Friday, November 7, 2014

5 tahun



Terjumpa ini di FB lama dah..  bulan 5..  ini adalah schedule entry.  i save it for our big day..  =)

bukan kali ni je saya dengar dan baca tentang phase dalam perkahwinan.
Dalam ceramah motivasi pun sama.
Ceramah kekeluargaan pun sama.


5 tahun pertama dalam sesebuah perkahwinan yang paling crucial.

Pada usia 5 tahun pertama lah kita mencorakkan hala tuju rumah tangga kita
5 tahun pertama lah kita nak kenal pasangan luar dan dalam
5 tahun pertama lah nak kenal siapa keluarga pasangan kita
5 tahun pertama lah kita nak stabilkan ekonomi keluarga
5 tahun pertama lah kita bergelut dengan pelbagai pengalaman pertama

Sekiranya 5 tahun pertama kita tengok suami kita pemalas je, berat bontot nak menolong..  maka itulah dia..
Sekiranya 5 tahun balik2 isteri je yang keluar belanja dapur. bersedialah.itulah sampai hujung (tapi kalau ada titik perubahan di tengah2 kita tak tahulah kan..kuasa allah..)
Sekiranya 5 tahun pertama ni suami gagal menggalas tanggung jawab pelihara anak bini...
Maka hadaplah lagi utk tahun mendatang sbb mmg begitulah dia..

dan sekiranya ada isu dalam rumah tangga, isu kewangan, isu kereta ke..  isu siapa nak beli groceries ke..  isu tempat tinggal ke.. isu siapa pakai spender biar sepah2 ke (eh..betul ni ..  tapi bukan saya lah kitorang bab spender mmg ngam..eh..)..  tidak diselesaikan.  sekadar di pendam dalam hati mcm tu je,,  kalau tak selesaikan waktu nak melangkah dari 5 tahun pertama perkahwinan ni..  itulah yang akan jadi barah dalam rumah tangga tu.. jadi nanah.. jadi busuk.

mungkin nampak bertahan.. tapi akan burst out kendian hari.




itu secara normalnya lah. dari apa yang saya dengar, dari apa yang saya baca...

Dan saya pernah mendengar ada satu pakar motivasi cakap
"If u can survive for a first 5 years..  u can survive forever insyaAllah"


walaupun ada je kes yang bercerai selepas 5 tahun berkahwin



Alhamdulillah..  this year..  our 5th year together. yeay..  (hugs for u sayang)..  Happy anniversary


Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sebenarnya sangat2 rajin membantu buat kerja rumah. Mop lantai, menyapu..  itu paling rajin..  hari2 yabang buat ...

Takat masak utk diri sendiri waktu saya kalut dengan dua orang draculla comel tu.  dah pass dah..  dah turunkan ilmu lah buat benda simple2..

Paling ikhlas dan bermewah-mewah kalau bab bersedekah, rai tetamu..  saya pun kalah kadang tu..   (saya dah jadi chef katering secara tak langsungnya utk 5 tahun dah..hahah..tercapai impian)

Alhamdulillah..  kalau bab melayan anak2.. memang dia lah nombor satu.

Paling bersabar bila handle saya waktu saya tidak waras

Seorang yang manja dan kadang degil sikit, mudah tersentuh hatinya, mudah dibuli2 (sebab tu saya asyik jadi superwoman..  i need to protect my 'baby' man.hoho)

Seorang yang sangat tahu mengambil hati orang  tua, bergaul dengan orang tua.

dan suami saya bukan seorang yang romantis.  (sukar nak terima..  haha..  tp kena terima lah..  dari dulu pun gitu)..  jgn lah mengharap dapat seprais ke waktu birthday, waktu anniversary, waktu ape2 yang penting la... (walau tetiap tahun saya berharap dalam diam.hahaha)


Leave alone la yang negative kan.. haha..  tak ada siapa yang perfect.

Sayang
5 tahun dulu kita disatukan dalam kesederhanaan
5 tahun dulu kita masih tidak tahu arah dan tujuan
5 tahun dulu kita masih dilamun cinta

Sayang
5 tahun sudah berlalu
5 tahun kita masih bersama
5 tahun kita masih menyulam cinta
5 tahun masih mengusik bercanda
5 tahun pertama yang menjadi saksi segalanya

Sayang
Ku harapkan ikatan cinta kita hingga ke syurga
Ku harapkan rumah tangga kita kekal bahagia
Ku harapkan keluarga yang kita bina berlandaskan syariat
Ku harapkan imam yang membimbing sentiasa
Ku harapkan kau berjaya menjadi suami sejati

Sayang
dibahumu tergalas tanggung jawab mencari rezeki
Izinkan aku meringankannya
Dibahumu tergalas tanggung jawab menyediakan tempat tinggal
Izinkan aku menghiasinya
Di bahumu tergalas tanggung jawab mendidik anak-anak
Izinkan aku belajar bersama
Dibahumu tergalas tanggung jawab mengemudikan bahtera ini
Izinkan aku menampal setiap kebocorannya


Terima kasih sayang
kerana menerima sayang seadanya
Kerana mencintai sayang sepenuhnya
Kerana sentiasa memeluk sayang waktu suka dan duka
Terima kasih sayang.
Kaulah suami yang terbaik yang ku miliki

Selamat hari ulang tahun yang ke 5 sayang.. =)
Ummi, Sufiyyah and Umar love you sooooo much










pstt..  entry ini ditulis waktu mood saya tenang.. cuba datang angin kus2.. mesti pendek je..hehehheh
maaf pada siapa yang anggap post gambar wedding setiap kali anniversary adalah annoying..
saya seronok je utk imbau kembali baju gaun saya yang tidak bergerak walaupun saya memusingkan badan..  hahahhaha..

Friday, September 19, 2014

Siapa kita kini adalah tentang siapa yang dibelakang kita dahulu



Saya bersetuju dengan gambar di atas..
Disebalik seorang yang berjaya, ada IBU.. ada BAPA

Mungkin ibu bapa nya itu bukan seorang yang BEKERJAYA BESAR
Mungkin sekadar penoreh getah
Atau pengumpul barangan terpakai

Tapi mereka adalah insan HEBAT
yang berjaya mendidik anak mereka
menjadi insan yang BERJAYA
yang berguna



Alhamdulillah..  saya bersyukur
Saya punya ibu dan ayah yang hebat


Bila saya berjaya menyusukan anak2 saya
Sebenarnya tanpa sedar cik lah yang mendidik EQ saya dahulu.
Anak yang disusukan dengan susu ibu akan lebih cenderung memberi susu ibu juga kepada anak nya..


Bila saya suka amalkan home remedy tanpa bergantung kepada drugs..
Sebenarnya tanpa sedar EQ saya terdidik oleh ayah saya
Yang memang sedari kami kecil jarang bawak kami ke klinik dan bagi makan panadol..
Katanya bagi demam tu baik sendiri
Which is true..
syukur



Mungkin mereka ketika itu tiada kata2 utk explain perlakuan mereka.
Tapi instinct mereka kuat mengatakan itu yang terbaik


Terima kasih cik
terima kasih we

TAPI!

Ingat

seorang ayah yang kafir
Tidak semestinya anak nya menjadi kafir
Tidak
Seorang ibu yang jahat
tidak akan melahirkan anak yang jahat


Kalau mak kau jahat..  kamu jadilah baik
Jangan jadikan alasan kejahatan kamu hari ini kerana kejahatan ibu bapa kamu di masa lampau.
JIka kamu percaya kejahatan itu adalah kerana ianya mengalir dari kejahatan kedua ibu bapa kamu
Maka kamu secara tak langsung percaya anak-anak kamu kelak akan jahat juga seperti kamu malah lebih teruk.
Sebab kamu yakin dan percaya kamu tidak boleh menjadi orang yang lebih baik
Kamu percaya yang kejahatan dan kebaikan adalah dari ibu bapa kamu yang salah mendidik kamu
Astagfirullahalazim.  Moga ada ruang utk kamu bertaubat.


