Wednesday, March 31, 2010

UPDATE Ole-ole Bali Contest!

Seperti yang dijanjikan..sebaik sahaja Entry-entry saya di Bali habis di publishkan dengan jayanya.... Maka akan disusuli dengan satu contest sempena percutian ke Bali. Saya memang membeli hadiah-hadiah tersebut khas untuk penganjuran contest ini. Makanya, jangan risau, hadiah-hadiah sudah ada. Tinggal letak alamat dan pos sahaja....So, apa tunggu lagi..marilah join contest tak seberapa ini..

Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim...saya merasmikan Ole-Ole Bali Contest.....

Soalan2 nya :

1) Saya ke Bali atas tujuan apa?

2) Di Malaysia, 'Ikan Gurami' dikenali sebagai apa?

3) Merujuk kepada gambar di bawah, yang mana satu kopi jantan dan yang mana satu kopi betina?


Syarat2 penyertaan :

1) Jadi follower blog ini.

2)Letakkan banner contest di side bar blog dan link kan terus ke http://desirequeen.blogspot.com

3)Buat satu entry khas bertajuk "Ole-ole Bali Contest" yang mengandungi jawapan soalan di atas, dan gambar honeymoon percutian (jalan-jalan biasa selepas baru2 kahwin pun dikira honeymoon ok!) kamu yang paling kreatif kamu rasa best. Tak kisahlah percutian keluarga ke, percutian solo ke, berdua ke, bertiga empat lima pun tak apa...

5)Nyatakan kenapa kamu patut menang ole-ole khas dari Bali yang saya belikan.... tak payahla..memang nak bagi kat semua...

4)Letakkan banner contest di entry kamu serta linkkan ke blog http://desirequeen.blogspot.com

5)Sila tinggalkan comment di comment box ini beserta dengan link direct ke entry "ole-ole bali contest" kamu.




Pemenang-pemenang akan di pilih berdasarkan jawapan yang paling tepat, sebab yang paling best, serta gambar yang paling kreatif best oleh juri khas NIk dan Dzul...ekekeke

Hadiah nya ialah OLe-Ole khas dari Bali!


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 March 2010....


p/s : saya dah mudahkan lagi anda untuk menang contest ni....hopefully membantu!



RALAT :
Kak Dee inform baru saya tahu bahawa banner saya itu bermasalah untuk copy...sekarang syaa dah letakkan code html di side sebelah kiri atas sekali.....semoga lebih memudahkan untuk copy......maaf la ye..

Baru darjah 6 dah menggatal!

Jangan kata budak zaman sekarang, masa zaman saya dulu pun...darjah enam dah mula nak menggatal. Sebenarnya masa tahap itu perkembangan emosi pun dah bermula. Kita mula curious tentang diri kita sendiri dari segi fizikal dan mental dan kita ingin tahu apa yang berlaku pada kawan-kawan yang berlainan jantina.

Maka adalah istilah "Cinta Monyet" (ha..ini istilah je..saya kan baik..manalah nak samakan manusia dgn haiwan,,..ish3x)

Saya mula bercinta masa tingkatan 1. Erm...nama dia Mohd Akmal Sa'adon kalau tak salah. Budak gemuk dan cerah. Dah tak ingat kat mana gambar dia saya letak. Saya bercinta dengan dia lama jugak la.. dari awal tingkatan 1 sampai la pertengahan tingkatan dua. Pastu Clash sebab dia dah tak suka saya... Boleh?....aahahhahha

Itu semua cinta monyet la masa sekolah dulu.

As well known, rasanya saya pernah cakap hubby saya tak ramai kekasih hati... Piirah mabuk.... Ramai rupanya... Tapi yang memberi kesan cuma dua. Saya dan D****....... Itupun masa dah besar...
Tapi masa dia budak-budak....dia mulakan Cinta Moneyt nya seawal darjah 6!

Dan yang paling sentimental wal mental mental ....dia masih simpan surat cinta 13 tahun dulu. Actually takdelah cintan cintun sangat....Lebih kepada surat bibit-bibit awal nak berkenal-kenalan....

Masa tengah menggodek-godek surat-surat cintanya dulu lah saya jumpa surat-surat cinta lain..ada yang bertaip komputer (which mean agak barulah kan...)..... Bertekak jugakla... Bukan sebab apa..sebab saya tak tahu..kalau tahu boleh gelakkan dia besar2 macam dia buat kat saya bila adik saya bukak cerita pasal EX Boyfriend saya "Si Ujang Belakang Pintu".....wakakkakakkaka

nak tengok surat cinta budak darjah 6 masa 13 tahun dulu?


Sorry..dah tersalah scan..terpotong pulak..malas dah nak scan lagi sekali...

Suratnya berbunyi begini :

Ikram 06 February

...Assalammualaikum...
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengirimkan sekeping kad Hari Raya tempoh hari. Sorrylah saya tak dapat membalasnya.
Thank keraa sudi berkenalan dengan saya. So..dengan tidak keberatan saya sudi menjadi kawan awak. Ha saya nak ingatkan awak, kalau nak bagi surat jangan bagi dekat kelas, nanti kawan-kawan saya nampak. jadi awak bagilah di padangke, di mana-manalah asalkan jangan di kelas sudahlah.
Heh! Kenapa awak cakap saya sombong sedang-kan awak tak tahu perkara sebenarnya. Masa awak tegur saya, saya masih ada "problem" (masalah). So saya tak dapat nak tegur sesiapa. Saya ni ada mood. kalau saya gembira saya akan ceria.

Ok lah saya harap awak tak marah pasal balasan surat.


Ikhlas,
M****
6 Progresif




Namanya saya padamkan....nanti ada pulak orang kata saya buat fitnah la...saya memalukan orang la..

Sepanjang saya membaca surat tu , saya tak putus-putus ketawa. Terkenang zaman dulu-dulu memang manis. Saya kawan awak...awak bukan kawan saya...Selang 3 minggu berkawan balik. Owh ya...ada gambar tau disertakan sekali. Tapi tak nak lah reveal. Mungkin dulu budak ni sweet je.. Tapi sekarang dah besar. Sebaya pun. Kalau open minded takpe. Kena yang kuno batak tak ingat..dah dia kata saya merosakkan rumah tangga dia..payahla kan...

Ingat lagi dulu. Mesti ada kawan-kawan yang jadi posmen. Takpun pesan-pesan dekat kawan. Seingat saya dulu, pernahla, tahan orang yang kita minat tu depan lab science la.. takpun selit dalam buku la... Tempat dating paling utama ialah padang sekolah. Lepastu kejap dgn orang ni..kejap dgn orang tu. Pastu pusing-pusing orang yang sama.... Ahahahaaha..... Kelakar...

Surat-surat cinta saya, saya sendiri lupa letak dimana.. Agak-agak terjumpa nanti boleh post kat sini..saje nak mengenang cerita-cerita lama....Ada yang tunjuk terang-terang... Ada yang main feeling-feeling tapi tak berani berterus terang...

Kelakar kan...

Agak-agak budak zaman sekarang macam tu tak? Rasanya mereka lebih canggih.. Email dan facebook.

Dah tiada surat-surat cinta. Ataupun penanda buku buat sendiri. Ataupun kad hari jadi buat sendiri.


Zaman dah berubah..harap-harap menatliti dan cara befikir pun berubah.. Bukan di zaman Pak Kaduk lagi...




Owh ya..hari ni tarikh akhir menghantar penyertaan anda untuk Ole-Ole Bali Contest!... Cepat-cepat hantar ya!



p/s : masa tackle budak ni, hubby bercerita kat kawan dia...dah kawan dia sapu plak...tapi masa tu takde simpan dalam hati sebab budak2 kan...dah budak ni melekat dgn kawan hubby sampai dah nak kawin pun boleh terkantoi lagi..adeessss......kengkonon cinta pandang pertama la.....adeesss...geli ar..geli.....

Tuesday, March 30, 2010

Tradisional is the best...

Saya suka tgk gambar kahwin. Saya suka tengok orang kahwin. Saya sukakan kemeriahannya. Mekapnya, segala detail-detail nya. Dengan baju yang lawa-lawa.. Masa saya kahwin.. saya teringinkan sesuatu yang simple et semua pun boleh tahu saya perantinnya....

So saya pilih gown putih yang penuh dgn details....

Sebelah hubby, ada yang suggest pakai lace. tapi saya kan bertudung. Lace kan jarang. Walaupun ada linen, tapi still nampak kat sana sini. Lagipun lace cantiknya pada kadar kejarangannya (pendapat sayalah..)....Kalau nak sewa, tak banyak choices yang menutup kesuluruhan badan...kalau nak buat baru, saya sangat demand, jadi nak buat yang cantik = jadi mahal. Jadi saya pilih tradisional songket sementelahan hubby sangat suka menjadi pahlawan zaman dahulu kala.

So fair la kan..sebelah saya jadi Queen and King ala-ala 'mat tak berapa nak saleh'....sebelah dia jadilah Hang Tuah dan Tun Teja.

