passport..jgnla time cuti sekolah. Pergilah time budak baru naik sekolah ke...confirm tak ramai org..Damn!....


Cumanya..aku tak delah jadi marah ke hape sebab pegawai yang bertugas tu semuanya bersopan santun.... Walaupn tanya soklan berulang..baik je jawap..walaupun org tengah ramai..bising..busy..tapi tetap sopan santun.. Nak wat camne..org ramai..ye dak..!...
Two thumbs up utk petugas di Jabatan Imegresen Bahagian passport Pusat Bandar Damansara!....

Taaapiiiii..... Pak guard nya sangat kurang hajar.. Aish..aku sabor jela... aku tanya elok2 nak marah2... Pakcik..kalau tak suka kerja situ..tak payah kerja lah!....Huh!... Lempang laju2 baru tahu... Aku sabor je...ingat pakcik..sumpah2 dlam hati jela... Kang kalau termasam kang di kata aku kurang hajar kan... haish..bengang sungguh!

ok2..tu saje...

Tuesday, December 22, 2009

PROMOSI QUINY BRIDAL 2010!!!!!



Quiny Bridal, Deep Blue Lense dan Eyelicious Make Over kini bergabung tenaga menyediakan Promosi 2010 untuk semua!!!

Promosi 2010 - RM300
* pre-wedding photoshoot, wedding outdoor shooting, portfolio etc.
* 1-2 hours
* 100-150 shots (+ 50 edited pics) in CD
* location around Shah Alam & Putrajaya

t&c
* booking - RM100
* photoshoot day - RM200
* hand out CD - RM50


FIY semua, JV nie antara DBL & Eyelicious Make Over.. (DBL provide perkhidmatan photoshoot... Quiny Bridal sediakan pakaian & Eyelicious Make Over mekapkan anda!)


Here's the Promo!

******************************

gown/blazer collection by Quiny Bridal


gown1 - size S


gown2 - size S

gown3 - size M

gown4 - size S / blazer1 - size M/L (only the black blazer)

gown5 - size S/ blazer2 - size M/L (full set)

Contact Us:
Nik
(M) : 012-3857747, (E) : nikhakimah@yahoo.com
Dzul (M) : 012-6818004, (E) : dzuly_na@yahoo.com

QUINY BRIDAL ENTERPRISE 001872656-D

G-10-20, Blok G,
Pangsapuri Pelangi Ara PJU 6A,
Jalan Teratai PJU 6,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan






******************************
make -up collection by Eyelicious Make Over

kalau ada sesapa yang berminat untuk dapatkan lain-lain perkhidmatan dari Eyelicious Make Over, bolehlah berhubung dengan :

Rina (M) : 012-2719521, (E) : hasrinarosli@yahoo.com

Monday, December 21, 2009

Bila pos malaysia nak perbaiki sikap?


Ini bukan pertama kali kena dgn Pos Malaysia. Ini dah kali ke sepuluh juta. Surat sampai lambat.. Kalau parcel tu tak payah cakap la..

Ini bayar mahal untuk barangan yang di pos kan..guna Pos Laju. Tapi hakikatnya tak laju pun..

Alasannya, tak ade org kat rumah... Itu biasa..

Pernah aku call follow up, ditendang2 ke satu pihak ke satu pihak...
Tensen..
Lepas tu, boleh plak sound aku...

"cik, takde kami nak simpan barang cik.."

nak je aku jawab..ko memang tak nak simpan..dan ko jugak TAK NAK HANTAR!!

Memang vavi.. kali nie kena lagi.


Mak mertua aku 24 jam ada kat rumah. Kalau tak aku tak letak address tu. BODOH!!!...
Skang plak cuti sekolah..anak buah aku ada, adik ipar aku ada, bibik pun ada...
Diorang memang tak gi hantar pun sebenarnya....

Tapi hubby aku selalu kata..sebab alamat mak mertua aku tu kat Kayu Ara... Ape?..ko ingat aku indon yang tak de passport takde tanah? Pale B**** la ...... Itu rumah LOT...and my MIL is the land owner sial!!!... Kitorang bukan pendatang haram yang sekadar tumpang alamat....



Besok kalau aku call, mesti kata posmen dah kuar. Takpun person in charge takde... Sudahnya makan masa sampai seminggu lebey baru dapat barang tu....

Memang SUCKER la....VAVIIII


Jatuh bangun Butik Quiny Bridal..






Dari hantaran kahwin..ke buku ku dicuri...


Ini adlah entry bercampur rumusan untuk weekend yang busy itu..ahahhaha

JUMAAT
lepas semayang jomat, gerak ke KL untuk amik bunga, nak siapkan hantaran untuk Roz... Roz tempah hantaran fresh flower gitu. Sokak...tapi tue lah...penat..dan bunga yang aku beli degil macam tuan yangbeli...takmoh kembang..tensen...

Mungkin muda lagi kot..huhu..donno....

Balik dari amik bunga, singgah umah mama amik tepak sirih dan juga alas dulang putih...
Gerak ke rumah Ibu Zahrah... amik dulang hantaran ..tembaga gitu...
Tapi masyaAllah....dah legam...lama sudah tak bersihkan... Nasib baik hubby sempat kidnap autosol tu..alal..yang gilapkan tembaga tuh..



