Friday, August 28, 2015

Umar Mukhtar bukan sekadar Lion of the dessert

Semalam bawa anak-anak ke rumah atuk.

Seronok mereka dapat bermain dengan sepupu.  Ummi ke rumah atuk nak pinjam pahar cucuk bunga telur tu untuk wedding Mar sabtu ini.


Umar seperti biasa, sampai di rumah atuk cepat-cepat ambil kereta yang kami hadiahkan pada Faris sepupu mereka sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama.  Dia lah melenjan.


Tiba-tiba, dengar suara Faris menjerit ketakutan.  Nyaring dan kuat di depan pintu biliknya.  Nampak Umar juga disitu, lalu di depan Faris dengan keretanya.  Ingatkan Umar nak langgar Faris ke apa, rupanya sekadar lalu.  Berlari-lari daddy nya datang dukung Faris.  Puas pujuk baru berhenti menangis.

Sekali lagi di depan pintu dapur pula.  Pun sama.  Umar lalu depan Faris, Faris dah menangis-nangis.

Dan sekali lagi di depan Nenek dan Atuk.


Umar tak touch pun, Umar sambil lalu sambil tengok.


Mungkin Faris trauma.  Asal Umar datang je ada je yang Umar buat.  Tolak Faris masa berebut mainan.  Langgar Faris dengan kereta mainannya..

Umar oh Umar..  daya saingnya kuat.  Mungkin sebab dia anak no 2.  Dia manja tapi tak mudah mengalah.  Dia akan berusaha sendiri untuk dapatkan mainan yang dia nak.  Kadang-kadang sopan, bila tak diberi terus datang gangster nya, di tolak je.



Buat Ummi terfikir..  adakah 'deep' sangat doa Ummi masa memanggil nama Umar.

Sampaikan Umar digeruni seperti mana Umar Al Khattab digeruni.  Baru nampak bayang dah ketakutan.
Tapi dengan muka adorable dan mata bulat bak anime tu, memang buat tak sampai hati nak marah.  Budak kan. berebut mainan tu biasa.  Tolak menolak ketika bermain tu biasa.  Kita yang dewasa ni kena lah ajar. Mereka cuma ada rasa kendiri yang kuat ja.  Nak salahkan pun tak boleh.  Ianya elok cuma perlu kawalan.  Kalau asyik marah dan halang, nanti dia hilang pula keyakinan diri.


Ummi doa kamu jadi seperti Umar Abdul Aziz..  Bijak..
Umar Al Khattab.. Berani dan berkarisma
Umar Mukhtar..  yang berkeyakinan

Tuesday, August 25, 2015

Uwais Mujahid

Hari ni Uwais 3bulan 5 hari.

Maafkan Ummi.  Kerana tidak menulis sebarang catitan tentang kelahiran Uwais.  Bukan tak sayang.  Bukan bias.  Maafkan Ummi ya sayang.


Kisah Uwais bermula begini...

Pagi sabtu.. 23 May 2015.

Ummi bangun seperti biasa.  Sejurus sebelum azan subuh.  Terus turun ke dapur menyiapkan barang meniaga.  Walaupun EDD Ummi pada 25 May, dah dekat sangat.  Tapi Ummi rasa rugi pula duduk saja.  Kalau meniaga kurang2 ada duit.  Kemudian bolehla nak cuti lama sebab nak dekat sangat dah dengan puasa.  2 minggu je lagi.

Semua sudah sedia.  Nasi sudah masak dan masuk dalam tong.  Ayam sedang goreng last batch.  Semua sudah sedia.  Ummi sedang potong telur rasanya. Tiba2 ummi rasa sakit pinggang sangat.  Lenguh.  Ummi cuba tegakkan badan dan condong sikit ke belakang.  Mungkin lenguh sebab buat kerja.  Kemudian sakit hilang.  Ummi teruskan kerja.  Kemudian lenguh lagi.  aih..lain macam ni.  Ummi kerling jam.  Waktu itu jam menunjukkan pukul 7.10 pagi.  Ummi note dalam kepala..   Ummi sambung lagi buat kerja.