Alhamdulillah. Ramai yang puji baju tu cantik. Tutup aurat dan pilihan warna yang ok. (sila muntah hijo utk kenyataan masuk bakul angkat sendirik ni ye....) Tak adalah nampak old school (sila baca ketinggalan zaman) sangat. Masa tu baru nak start balik fesyen pakai songket. Ada yang songket penuh, ada yang songket tabur. Dan mata saya melihat mereka buat jauh lebih cantik dari saya. waaaahhh...rasa rugi pulak tak dapat buat macam mereka.

Saya panggil tradisional atau old school atau mungkin boleh dikatakan gaya orang lama. Gaya orang lama yang dipadankan dengan betul pun boleh jadi cantik tau! Malah sopan lagi... Tidaklah terdedah2. Antara yang saya suka style perkahwinan mereka ialah....


Hana....kawan sekolah teknik saya dulu. Saya tak attend kenduri dia...tapi saya copy paste dari FB member dia..harap Hana tak marah saya tunjukkan kecantikan Raja Sehari dia pada kawan2 lain....Kalau tak setuju Hana bagitahu ya!

Yang ni saya rasa dia nak buat style lama-lama... Macam mak-mak kita kahwin dulu....Dan dia kelihatan sangat cantik. Nampak macam perempuan Melayu terakhir. Makeupnya, hairstylenya. Memang saaaangat cantik. Realy adore her look..... Especially cucuk sanggul tu elok terletak...memang cantik..

Masa kenduri sebelah lelaki pun Hana pakai songket. Tapi pakai songket tabur. Dan gaya rabut dia memang macam gaya 60-an. Cantik... orang kata, kalau nak tiru gaya rambut fesyen lama...pilih2 la..bukan semuanya cantik. Contohnya macam kat Barat sana yang pakai hairband waktu tu kegilaan ramai. So, takkan la nak pakai hairband jugak masa kahwin kan.... Itu antara Do's and Don't for your wedding tau...

Theme warna gray. And rasa tak percaya je Hana berani guna hairstyle ni.. Dan dia nampak sangat cantik...sangat suit dgn hairstyle ni. Dengan mekap, dengan akesori. Two Thumbs Up untuk Hana. She really got taste......Sangat cantik...

Ha..ini juga sebagai rujukan utk Ema...sape kata gray tak cantik buat songket...cantik beb.....

Sememangnya pemilihan mas akita kahwin ni sangat penting. Rupa kita harus kelihatan selari dgn mekap dan juga hairstyle mahupun bertudung. Jangan nampak macam kita letakkan sarang burung atas kepala. Makesure kita pilih yang terbaik k!.... Jangan tiba-tiba je kita pakai rambut ala-alam hakim yang gulung-gulung tu kan.... Ha...nanti di gelak dek orang je...


Ini lagi satu contoh orang yang suka gaya orang-orang lama...Malah muka dia pun memang muka Asian betul.. saya memang suka kalau dia kenakan gaya macam nie.. Memang vadevas....


tetiba saya rasa macam....waaaaahhh...kalau lah saya boleh pakai baju macam dia masa kahwin kan best......




Ha..tetiba rasa nak reveal gambor kawen saya yang pakai songket tu kan...erm...erm....boleh tgk kat end of this blog page ye..mekasiiih,....





p/s : "tak baik kutuk orang dowh...."...........mana ada aku kutuk orang....aku kutuk kera..."

and lagi satu..yang kat atas2 nie bukanlah pengantin yang saya kata tak cantik..nampak tua dan old school (sila baca ketinggalan zaman)....yang nie versi cantik punye dan very vadevass......yang tak cantik tu tak payahla reveal..kang semua org pun migrain tak berenti

Kepada semua bloglist saya!




Receive TAG ni dari Kak Eynda dah agak lama...tapi sebab saya saaaaangat sibuk 2 3 hari ni...(padahal dah makan minggu memeram..hihihi)..jadi memang tak sempat...Lepas tu hari ini Kak Ogy pulak yang TAG...akalu tak buat jugak memang ketegaq la ....ahahahaha.. So kali ini saya mennerima TAG ini dengan hidung kembang kuncup..kikikiki






Here are the rules to accept the award :



1. Thank & link the person that gave you the award.
Thans to Kak Eynda.....Love you..yeay!


2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
Sila tengok dekat bawah ya!


3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
Will let them know

4. State 7 things about yourself.

1) Blur
selalu blur...orang cakap apa2 lambat paham...memang akan selalu blur dan inilah sebabnya saya selalu disakat dan dibuli....sob sob..mencik ah..hehehhehe
2) Berterus terang
agak bad attitude la bagi sesetengah orang. But people look after me when they need advise and my opinion becoz i'll let them know direct. Susah cakap terlampau berlapik-lapik dan berselindung-selindung. Padahal ada kebenaran yang kita perlu nyatakan. Tapi saya tak adalah kejam. Will pamper them back after that...Bagi semangat. Kita kritik..bukan kondem... Cuma bergantung pada individu la nak terima atau tak. Cuma sekarang limited to sape yang nak dengar je.Sape yang tak nak jangan memandai tanya..kang keluar jawapan tak sama macam yang dikehendaki..dah berkecik ati..Tapi kalau saya memerli..mula lah ada orang yang terperasan dan emo2...ala...malas nak layan.
3) Simple
Saya seorang yang simple..dari segi makan, minum, berbelanja, berpakaian, berjalan-jalan...saya seorang yang simple... Just let me know and i'll suit my self... Tak kira apa condition..Dats y hubby suka bawak saya pergi mana-mana even pergi lepak dengan member pun dia akan bawak saya..pergi mandi sungai pun bawak saya...kalau boleh pergi gym pun nak bawa saya..sebab saya simple....(ye ke bang?ke saya je masuk bakul angkat sendirik..muahahahha)
4) Kaunter penerangan
As you can see....i suka elaborate sesuatu perkara tu...ekeke..tanpa diminta. Some people say I ni very talkative.... Saya elaborate segala benda. Tapi lately saya cuma jadi talkative dengan orang yang saya selesa. Else saya lebih suka diam...
5) Moody (my mum says)
Yup..saya seorang yang moody..I do agree dengan my mum... She knows me better right?....ekekkeke..
mak saya kata..saya boleh ubah mood dari tengah happy2 kepada tiba2 je marah dan mengamuk2 pastu boleh tetiba je manja tak tentu pasal...agaknya sebab tu lah mak ayah saya malas layan saya kan.....ekekkekeke
6) PC Game and Novel addicted (my hubby says)
Ehehehhe.... Saya seorang yang addicted dengan PC game. Also dengan Novel. Buku la pendek kata. Saya boleh melayan game 12 jam tanpa henti mahupun lebih. Boleh lupa makan dan minum. Dan hubby saya sangat jeles bila dia tgk saya main game sebab saya main nampak senang je...Tapi kalau dia main sampai berpeluh-peluh....
Kalau Novel tu pun sama.. Saya boleh duduk mengadap 1 novel sampai habis tanpa henti. Dari pagi sampai malam. Makan pun tak.... Hahahaha....hebat kan...weeeee..tapi tu dulu la..Skearang saya ada gastrik yang teruk. Maybe sebab habit yang tak elok tu dulu kan..So sekarang kene jugak berhenti makan....
7) Amoi Cina (hubby says)
Ini adalah jawapan yang diberikan bila saya suruh hubby decribe tentang saya dalam 1 perkataan. Nampak tak perbezaan pemikiran lelaki dan perempuan.
Yezza...saya kan mix...Chinese and Siamese Malay....
Well...tak delah best sangat jadi mix ni...
Biasa-biasa je... lawa pun tidak...
Manis ada......wahahhahahha








Sekarang saya pass pula pada

SEMUA YANG BERADA DI BLOGLIST SAYA.....

Sebab?Mereka semua merupakan Beautiful Blogger! Sudi-sudilah tempekkan di blog anda ya!..... Sesiapa yang sudah terima, nak tempek sekali lagi pun boleh, nak abaikan pun boleh juga...
Selamat menempek....





p/s : am i beautiful?...yezzaaaaaaaaaa

Monday, March 29, 2010

Masa dah Time!

Suatu ketika dulu agak famous ayat ni....

Masa dah TIME....

Time = Masa....jadi duk kata benda yang sama...

Lagi...

Acu cuba try test...

Acu = Cuba = Try = Test...

semuanya membawa maksud yang sama...

Agak kelakar dan best untuk di kongsi bersama....

Kamu ada contoh2 ayat sebegini yang lain? share kan lah bersama....




***************************************

Sebut pasal masa, actually contest Ole-Ole Bali dah nak sampi ke penghujungnya...esok merupakan hari yang terakhir untuk submit peraduan anda...walaupun jumlah penyertaan kurang, tapi saya tidak kisah. Bukan mudah nak masuk peraduan. Malah mungkin peraduan kali ini agak sukar.....

jadi untuk menaikkan semangat mereka yang menyertai peradauan ini samada telah menyertai, belum menyertai atau masih berkira-kira utk menyertai....saya nak reveal apakah hadiah nya.....


Gambar paling menarik akan memenangi :
1 x cotton dress dari Bali (sangat sejuk dan lembut)...
1 x fridge magnet Bali
1 x cenderahati istimewa (penanda buku yang saya buat sendiri)


Hadiah istimewa (peserta favourite) :
1 x Pemberat kertas shell craving Bali
1 x Fridge magnet Bali
1 x cenderahati istimewa (penanda buku yang saya buat sendiri)

Cenderahati (akan ditentukan kemudian berapa tempat) :
1 x Fridge magnet Bali
1 x cenderahati istimewa (penanda buku yang saya buat sendiri)





p/s : sesiapa yang terasa nak join boleh la hantar lagi penyertaan.... masih sempat lagi ni....