Pastu, balik umah..start men deko2.... Janji pukul 11 hantar..pukul 11 tak siap lagi..nasib baik Roz memahami dan tak tido lagi...Kul 2 baru sampai umah dia....
Kitorang duk umah flat...bawak plak hantaran fresh flower..mana boleh tindih2 kan..jadinya..kami naik turun sebanyak 18 kali...ehehhee....lif pun dah kenal kami nieyh...




Pastu bawak plak sikit nyer berhemah....no lipat2.no laju2...no brek mengejut..ehehhe...lobang2 walaupun sikit aku elak habis2 an....ehehhehe

Pastu lepas hantar kat umah Roz di Sg Buloh....singgah Uptown jap...minom...
Pastu baru balik terus kebaboom....



SABTU......
Ingat nak attend kenduri Roz...tapi teringat passport tak buat lagi..jadinya, aku dhn hubby konon nak pergi buat passprt...sekali kaunter tutup..macam haram jer kan...
diorang nak cuti sambung2 macam swasta jugak..uhuhu...
sudahnya, bfast di kedai mamak saje... Then balik, tukar baju...pergi kenduri Kecik di Pandan Indah....



Hujan turun macam langit nak runtuh sepanjang perjalanan lebih2 lagi di KL...tapi sampai je rumah perantin..setitik air pun tak ado....

Kecik, bomoh hujan ko memang hebat lah,....

Pastu balik, singgah umah mama...dua2 macam haremmm...tido terus ahahhaha....
Bangun2 terus balik....mengemas la umah yang macam tongkang pecah..samapi kul 4 pagi....ehehhehe....





AHAD....
Memang dah tak larat nak buat apa...plan nak gi mancing..tapi tak jadi...
Masa mengemas semalam...ade la nak buang buku2 magazine2 yang housemate aku nyer dulu..katanya dah takmo...jadi ingat nak jual la kan... letak la kat luar umah tu sekalidgn sampah2 segala.... Pastu masa nak turun gi buang, sekali dah nan ado...ado yang mencurik.... Kuat betul tenaga ko ek amik buku tu....padahal berat tu..aku angkat dgn hubby pun belum tentu lepas... Tapi diorang angkut lesap terus..nak marah pun ada...

1) Sebab diorang sepah2kan polystrene yang dalam kotak buku tu....ces...kalau betul nak curi.,..angkat sekalidgn sampah2 yang banyak nieyh..

2) Kot ya nak amik sekali pun..kot ya org dah tak nak..mintak la izin..tanyalah dulu..nie main sebat jer....Aku sebat dgn batang pokok bunga kertas ko tahulah nanti...


Kebetulan Gas plak abis....barang dapur pun banyak dah habis walaupun belum habis bulan..aish...sedey2..

Siap2, gi Tesco...menderma jap kat Tesco, pastu balik, makan..terus kaboom...



Hari nie..tumit dna betis aku sengal2..huhu...sian aku..



p/s : semalam amik gambor kat umah kecik..terasa macam dah gumuk... Haish..kene timbang berat nieyh..

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru.....



Untuk amalan bersama..ini pun c&p dari blog My Adha

DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


DOA AWAL TAHUN



Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, December 16, 2009

Panas dari Oven







Saya pakai MAXIS....ya...sejak saya kerja...tukar pakai line MAXIS....

walaupun servis hampes..sikit2 tu pejam mata dah la..mana2 pun ade kurangnya...

Jadi, apa yang panas...


Bulan 11, bil saya RM180....nie sekali dgn hubby punya... Oleh sebab syok je shopping, terkuranglah rm50 utk bayar bil tepon.. Bayar la dulu RM150... Takpelah..bulan depan boleh bayar je balik lagi RM30 belen tu kan...

Sekali tadi... MAXIS bhgian collective call....

Cik Nik Hakimah (eheheh..sokak org panggil aku cik)....anda ada payment yang belum dijelaskan.. minta bayar secepat mungkin, lagi cepat lagi bagus, kalau tidak line anda akan di BAR...

Yezza..dia kata gitu.... Aku pun terkejut beruk la....

Eh..ape u cakap nie..i tak paham.... Takkan dah sampai kredit limit kot...

Kredit limit dikira utk satu bulan cik, bukan untuk bil tertunggak (same jela..ntah hape2 ntah..kalau gitu, lagi la senang sebab ikut bulan..bukan ikut total amount..BODOH!!)...

Kenapa pulak nak kene bar? Berapa tunggakan saya (dalam hati aku..takkan hubby tak bayar kot bulan lepas...)

Bulan lepas bil adalah RM180, masih ada baki sebanyakk RM30, sila bayar untuk elakkan kena bar....

Eh..kenapa pulak...itu RM30 je balance..kenapa pulak kene bar. Sedangkan saya bayar large amount of RM150, cuma RM30 tak bayar pun kene bar ke?

Yelah..tapi cik ade lagi RM30 tak bayar..bla..bla..bla..yenna...yenna...yenna....

Awak nie memang dari maxis ke or agencies?

Dari maxis bahagian collective (agencies la tuh ngok!!!)

Takpe..nanti saya call Maxis sendiri...eh..nama u apa?

Tuuuuut..tutttt....