Kemudian ummi rasa discaj, basah2 sikit mcm tu.  Ummi tak sedap hati masuk toilet, check.  Ada lendir darah.  Ok. dah keluar sign.  Ummi bagitau ayah..  Tapi Ummi kata tak payah susah hati lah..  tak sakit pun.  Cuma ada tanda.  Ummi kata nak cuba juga meniaga. Sebab barang2 semua dah siap tinggal masuk kereta ja. Sambil tu ummi kerling jam.  Contraction datang lagi.  Tapi tak sekata.  Kejap 10 minit.  Kejap 5 minit.  Ayah pula kelam kabut kemas2 dapur.  Basuh apa2 yang patut kemudian tanya kondisi Ummi.  Ummi kata Ummi boleh tahan.  Tak sakit pun. Lenguh je. Ayah suruh Ummi mandi dan siap2.
Ummi pun decide tak nak pergi meniaga lah.  Ummi sempat makan nasi lemak.. tapi cuit2 jelah sbb tak selera.  Penat tak hilang prepare barang meniaga.

Lepas mandi Ummi tolong ayah kemas2.  Ummi bungkus semua lauk.  Bungkus siap2 nasi lemak dengan set2nya. Ada set ayam, ada set telur. ada set keduanya.  Ummi bungkus sekali kuih karipap.
Kemudian kami ambil beg semua masuk dalam kereta.  Nasi lemak siap berbungkus tu Ummi hulur kat jiran sikit.  Kat guard sikit.  Kemudian ayah terus pecut kereta ke rumah pengasuh.  Masa tu jam menunjukkan pukul 8.10am mcm tu.   Dalam kereta contraction makin kuat dan regular.  Ummi tak putus zikir dan doa.  Ummi telefon Tok we, minta tok we doakan.  Ummi telefon pengasuh cakap dah on the way.  Sambil tu Ummi pesan dekat kakak sufiyyah..  jangan menangis, jangan nakal, dengar cakap mama zai, nanti tidur dengan ayah jangan menangis, ummi nak pergi hospital sekejap je nak keluarkan baby....  kakak okay.. kaka tenang dan sedikit sayu sebab ummi menangis sikit.  Tapi lepas tu dah okay.

Sepanjang perjalanan Ummi tak bersandar.  Ummi lean badan ummi ke seat depan dan peluk head rest kuat2 bila contraction datang.  Ummi cuba control breathing. Ummi cuba amalkan semua yang ummi baca semasa mengandungkan Uwais.  Ummi nak kelahiran yang paling natural dan selesa.

Sedikit jem semasa di cabang dua antara ke Subang dan KL.. kemudian trafik lancar.  Ummi tinggalkan abang Umar dan kakak Sufiyyah dengan peluk cium.  Abang Umar happy dapat ke rumah mama zai.
Kemudian Ummi ke rumah nenek dan atok hantar belen nasi lemak.  Salam dan minta doa.  Terus pecut ke Hospital Serdang.  Ummi duduk depan.  Aduh..  susah betul nak lean ke depan sbb takde benda nak di grab.  Tangan kaki dah seram sejuk.

Sampai Hospital Serdang (ah..ummi lupa pukul berapa.  10am rasanya)..  Ummi insist nak ikut ayah pergi parking kereta.  Ummi kata dalam hati.  biar lambat sikit.  biar bukak besar.  Biar boleh jalan2.
Dari parking ke tempat bersalin takdelah jauh.  dalam 500m.  Ummi jalan pelan2.  Sambil tu control breathing.  Sampai je Ummi terus register.  Bagi sekali dengan Birth Plan yang Ummi dan siap2 buat dan diskus dgn Doktor Noriha yang checkup ummi bulanan.