Derhaka sahaja anak.. ubatnya taubat.. taubat tu apa?
Meminta keampunan dari allah dan berjanji bersungguh2 tidak ulangi.
Bukan hari ni taubat esok buat lagi

Anak derhaka kompem masuk neraka
Ibu bapa yang tidak amanah juga akan masuk neraka

Jadi kita nak berada di kedudukan yang mana?
Usah dipersoalkan tugas Allah
mengadili apa yang berlaku

Kita ubah diri kita untuk jadi yang terbaik
betul?



Sekian tazkirah jumaat



waahh...  dah lama tak tulis blog nih.. hehehe..tak sempat pun ado



Monday, August 25, 2014

Tambah angka lagi

2 ogos lepas..

my birthday!..

haha..

tapi yabang buat early suprise...  2 hari awal...
so that boleh celeb ramai2 dekat rumah Tok wan..
raya kan..
(entry raya opkos dah peram..  gambar sepah2.. phone..kamera..  malas betul nak kumpulkan semua)


Memang terkejut
Satu hari diorang simpan kek
saya mmg tak jangka langsung
Sufiyyah pun pandai simpan rahsia..


Dah la haritu berkuntau kat dapur buat kuzi ayam

rupanya diorang tunggu saya mandi.. (ok..kantoi busuk gile that day)

Yabang belikan my favourite cake..
Boston cheese cake...


sedappp sangat..


dan macam biasa.. semua kek adalah kek happy birthday to you sufyyah


=)



Thanks yabang
Thanks Sufiyyah
Thanks Umar


Ni first time dapat cake sejak kawen 5 tahun dah..
tak pernah la yabang belikan cake celebrate sume..
memang dia jenis tak tahu nak buat cane.. bukan tak hargai..
tahun2 sudah selalu je dia ajak makan luar la..  tanya nak hadiah apa la..
tapi saya bukan reti mintak2..
jadi takde celeb2 pun..

memang terharu sangat kali ni..

dah 5 tahun..dah masak dah dengan perangai bini yang takkan jawab bila ditanya agaknya  =P



dan tak sangka yabang masih ingat cake kegemaran saya..  =)
(eh..bukan semua kek ke kegemaran saya..haha)


Tahun ni tahun akhir dengan 2 series..
Lepas ni boleh masuk geng 3 series pulak.
Makin tua.. apa achievement?.  =P



Umar tiada dalam gambar sebab die tido..




Friday, August 15, 2014

Syawal 2014

Pheww..  lama sangat tak jengah blog..
been too busy dengan project office
Masuk je kerja.  naahh..  bergunung menanti.
tak berenti2 sampai stress

So wrap up masuk satu entry bolehkah? =P

mari lihat...


malam raya sudah di rumah atuk 'damansara' kata sufiyyah..  tidur disana dua malam jugak lah.. =)

sabtu malam kami pulang berbuka bersama.  kene 'ketuk' di restoran chan abdullah di kelana jaya..
makanan plain..  xsedap..  mahal..  haih.. org dah biasa perasa sendiri makanan mcm ni lah..





Umar pun sama naik main bunga api..
nampak je diam.. tapi sebenarnya dia pun sama naik.  kalau x dijaga mmg dah kena makan dah bunga api tu..

Hari ahad masak2..
rest...

This year theme gray.. =)

Umar punya baju je different sikit sbb Tok Wan kata Umar belum boleh jalan..  yelah.. nak pesen2 kan budak ni kena tunggu boleh jalan baru cantik.  Jadi last minute cari baju umar di Jalan TAR..
seb baik jumpa.. ok lah..

Raya pertama di Damansara..
Macam biasa.. kalau rumah damansara..
Pagi raya siap2..  tahun ni tak ke masjid sbb umar kan tgh melasak
Lepas tu salam2..



sesi mintak ampun dengan laki sendiri.  selalu je jadi drama air mata tapi ada commercial break sbb sufiyyah biasnaya akan join menangis siap mengongoi..  drama queen la iya ni..  haha


mcm biasalah.. tetiap tahun drama sungguh nak bagi gambar cantik..  sufiyyah tak nak beriba..  umar tak nak duk diam..  inilah hasilnya...



Then balik Tampin..
Perjalanan adalah smooth tanpa jam


budak baru bangun..  tengah cuba cabut kasut dari kakinya

cubaan ambil gambar family lagi sekali..

budak perasan princess..


Kemudian ke rumah mak cik...








Kemudian beransur pulang ke Sepang pulak.  terus balik rumah Tok Wan...



selesai day 1..

eh.. baru day 1..  cane nak wrap up semua dalam satu entry ni..  T_T

oklah..  dah habis lah.  haha (kes malas nak cerita detail satu2.)
macam bioasalah..gi raya rumah sedara sume

mama pun masak biasa je tahun ni..  oh ya.. ada rendang itik.  tu jela.  lain sume biasa2 je.  =)


tapi bila sampai rumah lagi tak rasa raya..
rumah ada anak tgh melasak.
balang raya pun tak kuarkan..











Monday, July 21, 2014

14 July 2014

Ya Allah.

lupa nak post out regarding this


14 July yang lepas kami siap ambil cuti..
sebab nak rehat2
and konon2nya nak celebrate birthday anak dara sorang tu
but end up tak sambut dat day..
sambut 15 tu..

cuma pergi beli kek..  jenuh pusing2 cari kedai kek..  dah jumpa..  tutup la..  kek tah hape2 la..
last2 secret recipe..

nasib baik bawak mak teh.. reti la nak order..
ni kira first time la saya beli kek secret recipe bagai ni.
xpernah.. saya makan kek pisang je. itupun kadang buat sendiri je


beli 3 perisa
choc fudge
red velvet (ini permintaan birthday girl)
dengan yogurt cheese

sampai je rumah..
tengah siap2 nak berbuka
saya tengok sufiyyah dah selamat bedal dulu kek choc fudge tu
makan pakai tangan je
lapar la agaknya.. one whole day tak nak makan pun..



malam tu masa main bunga api kat luar rumah
saya siap2 sorok haiah dia.. letak dalam paper bag letak tepi tangga
sekali boleh die nampak.
tau je ape benda baru kat rumah
berkejar2an la kejap nak sorokkan hadiah punya pasal


bawak cake nya.. dalam gelap.

suka betul sufiyyah,,...

cuma hadiah anak patung frozen jer..

cukuplah.  takat tu je ummi mampu..

janji anak happy..

itupun ni dah masuk seminggu
anak patung pun dah tak tahu pergi mana

gambar pun saya up kan dalam instag je..



tiada sambutan beria....
insyaAllah nanti sambut sekali lagi masa birthday umar ye sayang


Pencapaian sufiyyah takat ni
1- dah wean off..  officially wean off.. shes so proud to tell people yang dia dah besar..  tak boleh susu T
2 - dah mula menulis A B C..  sufiyyah kenal ABC sejak setahun setengah.  ni pun dah lambat rasanya
3- baju dan pandai bukak pakai sendiri.  tau masuk dalam bakul baju kotor.. pendek kata tak payah nak urus sangat dah pun..semua pun dah pandai buat sendiri
4- dah hafal few surah lazim..  cuma pelat S nya tu payah sikit nak hilang (fatihah.  al ikhlas, al kautsar, an nas, al falaq..  sekarang sedang polish ala nasyrah)
5 - dah tau merajuk.  bila kita marah laju je cakap "ummi dah tak sayang iya.." sinetron sangat