Sunday, March 28, 2010

Saya TOP Blogger tau!....bukanlah sekadar blog picisan..


[1]. Thank & link the person that gave you the award.
Mekasih kak Enyda..... Dah dua award dari akak...Sangat terharu..




[2]. Pass this award onto 20 bloggers you’ve
recently discovered and think are fantastic.

umang aih..20?
1) Kak Emy (fazemy)
2)Eryn
3)Nurul huda Adli (spread my happiness)
4) M-I-O
5) Kak Ogy (jemari seniku)
6) Kak Linda (miamanis)
7) Puteri Kure-kura
8) Kak Dee (deekuntum)
9) Pinky Angel (yana)
10) Mimi (mimilicious)
11) Dila
12) Kak Tinie
13) kak Na ( Happiness is reachable)
14) Pakcik Kordi
15) Suezen
16) Mamma Ema (precious innocent)
17) nafham and pakcik Don
18 ) yaya dan adam
19) Miss Durian Runtuh...
20)Suzana (resipi hidup bersama suzana ghazali)



Fuuuhhhh berpeluh den nak letak 20 blogger....hihihihi...Selamat menerima Award ya!





p/s : dalam pada blog yang suka mengutuk nie, sedar tak sedar ramai juga yang baca Blog saya....dan sangaaaaat ramai yang selesa menjadi Silent Readers..

Saturday, March 27, 2010

Soalan tak cukup.....

Kak Linda Tag saya ....makanya saya gigih la menjawab TAG ini sebelum hutang saya bertampuk2


1. Adakah anda rasa anda HOT?

Saya Flexible..saya HOT dan saya COOL....hihii...saya cuma HOT di depan suami saya..yang lain2 saya maintain Cool....hihhiihi

Maybe pengaruh zaman budak dulu, saya membesar dgn dua abang budak lelaki jahat yang suka ejek saya, makanya saya lebih suka jadi Cool berbanding HOT sebab nanti kene ejek (actualy sampai sekarang pun kena..cuba saya berfesyen2 sikit, mesti kena punyalah...). Tapi husband saya suka kalau isteri dia HOT...memukau mata....tapi depan dia jela...

Tetiba teringat lagu katy pery..

You're HOT and you're COLD
you're YES then you're NO
you're IN then you're OUT
you're UP then you're DOWN
lalalallalalala


hihiii



2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?

Sebab saya kat office sekarang..jadi inilah wallpaper saya.... Tak bolehla nak letak yang personal2 kan..karang habis semua tengok..Permata yang berharga di simpan..bukan di tayangkan..



3. Cerita pasal gambar ini?

Wallpaper ni saya letakkan lepas kahwin. Since masa mood kahwin asyik wallpaper cerah2 dan gambar bunga2an, jadi saya letak la wallpaper ni. Filem Case 39 antara yang ok saya tengok lepas saya kahwin la... Best dan psycho..ada tulis review kalau tak salah dalam one of the entry... Dan saya suka sebab semuanya gelap lalu menampakkan lagi icon2 cenonet itu serta saya sukakan mata dia yang very vadevass... Cuba kita asian mata gitu?harus orang tahu itu contact lenses......Hiihihi


4. Kali terakhir makan pizza?

Uisshh..dah lama nak makan pizza sebab saya sendiri dah lupa bila kali terkahir saya makan pizza...Hahahahah....2 3 hari lepas ada niat nak makan..tapi hubby batalkan sebab dia kata beringat sikit..dah hujung bulan. Mana tahu ada nak beli apa2 nanti, dah sangkut sebab dah makan pizza.... Cisss..... banyakla dia punya alasan...hahhaha



5. Lagu terakhir anda dengar ?

Lagu P.Ramlee - Pukul 3 pagi... Hubby nyanyikan untuk saya masa dia baca one of my entry malam tadi....

Terus senyum sampai telinga...Tak boleh dengar dia nyanyi lagu P Ramlee...rasa macam di awang2an je...Soookkkaaaaaaakkkkkk


6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Menyelesaikan Tag-Tag lain..hehehhehe



7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Erk...Mana2 orang pun akan panggil saya NIK.... dah lekat tak boleh kasi buang...hahaha
Rakan blogger ade yang panggil Queen - nama nie lekat masa saya dekat Politeknik dulu.
Family terdekat Mah / Kakak / Imah (ini old school sikit la..ahahhaha..maklumla..saya nie orang kampung je..kikikiki)
Anak2 buah Huby panggil Mak Uda
Anak buah saya Auntie ***** (yang bintang tu belum decide..boleh?ahahaha..ala ..budak tu bukan boleh cakap lagi...ahahah)

Hurm.....ahhaaaa...... Budak Office panggil saya Ah Nik..Sebab? Diorang kan Cina..sesuka hati tambah Ah tu kat depan...tekanan...ahahahaha




8. Tag lagi 5 orang..

FAZEMY
MIMILICIOUS
ERYN
M-I-O
PUTERI KURE-KURE.....

Sila buat dgn gigih ya!..Weeee



KAK LINDA......skip soalan ya......ahahhahahahha


14. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang tag anda.

Sebab Kak Linda skip soalan...saya tak mau jawab soalan ini.....ahahahhahahaha
(beliau merupakan blogger yang sangat tegas dan penyayang dalam masa yang sama mendidik anak2 nya dan membahagiakan suaminya....)






Thursday, March 25, 2010

Dara Lapuk tak sedar diuntung!

AMARAN!! ENTRY INI PANJANG DAN MUNGKIN TIDAK BERBALOI UNTUK KAMU BACA. IANYA ADALAH LUAHAN HATI SEORANG BLOGGER YANG TIDAK MENYUKAI CIK ANONYMUS! SILA JANGAN KOMEN SEKIRANYA KAMU TIDAK BEGITU MEMAHAMI ISI KANDUNGAN ENTRY INI LALU MENGELUARKAN KOMEN-KOMEN YANG TAK BEGITU BAIK. TERIMA KASIH!
dan sila baca entry ini dengan nada lemah lembut sebab saya tidak marah..saya memberi penenrangan kepada Cik Anon yang kesian ini....



Sebelum tulis entry ini , saya sudah meminta pandangan hubby. Dia kata abaikan. Anonymus ni boleh jadi sesiapa sahaja. Kalau nak menulis juga, maka berhati-hati. Kita tidak tahu dengan siapa kita berdepan....maka saya pun menerangkan lebih kurang isi kandungan entry ini dan hubby mengangguk dan bersetuju.


Bukan apa, sejak dua menjak ini ada banyak pulak anon yang menyibuk dalam blog saya ini. Mula2 tu memang la SPAM utk tajuk entry "Tag dari Daela"...

Tapi saya malas nak tutup ruangan untuk anonymus menulis. Manalah tahu dia tak ada blog ke, tak ada gmail ke... Tapi nak komen...ape salahnya...Ada pulak yang malas nak log in pun ada...Walaupun banyak SPAM yang masuk, tapi dalam entry itu sahaja. Maka saya abaikan sahajalah...

Tapi semalam saya terima satu komen dari cik Anon untuk entry saya yang agak baru juga "TERHAD!"...yang berbunyi begini


"tak baik cakap org, as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out, dia suka style mcm tu u siapa nak cakap, u tak suka of course u tak buat.. hai bila cakap cuba pandang diri sendiri juga.. i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. huhu"




Eh...tiba-tiba saya rasa nak tergelak lagi guling-guling. Saya bukanlah siapa-siapa nak kutuk orang. Ape lagi nak kutuk penampilan sesetengah orang di hari bahagia. Maklumlah, taste orang lain-lain. Saya ni pun bukanlah pereka fesyen terkenal mahupun pengandam pengantin yang hebat. Saya pun baru nak merangkak naik. Tapi gaya Cik Anon ni macam terasa sangat je....Kenapa? Awak makan cili ke?

Maaf la cik Anon..bukannya nak kata awak. Ayat saya tu secara rawak. Kalau ade sape2 terasa hati tu, bak orang kata..sape makan cili terasa pedasnya, maka awak dipersilakan keluar dari blog saya serta merta kerana saya malas nak melayan orang yang terasa lebih-lebih.



"u tak suka of course u tak buat."

Mestilah! Kita buat apa yang kita rasa cantik. Orang buduh je yang akan buat apa yang dia rasa tak cantik tapi tetap nak buat.. Apa-apa sajalah kenyataan awak tu. Tak matured langsung. Komen dikeluarkan atas angin. Lari Tajuk!.

"u siapa nak cakap"

Ini Blog saya. Dari pandangan dan kaca mata saya. Saya ada HAK untuk nak kata orang tu buat kelakar, tak cantik, atau vadevas kebabom asalkan saya tak sertakan muka atau gambar, ataupun menyebut nama. Saya tidak menjatuhkan sesiapa. Awak tu siapa nak bercakap begitu? Saya juga tidak menghina sesiapa seperti mana yang awak katakan pada saya...


