Wednesday, February 10, 2010

Tangan tua itu memberi harapan...



Seminggu sebelum kahwin saya ada pergi berurut dengan seorang makcik ni. Nama dia Kak Bedah (bukan nama sebenar). Kak Bedah ni dah berumur lebih 50 tahun, tetapi nampak muda. Tak tahu apa petua dia. Masa sedang elok mengurut perut, Kak Bedah kata, saya susah dapat anak. Itu adalah kenyataan yang sangat sukar untuk saya terima.

Kerana dalam keturunan saya, semuanya alhamdulillah, subur-subur belaka. Mak saya mempunyai 11 orang adik beradik walaupun ayah saya cuma 4 orang beradik. Makcik saya sebelah ayah ada 11 orang anak. Pakcik saya ada 5 orang anak. Dan saya sendiri ada 8 orang adik beradik.

Bila dikatakan susah dapat anak, perkara tu menghantui fikiran saya. Sampailah ada satu malam, saya pergi berurut dengan Nenek Aji di belakang rumah MIL saya. Itupun sebab badan saya sengal-sengal selepas demam teruk.

Selepas urut saya bertanya pada Nenek Aji, adakah benar saya sukar mengandung? Tapi Nenek Aji kata :

"Tidaklah, elok saja, bagus lagi"

Saya jadi bingung. Yang seorang ni kata susah nak mengandung, yang seorang lagi kata bagus. Mana satu yang betul pun saya kurang pasti. Balik kerumah MIL, saya bercerita apa yang Nenek Aji kata sementelahan MIL bertanya. Dan saya melahirkan rasa susah hati saya. Tapi Mama (MIL) pantas sahaja mencelah :

"Tak pernah lagi aku dengar orang yang dah pergi berurut dengan Nenek Aji tu tak mengandung. Semua mesti mengandung. Yang susah mengandung pun boleh mengandung lepas pergi berurut dengan dia".
SILA JANGAN PERCAYA NENEK AJI MEMPUNYAI KUASA KHUSUS MENYEMBUHKAN ATAU MEMBERI REZEKI YA!..INI BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH ANDA. KATA-KATA DI ATAS ADALAH AYAT SPONTAN DARI MIL SAYA SAHAJA!....CUMA MUNGKIN DIA DIKURNIAKAN BAKAT UNTUK MEMBANTU KITA MENJADI LEBIH SIHAT. SEGALANYA ATAS KETENTUAN ALLAH SWT. DIALAH YANG MEMBERI REZEKI. USAHA DAN TAWAKAL ADALAH KUNCINYA.

Waaah...saya lagi lah terpegun. Sekarang saya tak tahulah sejauh mana Nenek Aji ni pandai mengurut sebab saya kan buat "family planning". Tapi pada sesiapa yang nak mencuba berurut dengan Nenek Aji ni, bolehlah cuba. Kata orang-orang tua ni masin. Siapa tahu. Kita hanya mencuba. Tapi tetap rezeki itu Allah yang beri. Mungkin ini salah satu usaha untuk berubat. Kunfayakun, Allah yang tentukan semuanya...


Bayarannya juga ikut ikhlas hati. Tapi ya lah, saya dinasihatkan janganlah bagi kurang dari RM20, jadi saya bagilah RM20... Itupun dah kira murah sebab dia urut satu badan. Kat perut pun dia urut untuk betulkan peranakan kita. Cuma bagitahu apa hajatnya, insyaAllah, Nenek Aji akan cuba bantu.

Rumahnya cuma dibelakang rumah MIL saya, mereka ini orang Kepulauan Bouyan, Indonesia. Menetap di Malaysia lebih lama dari hayat saya. Mereka menyewa tapak tanah Cik Kiah (sebahagian dari tanah MIL). Anak-anak meraka kawan baik suami saya. Kadang-kadang dibawana keropok dan macam-macam lagi kerumah MIL. Mereka bukanlah Indonesia yang kerap membuat kacau. Seronok berjiran dengan mereka.






p/s : Sesiapa rasa nak mencuba, bolehla datang kerumah MIL saya. Manalah tahu, berkat doa dan usaha. Amiiin...

Tomyam perisa Keladi

Semalam balik dah lambat sebab hujan lebat. Sekejap je, tapi lenjun lah jugak nak ke kereta. Sampai-sampai rumah terus blank tak tahu nak masak apa. Last-last decide masak Tomyam. Dah lama tak masak Tomyam.