Letak phone...cilakak

Terus call maxis..yenna..yenna..terangkan bla..bla... Sorry la Miss Praba..tak pasal2 u kene marah... Memang hangin satu badan tadi.. Dan tadi terus complaint about the agencies... And nak tau?bil bulan ni, campur dgn bulan lepas yang seciput RM30 tu..cuma RM156 je.... huh...bengang aku...


Lain kali..kot ye nak remind pun..remind la elok2... Aku dah guna maxis dah lama dah... Dah 3 4 tahun dah.. sekali dia tibai kurang ajar gini..memang rasa bengang...Servis ko pun bukan bagus sangat..mahal...
Maxis kene la cari agencies yang elok sikit...bukan yang kurang ajar camnieyh....
Remind elok2... tak cecah kredit limit pun... Tak hutang sampai ribu2 pun... ratus pun tidak..baru RM30 je.... logikla..aku bayar sampai RM150..RM30 kurang tu maybe kurang cash masa tu kan...

Haish....skang terasa nak tukar line baru.... Maintain nombor lama....
Kawan2 rasa ape line yang sesuai utk saya pakai?
Tak suka SMS sangat..suka call je...dan suka call hubby dengan kerap....ehehehheh..ape line yang best eh?

Tuesday, December 15, 2009

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....



Tengok tajuk entry..macam hubby dgn aku bergado / berselisih paham..... Tidak... jangan pikir negatip2. Jadi macam Kak Emy, pikir positip-positip saje...

Actually semalam kat Astro Prima (kalau tak salah la..) ade tayang cerita P.Ramle... 3 Abdul.
En Hubby sangat suka tgk cerita P.Ramlee dan penyakit tu dah berjangkit kat aku... Pusing2 chanel lain semua tak best.. Baik tgk cerita tu.

Dalam cerita tu ade satu lagu faveret En Hubby, dia suka nyanyikan utk aku...






And semalam, masa sampai part tu, dia buat panggilan emergency. Suruh aku pun duk depan TV sama dia.

And guest what?..Dia peluk aku, dan kitorang dancing2 gitu... Sambil tu dia nyanyikan that song..... Pergh.... Jadi semalam adalah malam romantik kami... Weeeee.......


p/s : En Hubby bukan seorang yang romantis..tapi die sangat spontan.... And I love his spontaneous..... Love you Sayang...

Monday, December 14, 2009

Kadar mas kahwin




2 negeri sedia naik mas kahwin

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad, Hanneeyzah Bariah Baharin, Nor Akmah Youp, Irwan Shafrizan Ismail, Abdul Rahman Adam dan Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my

Johor, Terengganu mahu ikut jejak Selangor tetapkan kadar baru RM300

KUALA LUMPUR: Johor dan Terengganu sedia mengikut jejak langkah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menaikkan mas kahwin daripada RM80 kepada RM300, manakala beberapa negeri lain mengekalkan kadar sedia ada.

Di JOHOR, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata sudah tiba masanya jabatan agama di seluruh negara mengubah semula mas kahwin seiring peredaran zaman.

"Di negeri ini, memang ada perancangan untuk membincangkan kadar mas kahwin yang sudah diguna pakai lebih 70 tahun.

"Mas kahwin ialah pemberian istimewa bakal suami serta hak pengantin perempuan, jadi ia perlu diletakkan dengan nilai istimewa," katanya, di sini.

Sumber dari berita harian online



"Mahar berasal dari perkataan Arab. Di dalam Al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-'aqd.

Menurut istilah syara', mahar ialah satu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

permberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorangsuami terhadap isteri."

Sumber dari : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/Mahar.pdf




Aku memang 100% setuju, tetapan untuk mas kahwin ini dinaikkan. Merujuk kepada beberapa contoh dari kawan2 aku lah kan.. hantarannya sahaja sampai beribu raban. Macam nak terbeliak tgk hantaran sahaja. Padahal ianya tidak diwajibkan. Tapi bila sampai mas kahwin, cuma RM80. Dari situ dah nampak ketidak seimbangan pemberian antara adat dan juga kewajipan(bukan dalam rukun nikah ya..)...

Jadi aku rasa tindakan menetapkan Mas kahwin kepada Rm300 itu wajar. Dalam Facebook, ade sorang kawan aku...Kencana (bukan nama sebenar) mengutarakan isu, bahawa kenaikan mas kahwin akan menaikkan juga kadar hantaran. Bagi aku, ianya terpulang pada individu. Kenapa mesti naikkan hantaran?..Siapa yang menetapkan hantaran?. Hantaran tu wajib ke?

Jadi, tepuk dada tanya selera. Pilih bakal isteri yang memahami status kewangan anda. Jangan pilih yang pandang pada glamour.
Bakal isteri yang bagus akan pandang masa depan. Yang depan tu nak pakai duit jauh lebih banyak.

Aku bukan sekadar berkata. Memang sukar nak tukar menataliti org tua kita. Untuk mengurangkan kadar hantaran. Kadang2 boleh buat bergaduh. Tapi aku yakin, kita yang mencorak masa depan kita. Pertahankan apa yang anda rasa benar. Dalam masa yang sama sentiasa menilai keputusan yang kita DAH buat.

Aku berani cakap gini, sebab hantaran aku rendah je...hehheheheh......Walaupun mas kahwin aku tinggi (utk dalam Selangor key!).... tapi mak aku bijak, dia mintak kurangkan hantaran dan ebihkan pada mas kahwin...
So, mudah je jadinya.