"as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out"

Ahahahaha.....Saya sedar wedding saya pun tidaklah all out. Idea banyak tapi maklumlah, wang tak banyak. Saya orang susah...Jadi seadanya. Tapi tak adelah sampai old skool... Bagi saya lah..sebab ini kan blog saya. Takkan la saya sibuk nak tulis orang lain cantik sangat2 dan saya pulak huduh dan tak begitu comel di blog saya sendiri. Biarlah orang lain nak kata saya tak cantik. Asalkan saya berpuas hati. Dan saya tulis pun di blog saya sendiri. Bukannya sapa pergi blog orang dan kata "saya cantik..awak huduh..." atau "awak jahat..saya baik.." seperti mana yang awak buat...


"i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. "

Syaa pun tak mahu menulis entry ini jika awak berfikir sebelum meletakkan komen dengan tanda nama Anonymus di blog saya.... Saya tulis secara rawak dan di dalam blog saya. Saya tidak memalukan sesiapa dengan meng 'komen' ketika dalam majlis perkahwinan mahupun di gambar kahwin. Saya menulis pandangan secara rawak itupun saya sendiri tidak tahu dimana....Mungkinkah di pesanan penaja saya yang secotet itu?

Tapi awak dengan jelas dan terang lagi bersuluh memperkatakan perkahwinan saya secara direct di blog saya dimana sebenarnya saya tidaklah kisah sangat....Tapi awak mempertikaikan pandangan saya terhadap fesyen rambut satu pengantin yang kelakar bagi saya...Sama juga seperti saya mengutuk gaya artis-artis Malaysia bila berambut macam jambul ayam....

Dengan tidak memberi salam..dengan tidak memperkenalkan diri malah PENGECUT untuk meletakkan identiti diri. Maka saya rasa awaklah orang yang BIADAP kerana tiada adab sopan. Atau sebenarnya awak terasa yang ada sesiapa yang saya kutuk itu yang tak cantik dan old skul? Maka awaklah yang sebenarnya mengutuk dia. Kerana saya tidak menujukan pada satu orang. Saya menyebut secara rawak....kenapa nak terasa sedang kan saya tak kata siapa2 pun.. Saya tak mention nama siapa...atau kat mana majlis itu berlangsung....tidaaaaakkkkk...saya cuma kutuk pesen rambut yang bagi saya amaaaatlah kelakar..Malah gaya rambut dan mekapnya membuatkan dia kelihatan tua dari usianya. Tapi juga saya tetap tak salahkan hair dresser dia...Jadi agaknya siapa Cik Anon ni? Pengantin yang Old School tu ke?...Ha..Kan saya kata...kalau dah makan cili jangan jadi kera yang meloncat-loncat.....Buat malu diri sendiri sahaja...


Saya sebenarnya tidak kisah. Sebab saya nak juga bertanya di mana old skul nya perkahwinan saya.
(saya memang old school sikit...pakai gown di hari kahwin dgn pearl beads bukanlah trend semasa...orang dulu2 kan pkai gown semata....orang sekarang pakai gown buat baju persalinan je...biasalah tu...baju nikah pun pakai Lace dengan beading merah hati...)... saya juga tak mention siapa-siapa hingga boleh menyebabkan orang itu terasa hati (kecuali memang dia sedar diri yang dia itu pun old skul..atau cuba mempertahankan kawannya yang sudah nangis tak keruan...).....


adakah pada baju nikah saya? hand bouquet saya? mekap saya?




atau pelamin nikah saya yang cuma duduk di atas bulu2 lembut dan tidak di atas kerusi?



atau pada gown saya yang memang sengaja saya pilih tidak kembang....



yang mempunyai kaki kain bercorak seperti lace bandung yang sangat cantik (bagi saya lah)


serta full pearl beading di bahagian badan dan lengan?


atau gaya saya bergambar



Dimana agaknya Old School nya majlis saya ya? Marilah kita berkongsi pendapat. Saya perlu upgrade diri saya yang ketinggalan jauh ini supaya saya dapat menyediakan yang terbaik untuk pelanggan saya. Memilih material yang paling up to date sert jenis hand bouquet yang sentiasa fresh...


Maaf la..saya tak kata sesiapa secara terang-terangan seperti mana awak meletakkan komen mengata gaya saya yang old school di blog saya sendiri... Ataupun awak ada mengomen gaya saya yang lapuk ini serta tidak all out di blog awak cuma saya sahaja yang tidak tahu....


Sebenarnya banyak cerita kelakar dalam majlis kahwin saya yang boleh diceritakan bersama. Macam-macam kenangan. Dengan kompang yang tak sampai-sampai, majlis yang kelam kabut..memang kelakar. banyak yang diluar kawalan saya. Saya tidak kisah. Sebab saya berpuas hati dengan makeup dan baju yang saya pakai pada hari itu. Walaupun kek kahwin saya condong bak menara Pissa, lauk pengantin tak sedap, abang saya yang menjemput semua tetamu pergi sebelum sempat saya sarung cincin.... Ahahahah...macam-macam kenangan....Yang penting saya bahagia dan yang penting suami saya tahu siapa saya. Berbelanja mengikut kemampuan dan besederhana. Tapi saya tidak suka dengan cara Cik Anon yang dengan sesuka hati menempek komen di blog saya. Saya tak komen Cik Anon pun. Cik Anon nampak ke macam mana pengantin tu? Cik Anon tahu ke? Gaya bercakap macam tahu.... Atau memang sendiri terasa diri sendiri? Takpun kawan-kawan cik Anon sendiri sampai nak terasa lebih-lebih...




Jadi Cik Anon

Jika Cik Anon rasa saya old school, out dated dan bersikap kejam serta zalim dengan mengutuk gaya rambut yang tak cool serta trendy seperti mana wartawan mengutuk gaya rambut Britney yang botak....Makanya, baik Cik Anon membaca blog lain sahaja. Atau boleh baca ebtry-entry yang berbaur keagamaan, yang suci. tapi jangan lepas tu komen kata saya ni Ustazah Celup pula....




Cik Anon itu tiba-tiba menegur saya atas kutukan itu agaknya sebab saya keluarkan P/S sebegini kot...


Tapi adelah satu pengantin tu.....hairstyle, mekap semua out..... tak sangka masih ada yang buat rambut style Hetty Koes Endang bertudung.... Tudung jadi rambut = sarang burung....Gelak guling2...



Sampai sekarang saya masih tidak percaya, orang yang berlagak DIVA dengan perkataan UUUPPPPPSSSSSs bagaikan cik minah artis kepoh yang tidak pernah lekang dari mulut yang comel itu akan mekap dan membuat rambut yang begitu tidak kena dengan dirinya di hari bahagianya. Kasihan..tuannya lawa. Menjadi rebutan. Tetapi tiada langsung taste... (ini diakui oleh beberapa orang sendiri dan dari pemerhatian saya yang "bukanlah siap-siapa")... tapi itulah..mungkin kerana kawan-kawannya meletakkan komen yang dia begitu cantik dan anggun di gambar-gambar nya maka dia begitu confident....Malah cakap pun berapai-api, asala boleh nak lebih dari saya. Saya tahu kerana ramai juga yang menyampaikan... .Saya kasihan dengan dia. tidak apa-apalah..asalkan dia bahagia..... Benda-benda ini sementara sahaja. Buatlah sekadar mampu. Cuma yelah, sayang juga kan....







p/s : Kes pengantin old school tu berlaku tak tau lah bile2 kan...tahun lepas ke...tahun nie ke...minggu lepas ke...minggu depan ke....entah2 saya puya khayalan je...tak pasal2 ade Cik Anon yang perasan..... Tapi ramai yang kata wajah saya masa kahwin seperti Noraniza Idris. Mungkin kerana saya tembam macam Noraniza Idris. Hehehee...tapi saya tak kisah. Sebab hubby saya kata saya saaaaaanggaaaaaaatttt cantik hari itu....weeeee

Keep your friend close, keep your enemy closer...

Keep your friend close, keep your enemy closer...


Pernah dengar tak frasa di atas? Mengenali dan mendekati musuh kita lebih dari mendekati sahabat kita. Baru kita tahu apa kelemahan dan kekurangan mereka. Bagi saya bukan apa. Ianya meningkatkan motivasi kita dan rasa keyakinan dalam diri kita.

Tapi yela, bukan senang nak rapat dengan lawan kita. Bukan senang nak melihat apa yang dilakukan mereka. Rasa mendidih sahaja. Berlebih-lebih nanti orang kata kita ni pendengki. Jadi kena sentiasa berhati-hati. Maklumlah, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Hati-hati menyimpan guntingan, agar kain tak nampak rabak, rahsia orang tak nampak. Kalau dah nampak, jangan melenting bak khinzir tercekik tulang. Buruk benar rupanya.

Lagi sukar nak mengenal siapa kawan dan siapa lawan. Banyak sangat topeng yang dipakai. Bukan 1 atau 2. Mungkin 10 atau 100. Ada yang bersifat macam lalang. Kejap meliuk ke kiri. Kejap meliuk ke kanan. Muka macam malaikat, dalam hati siapa tahu. Terpaksalah menjaga setiap butir kata. Bukan smeua dapat terima apa yang kita katakan. Nanti digelar bermacam gelaran. Siapa nak menanggung.