Masak punya masak punya masak, jam dah berdenting pukul 8.40 malam. Tak siap masak lagi. Husband dah elok je terkumam-kumam biskut. Alahai, lapar sangat la tu agaknya.

Sekali bila dah siap, terdetik nak rasa dulu..Manalah tahu tak sedap..Srrruuuuppp......Hirup dengan satu nafas je.....Uhuk..uhuk...uhuk...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TOMYAM SAYA RASA KELADI!

Tak sedap langsung. Huhu..saya dah hilang skil dan kepakaran memasak Tomyam, padahal dulu Tomyam ni kepakaran saya tau. Saya dah macam nak menangis. Dah la dah lambat untuk dinner. Tomyam pulak tak sedap. Nasib baik hubby semalam agaknya dia kesian kat saya. Entah apa yang die godek Tomyam tu terus jadi sedap (takde lah sedap mana, tapi acceptable lah rasa nya). Haiz... Redha je la Abg dapat isteri tak pandai masak.

Owh, lupa nak cerita. Semalam, hubby meredah hujan menuju ke Uptown..untuk belikan saya TAUHU BAKAR.....Yeay..satu hasrat dah tercapai. Terima kasih Abang, susah payah belikan Tauhu Bakar dalam hujan..ekekekek......

Hari ini dia kurang sihat untuk pergi kerja.. Mungkinkah kerana Tomyam saya yang rasa keladi tu?

Tapi tadi sebelum keluar rumah, katanya hari ini nak pergi tengok wayang...Yeay!...




p/s : Breakfast pagi tadi paling sedap, biskut cream cracker dan juga Kopi 'O'...mmmmmm....sedap..

Tuesday, February 9, 2010

Pregnancy hallucination

Pernah dengar pasal "Pregnancy Hallucination"? Ha...semalam masa tengah lepak-lepak hilang penat dengan hubby. Merajuk-merajuk sedikit sebab hubby tak nak kotakan janjinya bawak saya pergi makan Char Kue Tiaw. Sedih tau. Dahla nak makan Coconut Jelly pun dia buat tak tau. Pastu nak makan Coconut Milkshake pun dia buat tak tahu. Pastu nak makan Tauhu Bakar kat Uptown pun dia buat tak tahu... Sob..sob...

Semalam kan Annivesary kami bertunang, so, tiba-tiba teringin nak makan Char Kue Tiaw. Jadi request kat dia. Hubby cakap OK. Ya, ya lah balik rumah siap golek-golek depan TV tunggu dia balik. Sekali dia sampai rumah, boleh tak tanya, kita nak makan Char Kue Tiaw kat rumah ke kat luar..huhuhu.....sob..sob... Dia siap tapau sambal bilis lagi kat rumah Mama sebelum balik. Berkecai lagi la harapan nak makan Char Kue Tiaw.





Masa merajuk-merajuk tak nak masak nasi tu, Hubby cakap, saya ni kena penyakit "Pregnancy Hallucination"... Pesakit ni berkehendakkan anak sangat-sangat. Sebab tu dia ada simptom-simptom nak makan itu, nak makan ini. Kalau yang betul-betul percaya..nanti perut dia pun akan sama buncit macam pregnant.

Saya ni melongo bila hubby kata macam tu. Owh..padanlah saya asyik nak makan macam-macam. Badan rasa panas nak makan aiskrim je. Lama saya pikir...Aku ni memang la nak anak, tapi tak ready lagi...ermm...erm...erm...pikir punya pikir...punya pikir....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ceessss Rupanya kena tipu dengan hubby. Tak nak bawak makan luar cakap jela. Huh!

Bila tanya sumber penyakit tu dapat dari mana..Kejap Wikipedia, Kejap tajul Muluk, Kejap itu, kejap ini... Nak je cubit babat kat perut tuh...ekekekkeke


By the way, betul ke ada penyakit halusinasi ni?




p/s : semalam saya dapat bonus CNY...agaknya dia nak cek tu clear nak suruh saya belanja la tu..sob..sob.. Cahr Kue Tiaw RM3.50 pun nak berkira..mencik...ekekekke..saya dah print resipi char kue tiaw..pasni buat sendiri jerla gamaknya
 

©2009 Desire Queen | by TNB | Distributed by Blogger Blog Templates