Sayang ku Sufiyyah

Ummi tiada wang ringgit utk dilimpahkan pada kamu
Ummi tiada kelapangan waktu untuk sentiasa bermain dan bercanda dengan mu

Ummi cuma ada doa yang akan sentiasa mengiringi kamu
Agar kamu menjadi insan yang solehah
Yang disenangi sentiasa
Yang mudah menerima ilmu
Yang baik budipekerti dan akhlak
Yang sentiasa rajin dan ringan tulang


Sayang ku Sufiyyah
Ummi lahirkan kamu begitu mudah
menjagamu juga begitu mudah
dan banyak masa yang berlalu begitu sahaja kerana kesibukan ummi menguruskan adik
Ummi tersentuh bila mana kamu datang mengusap pipi ummi tatkala ummi keletihan melayan adik.
Kamulah anak yang menyenangkan hati
Kamu lah anak syurga
Ummi doakan kamu bahagia sayang
dunia dan akhirat
kamu berjaya dunia dan akhirat
kamu dirahmati Allah setiap saat tika dan waktu

Kerana ummi tiada apa2
Ummi cuma ada kamu dan adik

Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran yang ke 3


Maaf..  ummi lambat coretkan kisah mu dalam blog ummi =)


Love you sayang..







p/s : sejak ada umar..  mmg saya keletihan melayan hero nan satu tu..
nak menyiapkan makanan umar lagi.. dia mmg kaki makan..  jadi banyak masa saya di dapur jela..  =)

Sunday, July 13, 2014

ramadhan 14

semalam..

terjaga ngam2 je. klu x merupakan kali kedua lah ramadhan tahun ini yg terlepas sahur. saya blh dgr yabang kira..  4.30...  5.30... 6.30..  yang.  bangun. subuh pukul berapa? 5.30ke 6.30.
haha.  comel sgt klu mamai ni.  bang oii.  6.30tu dah cerah..

terus bingkas mkn ape ada je. kenyang juga..

lepastu tidor xsedarkan diri.  oh ya.  mlm sebelum tu ke uptown damansara sampai jam 2pagi. maunya tak mengantuk.

bangun.  terus kemas rumah yg mcm tongkang pecah.  maklumla.  ada tukang 'kemas'..  kejap je bersepah.


sempatla saya masak asam pedas pari.  
goreng kailan
ikan masin
ada tetamu..  buka bersama

sambil melayankan umar yg sekarang kaki mkn.  asyik makaaannn je..
sampai kami ni takut nk bg mkn lgi.
badan xjuga naik.. air nk air sejuk je.  air kakakla jd mangsa..
pagi2 bubur nasi je semangkuk..  pastu kurma.  pisang.  petang sikit biskut.. mlm da xnk bg mkn.  takut



bila perut kenyang.  susu pun amik syarat je.  pump pula lupa bawa pulang.  merasalah bengkak susu lagi.. last2
subuh tadi marmet je.  dah lama xguna teknik marmet. nmpknya semakin mahir. sebelah je blh dpt 8oz..  for me its good enuf la kan..  dulu nk picit pun xreti.




susu atas kotak pizza.. tamu bawak pizza.  kami sendiri dah lama gila xmkn pizza.. cant recall bila last beli pizza.  it likes ages la..



ok.  habis merapu


siapa nk order baby teething biscuit like yg umar n sufiyyah mkn tu boleh order ye [nikhakimah@yahoo
.com] atau blh whatssapp..  0123857747.. saya buat based on order. jd insyaallah fresh. nk dpt after raya pun blh.  its totally natural.   xde perasa artificial. xde pewarna.  pakaipun unsalted butter yg satu ketul rm12 tu..  tp puas hati. anak mkn yg home made..
satu bekas rm10je :)


dah.  harini nk buat biskut dewasa pulak.  biskut dewasa sy xjual.hehe.  ala.  bagila can org lain plak yg jual kaannnn :)



Friday, July 11, 2014

Ramadhan 13 - PADAN MUKA!

Semalam kelmarin bukan main berbekal2 kannn..


pagi tadi ambik tak bangun...
saya terjaga dah azan subuh

uwaa..
sedih2..
tapi tak tidur juga
terus masak untuk buka sbb malam before tu umar memerap

masak lemak cendawan, balik kang goreng ikan je

utk umar buat bubur nasi je mcm biasa
pastu steam honey dew
sufiyyah pun honey dew je
ummi is tak sompekkkk


sufiyyah malam tadi tidur tanpa masalah.  pukul 12.30 dah tidur tak payah paksa2
penat agaknya main kejar di masjid
Semalam ikut yabang gi masjid
habis terawih 8 rakaat jugakla

yabang cerita..  elok je habis 8 rakaat die pun menjerit kesukaan
"Yeaaayy..dah boleh main"..

hahaha

cerita yabang lagi. kali ni takde geng pompuan.. ada geng lelaki je
Sufiyyah belasah je join main
Budak lelaki kan
kreatif lebih sikit
habis paper selangor kini ke ape ntah dilipat2 buat jadi kapal terbang
tu yang sufiyyah balik seronok dia cerita die main kapal terbang lipat2





dan pagi tadi..  sorang pun tak terjaga sahur..
haihhhhhh

ni haus lebih ni.. jangan usik yaaa..

hahaha


dah tau lapar dan dahaga lebih
gatal juga bukak website searching wrap
nak beli wrap raya la kononnya

jumpa yang dikehendaki.
tak sure la murah ke apa
tapiiii memang berkenaaannnn sangat

saje la tanya yabang
takut nanti dia marah pulak
takpun die tutup internet.
mati kutu la ai takde updated new info.. (infooo la sangat kan..haha)

sekali die question.. ni dah pendek2kan la tapinya..  kang panjang sangat korang boring plak kan..

Y: Nak beli sekarang ke? Ni siapa pulak yang racun2 awak ni...
S : haah.  nak buat raya (sambil sengih2)
Y: ssc haritu pun baru je beli kan.tak sampai setahun, kenapa nak beli lagi
S: sebab nak carry sufiyyah..ssc tu kan tak boleh carry sufiyyah.kaki dia dangling.. kee abang nak beli ssc satu lagi yang preschooler size?
Y : Ni ugutan la ni?
S : bukann.  option (sengih lagi...sengih kena lebih)
Y : bagi abang pikir dulu
S : ha? (yabang kan kalau pikir lama)
Y : sampai besok tengahari
S: okay (senyum2)
Y: Kalau abang tak izinkan jangan beli..walaupun pakai duit awak
S : Alllllllaaaaaaa...  menyesal tanya..  :(


bagi yang tak tau wrap tu apa..
ni bendanya



boleh imagine kan sufiyyah back carry mcm tu..  ohh..yeahhh.
dah tak payah pening2 bila nak bawak die g chowkit ke.. kann...

saya dah teracun..  haih..  haih.. tapi suka.tapi seronok..