Jadi renung2kanlah.. mas kahwin tu, hak isteri. Kat Kelantan, mas kahwin memang tak ditetapkan. Jadi itu adalah satu isu yang lain. bila tak ditetapkan, dia ada plak cara camner nak timbal balik berapa nilai mas kahwin. Di sana rata2nya mas kahwin mereka adalah RM 5,000. Tapi TIADA wang hantaran. Kalau yang tak mampu tu, boleh je nak bagi mas kahwin kurang.

So, renung2kan ya... Ada baik dan buruknya..tapi semuanay sebenarnya terletak pada kita..

Saturday, December 12, 2009

4WD




Hari nie, hari paling banyak aku dgn dzul Bolog...nie kalau org Bolog nak copy tempek masuk blog depa pun silakan lah....


Masa tgh drive balik dari KL yang sesak.... ade satu 4 wheel drive.... Storm barangkali... Mencelah-celah dari belakang...

dzul : Sayang..carefull..ade kereta himpit dari belakang nie..
aku : ok bos..

Sebaik sahaja kereta melintas...
aku : owh... 4 x 4 (sila baca four times four)
dzul : hahahahhahahahhaa.....four times four...ahahahahahahhahahahaha
aku : ces..hampes...


Pastu lepas singgah umah mama jap, dzul plak yang drive. Dia bawak kereta macam org gila...
aku : hei...bawak la kereta elok2...huh!
dzul : abang nak bawak kereta macam 4 wheel drift tadi...
aku : drift?....ahahahahhahahahahhahahahahhahaahhaa
dzul : yela..macam 4x4 tadi la...ahahahaha (cuba mengetawakan aku tanpa menyedari aku ketawakan dia...bajet aku tgh ketawa pasal aku bolog tadi lah....)
lepas seketika........
dzul : bodoh...... nape sebut 4 wheel drift..drift tu hape...
aku : ahahahhahaha...sambil gelak guling2 di lantai kereta....




credit pic to : http://www.sharetrails.org/magazine/trailrides.php?id=570


p/s : masa tgh tulis entry ni pun rasa nak tergelak lagi.....bagusla..laki bini bolog benda yang sama pada hari yang sama..agahahahah

Thursday, December 10, 2009

Skandal saya...



Semalam kuar dating dgn en.skandal...tuuuuuuuuuuuuuuutttt. (org ade skandal..aku pun nak jugak...ehehehhehe)

Kuar tgk wayang, GSC kat One Utama. Plan ingat nak tgk twiligt new moon. Tapi tibe2 en. skandal tukar plan plak...nak tgk 2012.. hurm..memandangkan aku pun tak pernah tgk lagi...so ikut jerla idea dia....

Walaupun dah minggu ke-3 ditayangkan, 2012 tetap penuh panggung. Aku pun semalam nasib baik je sebab sampai kat kaunter tu, lagi 3 minit nak bukak reservation punya tempat. Cet..apela diorang nie..reserve..pastu takmo datang...Mintak izin dgn org kaunter tu nak tunggu, die pun ngam je..kami pun tunggu la 3 minit.

Pastu turun level bawah jalan-jalan tgk Christmas SALE....Ingat nak beli botol air....ade diskaun samapi 30%.. Tapinya awal2 en.skandal dah buat muka tak tau...ces...hampess...cobaan menggoda tak menjadi...


Lepas tgk cerita 2012 ni, aku rasa la..pada pandangan aku la.....
Effect die memang best..superb..mantap.... Plot cerita dia pun ok. Takdelah terlompat2 dan buat kita tak paham... Ramai yang kata tak best sebab macam tak logik..kiamat mana boleh ade hidup lagi kan...
Tapi bagi aku la..dah yang buat nie pun omputih.. Dia mengambil idea je dari kejadian kiamat tu. Dimana, bumi bergoncang, bukit runtuh. Dalam kitab Injil pun ada gak mention kan... Ade bahtera (kunun2 bahtera nabi nuh la), haiwan2 pun diselamatkan...

Bagi aku, yang aku nampak adalah kesan pemanasan global. Sekarang pun dah boleh nampak. Ais kat puncak gunung cair. Banjir tiba-tiba. Tsunami..gempa bumi. Bumi kita dah tua. Kita yang tak jaga. Sebab tu dalam cerita tu Afrika selamat..kat sana mana ada highway 12 lane.....kan....Dan sebab tu Amerika hancus... kat sana banyak gak pencemaran berlaku.

Kesimpulannya...puas hatilah....maklumlah..dah lama tak tgk wayang...sejak kahwin..hubby tak bawak gi tgk wayang.. Jadinya semalam berkomplot la dgn en skandal...heeeeee




p/s: masih dgn mood bengang dgn Pos Damansara Jaya... Damn..baru aku dapat itu parcel..itu pun pickup sendiri dan tunggu more than 20 minit....cet!

Wednesday, December 9, 2009

deko..deko..deko....





Apakah gambar yang keras itu?..ahahahha..itu masa cepat2 amik gambar lepas siapkan job di Saujana Impian.. Deko bilik pengantin...pengantin mintak semuanya putih...beserta dengan daun ivy yang jurai2. Masa nak letak roses warna merah tu pun, kene yakinkan dan terangkan betul2....ehehehe..maklumla..kalau customer kata putih..takkan nak pandai2 kan...

