Friday, August 28, 2015

Umar Mukhtar bukan sekadar Lion of the dessert

Semalam bawa anak-anak ke rumah atuk.

Seronok mereka dapat bermain dengan sepupu.  Ummi ke rumah atuk nak pinjam pahar cucuk bunga telur tu untuk wedding Mar sabtu ini.


Umar seperti biasa, sampai di rumah atuk cepat-cepat ambil kereta yang kami hadiahkan pada Faris sepupu mereka sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama.  Dia lah melenjan.


Tiba-tiba, dengar suara Faris menjerit ketakutan.  Nyaring dan kuat di depan pintu biliknya.  Nampak Umar juga disitu, lalu di depan Faris dengan keretanya.  Ingatkan Umar nak langgar Faris ke apa, rupanya sekadar lalu.  Berlari-lari daddy nya datang dukung Faris.  Puas pujuk baru berhenti menangis.

Sekali lagi di depan pintu dapur pula.  Pun sama.  Umar lalu depan Faris, Faris dah menangis-nangis.

Dan sekali lagi di depan Nenek dan Atuk.


Umar tak touch pun, Umar sambil lalu sambil tengok.


Mungkin Faris trauma.  Asal Umar datang je ada je yang Umar buat.  Tolak Faris masa berebut mainan.  Langgar Faris dengan kereta mainannya..

Umar oh Umar..  daya saingnya kuat.  Mungkin sebab dia anak no 2.  Dia manja tapi tak mudah mengalah.  Dia akan berusaha sendiri untuk dapatkan mainan yang dia nak.  Kadang-kadang sopan, bila tak diberi terus datang gangster nya, di tolak je.



Buat Ummi terfikir..  adakah 'deep' sangat doa Ummi masa memanggil nama Umar.

Sampaikan Umar digeruni seperti mana Umar Al Khattab digeruni.  Baru nampak bayang dah ketakutan.
Tapi dengan muka adorable dan mata bulat bak anime tu, memang buat tak sampai hati nak marah.  Budak kan. berebut mainan tu biasa.  Tolak menolak ketika bermain tu biasa.  Kita yang dewasa ni kena lah ajar. Mereka cuma ada rasa kendiri yang kuat ja.  Nak salahkan pun tak boleh.  Ianya elok cuma perlu kawalan.  Kalau asyik marah dan halang, nanti dia hilang pula keyakinan diri.


Ummi doa kamu jadi seperti Umar Abdul Aziz..  Bijak..
Umar Al Khattab.. Berani dan berkarisma
Umar Mukhtar..  yang berkeyakinan

No comments:

Related Posts with Thumbnails