Thursday, July 10, 2014

Ramadhan 11.. - bekalan anak2

Semalam kaann...
ade orang tu kan

die masak...
seronok betul
haha
kali ini turunkan ilmu buat tomyam pulak
asyik request je pedas la..masam la.  tak kick la. nah. buat sendirik


ramadhan dah masuk 12 hari kan..
tapi terawih tak cukup pun 11 malam tu.. 
asyik la skip sana sini..huhuhuhu
ada malam2 tu saya solat  terawih 2 rakaat pun ada
4 pun ada..
pahala rompong2 sungguh

mana tak nya. umar lasak ya rabbi..
nak solat yang wajib tu pun seksa sangat
rasa lah ada budak tarik telekung.panjat badan
cakar muka
cari jari telunjuk dalma telekung (ini comel sangat..rasa nak tergelak pun ada)
korek mulut


pastu malam2 asyiklaaaaa bergayut.
haih...
sufiyyah pulak buat perangai tahan mata.. pukul 2 3 pagi belum tidur
nak kena tunggu dengan rotan


struggle dengan bdk kecik ni mmg penat
kuih raya pun tak sempat nak buat lagi..


should start soon..


eh..  tak tau lah saya pernah blog about umar dah start makan..
haha.. quite late sbb asalnya nak exclusive breastfeed sampai 2 tahun tapi ummi tewas sbb umar asyik kutip semua masuk mulut and i heard ada yang suap umar donut la..keropok la.. eehhh
ok. marilah makan..around 8month juga la.. baru start makan..


alhamdulillah..  baik bekal makan umar
baik makan family hari2 untuk berbuka dan sahur
takde beli lagi (harap takde beli sampai sudah.. baru boleh jadi superwomen mcm ibu2 lain kan)
masak je yg simple2 pun xpe..


sama je macam sufiyyah dulu
start dengan puree..
tapi sbb kuat makan ini budak
jadi ummi start yang heavy quite early..  9month dah start carbo..
dan 2x sehari makan..can up to 3x sehari tak campur kudap2 nak bagi dia diam
now bulan puasa kan
lagi la..  asik2 bagi kurma nak suruh duk diam..


hari ni sempat ambik gambar.
lets share bekalan anak2



nasi goreng sufiyyah, teething biscuit (saya jual yang ni), bubur nasi umar, minum petang labu dan kurma dengan melted cheese

semuanya tanpa preservatives..  
utk umar smeua tidak bergaram dan gula.  natural.. 

rasa puas hati membekal utk anak2

oh..nasi goreng tu mmg nampak banyak.  terbanyak pulak. habiskan nasi sahur tadi..


sekian ccerita bekalan anak2 dan ramadhan 11..  



lately idea banyak tapi tak dapt process.. 



Friday, July 4, 2014

Ramadhan 6 - Kompilasi menu

Ha..  dah jumaat kan..  dah seminggu dah puasa ni...

Pagi tadi dengar Sinar FM.  ada sorang akak tu call cakap dia akan share apa yang dimasak utu juadah berbuka so that baggi idea kat orang..

Jadi sempena jumaat yang mulia ni.  saya nak share lah menu yang dah dimasak seminggu ni.. Manalah tahu dapat bagi idea.. Walaupun cuma lauk simple2 je


1) Ayam Masak Lemak Cili Api
2) Sambal udang
3) Asam Pedas Ikan Tenggiri
4) Ayam Masak Kicap + Coleslaw
5) Ikan pari bakar dan air asam special + Masak lemak pisang (by BS)
6) Nangka masak lemak dengan ikan kurau masin + Ayam Goreng kunyit koott


Buat masa ni belum sempat masak kuih2 ke apa lagi.
Baru try buat puding limau nipis tapi nampaknya bukan taste sufiyyah dan ayahnya.  Maka resipi itu akan terkubur jela..
Yang laku is ice cream malaysia je.  Lain kuih beli
Kuih ni xbyk choices sgt la utk faveret sefamily.. balik2 itu jugaklah..kalau yabang murtabak.. karipap..  burger malaysia, popia..
Kalau sufiyyah tu kuih pink (anything pink)..  jalan insyaAllah..

Tengoklah..esok nak balik Sepang..
Dah request siap2 dengan cik nak makan Ayam Percik style Kelate...
dan dari semalam tekak ni teridam2 nak makan Cream Caramel.  lama dah tak buat.  entah berbakat lagi entah dah kayu..




Thursday, July 3, 2014

Ramadhan ke 5 - Tips mengekalkan kuantiti susu ibu waktu berpuasa

Im not sure semalam Sufiyyah tidur pukul berapa or langsung tak tidur
Yang pastinya pagi tadi masa saya bangun sahur die pun tercongok siap senyum2

macam segar macam tak tidur je budak ni
biar betul
umar pun sama..  elok je saya nak suap nasi masuk mulut
die pun bangun
adoii.
satu apa pun tak jadi pagi tadi
nak siapkan utk berbuka pun tak sempat

petang ni redha jerlah ape yang ada

Nasib baik yabang dah tak de memilih sangat
Paham gaknye kita sama2 touch down rumah time serupa
nak layan anak2
nak layan dia
nak masak



semalam pumping alhamdulillah...
dah kembali normal produce
siap ada lebih
=)


ada yang 2nd day Ramadhan dah tanya saya.
katanya susu drop during ramadhan.
Masa sufiyyah dulu pun susu saya during ramadhan takdelah drop gila2.
ada drop tapi sekadar 1 oz mcm tu je
tak cuak la.. sbb frozen ebm pun banyak masa tu


Masa umar..  bila drop during ramadhan..  dia pun kena nursing strike.. jadi agak lega disitu sambil boleh fokus untuk up kan balik producing susu

Konsep asas jangan lupa...

1- Supply on demand  bila susu sikit.  cepat2 check..  adakah kita pumping dengan disiplin? timing yang sama?  Adakah kita mengosongkan breast tiap kali pumping? Berapa kali kita pumping sehari?
Lebihkan kekerapan mengosongkan breast.  Itu akan menghantar signal pada otak bahawa susu perlu dihasilkan lebih lagi.  JANGAN MALAS....  Saya masih ingat ada seorang ibu tu kekurangan stok.  Katanya...  "nik bolehla...  nik sempat pump dan buat stok masa pantang kan..  saya tak sempat.  baby menyusu kuat"..   sorry to say.. awaklah yang gagal.  Gagal urus masa.  gagal create demand. Gagal utk berusaha.  Peringatan juga utk saya supaya jangan malas.  Mesti rajin untuk lengkapkan misi penyusuan 2 tahun penuh.  Bangun tengah malam kalau perlu sebab masa tengah malam tu hormon oxytocin dirembeskan.  hormon yang merangsagn pengeluaran susu.  Jadi stimulate lah banyak2. Tandem nursing dengan pump jika perlu..  saya sendiri tandem nursing masa dalam pantang.


2- Pemakanan seimbang.  Tak perlu supplement mahal2.  Tak ada gunanya kalau supplement beratus tapi pemakanan tak seimbang.  Makan fast food je semata.  Lebihkan pemakanan yang boost susu secara semula jadi seperti jantung pisang, lobak putih, sawi batang putih...  Dah ambil semua tu..  baru tambah lagi extra yang natural2 seperti habbatussauda (jintan hitam), macam saya vco (virgin coconut oil).  Minum susu.  Makan yang berunsurkan gandum like horlicks.  See..  semua tu murah je. yang biasa2 kita minum.  Kalau biasa minum neskepe.. tukar minum horlick..  agaknya malam sebelum tu kan berbuka asam pedas saya buh halba banyak nak suruh rasa kaw punye..  haha

3- Mind Set..   Susu ibu itu unik.  diciptakan berbeza mengikut keperluan dan amalan ibu serta anak.  Jangan nak compare2 susu dengan ibu lain.  Ibu ni dapat hasilkan 100oz sehari.  sebab anak die minum 100 oz..  Ibu ini hasilkan 10 oz sehari.  dah anak die cukup dengan 10oz.  Lapar dan dahaga ni manusia ke yang buat?..  baby tu buat2 sendiri?..  tidak bukan.. Allah yang beri kita sense of lapar dan dahaga.  Jadi allah tetapkan dah.  budak tu minum 4oz je..  tak payah nak cakap "awak bolehla..  anak awak menyusu sikit je.  saya ni anak menyusu banyaaakk"..  lengkapkan ilmu dalam dada tentang keperluan bayi. Jangan sedap mulut cakap kat orang.  Mind set tu penting ye..  Aku sentiasa banyak susu.  Susu insyaAllah mencukupi. set dalam kepala macam tu..... Pernah alami?..  hari ni dapat pump susu utk 2x minum ni.  sekali masa amik anak.. pengasuh cakap harini anak tidur je.. minum 2x je..  nampak?..  Allah aturan tu cantik sangat.  Saya selalu kena gini.  Tidak guna ada susu sampai melimpah2 keluar dari deep freezer.  Sampai membazir2.  Ada ibu yang boleh survive tanpa stock frozen langsung..  elok je..  Saya sendiri takde beli deep freezer.  Asalnya tak mampu..  pastu lepas tengok banyak pembaziran zaman sufiyyah dulu..  saya realize..  tak perlu pun..  kalau ada ianya satu bonus.  x ada pun x apa..