Alhamdulillah..pengantin suka, family pun suka..... Semoga pasni Job lebih2 lagi la...

Sape2 berminat nak buat deko bilik..boleh calling2 aku..

NIK - 0123857747

Monday, December 7, 2009

Penunggu rumah Mama



Sejak aku berkawan dengan suamiku, memang banyak kali dah aku dengar cerita, kawasan rumah mama (my MIL) berpenunggu. Ada yang menjaga. Ada kata pendekar. Ada kata nenek kebayan, ada kata Raja-raja. Tapi aku pun kurang pasti bab itu, sebab aku tak pernah jumpa dengan mata dan kepala aku sendiri.

Malah orang Indonesia di kawasan itu selalu pergi tarik harta karun di belakang rumah Mama. Ada yang kata ada keris, ade batu permata, ada peralatan istana silam. Tapi aku tak pernah jumpa.

Belakang rumah Mama memang luas. kawasan tepi pun sama. Dalam kawasan Damansara Utama yang membangun tu, kawasan rumah Mama aku rasa antara yang besar. Di keliling rumah sahaja ada 7 pokok rambutan yang kerap berbuah. Jalan terus ke belakang tanah adalah sungai Kayu Ara. Di tepi tebing itu jugaklah menginap 3 - 4 keluarga. Suamiku kata mereka dari kepulauan Bouyan, Indonesia. Dah lama menetap disitu. Sewa tapak dari Cik Kiah (adik mama). Di situlah Pak Ling tinggal, Pakcik Sapadi, Nek Aji dan anak beranak.

Dekat hujung tanah tu juga, Ada sepohon pokok Sukun.. Besar..paling tinggi dalam kawasan rumah tu. Hubby kata pokok tu keras. Berpenunggu. Pernah dulu ada orang cuba menumbangkan pokok tu, tapi tak berjaya. Chainsaw rosak. Traktor rosak. Pokok itu bukan sahaja tidak tumbang, malahan luka pun tidak. Kulitnya tidak lut.

Pernah satu hari, wau kesayangan Kimi (anak buah kami) tersangkut di pokok Sukun itu. Kimi sedih, itu wau terbaik dalam kawasan itu. Tapi tak seorang pun berani memanjat pokok sukun itu utk mengambil wau tu. Lalu wau tu di biarkan mereput sahaja. Kimi melongo melihatnya dengan mata terkelip-kelip.

Memang banyak cerita dan mitos yang aku dengar tentang kawasan rumah Mama. tapi aku kurang mempercayainya. Aku masih selamba berkemas di stor belakang pada waktu malam. Masih boleh menjemur karpet yang berhabuk di ampaian belakang di waktu senja.


Baru-baru ini, kami mengadakan kenduri kahwin. Kenduri kahwin aku sebetulnya. Lalu kawasan rumah Mama digunakna sepenuhnya hingga ke belakang rumah, hingga ke rumah Nek Aji, hingga ke rumah Pakcik Sapadi.
Majlis berlangsung meriah walaupun hujan gerimis melanda.

Selepas majlis gilang gemilang itu berlangsung, rupa-rupanya ada yang datang mengusik.

Seorang demi seorang orang kuat rumah itu demam. Seminggu demamnya. Tapi kami tidak mengesyaki apa-apa. Malah, ada satu malam, sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha, aku berkemas di ruang depan. Ketika keluar menjemur karpet yang berhabuk di ampaian belakang, bulu roma aku meremang. Jantung aku berdegup laju dengan tiba-tiba. Aku rasakan ada nafas yangberhembus di sekelilingku. Ada mata yang memerhati aku dari setiap sudut. Di bawah pohon rambutan, di pondok rehat di tengah padang. Terasa dibelakang ku ada roh yang mengejar. Aku berjalan laju-laju. Namun aku tidak berlari. Aku tahu, aku tidak boleh kalah pada pa sahaja yang menggangu rohani aku. Namun, jatung aku makin kuat berdebar. Mulut ku tak putus-putus membaca ayat kursi. Aku rasa, bacaan ku tunggang langgang namun aku teruskan jua. Samapai sahaja di beranda rumah, aku gagahkan diri menoleh ke belakang. Kosong. Namun aku dapat rasakan seperti ada roh-roh yang bagaikan tersekat di hujung beranda. Tidak dapat memboloskan diri menaiki tangga beranda. Ayat kursi terus ku baca.

Kemudian nampak balam-balam suami aku muncul. Aku makin rasa selamat.


"Kenapa?"

"Ada benda mengikut.."
akumenjawab pendek.

"tak ada apa-apa lah.."

"Cuma risau kan anak kecil sahaja..."
kakak ipar aku baru sahaja bersalin, masih dalam pantang

"Baca ayat kursi banyak-banyak, masuk rumah secara membontot dengan padangan dihalakan keluar..."

Aku cuma mengikut... masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus mencuci kaki dan muka. Kemudian duduk bertenang...

Itu cerita aku, tetapi lebih kasihan pada Abg Syam(abg ipar aku). Dia demam beserta sakit kepala yang teruk selama dua minggu. Puas berubat dengan doktor, tapi doktor tidak dapat mengesan penyakit Abg Syam. Hinggakan dia menjalani CT Scan bagi mengetahui punca penyakit. Namun, tiada tanda-tanda penyakit yang dihidapi. Lalu kami sekeluarga berpakat, mencuba perubatan alternatif.