Ini adalah auto publish. Karangan entry kali ini sebutir-sebutir menari di dalam kesyahduan dengkuran hubby dan kebisingan jentera membaiki jalan. Jam sudah pukul 3 pagi. Teringat pula lagu P Ramlee. Alangkah baiknya jika hubby masih berjaga, pasti dia akan mengurut belakang saya sambil nyanyikan lagu P Ramlee...

"Pukul 3 pagi.....lalalalla....Gosok gigi...minum kopi....lalalalalala"


Ya, pukul 3 pagi, tapi mata ini sikit pun tak mahu lelap. Bersengkang macam jam 10 pagi. Harap-harap besok mata ini tidak kuyu di office. Tadi ke One Utama. Tengok wayang cerita Solomon Kane. Best. Aksi2 nya.. Tapi ending dia adak tergantung. Biasalah, cerita omputih, belakang mesti nak tergantung.

sebelum masuk ke dalam wayang, sempat singgah di Home's Harmony. Berjalan2 konon nak tengok kusyen lantai. Sekali tak jadi beli Kusyen lantai. Kami beli Bean Bag. Semua sekali total RM100++ je. Lebih murah dari beli online dan saiznya lebih kurang. Kalau online paling murah saya jumpa RM170. Saya beli yang 2 warna. Merah dan biru tua. Corak macam football. Macam ada harapan nak anak pertama anak lelaki. Ayahnya dah cenderung kesitu gamaknya....


Lepas tengok wayang, singgah di Uptown beli makan malam. Balik sambung menjahit gown untuk customer saya Puan Yana... Dah alang2 menjahit gown, terus sambung jahit butang baju kemeja dan ada satu kemeja hubby yang carik di hujung. Walaupun skil menjahit masih lintang pukang, tapi keseluruhannya saya masih berpuas hati dengan mutu jahitan saya... Walaupun menjahit gown putih dgn benang berwarna pink dan hijau. Serta menjahit baju kelabu dengan benang coklat tua. Ok, tak nampak ape...kikikiki....Maklumlah, stok bennag dah habis....Malas betul nak refill...


Ok la..mata dah layu..nak teman dengkuran hubby la pulak. Boleh mimpi2 nak tengok mimpi breakfast apa besok....






p/s : sebelum entry makin caca marba dan mengarut2 baik saya hentikan aja....bye....daaaa

Wednesday, March 24, 2010

Sekarang saya dah tahu kenapa "Saya Pelik betul..."



Sekarang kalau refresh page saya dia keluar benda di atas ni...kenapa ya?
Ada sesiapa yang tahu?



UPDATE !!

Selepas menggodek2 beberapa blog yang mengalami masalah serupa, maka saya jumpa jalan penyelesaiannya... Bukanlah apa, sangat mengganggu gugat sesiapa yang membuka blog yang ade benda keluar2 ni. Dah la sebelum ni berperang dgn free advertise Widgeo..ini yang Geng Blogger pulak.

Dengar kata Geng Blogger di hack. Siapa sajelah yang busuk hati dan dengki tu...
Jadi siapa-siapa yang ade link ke Geng Blogger akan menerima pop out window yang menyemak tu tau.

Cara nak hilangkan..:
1) Buang logo Geng Blogger dalam blog page anda! (dalam kes aku aku takde logo...tapi still keluar....)

2) Sila check kot-kot anda letakkan dalam blog list ke..atau apa-apa link yang direct ke Geng Blogger. Ha..remove juga...

Alhamdulillah..lepas remove itu Bloglist..dah ok dah....

So, selamat mencuba!



p/s : tengah menahan sakit Full Moon...inilah antara sobab tiap2 bulan saya MC ye encik bos dan rakan2 opis....(rakan opis saya lelaki belaka,ada pompuan pun tak ramai)....

Tuesday, March 23, 2010

Terhad!

Idea saya untuk menulis blog 2 3 hari ini memang banyak. Melimpah ruah. Saya nak tulis abaout friendship, about loyalty, abaout wedding, about orang yang kengkonon high taste and very 'the omputih' but end up with some makcik-makcik style...very 'the old skul' yooouuuuuu......, saya nak menulis tentang harapan, tentang kenangan, tentang konflik, tentang skandal dan tentang sikap.

Tapi semuanya jadi terhad. Jadi terbatas. Untuk makluman semua, idea dan konsep asas kandungan blog saya di tapis oleh husband saya. Untuk mengelakkan orang yang makan cili supaya tidak terasa pedasnya dan cuba melepetkan ke muka orang lain pula supaya semua pun terkinja-kinja sama dengan dia. Husband saya terlalu menjaga perasaan orang. Jadi saya hormati setiap tegurannya.

Tapi untuk 2 3 hari ni, oleh sebab semuanya panas dan sensasi, semuanya ada kaitan dgn hubby and the 'tak berapa' gang....jadi semuanya dah ditapis dan dihadkan sampai lama-lama saya pun dah tiada idea....

Takkanlah nak tulis aktiviti semalam yang dimulakan dengan menu sardin (atas permintaan hubby tau!) hinggalah terlelap di depan emma yang tekun tolong jahitkan baju saya (nampak sangat biadap..tapi aku ngantuk ma...sorry ma...memang macam di beri ubat tido...)...

Owh..mari kita layan gambar Roz...Walaupun gambar di majlis dia banyak yang rosak dimana saya pun tak tau ape masalah nya,.....kita layan mana yang ada jerla ye!






Gambar pun rosak, idea pun TERHAD!....
Jadi ini sahajalah update untuk hari ini...... Sob..Sob......



Untuk pakaian pengantin dan Handbouquet seperti Roz dan Syah, boleh contact
NIK 0123857747
nikhakimah@yahoo.com
http://quinybridal.blogspot.com




p/s : Suka dgn Roz punya makeup dan hair style...Nampak sangat sentuhan Chinese (Roz gunakan khidmat Chinese Makeup and hair dresser...) Very vadevasss........Tapi adelah satu pengantin tu.....hairstyle, mekap semua out..... tak sangka masih ada yang buat rambut style Hetty Koes Endang bertudung.... Tudung jadi rambut = sarang burung....Gelak guling2...Emma, ko kahwin pakai tudung kemas2 k!.....Lagi cantik dan berseri!

Monday, March 22, 2010

Kematian paling lama...

Semalam saya dan hubby 'mati' paling lama...

OK2..cerita dari awal.. Hari Sabtu Hubby ade kelas.... Then lepas kelas rehat di rumah Mama, petang sikit ke One utama. Ada Sale di Jusco. Tapi tak beli anything special. Cuma beli ikut tujuan.... Beli 'sotong' dan 'apam kering'.. Semua dah kecut-kecut je yang tinggal dalam almari.. ekekeke... Tak senonoh betul..

Kemudian alas perut, kemudian.......erm....erm..saya dah lupa apa yang saya buat hari sabtu....ahahhahha...ngokngek......


Yang saya ingat..hari ahad bangun awal...then ke hotel Singgahsana di Petaling Jaya untuk siapkan Raja dan ratu sehari Syah dan Roz.. Tema Gold....
Makan sampai dua round sebab makanan dia sedap... Sirap minum bergelen-gelen.

Petang tu ingat nak ke Putrajaya untuk tengok pameran Belon Panas... Tapi harapan itu terkubur di tengah jalan... Gaya macam nak hujan.. Betul-betul hujan lebat. Jadi, aktiviti paling best ialah tidooo...

Kami tido dari jam 5 petang sampailah saya terjaga jam 11 malam.. Kemudian sambung tidur balik sampailah jam 2 pagi, lapar.....

Jam 2.30 pakai baju ala kadar, sarung sweater, pergi drive tru Mc D, lepas makan.....mata dah tak boleh lelap. Paksa-paksa lelap. Pagi tadi mengantuk ya amat walaupun tidur dah berlebih-lebihan...

Hebatkan..kami 'mati' begitu lama... Inilah penangan saya nak FullMoon.. Samada Rajin atau MALAS macam babun tua.....ekekkeekek......Hubby sukalah...pertama kali tidurnya tidak diganggu..

Pagi tadi hubby yang siapkan sarapan saya...ekeke...Sapu perut dan belakang saya dgn Balm, baru dia bersedia lepaskan saya pergi kerja.... And he looks so worried today....Hurm..nape ek...





p/s : mak saya kata..tido tu mati.....

Sunday, March 21, 2010

Filem Biru, otak biru, mata biru, haru biru....

Hari Jumaat malam Roz dan Syah datang ambil hand bouquet.... Untuk reception mereka hari Sabtu lepas. Tak dapat join sebab Hubby ada kelas... Kemudian Syah bagi soalan cepu gangsa..

Bila nak ada anak...

Ahahaha...... Saya memang teringin.. Tapiiii....belum lagi kot... Nanti2lah.

Sementelahan pula saya dapat cerita panas dan sensasi tentang anak-anak kawan kepada kawan saya. Cerita tu membuatkan saya terfikir kembali sejauh mana kekuatan saya untuk mendidik anak-anak saya. Memberikan mereka suasana yang baik untuk tumbesaran mereka, pendidikan mereka.



.................................................................................................