4 - dah nampak tiga usaha di atas?  Kemudian baru DOA..  berdoalah..  masa mula mengepam, saya sentiasa amalkan doa seperti ini.. its not the best doa..  but it came deep inside my heart..
"Ya Allah, kau murahkanlah rezeki anak-anak ku, kau kurniakanlah susu yang mencukupi buat mereka.  Kau jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah, yang mendengar kata, yang taat pada perintahmu"




dah buat semua2 tu..  tapi masih takde susu?  Yakinlah pada ketentuan Allah,.  Allah yang menentukan rezeki setiap anak.


Amalan saya?
saya pump macam biasa
take me 3 days utk biasakan dengan jadual pumping baru.
Masa bagun je tidur nak prepare utk sahur..  saya siap2 telan 2 biji vcoa, 2 biji habbatussada..  dua2 ni bersifat antioxcidant.  bagus ambil ketika perut kosong.

Makan nasi atau apa2 yang mengenyangkan..  Makan sayur..  makan protein.  Minum susu segelas, air masak 2 gelas. Kurma 2 biji.


Alhamdulillah.  buat masa ni bekalan masih stabil.  Harap terus stabil sampai sudah la kan  =)

dan heyy..  saya baru perasan.  dah dekat 2 minggu atau lebih sufiyyah dah tak minum susu 'T'..  paling kuat pun pegang2 je lepas rindu,..
katanya dia dah besar..
Ummi so proud of you sufiyyah...
Love you so much my lil princess..  =)






Sekian entry bebel...



Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan ke 4

Dah masuk 4 ramadhan dah..

macam mana dengan sambutan ramadhan kali ni?

Me?.  biasa je.
Meriah sikit sebab dah 4 orang
meriah nak susun waktu
haha
rumah dah jauh
jadi kena susun waktu elok2


Tahun ni guna konsep bazar yang serupa
Satu hari satu kuih je
no pembaziran ye


Masa ke chow kitt hari sabtu lepas..
membeli barang dapur dah kering2 semua
di tahan dek RTM. katanya utk rancangan wanita...
masa tu dah la tengah sibuk2 dengan anak2
dalam kepala cuma ada apa yang nak dibeli

Jadi bila ditanya apa persediaan ramadhan
saya cuma jawab
"siap2 bahan masakan semua blend siap2. maklumlah..saya bekerjaya"

eceewaaahhh


sebenarnya tak de puuunn..hahhaa
saya tak suka sangat blend siap2 ni
lagi feel nak masak baru buat
haha..
kecuali sambal tumis
mmg saya buat banyak
masak garing. simpan sejuk
nak buat apa pun senang
lagi2 kat rumah ni mmg ada hantu sambal..
semua yang beli kat chow kit hari tuh die yang punya
ikan tenggiri katanya separh buat asam pedas  dah selamat semalam
separuh lagi nnti buat goreng berlada

ikan pari pun die dah plan awal2
separuh buat asam pedas
separuh buat bakar dengan air asam

bilelah rumah ni nak makan budu dengan ulam je weehhhhh

Lauk untuk berbuka saya masak waktu sahur atau malam sebelum tidur tu
sahur perangat je
nak berbuka pun perangat je

kalau tak buat mcm tu mmg tak sempat
cecah rumah je dah pukul 7..
jadi balik masak nasi.. perangat lauk.. masak sayur
makan simple2 mcm hari bias ajugak..  takdelah tetiba nak makan yang special2 sangat pun..

cuma bahan basah je lah siap2 kan ikut portion..  ayam..ikan..  dah siap basuh..





Alhamdulillah..
tahun ni pertama kali di rumah baru
dengan dua anak
Pelita yabang dah siap pasang
katanya kita buat cara baru
ornag sambut raya sebab tu pasang pelita
kita sambut ramadhan..  so pasang pelita awal2
baru nak gi terawih pun semangat tengok rumah cantik bercahaya2..



buat masa ni umar dna sufiyyah tidur lena waktu sahur
habis je sahur umar bangun nak susu
time tu la waktu kecederaan sebab saya kena bersiap terus masak bubur umar, bekal sufiyyah.

kebetulan pulak lepas baik demam haritu..  elok je selera makan umar naik
makan nasi bubur (dah hari ke 3 dengan brown rice)..  semangkuk
tengah nursing strike sebab minum susu kurang. direct feed masih seperti biasa.
jadual pumping pun dah berubah sebab nak suit dgn waktu balik
jadi stok berkurang 3-4 oz jugak lah..
mujur umar tgh nursing strike
jadi BS minta susu tu tak payah bubuh banyak2
ok lah.. selamat..





ok..  dah tak tau nak buat ending

sekian jelah coretan untuk kenangan saya kelak. apelah gayanya berpuasa bila dah masuk 5 tahun perkahwinan ni..

5 tahun dah weh..

=)












Monday, June 30, 2014

Baby Raya Teething biscuit - open for pre order

ha..  harituh butter cookies kan..

ni mmg khas teething biscuit.
just nice utk baby pegang dan hisap

masih kekalkan konsep serupa..

natural product for baby..

no salt
no sugar
100% pure unsalted butter
unbleached flour
dengan perisa ikan bilis..
guna serbuk ikan bilis home made tau..  pakai ikan bilis mata biru yang sekilo rm30...



berminat boleh place order.
order ni akan continuos.
sampai la lepas raya pun
cumanya kalau nak dapat before raya
boleh place order now
saya tak buat banyak2
buat base on order





Friday, June 27, 2014

Baby Raya Butter Cookies - Pre Order

Wahh.
tajuk adalah tak menahan  =)



Tahun ni insyaAllah.
Mulakan project baru..
Kalau orang lain sibuk buat kuih raya untuk jual-jual
Saya pun tak nak ketinggalan
Walaupun ada permintaan untuk cookies raya yang biasa
Tapi saya pilih untuk buat cookies raya baby.
Cookies raya orang dewasa ni ramai dah yang jual kan.. pilih je mana berkenan..  =)

Hey..  baby pun nak raya kan
Takkan la orang lain makan kuih raya sedap2
Baby ni balik balik Biskut beras, roti..
alahai.. boring

Taaapppiiii..


Specialnya biskut raya baby ini..
Saya buat ikut specification saya lah kan
Saya pentingkan makanan yang berkhasiat dan tiada pengawet, garam gula bagi anak yang berusia bawah setahun.

Ingredient nya insyaAllah yang terpilih.

Saya menggunakan 100% pure unsalted butter
Unbleached wheat flour
Dan Puree Kurma

No SALT
NO SUGAR
NO PRESERVATIVES


Sesuai seusia 6 bulan ke atas yang boleh control makanan.
InsyaAllah tak tercekik sbb biskut ni melt dalam mulut ye
Tapi masih perlu pengawasan.