Kebetulan, jiran sebelah rumah Mama merupakan pengamal perubatan alternatif ini. Rakyat Malaysia rasanya lebih mengenali mereka dengan gelaran bomoh. Pak Katam jarang-jarang berada di rumah, namun rezeki Abg. Syam, beliau dan ayah bertembung di pagar rumah.

Malam itu dan 3 malam berikutnya, Pak Katam menjalankan perubatan kepada Abg Syam.
Selepas diteliti, berhubung secara paranormal dengan alam ghaib, Pak Katam memberi kan punca. Penunggu di rumah Mama ini juga yang mengusik-ngusik. Lalu beberapa upacar ritual dilakukan dengan berlandaskan pada ayat-ayat suci Al-Quran. Beras kunyit di tabur dan dilemparkan. Aku kurang pasti apa lagi yang dilakukan kerana tidak bekesempatan menghadiri upacara itu.

Semalam ketika pulang dari Uptown Damansara, bertembung dengan Abg Ayie dan Abg Syam. Mereka bercerita tentang ritual-ritual dan apa pandangan Pak Katam. Salah satu yang menyebabkan aku tersentak..... ketika Pak Katam berhubung secara rohaniah dengan alam ghaib, mencari-cari punca Abg Syam diganggu, Abg Syam tidak dapat ditemui, sbealiknya, wajah suamiku yang muncul.


Aku terkedu..... Minta Allah SWT menjauhkan aku dari segala gangguan syaitan.
Tapi dari semlama otak aku masih ligat berputar...

Benarkah kawasan rumah Mama berpenunggu?

Mom's Miracle...



A woman went to her doctor's office where she was seen by a young new doctor.

After about four minutes in the examination room, the doctor told her she was pregnant.

She burst out screaming and ran down the hallway.

An older doctor stopped her and asked what the problem was. She told him her story.

After listening, he had her sit down and relax in another room. The doctor marched down the hallway to the first doctor and demanded:

"What's the matter with you? Mrs. Smith is 59 years old, has four grown children, seven grandchildren and you told her she was pregnant?!?!

The new doctor continued writing on his clipboard and without looking up said,

"Does she still have the hiccups?"






p/s : Good joke from Jokeoftheday.com...ahahahhaa..kalau aku pun ttentunya hilang sedu2...

Friday, December 4, 2009

Hari Malang Semalam....


Tajuk entry pun tunggang langgang.. But dont care sebab memang hidup semalam tunggang langgang.

Semalam bangun lambat. Tak sedar segala tok nenek alarm berbunyi. Dah la lambat...hujan plak tu. Pi opis dgn terkocoh2....

Lupa..semalam ade pasar pagi dekat depan opis. Selalu saja takde parking. Jadinya berpusing 2 3 kali sebelum tunggu turn kat depan post opis. Ade plak kereta2 yang tiada timbang rasa, boleh main tunggu2 dalam kereta dekat tapak parking.. Yenna, nak tunggu2, bagilah org lain tapak parking tu.

Pastu jalan situ memang sesak. Dahnyer, pagi2 bermasam muka dah dengan org lain sebab mereka semua suruh aku jalan (because ade la yang sengal tak reti nak bersabar....)
Pastu dah tau jalan tu tak boleh lalu banyak2 kereta, nak lalu juga smeuanya serentak. Macam la pasar pagi tu baru buat sehari dua. Huh!...

Padahal, takde plak marah kereta honda yang duk parking kat other side..yang tu betul2 mengganggu lalu lintas. Huh!..tensen.

Pastu dapatla satu parking. Mekasih kat akak tu anak beranak sebab load barang cepat2, dan cepat2 bagi peluang kat org lain parking situ.

Pastu sebab dah lambat, jam dah pukul 10.15am... gilak lambat...
So, dengan terkocoh2 keluar kereta, kunci pintu, terus blah.
Singgah jap beli nasi dagang di pasar pagi.


Seharian di opis... bla..bla..bla...yenna...yenna..yenna....
Sebab masuk lambat, jadinya balik lambat. Dah pukul 7 lebey baru tergedik2 balik.

Pergi kat kereta, masa bukak kunc dah rasa something wrong. Pusing2 kete check. Manalah tahu, tayar pancit ke hapa. Takde...

Ok, start enjin.................................................WHAT?
KERETA TAK BOLEH START.....

huhuhuhuhu....DAMMIT......

try 2 3 kali, still tak boleh. Call hubby, cakap kereta rosak. Yela, mana tahu kereta tu kenapa kan.... Pastu hubby suruh shut down semua benda, including radio dan juga aircond. Masa tu dah hangin...hubby aku nie betul ke tak...air cond memang tak bukak (jadi habit utk tutup air-cond walaupun ketika kereta berhenti utk isi minyak)...
radio ada lampu tapi takde bunyi.

Rupa2nya........ AKU TAK TUTUP LAMPU PAGI TADI.......
MasyaAllah... confirm la sebab lampu. So, lepas menunggu 'sekejap'....hubby pun sampai dengan boboy ensem...