Tiba2 nurse di kaunter cakap, kalau nak suami teman kena bagi sijil nikah.  Ummi mana ada sijil nikah masa tu.  Katanya whatsapp pun x apa.  Tapi sijil nikah di ofis.  Ummi sudah cuak.  sakit tolak tepi.  hahah..
merayu punya merayu tetap tak boleh.  Last2 agaknya dia kesian tengok ummi, dia kata..  tengoklah pertimbangan nurse dekat dalam..  Ummi doa biar mudah.  Kemudian Ummi terus masuk dalam.  Ummi tak duduk.  Ummi berjalan2 dan goyang2 hips sambil layan contraction.  Memang lega sangat.  Kurang lah sakitnya.  Lepas tu dah lama sangat tunggu (perasaan ummi je).  Ummi keluar jumpa ayah kat luar.  Ummi makan lagi bekalan buah tin dan kurma dengan air zam2.  Kemudian Ummi masuk lagi.  Barulah sampai giliran Ummi.  Ambil tekanan.  check contraction semua.  Kemudian Ummi nak jalan lagi tapi nurse dah tak bagi.  Dia takut jatuh.  Masa tu juga mereka soal siasat pasal birth plan ummi.  Ummi jawab takat yang ummi tahu.  Ummi disorong masuk ruang checking/menunggu.  VE, dah bukak 5cm.  Ummi bgtau nurse ummi fast progress.  Alhamdulillah.. mereka hormat kebanyakan permintaan ummi dalam birth plan.  dan masa tu lah ummi minta elok2 nak suami masuk.  Walaupun sakit melayan contraction Ummi gagahkan juga layan mereka bersembang.  Tak sampai 10minit sebab tengok ummi dah mengerang2 nurse VE lagi.  dah 9cm.  Ummi terus tolak masuk labour room.  Water bag pun mereka tak pecahkan lagi.

Jadi kali ni Ummi sempat tukar baju semua. hehehhe..
Jam sekitar 10.40am (kalau tak salah).  Ummi dah start sakit yang teruk.  Baby semua okay. Tetiba ada satu MO India perempuan masuk sambil unjuk Birth Plan Ummi.  katanya "kita tak layan ya semua ni, kita tak ada masa..kita banyak lagi patient".  Ummi kata, apa yang u tak boleh layan.  yang paling obvious dia tak nak layan ialah DCC (delay cord clamping).  Ummi kata up to you lah.  takkan nak tunggu sekejap tak boleh.  tapi if thats really the procedure, i tak boleh buat apa (masa tu malas sangat nak bertekak)..
Lepas tu dia perasan Ummi tak cucuk kat tangan.  Dia kata tak boleh. bahaya.  If anything happens baru nak cucuk tak sempat la apa.  Ummi kata..  Ummi dah phase active labour.  Anak dulu pun phase active labour, jarum tu sampai kesudah tak boleh masuk.  dia tetap nak jugak.  Then Ummi cakap, if u think thats the best.. buat la.. Tapi mmg sampai sudah tak boleh masuk.  Ummi dah cakap..  dapat hadiah lebam je seminggu lebih.  Geram betul.  Tapi sbb midwives baik2.  cakap sopan2.  Ummi tak la bising2 lagi.  Ummi diam je dan zikir banyak2.

Water bag tak pecah lagi tapi Ummi dah start meneran.  Tiba2 POP..  water bag ummi pecah.  habis merecik dekat midwives. Ayah ada sepanjang proses.  Lupa nak bagi tahu.  haha.  tapi as ummi expect.  Ayah bukan tolong sangat.  die menang kan midwives adalah..  hahaha.  dan as ummi expect.  jadi manja terlebih.  Tapi sebenarnya ayah kekok.  Dia tak tahu nak buat apa. .

11.05 am.. Uwais Mujahid keluar.  sahkan jantina, terus skin to skin. Ayah azankan Uwais dalam keadaan Uwais atas dada Ummi.  Uwais bagus sangat.  Lepas keluar nangis sekejap terus diam.  Breastfeed pun tak nak.  Uri keluar tak lama lepas tu.  Itupun dengan sedikit bantuan ubatan.  Alhamdulillah.  kali ni langsung tak ada koyak.  Langsung tak ada jahit.  yang lain2 tak payah cerita detail lah ye..