Jadi yang berminat nak order,
boleh place order
nikhakimah@yahoo.com
0123857747



Setiap 160 gram = RM15 je
+- 20 keping
lebih kurang besar bekas cheesecake leleh



Do follow me at IG  =)





Tuesday, June 24, 2014

Umar dan gigi

Last saturday membeli baju raya anak2
itupun dapatla sehelai dua je
jadilah
nowadays semua pun mahal betul


Then malam tu rush pergi kenduri anak BS (baby sitter) di Putra Heights
Sekali dengan rombongan
(ni kenduri belah lelaki)


Takde picca sbb agak rushing dan kelamkabut menguruskan dua budak kecik yang dapat speciality sbb mamanya ada kan..
Majlis pulak malam

Hari ahad..
Umar pulak demam
Badan dedar2
tapi aktif
takdela melepet

Ingatkan sebab penat hari sebelum tu


Sekali dapat spot dua batang gigi sedang tumbuh dengan jayanya
Belah atas
besar
mcm kapak je

gigi bawah takde
ok..  ummi sedikit risau takut alignment gigi lari
takpe. masih ada masa..  huhuhuhuhu


Jadi umar hari sabtu officially dah tumbuh gigi..
at 9month =)

yeay

tak tahulah akan tumbuh terus atau bantut mcm sufiyyah


Sufiyyah dulu kan tumbuh tunggul je
pastu masa one year baru 3 gigi tu tumbuh serentak


Umar masa 4month dah start gosok gigi..
Since baru tumbuh dua ummi akan gosokkan lagi lah
Nanti je baru bagi berus gigi.
Sekarang masih gosok guna brush mcm kat bawah ni


Tapi brush nya pendek sikit lah


Kebersihan gigi harus dijaga



Sekarang dah macam2 produk penjagaan gigi  kat pasaran
Pergi je guardian ke
bersepah
siap duit je




oh..  gambar tak ada ya
ummi nak tengok pun sikit punya susah
kena buat umar ketawa
baru boleh nampak
namanya nak bukak mulut dia
mmg tak dapek

Monday, June 23, 2014

Layanan pada anak syurga itu

Rasanya famous kejap la mak budak tu dengan statement nya yang mendidih je hati ni baca.  Rasa nak pang satu kali.
Bapak pulak dah tak tau kemana..  Kawin nak.  anak tak kesah jadi apa.


Tapi let alone lah.. Besok dia menjawab la kat akhirat.  Elok2 tuhan bagi peluang tempah tiket ke syurga. Kau sia2kan.
Memang..  bukan senang jaga anak syurga ni.  Perhatian lebih, belanja lebih,
Tapi ada caranya kan
Kalau dah sampai baju reput di badan
Bilik yang kotor busuk penuh najis
Apakah itu?
Binatang
Harap bertaubatlah sementara ada peluang
Tak nak cakap lebih2
Sebab saya tak benci dia
Tapi saya benci kutuk dan keji perbuatan nya
Sampainya hati (tapi mmg ramai je yang sampai hati.  ni budak OKU...  yang orang tua kat rumah orang2 tua tu, yang kaki judi, kaki dadah ambik duit mak bapak tu, yang org tua dah tak larat bawa diri pun terpaksa bekerja sebab nak tampung anak yang sihat tubuh badan gemok badak pun adooo..  dunia kan)


Saya yakin.  Allah biarkan anak syurga itu hidup.
Kalau fikir logik akal
Dengan kotor
Dengan najis
Dengan tak ada makanan

Tapi anak syurga itu terus hidup
Tak ada pun kata nak kena rotavirus ke
Pneumococcal ke..
Elok je

Aku yakin Allah tak tarik nyawa dia bukan sebab Allah tak sayang
Allah sayang
Sangat sayang
Sayangnya Allah tu bukan pada dia sahaja
Tapi buat kita semua
DIA bagi satu titik untuk kita sedar
Sedar bahawa dikalangan kita ni masih ada yang susah
yang perlu bantuan

Sudah ke kita semak diri kita sendiri
Ahli keluarga kita ada yang susah tak?
Apa cerita
Cukup ke makan?
Cukup ke pakai
Kebajikan?

Check pula jiran2 kita
Ada ke yang susah?
Yang perlu bantuan?

Selepas semua disekeliling kita ni kita dh check
Baru check yang jauh2

Sebab tu lah Allah kata
Yang layak terima zakat tu golongan fakir dan miskin, mualaf..
Bukan anak yatim ye (kecuali anak yatim tu susah)


Semak balik, kita makan beras, makan kicap.
Orang sebelah ada ke kicap nak makan?
Kita makan Ayam, makan sotong, makan ikan merah, ikan bawal, ikan pari, ikan tenggiri
Orang sebelah makan nasi dgn kembung pecah perut nak suap utk 7 orang makan


Saya kadang kalau tengok kesusahan orang
Rasa ya Allah..
Aku koman2 dapat jugak makan kembung mata merah
Dapat juga sebulan sekali kuis2 duit dalam poket makan udang, makan sotong
Biarlah dah melempai2 pun
Alhamdulillah.  merasa lagi lah...
Tak ada lagi sampai tak ada duit nak beli beras pun
Masih ada savings yang boleh dikorek2 saat susah.
Alhamdulilah...

Tengok budak ni..  Sampai tinggal tulang
Allah.. rasa sebak sangat


Saya tak mau bebel panjang
Bagi saya budak ini Allah teruskan dia hidup utk memberi rahmat buat orang lain
Memberi lebih kesedaran dan kesedaran untuk kita semua


Kita beli beg mahal
Kita beli baju mahal
Kita beli makanan mahal2
Kita makan sedap2


Berapa ramai diluar sana yang kita tidakkan haknya utk menerima nikmat yang serupa.

Let alone lah badan2 kebajikan yang ditubuhkan di malaysia ni
Baitulmal yang menguruskan duit zakat (saya pelik bagaimana pengerusinya, pegawainya mampu tidur lena, makan sedap sedangkan dibahu mereka tergalas tanggung jawab yang besar.. mereka memang hebat..  rasanya umum tahu betapa susahnya nak dapat wang zakat)..

Jangan tengok orang..  kita semak diri kita..  UAI kata..  biarkan orang tu nak menipu, sindiket ke apa. Kalau mampu kita hulur, tolong, bantu.  Bantu takat yang mampu.  Mampu seringgit bagi seringgit.
Dia tipu dia dengan tuhan.  Tapi kalau kita tak bantu...  itu kita dengan dia..
Wallahualam..








Layanan pada anak syurga itu

Keji
kotor
Jijik
Layanan pada anak syurga itu
Hina
Benci
Daif
Layanan pada anak syurga itu
tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata
Namun
Anak syurga itu membuka mata ramai insan
Disaat manusia berebut-rebut mengisi tembolok masing-masing
Disaat manusia berlumba-lumba membina bukit-bukit harta
Dia hadir 
Mengungkap tabir hitam kehidupan
Menyentak ribuan hati manusia
Mengalirkan sejuta rahmat
Duhai anak syurga
Kerana Layanan pada anak syurga itu
Kita beroleh kesedaran.
Terima Kasih sayang.

Monday, June 16, 2014

Menurun ke anok

Orang tua2 pesan

masa preggy kena sentiasa beringat
takut menurun ke anak...


Masa Pregnant kan sufiyyah yang menurun ke anok :-

1) jadi pembersih, sampaikan pergi kuching sanggup berangkut one set of cadar, selimut dan sarung bantal sume

2) Mengamuk - one time tu je saya mengamuk betul2.  tapi perangai masa mengamuk tu mmg sebijik menurun kat sufiyyah (ok.  feel so sorry bout that..huhu)

3) teliti - saya jadi teliti dan nak semua benda dalam keadaan kemas..lendik..