Kesnya :

Kawan kepada kawan saya ada 3 orang anak. Masih kecil. seorang di sekolah menengah. seorang disekolah rendah dan seorang lagi masih bersekolah tadika. Satu hari, mak budak ni ternampak 2 anak dia yang bongsu dan yang tengah sedang main-main dalam bilik. Main apa? Main 'love-love'..... apa benda main 'love-love'?

Main 'love-love' = meniru aksi dalam Filem Biru (baca : blue)

Bila diselidiki, rupa-rupanya dua anak kecil itu terlihat abang nya melihat Filem Biru itu dalam bilik belajar. Mak budak itu sangat marah. Bersama-sama dengan ayah budak, mereka bertubi-tubi soal yang sulung mana dia dapat itu Filem Biru... selidik-punya selidik, rupanya ianya adalah kepunyaan Ayahnya......

Jadi tak jadi marah. Anak yang kononnya nak dimarah keluar bilik dengan gelak-gelak. Dengan ketawa-ketawa. Anak-anak dimanjakan. Kesalahan ditumpuk kepada ayahnya sahaja. Tiada didikan.

Itu bukanlah pertama kali. Dahulu pernah ter'kantoi' anak-anak melihat Filem Biru yang di'download' kedalam telefon si ayah dan mereka menengok sambil tergelak-gelak kecil. Itupun ada makcik yang terlihat, maka mengadukannya pada mak ayah budak-budak tu. Tapi pengakhirannya sama. Perkara itu dibiarkan berlalu...

Malah budak-budak ini terlebih dimanjakan. setiap bulan MESTI dibawa makan sedap-sedap, dibelikan hadiah bermacam rupa dan ragam. Selang 2 3 hari dah rosak. Dibeli lain pula... Dibuang lagi..dibeli lain pula.

Yang peliknya, untuk kesalahan yang kecil seperti degil tak nak masuk tidur, tak nak basuh tangan, di pukul dengan rotan, dengan pili paip... tapi bila untuk kesalahan kecil di biarkan sahaja....


.................................................................................................




Cerita-cerita di atas menyebabkan saya berfikir dua kali untuk mempunyai anak. Bukanlah bermakna saya melihat Filem Biru. saya geli ok!. Biarlah orang kata untuk improve skil ke ape ke..saya tak peduli.. saya tak mahu tengok..YUCKKKSSSSS...... Tapi sya terfikir, kita adalah contoh untuk anak-anak kita. Role model. sejauh mana kita bersedia untuk menjadi Role Model untuk seluruh kehidupan kita termasuk percakapan, gaya hidup, pemakanan, adab dan tata susila. Saya jadi bingung..


Anak-anak ibarat kain putih...Kitalah yang mencorakkan mereka.





p/s : Ole-Ole Bali Contest sudah hampir sampai ke penghujung nya.... Bagi yang belum menyertai, cepat!..Sementara Tawaran masih terbuka...

Hubungan itu perlu dipelihara

Ini nenek nak bagi nasihat....ekekkeke.... bukan nasihat apalah.. Tapi based on experience..apa yang berlaku disekeliling saya.

Hubungan yang kita wujudkan kena di jaga. Hubungan persahabatan, hubungan sesama insan, hubungan dengan encik Tunang, dengan encik suami, dengan kawan office. Lebih-lebih lagi kita ni perempuan. Perempuan ini pembawa fitnah. Buka mulut sikit pun boleh jadi fitnah. Maka jadilah kita orang perempuan ini golongan yang paling ramai dalam neraka.


Oleh kerana kelembutan hati dan kekacauan emosi kita, maka kita seringkali melakukan kesilapan. Di situlah letaknya fungsi kawan yang perlu menasihati, menegur. Dan jangan kita melenting membabi buta. Menolak segala dakwaan sedangkan apa yang dikatakan itu benar.

Dalam dunia akhir zaman ini, yang hak di injak-injak, yang bathil di junjung-junjung. Bila mana benda yang betultidak ditegakkan, maka sampai bila-bila pun orang yang bersalah rasa dirinya selamat. Dan akhirnya terkena la batang hidung sendiri.


Bila menyebut tentang hubungan yang perlu dipelihara..bukan bermakna kena (baca : mesti) contact selalu, gather selalu, borak dalam phone selalu... Cuma tak perlu sampai bermusuh. Sentiasa menghulurkan bantuan ketika diperlukan... Itu gunanya kawan. Jangan tikam belakang. Pelihara dan hargai kepercayaan yang diberikan. Ingat semasa susah senang bersama dulu.

Sebab itu orang kata pilih-pilih kawan. Berkawan dengann orang yang baik-baik turut membentuk kita menjadi baik. Berkawan dengan pengotor boleh membuatkan kita juga jadi pengotor. Mak saya kata :

"kalau kita berkawan dengan sesorang itu selama 40 hari, maka kita juga akan terkesan dengan sikap dan perangai nya.."

Contoh : adik saya berkawan dgn hamster, lama-lama perangai pun macam hamster. cara tidur, cara makan. Kalau kita berkawan dengan kucing, nanti kita pun ada sifat-sifat kucing. Manjanya, sensitifnya. Bukanlah bermaksud kita transform menjadi Kucing atau hamster, tapi sifatnya.... Bukan semua, sebahagiannya....

Contoh lain : jika kita berkawan dengan orang yang lembut, sopan santun, ada sikit-sikit kesopan santunannya yang akan kita ikut secara tak sengaja.


Oleh itu, kawan yang tak baik ini harus kita hindari. Tapi bukanlah sampai putus silaturrahim. Cuma perlu dijauhi. Dan dalam masa yang sama menegur. Kalau berubah baguslah. Satu Bonus.


Hubungan pertunangan adalah hubungan yang tidak kurang kritikalnya. Bila dah bertunang, salah sekiranya ada orang yang 'potong line' tau. Inikan pula kita yang nak cari pasal. Lagi nak menyendeng-nyendeng dengan kekasih lama (yang merupakan kepunyaan sahabat baik kamu snediri...). Sedarkah bahawa kamu tu dah bertunang, dah dipunyai orang. Kenapa mesti nak mengimbau kenangan lama. Lagi mengundang curiga bila dilakukan secara rahsia-rahsia.. Apakah?

Sebab tu bila orang menegur jangan melenting. Sentiasa muhasabah diri... Dah la perasan sendiri. Lain yang orang cakap lain yang di fikir. Bak kata orang, siapa yang makan cili pasti terlompat-lompat macam kera. Eh-eh..silap......mana boleh gunakan perumpamaan begitu. Nanti saya ni dikatakan menyamakan orang dengan haiwan (walaupun perumpaan sahaja). Dah saya ni jadi tukang fitnah dan jadi orang yang menzalimi. Tapi Tuhan tu maha adil, maka setiap apa kebenaran yang diselindungkan serta doa mereka yang teraniaya akan termakbul. Tuhan tunjukkan juga.

Dan Alhamdulillah bakal suami kamu tu sanggup meneruskan perkahwinan. Terima kamu seadanya. Tak sedar diri juga tak tahu lah. Sudah la berskandal.....uuuuppppsssss....terlebih sudah.... kawan baik punya sendiri pulak tu....uuuuuppppppsssss....terlebih lagi..... Kemudian bila dah kantoi mengamuk2 macam kamu mangsa...uuuuuppppssss....terlebih lagi....

Kemudian bila ada yang menegur terus kami buat muka anak tikus macam kamulah mangsa.. Pathetic!....


Orang tua kata..kalau bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.

Sendiri mau ingat!...





Hubungan itu perlu dipelihara..... Cinta perlu dipupuk. Kalau tak dipupuk ianya akan ditelan zaman.... Sebab tu orang kata kalau tak mahu jangan di layan..kelak memakan diri...


Kalau dah bersuami pun sama. Jangan duk mengilai lagi dgn lelaki lain. Jaga pandangan mata..jaga tingkah laku. Jaga tata tertib...


Kalau duk bercinta lagi.. Tak usah nak pandang yang lain sedangkan janji setia dah dilafaz pada yang menanti. Hargai perasaan setiap wanita. Mereka adalah permata yang berharga.




Saya dah penat nak tegur. Benda simple pun susah nak simpan dalam kepala..











p/s : Tuhan maha Kaya....... kebenaran tersingkap...nak sedar dgn tidak ajela..nak berubah taua tidak sajelah...

Friday, March 19, 2010

Kalau sedondon Baru romantis?

Ha...ini part yang agak unik untuk diceritakan... Saya pernah terbaca (ke tertengok ye...) tentang artis Malaysia yang paling romantis... dan antara perkara yang dinilainya ialah berpakaian sedondon. Lelaki dan perempuan pakai baju sama warna..sama pattern kadang-kadang tu. Bila berpakaian sedondon tu baru dikira romantis. Pasangan paling bahagia lah kata orang. Macam artis-artis kita ni....






Tapi saya dengan hubby tak pakai sedondon. Boleh kira dengan jari.... Masa kahwin, masa nikah, masa reception dengan raya haji yang sudah. Itupun muncung-muncung dia tak nak pakai sedondon tapi saya paksa jugak...ekekeke... Jadi kami ni tak romantis ke? (memang tak romantis pun.....kata KOMANDO...)...