Tapi yang pasti sepanjang tempoh kelahiran, tiada doktor lelaki.  Semua perempuan, alhamdulillah.  Ummi boleh dengar dari dalam bilik masa lepas deliver patutnya doktor check.  Tapi diorang tengok BP (birth plan) ummi, diorang kata tunggu jelah doktor perempuan.  Memang la menunggu tapi ok..  tak la lama.

Water bag pecah sendiri..  Memang lain rasanya.  Kurang sakit berbanding dipecahkan.

Lepas tu ayah bacakan alquran, mandikan ummi, uwais pun dah mandi, dah tenang.  Ayah balik. Tak tunggu ummi masuk ward sbb tak tahu lagi ada kosong ke tak wardnya..


Ummi keluar hospital on next day.  =)


Uwais Mujahid
23 May 2015
11.05am
2.95kg (paling berat..hehe)
Hospital Serdang


Uwais satu2nya anak yang ada tanda lahir sebaik sahaja lepas keluar.


Ummi namakan Uwais sempena nama Uwais Al Qarni. Uwais sendiri bermaksud Pemberian..
Ummi dan ayah berkenan nama Uwais lepas dengar satu ceramah di radio sewaktu pulang kerja.  Tentang sejarah Uwais Al Qarni.  Ummi terus terpikat.  Tak terkenal di bumi, tapi terkenal di akhirat.  InsyaAllah.

Mujahid.  orang yang berjihad di jalan allah.

Jadi Uwais Mujahid ialah pemberian yang berjihad di jalan allah...

Subhanallah..  semoga nama ini tidak memberati mu nak.  Kerana tiap kali ummi menyebut nama uwais, ummi berdoa kamu sehebat dan setaat Uwais al Qarni.  dan Ummi menginfakkan kamu ke jalan Allah.


Moga kamu ada saham menjadi saham akhirat buat Ummi dan ayah.






sekadar catitan..  Uwais 2bulan - 5.2kg..
Uwais lagi 3 hari nak masuk 3 bulan - meniarap sendiri. tapi jarang2 ikut mood
Uwais..  dah pandai ketawa, suka berborak.  Tak putus2 tersenyum.  Ummi sayangggg Uwais..

Uwais..  kecil2 dah pandai berkongsi.  Uwais minum susu separuh..lagi separuh abang Umar balun.  Uwais tak nangis pun.. bagus anak Ummi.

Uwais 3 bulan - 5.92kg..  Uwais berak sampai tembus di KK, sudahnya Uwais balik dengan pampers dan dibalut dengan kain tudung kakak Sufiyyah...

Tapi Uwais tetap senyuuummm je..  sikit pun tak nangis.  Kecuali kena mandi air sejuk.  Uwais nangis kuat2 mcm kena dera.  Alahai manja Ummi Uwais Mujahid.



Thursday, August 13, 2015

TIPS - Bagaimana hendak dapatkan wang dari peniaga online yang menipu?

Biasa beli barang online?

Mesti biasa kan..

Biasa kena tipu?

tidak bukan?

Sebab semua kita ni mesti tak nak kena tipu.
 Ada macam-macam jenis penipuan.

Order lain, lain barang yang sampai.
Order lain, kualiti lain yang sampai.

Yang lagi teruk.  Order langsung tak sampai-sampai.

Sekarang simpan je rasa marah mendidih-didih tu.  Simpan jauh-jauh dalam lubuk hati.

Istighfar...

Lepas tu..  ingat balik.  duit masuk akaun mana?
ada resit atau bukti?

Ada..  Bagus..

Call bank yang anda masukkan duit tu.

Lepas tu.  buat report kat bank mengatakan ANDA TERSILAP MASUK DUIT KE DALAM AKAUN ORANG LAIN.


Bank akan return duit kepada anda.. Walaupun seller tu dah terguna duit tu.  Bank tetap akan request dia untuk return.

Ha..  xpayah susah2 buat report polis semua.  senang kan..
hehhehe..


harap tips ni membantu.

tapi saya alhamdulillah belum kena tipu.  Cuma tips ni saya baca somewhere di Facebook dan dah diakui oleh seorang kawan saya yang juga banker...

=)
Related Posts with Thumbnails