4) kalau saya tak suka satu orang tu, saya mmg takkan berpura2 suka..  mmg terus akan reject

5) tak reti duk diam. - saya masa tu mmg tak duduk diam.  kalau penat ke apa pun saya paksa diri sbb mmg masa tu pikir saya tak nak anak saya nanti PEMALAS.  jadi mmg paksa rajinkan diri.  takde nak duduk bersenang lenang mcm certain perempuan preggy sampaikan kasut pun suami sarungkan.

6) panas - dulu siap tendang2 selimut and marah2 kalau org selimutkan.  sebijik menurun..hahaha..  padahal dulu yabang risau kite ni cramp kaki kan.... tapi bile dah bukak..  ok..boleh tido balik




Masa Pregnant kan umar yang menurun ke anok :-

1) penggeli - adik beradik dengan pembersih.  tapi penggeli ni lagi horror.. siap boleh nangis..  hhahaha

2) mengamuk nak tidur - sbb ada je benda nak buat.. asal penat je saya mengamuk. yabang dah tau sangat.  tapi penat.  tapi nak buat jugak kerja..  sbb sangkut paut dgn point seterusnya

3) tak reti duduk diam - haha..  saya memang takut dapat anak PEMALAS..  tapi dah cuba reduce sikit.  biar yabang buat sendiri.. masak sendiri.. saya cuba gakla duduk rileks2 je.. sbb mcm fobia sikit dgn sufiyyah yang kecik2 tak dok diam.... tapi tak la rileks mana sbb kena layan sufiyyah yang melasak.. hasilnya umar lagi lasak dari kakak nye..ohh..what to do..

4) sejuk - masa preggy kan umar saya selalu sejuk.  berebut selimut dgn yabang..  masa umar lahir.. sampai la lening 9 bulan..  nak bagi die tidur lena.. bedung dgn kain batik xpun selubungkan..  hohoho..

5) penghiba - sbb saya banyak makan hati waktu mengandungkan umar..  asyik menangis hiba.. umar kalau nangis.. mmg kesian betul nampaknya.. hiba betul.. (saya takkan maafkan all those moment yang dijahanamkan tu..)


sebab umar baru 9 bulan...  xnampak sangat lagi apa yang sama nya.. soon ada lagi saya tulis disini,,
buat kenangan..


Dedicated to my lovely kids..
ummi sayang kamu..  muaahhhssss



Ustaz umar mukhtar..  insyaAllah

cepatlahhhh boleh beli wrap.. nak tandem nursing.. tandem carry..  hohoho

Doktor Pakar Sakit Puan Sufiyyah Humairah or a succesfull businesswoman..  insyaAllah





Friday, June 13, 2014

Kenduri

Last sunday punya kenduri
Ada 3.  tapi ambil gambar dua je
yang ketiga anak pun dah cranky.


Dulu rasa tak sempat je nak attend sampai 2 3 wedding
Rasa tak percaya berjaya attend 3 wedding
alhamdulillah. jarak pun dekat2


First.. ke kenduri kawan sekolah yabang yang lama


Ni style orang Bouyan, indonesia.  siap ada marhaban dan qasidah ke ape nama ntah.  sufiyyah eksaited


Buat pun dikawasan rumah FIL.  jadi tak boleh tak pegi.
Cuaca adalah panas.
Sekejap je sufiyyah pakai tudung
dah bukak balik



Ni second wedding, di SKDU Hall..
Ni excustomer
masa dia tunang saya buat pelamin dan hantarannya
Masa kahwinnya dia ambil dengan orang lain
Dengar ceritanya wedding planner lari
Die pun cakap menyesal tak ambil dengan saya
Tapi saya kata..  dah rezeki dia macam tu

Orang tu quote mmg murah la..  15k include all
saya mmg akui saya punya mahal.
tapi yelah.. saya tak nak la suggest pakej, tapi ada vendors yang lari
saya jugak yang nak menjawab.
Jadi biarlah mahal.  nak ambik.  tak nak tak paksa..
saya paham

kesian dia..
harap jangan lah ada vendor yang lari2 macam gini ya
kesian customer
die bayar tau
kalau ras atak boleh provide permintaan cutomer withing price range tu
cakap je tak boleh
jangan aniaya orang



saya ingat lagi kata2 Prof Muhaya
Biar hak kita pada orang, jangan hak orang pada kita

Tak patut sangat


Ok..  settle yang ni
kami ke Taman Kosas Ampang
Kenduri sepupu yabang kahwin kan anak dia

Yabang cucu pun ada dia ni
orang dulu2 kan kawin muda
FIL plak anak bongsu
Memang merasa la ada cucu..haha


Tapi yang ni takde gambar
sebab berkejar nak solat lagi
dan anak2 pun dah cranky nak tidur.
Penat dan panas

Kami singgah di masjid taman kosas tu utk solat zohor dan asar serta mandikan budak2

Tapi anak sedara yabang tu kawen cantik bajunya
biru turqoise mcm masa kami kawin duulu songket tabur
hampir sama
cuma pengantin perempuannya pakai cucuk sanggul
saya tak dapek la kan
mmg cantik
suka sangat tengok  =P



Sekian entry kawen mawen



Thursday, June 12, 2014

Monthly Gathering and birthday girl

Ni entry lama juga ni


network Celcom lately susah benar nak digunakan.  Lambat sangat


Last saturday.

Jiran selang 3 buah rumah buat birthday anaknya
Kebetulan kawan yabang pun datang rumah

Jadi masa nak start bakar2 tu kami lari kejap pergi rumah birthday girl.

Sufiyyah la eksaited
duk kelek hadiah dari petang tu.

Sufiyyah cuba nak ambil gambar dengan birthday girl.  tapi birthday girl lari.

Birthday girl.  Dini namanya..
 Kami balik tengok ayam dah bakar tingal last batch.. Hohoho..

Seb baik sempat.  kesian tetamu bawak diri je.  Seb baik dah biasa

Pasta goreng

Saya sempat goreng pasta petang tu.
Ingat nak buat wedges dan coleslaw tapi tak sempat pula.  Anak2 a bit cranky minta perhatian.

Lagi pula pagi tu saya ada job makeup.
Jadi agak kelam kabut nak kemas2 rumah semua  =P

Saya attach resipi pasta goreng ni.  Manalah tahu ada yang berkenan nak cuba.
Resipi yang mudah.  Sufiyyah suka makan, yabang pun puji sedap.  Alhamdulillah
Katanya "untung abang ada isteri pandai masak"..

waahh..  kembang japs.  hahhaa. siapa lagi nak puji kalau bukan laki sendiri kan.. =P


Ini pun tak cukup bahan.  tu yang kurang seri.. jadi resipi di bawah saya letak yang cukup bahannya ya..



Resipi Pasta Goreng

1 peket pasta (550g)  boleh guna spaghetti, fettucini, penne, macaroni pun boleh.  tapi sedap spiral pasta ni lah
4 ulas Bawang merah  - tumbuk lumat
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 sudu besar lada hitam - tumbuk lumat
3 keping dada ayam - potong dadu/cincang
5 batang isi ketam - boleh ganti dengan seafood - potong
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato - atau tomato puree lebih baik
1 tin cendawan butang  - guna yang fresh lebih bagus
2 biji tomato - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
Garam secukupnya


kaedah
1) Rebus pasta sampai empuk, toskan airnya, ketepikan
2) Tumis bawang merah, bawang putih dan lada  hitam, tumis hingga layu
3) Masukkan dada ayam dan isi ketam hingga ayam bertukar warna (jadi putih)
4) Masukkan tomato dan mushroom, tumis sampai tomato hancur dan sebati
5)  Masukkan sos cili dan sos tomato, garam,  gaul rata
6) Masukkan pasta yang telah direbus tadi bersama capsicum (hijau merah kuning)
7) Gaul rata dan rasa

Sedia dihidang.