Bukan tak ada langsung pakai sedondon..tapi kebanyakannya adalah secara kebetulan.. Ha..yang tu selalu..kadang-kadang dah setengah hari baru perasan warna baju kami serupa.. Lepas tu gelak sama-sama... Ha...yang ini selalu jadi. Agaknya kami ada chemistry.... Tak payah plan-plan..

Hubby saya punya alasan yang kukuh kenapa dia tak nak pakai baju sedondon. Walupun hampir-hampir sama sekalipun....

"Saya tak nak kelihatan macam boria atau pakaian beragam.."

Cess....ingat lagi masa bercinta dulu, siap kumpul-kumpul duit belikan dia t-shirt yang hampir serupa dengan saya punya blouse. Bila dia tengok nak serupa, terus tak jadi pakai T-Shirt tu. Sekarang kalau nak ajak pakai sama-sama pun dia tak nak. Macam-macam alasan dia bagi. T-Shirt tak best la (sila bayangkan dgn mimik2 muka sekali ya..), T-Shirt ketat la... Baju ni lagi best la... Adooi.... Masak...

Saya pun tak tahu. Kadang-kadang jeles bila tengok kakak2 ipar saya sedondon dengan abang2 saya atas kerelaan dan kehendak masing-masing.... Hari raya pun nampak romantik je. Saya ni, adessss...

Tak kesahla..kata isteri Komando..Apa barang pakai baju same kaler....

Tapi pagi semalam secara tak sengaja saya tergosokkan dia baju yang sama warna dengan yang saya nak pakai hari tu. See.......


Hubby yang perasan...dia cakap..

"Eeeehhh..baju kita sama lah hari ni...."

Saya pun apa lagi.."cepat-cepat ambil gambar"...ekekeeke

Nampak bahagia tak?Ekekeke..ke nampak GILA...ahahah
p/s : sila abaikan kotak2 tu ye..nama lagi bilik store..ekekekke


Akhirnya.....

Eh.mehla jamu mata dengan breakfast pagi semalam.... (dah satu hari baru nak post entry semlaam.....apparaaa...)


Wedges + Salad broccoli and mushroom + sosej = gemok!


Saya minum susu Dutch Lady Strawbery, hubby Teh O




Ok...tue jerla.... nanti update lagi...da....






p/s : klik2 la nuffnang saya kalau ada...sekarang tengah dapat buffered earning...manalah tahu boleh cash out amount tu kan..ekekke

Thursday, March 18, 2010

Isu Baghal yang makin melampau

Saya 4 hari berturut-turut duduk di rumah Mama. Tidur di rumah Mama. Balik kerja terus ke rumah Mama. Tapi selama 4 hari inilah si Baghal tu tak reti nak balik rumah sendiri. Melepak je kat depan TV macam dah takde rumah. Saya sangat tertekan. Saya sendiri nak tengok TV pun tertekan dengan kehadiran dia... Demmit la kan.. Nak ke bilik air pun menyampah... Duduk mengadap TV samapi pukul 11 malam tak balik lagi.. tension je tau...

Ada satu hari tu Baby Kaisara melalak je bila masuk Maghrib. Kebetulan kami sampai pun dah nak dekat Maghrib dan mummy dia pun balik dah nak masuk Maghrib. Jadi maybe ada lah benda-benda hantu setan dah mengikut memporak peranda kan keluarga bahagia ni kan. Lepas tu, puas lah pujuk. Nampak Uda, nangis, nampak ayah, nangis, nampak Mak UDa dia pun nangis. Bapaknya pun pergilah kebelakang nak panggil Mak Aji, Mak Aji nya tak jumpa, jumpe Pak Katok.

Pak Katok nie pun baca lah sikit-sikit sambil sapu minyak atar dekat sendi-sendi... Alhamdulillah, nampakla baby Kaisara makin ok. Terus bagi minum susu, terus tidur. Elok je baby tu tidur, tiba-tiba ada setan besar hitam legam masuk rumah. Memekak2.

"How is she?She OK?Are you sure?"

Ciss...ingat kami yang kat rumah tu buat tak tahu je ke kat Baby Kaisara tu. Memang Baghal wal Unta. Ahahahhahaha....Konon-konon concern macam Haram. Menyampah rasa nak belasah aje.

Lepas tu melekat la dia kat rumah tu. Ha..tau lah kan...Tapi kebetulan masa dia datang tu saya ada di depan TV. Jadi dia lepak sahaja di luar rumah. Borak pekebenda entah dgn abang ipar saya. Even masa hubby buat magic tunjuk dekat abg ipar saya, dia yang paling tak puas hati. Yela, dia kan tak boleh orang lebih pada dia. Semua dia je yang bijak pandai...Adoooohaaaii...

Semalam, masa nak keluar nak balik rumah sekejap, Si Baghal ni datang. Baru masuk rumah dan terus pergi kat depan TV...
Lepas tu Imran (adik hubby) sound kaw-kaw punya

"Hey, tak cuci kaki ke?"

"Hey, aku dah cuci la..aku bukan macam lu orang ..tak reti respek"
(eh tetiba plak..sape yang tak reti respek..masuk rumah org wat perangai besar kepala..lu yang tak reti respek org...cis..bedebah!)

Aku malas nak campur,...balik rumah sekejap sebab ada customer datang fitting gown. Lepas dah borak-borak dengan customer sekejap, balik la rumah Mama balik since dah berjanji dengan mama nak balik rumah. Sekali sampai je nampak si Baghal tu still melepak dekat depan TV. Padahal saya nak tengok TV semalam. Terus terbantut. Hubby tahu saya menyampah. Dia pun temankan saya kat bilik. Siap ajak anak-anak buah dia masuk bilik, bagi main game laptop.


Rupanya...Masa kami balik dari kerja senja malam sebelum tu, hubby dengan Imran (adik hubby) dah kena sound dgn si Baghal ni...

"Hey, tarak cuci kaki ka?Tak reti respek punya orang"

So semalam masa dia masuk rumah melepak di rumah, Imran pun sound die kaw-kaw punya. Kesahnya...

Jadi apa kene mengena cuci kaki dgn ini cerita?


Siapa punya ajaran nak masuk rumah kena cuci kaki? Siapa? Kalau untuk tujuan membersihkan diri, kaki kotor, yela cuci kaki. Ini tidak..Budak tu menangis SEBAB TAK CUCI KAKI....Kenapa? Setan duduk kat kakai ke? Hanya disebabkan se ekor baghal wal beruk mak nyeh memekak-mekak, satu rumah disuruh cuci kaki. Padahal duk masuk sekali dengan syaitan waktu Maghrib tu tak nampak pulak. Dah balik Maghrib, bersihkan diri, solat. Bukan sekadar cuci kaki je...


Sama jugak dengan isu samak. Si Baghal ni makan B***...Ok la..itu makanan dia. Dah tau dia makan B***.... yang duk makan makanan yang dia masak tu kenapa? Duk pakai pisau dia, dapaur dia tu buat apa...
Ada pulak yang kata isu tangan dia pegang B*** tak samak, lepas tu buat makanan pada kita. Sebenarnya bukan isu tu sangat.. Dai tu tak mandi wajib pun..sendiri dalam keadaan berhadas besar, mana boleh kita makan makanan yang dia sediakan sebenarnya. Isu halal dalam Islam tak sepatutnya dipandang remeh. Kalau di kedai besar-besar, restoran, kita selalu ambil mudah, ini kalau di rumah kita sendiri takkan kita nak ambil mudah lagi.

Saya cuma Menantu. Saya tak nak bersuara lebih-lebih. Bagi saya ianya hak masing-masing selagi tidak mengganggu keharmonian rumah tangga saya. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga...


Bak kata Nabil.... Lu pikirla sendiri!....





p/s : bak kata Rahimi, layan cerita si Baghal ni, sampai bila pun tak habis....Tekanan betul..

Wednesday, March 17, 2010

Asal semua nak FREE!

Masa sedang menunggu hubby emailkan drawing sketches yang saya tertinggal dalam beg dia semalam, sempat menjengah emai-email dari Joke Of The Day.....Joke-joke dia memang boleh buat hari kita ceria kembali....



Proper Hair Care...

One day a florist goes to a barber for a haircut. After the cut, he asks about his bill and the barber replies, "I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The florist was pleased and left the shop. When the barber goes to open his shop the next morning there is a Thank you card and a dozen roses waiting for him at his door.

Later, a cop comes in for a haircut, and when he tries to pay his bill, the barber again replies, "I'm sorry, I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The cop is happy and leaves the shop. The next morning when the barber goes to open up there are a 'thank you' card and a dozen donuts waiting for him at his door.

Later that day, a college professor comes in for a haircut, and when he tries to pay his bill, the barber again replies, "I'm sorry, I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The professor is very happy and leaves the shop. The next morning when the barber opens his shop, there is a 'thank you' card and a dozen different books, such as "How to Improve Your Business" and "Becoming More Successful."

Then, a Congressman comes in for a haircut, and when he goes to pay his bill the barber again replies, "I'm sorry, I cannot accept money from you. I'm doing community service this week." The Congressman is very happy and leaves the shop.

The next morning, the barber goes to open up, and there...waiting at his door...

...are a dozen Congressmen lined up waiting for a free haircut.