Pastu try isi air bateri...hambek ko...sebotol air bateri pun tak penuh lagi bateri aku..ahahahhaha......aku sendiri lupa bila aku check air bateri aku....
Then Dzul tolak kereta aku...sambil cuba hidupkan enjin. Lucky jalan kat situ bercerun, agak mudah nak tolak...tapi sampai ke akhir jalan, still tak boleh..

Makanya, kami decide utk balik dulu naik boboy ensem. Sampai umah, kene tazkirah dulu dgn ayah...Makan kenyang2. Then bila abg ayie sampai je, kami decide beli je bateri baru, yang tak payah servis. Terbang duit aku RM 200....huhuhuhu....

Then lepas tukar bateri semua, baru la balik umah. Rasa macam nak collapse je..huhu...

Tadi masa nak pergi keje, hubby pesan

"make-sure tutup semua lampu, aircond..."

sekian......





p/s :
Maaf..tiada gambar kejadian. sebabnya terlalu kepenatan dan blur....

Special thanks to Abg Ayie. Ini second time dia bantu aku dalam deal dengan masalah kereta nieyh...

Thursday, December 3, 2009

Hadiah kawen kami





Ya....nak reveal..inilah hadiah dari opismate Dzul di Arkitek Kitas....hehehehe....yang kelakornya...ini hadiah adalah direquest oleh enche Dzul (uweeek..muka tak malu..)..
Dan kitorang pergi pickup sendiri dekat rumah Bro Jamil kat Pandan Indah malam tadi. Yela, takkan la nak susahkan Bro J tu plak nak menghantor ke rumah kami di Damansara sementelahan Dzul ke opis dengan memecut motor je kan....


Jadinya skang rumah kami lengkap dengan peti ais, Tv dan Microwave Oven pemberian opismate sahaja...hehehhehe...
Hadiah yang dapat masa hari kahwin tu tak payah cakapla....
Paing banyak macam biasalah, pinggan mangkuk. Pastu set bowl.. Pastu dapat dua couple set breakfast biru dan pink. Pastu yang second banyak ialah bedsheet. Paling suka adalah bedsheet dari bos enche Dzul...Jean Perry bedsheet yang memang idaman kalbu.
Pastu, Kak Mi pun belikan bedsheet yang bunga2 rose kaler pink...So memang best la...

Thnaks pada semua yang susah2 belikan hadiah utk kami.... Bak kata org..
"susah2 aje...."....
hehehhehehe...

Semua pemberian tu alhamdulillah kami dapat pakai. Set pinggan mangkuk dah lengkap, tak payah beli dah. Bedsheet pu dah cukup..boleh tukar tiap2 hari.
Pastu lampu tidur pun dah ade..santek dan dzul sangat suka (sebab die tak suka gelap2..ahahaha)
Yang paling terharu, hadiah dari adik angkat Dzul di Melaka -- Ain.
Dia postkan jam. jam yang ade bunyi tingtong2 setiap jam tu... Ahahahahah...memang membantu lagi2 time aku kat dapor masak.


Untuk semua...mekasih..besok aku try upload gambor2 hadiah...ade sebahagian tu masih di rumah mak aku dan MIL.... jadinya, mana yang dah sampai umah tu, aku snapkan dan tempek kat sini...ehehhehe


Mekasih ye semua!

Deep Blue Lense Contest






DeepBlueLense


Waaaah.....harap2 menang...kalau tak pun, harus di contact utk JV nieyh...harga berbaloi2....eheheheheehe.....


Emma...harap2 bolehla menang...dapat amik gambar whole family...(masa kahwin haritu tak sempat.huhu)

Wednesday, December 2, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

~dari lahir memang muka serius je~

~tidor pun muka nak serius~

~muka garang sajork~

~nie bapak eh ceria, bb zakwan keras je..~

~senyum terpaksa kah?~


~tgk2...bapak eh ceria...zakwan maintain serius~

~tgk2...omak dia pun ceria~

~zakwan serius je~


Nama Baby : Nik Ahmad Zakwan Bin Nik Ahmad Zainalddin
Tarikh Lahir Baby : 31 Mei 2009
Umur : 7 bulan


Baby zakwan memang sangat serius..susah la nak buat dia senyum..tegas dan keras....
But he still adorable... Jantung hati kami sekeluarga..


SYARAT2 PENYERTAAN :
1)Be my follower and add my blog kat korangnye list.... DONE

2)Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang… DONE

3)Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni..DONE

4)Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun... ERK..ANAK SEDARA BOLEH TAK?..HEHEHEHE..TOLONG MAK NYE MASUK CONTEST

5)Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic sicomel korang dengan wajah yang serius..
DONE

6)Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang...
DONE

7)Make sure ur entry link back to mine..
DONE
8)Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009

9)Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..
itu jer...senang je..DONE





p/s :
ini adalah penyertaan contest yang gatal tgn. Ahahahaha....dah cakap kat parents zakwan a.k.a abang aku and kakak ipar aku.. jawapannya "ala rajinnye auntie nieyh.".....ok..set...
sekadar suka2. Kalau ade rezeki baby zakwan hencem beckham itu..dapatla...aku tukang sorak kat belakang....ehehehe.....
maklumlah..anak sendiri belum lagi..kalau paling expresso sekali pun lagi 9 bulan...ehhehehe..ini pun kira jadiklah..