MORAL :
JANGAN LA ASAL SEMUA NAK FREE..ASAL SEMUA NAK DISKAUN..KALAU HARGA DAH MURAH..DAH BERBALOI..MALAH LEBIH MURAH DARI ORANG LAIN....JUST BAYAR JELA...INI LAH DIA..BAGI BETIS NAK PEHA....





p/s : malasya nak siapkan design ini..sob..sob...

Master Feng Shui...sila bantu saya.....

Salam buat semua.... siapa yang sudah baca entry yang baru sudah, pasti tahu kenapa saya sibuk sampaikan nak update blog pun tak sempat..nak menjengah blog kawan2 pun tak sempat....

Sebenarnya, kali ini syarikat tempat saya mendapat peluang membuat satu banglo yang agak besar (sebenarnya sangat besar dgn requirement setiap satu bilik berkeluasan 800 sqft ke atas yang hampir menyamai keluasan rumah kos sederhana dan kesemuanya mempunyai 7 bilik)....

Konsep asal rumah tersebut diberikan oleh client untuk kami elaborate dan develop lagi supaya ianya lebih praktikal. Di bahagian luar rumah, bercirikan modern dan di bahagian dalam penuh dengan ciri klasikal.

Lepas design dengan 3 option berbeza dan berhempas pulas menyiapkan beserta presentation drawing nya sekali, design kami ditolak mentah2. Sebab?

MASTER FENG SHUI KATA TAK BAGUS!.....

Aiaya.....kalau nak tukar, nak ikut Feng Shui sila bagi tahu awal-awal....Kemudian dah tukar semua (sila baca SEMUA)....dari entrance, kemudian tanah di bahagi kepada empat bahagian yang sama besar, baru diletakkan pintu..kemudian dengan segala benda yang langsung lari dari idea dan konsep asal.. Dan semuanya bertukar menjadi classic. Dari exterior..ke interior...dari layout...SEMUANYA dah jadi klasik... Saya tak suka klasik!!!!...(eh..sila berfikiran positif..klasik itu indah dan berseni ya...)

Mari kita lihat..apa sebenarnya Feng Shui...





Feng Shui is the ancient Chinese art to decorate the home. This Chinese art is very useful for decorate your sweet home according to the flow of energy. In general term it means decorate and build your sweet homes according to special rules about the flow of energy, aimed at achieving peace with the environment. This ancient Chinese system uses the laws of both Astronomy and geography to help you to improve life by receiving positive energy. The master of this art provides us the technical aspect to design and decorate our home. You definitely get the good effect on your life if your implements the Feng Shui Design in your sweet home. Based on the ancient knowledge and practices, Feng Shui is a spiritual way of life that helps you to combine the positive forces like wind and water of the universe.

The Principle of Feng Shui
Feng Shui is an art. It is no magic. Feng Shui is a collection of practical, time-tested solutions based on the fundamental properties of elements that are used to change the negative aspects of your life and bring the positive aspects of each element to your living environment and change your life for the better living.

How Feng Shui Works
Feng Shui has had a major impact on the lives of millions of people around the world you can also get its benefits by using the simple basic of Feng Shui like simply changing the interior of your sweet home , changing the colors of your walls, changing the direction or position of your rooms and relocating the furniture in your room, you can enjoy the positive effects of Feng Shui.

Sumber dari : http://www.biggermouth.com/home-decoration-with-feng-shui-in-2010.htm


Sya bukanlah menolak sepenuhnya penggunaan Feng Shui dalam design sesuatu kediaman. Kadang tu ada betulnya.... Tapi bak kata rakan office saya

" I hate Feng Shui...I didnt belive it at all...all 'tipu' one.."

Dan dia adalah berbangsa Cina.... Mungkin kerana Feng Shui kan kerap berubah mengikut waktu..mengikut persekitaran. Jadi kerja dia makin bertambah bila terpaksa ammend pintu,ammend tingkap...Kesian dia...

Kadang tu perkara yang baik boleh jadi lebih sukar ila kita yang menyukarkannya... Tapi oleh kerana ianya melibatkan kepercayaan individu..saya lebih suka mengambil langkah atas pagar sahaja.. Tidak menyokong tidak membantah....

Haiz.,..sekarang saya kena mulakan semula....dari A....sedangkan ketika ini saya sudah mendapat buffered earning...sepatutnya inilah masa entry2 saya keluar secar berkala dan lebih teratur serta isi2 yang kebabooom....

Tapi disebabkan tuntutan kerja yang saya meraih sesuap nasi tiap-tiap bulan ini, maka terpaksalah saya tinggalkan sebentar blog..sob..sob....sungguh tak bererti hidup saya tanpa blog....





p/s : Master Feng Shui Sifooo...tolonglah jangan tukar design lagi....penat..sob..sob..sob


p/s lagi : tinggal lagi 14 hari sebelum penyertaan untuk Ole-Ole Bali Contest berakhir..cepat submit penyertaan anda ya!


Tuesday, March 16, 2010

Kenapa saya senyap 2 3 hari ini?

Suka cita saya nak maklumkan..kerja-kerja saya yang berlambak tu dah selesai. Khamis dan Jumaat minggu lepas saya stayback...hari jumaat lepas paling lewat saya balik dalam tahun ini...Jam 9.30 malam....Ya....sangat bagus untuk meng'jam'kan otak....

Balik dah lewat, masak simple2, makan terus tido.

Hari sabtu.... Kami bersiap untuk pergi kenduri di rumah Pakcik Khidir...Di Kajang. Itu adalah untuk mewakilkan ayah sebab ayah kerja hari sabtu.

Selsai kenduri pukul 2.30.... rehat sekejap di rumah Abang Ain di Sek Teknik Kajang, kemudian bergegas pula untuk menjenguk rumah cik yang dah nak mulakan balik pembinaan di Sg Ramal Dalam. Rumah tu nanti akan dijadikan rumah singgah kami. Cik nak beri pada Yong tinggal di situ. Tapi hubby dengan saya dua-dua tak setuju.... Nanti nak pergi rumah tu dah tak rasa rumah family..rasa rumah Yong...Tak seronok...

Rumah cik tu best...ada tanah di bahagian tepi....dan banyak hall.. Tak sabar nak tunggu rumah tu ready..
On dat day kami cuma datang melihat untuk sort out ape yang perlu dibuat. Sementara Hubby pulak sibuk menebas semak samun. ... Suka betul saya tengok dia buat kerja... Sebab dia tiba-tiba nampak macam macho sangat..yeay!...Suka....kikikikiki.


Tiba-tiba hari dah hujan....berkemas balik. Singgah di rumah Abang Ain untuk lepaskan Maghrib, pukul 8.30 bertolak balik. Terus menuju ke TTDI untuk bayar bil, buat semua urusan bank. Selesai semua dah jam 11 malam....

Bertolak pula ke Sri Damansara untuk tolong member hubby, Azlan... Dia kahwin hari Ahad tu. Jadi tolong dia pergi pasang pancang papan tanda....Selesai pasang pancang dah pukul 2 pagi. Haiz..badan dah bau semacam...

Tak jadi tidur di rumah Mama sebab dah lewat..balik tido rumah sendiri...

Hari Ahad, pun bangun pagi-pagi... Sebab ada dua kenduri on dat day.

First pergi kenduri Yeob, Adik Kak Zah (kakak ipar saya&hubby)....Itu di restoran Nelayan, Titiwangsa. Tema warna oren. Makanan dia sedap jugak lah...
Masa hari ini jugaklah dapat jumpa awek Hisyam (abang hubby)..... cantek...macam Model....Hubby tak berkelip mata tengok....ada nada-nada cemburu sebab makwe Hisyam cantik...Saya tak cantek...hahahahhahaa Apakah?....




Di Restoran Nelayan ni dapatlah ambil gambar sebab semua tetamu duduk serentak dan tunggu pengantin segala... jadi ada time. yang lain-lain tu memang tak sempat... Mana taknya...Saya menguruskan anak-anak buah ...menguruskan diri sendiri..berkejar sana sini..Haiz...


Selesai kenduri Yeob, hantar Mama balik.... Kemudian bergegas ke Kenduri Azlan pula. Masa kami sampai hujan panas dan kenduri pun dah kemas2. Tak makan pun..sebab dah kenyang sangat...Minum sikit dan saya tapau tapai... Lepas jumpa Azlan dan isteri dia (isteri dia cantik..nama Aina....Cantek sangat).....kami pun bergegas balik sebab ada app pukul 4 dengan customer...

Tunggu punya tunggu, call lagi...tak angkat...terus bergegas jumpa Rahimi di Denai Alam....

Kami berbincang untuk buat package plan Wedding Garden at Horse Club di bawah Denai Alam Recreation & Riding Club Selangor (DARC)... Sebenarnya Club ini adalah badan amal untuk membantu anak- anak yatim. Jadi kelak Wedding yang dilakukan di sini akan disalurkan sebahagiannya kepada anak- anak yatim...See...kahwin sendiri tu dapat pahala..dapat lagi pahala sebab memnbantu anak yatim. Di Club ini boleh belajar naik kuda dengan harga yang sangat murah. So, sesiapa nak join bolehla...






p/s : maafla..entry pun tunggang langgang....
Related Posts with Thumbnails