Auction House



Kelmarin dapat info pasal auction kat kawasan yang memang aku aim nak beli. Kebetulan harga memang ngam santek. Memang dalam kemampuan la nak beli. Walaupun leasehold, tapi pajakan dia masih berbaki 90 tahun. Dan kawasan tu memang senang dapat penyewa (incase takmoh duk situ kan..)

Tapi takde la plak aku nie pengalaman dalam auction2 nie... Sape2 tahu tentang auction? Apa yang perlu kita search selain dari maklumat cukai tanah, cukai pintu dan juga segala bill?...macam mana nak dapat semua info2 tu? (selain dari menapak ke PBT dan Land Office)
Bank Loan boleh approve ke? Berapa pulak kita kena bayar pada agent? Maklumlah, sen ngam2 je. Kang kalau kene bayar sampai ribu raban dekat agent, alahai..mana lah nak cekau duit lagi kan...




p/s :
Hurm...harap sangat dapat rumah ni. Sementara duit belanja hantaran dan mas kahwin haritu tak terusik lagi. Boleh guna buat tampung beli rumah...


Tuesday, December 1, 2009

PENCURI PRIVASI ORG!! part 2



Setelah di consult oleh Kak Emy, dan berfikir sejenak kan....
Masa lunch tadi, sebaik sahaja mamat lahanat tu pergi makan kat pantry, aku check la recent document dia....

And guess what? EMPTY...

sape yang rajin nak empty kan recent document kan....oklah...takpe lagi..aku sabar lagi...
So aku buat tindakan kami kaze..... Lambat, tapi berkesan. Aku pergi kat search..dan aku search semua photo yang ada dalam PC tu kan....

So, keluarlah beribu2 photo.... Mestilah makan masa kan...pastu dia plak habis makan awal..agaknya tahulah aku nak meng'check' PC dia....
Aku dgn selambanya kata...


" I pinjam PC u kejap..i nak search file"

"File ape u nak search"

"........."


Aku tak jawab..tgn dah gigil bengang. Dan masa aku search tu, dia tgk je kat screen. Selalunya wat tak tau je kan...tengok tempat lain la..ape la...

Pastu, lepas seketika, dia macam dah tau aku search ape....Terus je...


"Nik, i nak check a few thing kejap..kejap saja"

"Ok"...


Aku masih try control selamba..dan dengan muka berlagak sikit sebab aku tau memang dia bersalah .Then aku menghantar pandangan curi ke screen PC dia...
Mula2 die save semua kerja2 AutoCAD dia..bagi aku itu pura2 je....
Pastu dia delete something...... Aku dah makin yakin dialah lahanat tu kan...
Pastu pasrt best nya..dia pun turut sama scroll down kat ruangan search tu.....
Yes...terbukti....
Kalau ye pun dia nak check a few thing..nape mesti kat ruangan search aku tu kan...Pergi jela direct kat tempat yang dituju.....

Masa tu aku dah yakin....dia men'delete' semua yang ada....dan aku pun terus angkat barang, pergi lunch....


Memang confirm dia mencuri gambar aku.... Aku pun tak tau ape yang dia nak kat gambar2 tu... berimaginasi seks ke L****U........

Nak sound dalam opis macam tak kene.... Aku rasa pas opis hour nie..aku akan hantar msg yang berguna buat dia....


Perhatian...gambar tu kalau paling lebih pun kat PC aku..yang aku pelik..camner boleh melangkah ke PC dia kan.... So memang totally dia ambil gambar tu tanpa kebenaran aku.... Dia ingat aku tak tau..dia ingat aku bodoh...






PENCURI PRIVASI ORG!! part 1

MELAMPAU DAN KEJI!!!

Itu perkataan terbaik dan paling tepat untuk digunakan pada opismate aku yang haram jadah nie....
Aku dengan yakin dan pasti dia telah menceroboh privasi aku dan itu sangat menjengkelkan. What do u expect? Gambar bogel aku?

Ko memang macam SIAL.

Kesnya :
Tadi tgh tekun mengadap PC, aku layback la kejap. Dan terpandang screen PC member sebelah. And guess what, i saw my pic. My personal pic with Dzul on his screen. Dan bila dia perasan aku lay back, cepat2, dia tutup window tu. Damn...i'm speechless.

Pastu lama baru aku terpikir, nape aku tak sergah je dia masa tu..skang kalau aku tanya dia pun, confirm dia tak jawab deh....Confirm dia akan pusing2 kat tempat lain...

Utk pengetahuan semua, gambar tu tak pernah di publish di mana2 laman web seperti facebook, friendster mahupun blog. Paling lebih pun gambar tu aku view through my personal Computer kat opis. And aku tak pernah campur adukkan benda personal masuk dalam folder kerja. Apa2 nak berblog sekalipun, aku masukkan dalam personal folder aku sendiri. Dan ianya tak boleh di akses melalaui networking unless kene masuk tru my PC

Skang aku sangat bengang. Walaupun bukan gambar bogel, but aku tak pernah publish maksudnya aku tak nak share dgn sape2 pun. Tindakan dia sangat kurang ajar. I never get through someone privacy. Kalaupun ade gambar2 personal dalam PC mereka, i just skip it.





Serius, mamat nie memang dah lebih....


LIM WOON LONG.....aku akan cari bukti..ko memang keji, jijik dan kurang ajar......
lagi sekali aku ternampak, tertangkap...ko memang aku carut dan maki habis-habisan....


Related Posts with Thumbnails