Kalau yang suka pedas boleh lah bubuh sedikit cili boh.
Bagi yang suka pedas lada hitam boleh lebihkan lada hitam
Kalau saya, saya suka capsicum yang sekadar gaul rata je  masih rangup2. tapi kalau suka capsicum yang layu.. gaul la lama sikit  =)


Simple, sihat dan sedap  =)







Tuesday, June 10, 2014

Trolley kids..

Gambar last friday.
 balik kerja terus dinner lebih kurang di kedai Baby Sitter je sambil ambil anak sekali
Terus ke rumah In law minta tolong abg syam
Sebab nak bawa Boboi balik (yeah.. boboi the motorbike..  story later yeah)
Terus shoot ke Seri Kembangan ambil ChoCo Oat dulu (ya.  saya jual.)


RM12/pack..  yeah..  RM12 je tau..  limited stock


Kemudian terus ke Puncak Jalil ambil motor.
Bawa pulang, singgah kayu ara hantar motor dan abg syam
dah pukul 11..

huhu.. capek..

tp anak2 tak tido lagi semua energetic..

lalu ajak yabang ke Giant..  giant kota damansara kan tutup pukul 12

waaahh..  terasa lama benar tak ke Giant/Tesco/Carefour..

Umar rasanya first time lah ni.


Budak2 la excited..


Tapi kejap je sebab nak beli benih sayur je
Ingat nak beli benih bayam tapi takde pulak
end up beli b enih ntah hape2 like brocolli, kacang peas, pak choy, ape ntah lagi satu.











Umar nak melasak.  jadi letak depan. kakak pula request nak duduk kat baby seat. layankan je



kadang kesian anak2.  dapat gi Tesco Giant tu pun dah rasa syukur nikmat.  rasa seronok gila..
Maaf.  Ummi tak mampu nak bawa kamu shopping di Mall2 tu..
Baju kamu pun baju sedekah orang
Maaf sangat2
Ummi harap didikan ummi beri cukup untuk bekalan kamu menjadi manusia berguna



Thursday, June 5, 2014

Resipi karipap rangup mudah

Hari ni nak share resipi..


Jangan risau.  resipi saya biasanya mudah je nak sediakan..
Pejam mata pun boleh..
Dan dah diperakui sedap oleh hantu karipap En Yabang...
Die sanggup tolong jagakan anak, janji saya buat karipap kegemaran dia.


Resipi Karipap

Resipi kulitnya saya ambil dari blog kak Di Green Apple.
 Tapi takut hilang tak jumpa, saya tepekkan disini.


Mari tengok bahan-bahannya

Bahan2 Inti :-
3 ketul Dada Ayam dipotong kecil-kecil / cincang
3 biji kentang dipotong dadu
2-4 sudu besar Serbuk kari (ikut suka kadar pedas)  campur sedikit air biar jadi pes
1 labu Bawang besar potong dadu
2 ulas Bawang putih 
setangkai daun kari
Minyak
Garam gula


Kaedah :-
Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sampai layu
Masukkan pes kari, tumis sampai pecah minyak
Masuk dada ayam dan kentang
Tuang air, rebus sampai kentang empuk dan air kering
Perasakan dengan garam dan gula
Ketepikan


Bahan-bahan Kulit :-
1 kilo tepung gandum
3 sudu besar butter
3 sudu kecil minyak masak (saya buat 3 sudu besar je terus)
Garam
3 cawan air.

Kaedah :-
Gaul rata tepung dengan garam
Didihkan minyak dan butter, didih je terus tuang perlahan dalam tepung sambil kacau guna senduk. Jangan guna tangan pulak. melecur nanti. Gaul rata nanti die jadi berketul macam serbuk roti.
Sementara tu didihkan air pulak, didih je air, tuang perlahan-lahan dalam adunan tepung tadi.
Gaul rata..  memang susah.. agak2 dah gaul tu macam dah sejuk sikit sambung uli dengan tangan.
Kalau adunan terlampau keras, campur air didih (jangan banyak.  sesudu dua setiap kali nak tambah)
Kalau adunan lembik melekat di tangan campur tepung.


Uli kemudian canai nipis, terap bulat (saya pakai tumbler sufiyyah je)
Bubuh inti, kelim.  Kalau ada acuannya tu lagi mudah la..  kelip je..
lepas tu boleh la simpan frozen..



Memang mudah..

Tipsnya, semua kena didih.. air didih..  minyak didih.. butter didih.

Memang karipap dah sejuk pun masih sedap dan tak liat. Karipap pun xde gerutu2.
Kalau frozen tu boleh terus goreng direct.
Dengan syarat minyak cukup panas, api sederhana kecil.
Tak payah nak thaw2 pun xpe.





abaikan yang well done tu..  hahhaha..  hangus sebab goreng sambil siapkan anak2.  tinggal2 jadila hangus2 sikit..
tapi yang hangus tu lah yang sedap.  licin yang tu dulu sebab garing betul..  =)



Selamat mencuba

Wednesday, June 4, 2014

WW : Happy Family



Suka sangat sampai repeat 2 x di instag.  publish di FB dan kini di blog..  Wefie kata orang..  haha

Friday, May 30, 2014

Ujian buat hambaNYA yang dikasihi

Saya suka berkongsi dengan cik bila cik jadi seorang KAWAN.

Cara nasihat nya, cara cakap dan guraunya
Memang macam kawan sangat
kalau mak2 tu kurang sikit sebab tazkirahnya panjang sangat..  hahahha
Kalau kawna tu pendek tapi bermakna

walau apa pun
saya syukur sangat
sebab punya emak tempat saya mengadu
ada yang sentiasa concern dan bagi nasihat dan panduan
LoVE you CIK..


mari baca tazkirah cik =)

Selamat Hari Jumaat




Sesungguhnya Allah uji dan uji kerana Allah sayang pada kita
Dia nak kita rapat dengan dia, mengadu dengan dia
Bila kita rasa teraniaya, rasa sedih, rasa hopeless..
Bukan pada gangster kita berharap, bukan pada wang kita berharap, bukan pada sesiapa
Cuma Allah selayaknya
Kerana dia yang maha mengetahui
Langit dan bumi







Pssstt..  maaf..  saya delete setiap komen yang lain sebab bimbang timbulkan fitnah dan rekaan cerita oleh orang yang BUSUK HATINYA.  Cukuplah dngan tazkirah cik ye

Tuesday, May 27, 2014

Tanah Kubur

Kalau dulu..
asyik la cerita princess
princess
princess
princess
cinderella
barbie
barbie
barbie
frozen
frozen
frozen
frozen


sampaikan ummi dengan ayah nak bukak tv pun tak dapat

sekarang alhamdulillah
dah boleh bukak tv
tapppiiiiiii
balik2 tanah kubur
tanah kubur
tanah kubur
tanah kubur

pastu mesti nak ada part tok hadi
takpun mayat pelik2
kalau takde tok hadi
akan ditanya
"ummi..  mana atok adi..  mana atok adi"

eehh.. budak ni..  ku bawak jugak jumpe nasir bilal khan live kang
nah..  amik tok adi


kalau takde tanah kubur
die mintak cerita hantu
cerita hantu
cerita hantu
kuat layan drama ni budak ni

kat rumah mamanya (Baby sitter)
memang ada astro
pastu yelah..  duk rumah..on drama la kan
jadi budak baya sufiyyah..  layan drama kalah org tua siap feeling

aduuuhh


jadi pilihan ummi
tengok cerita princess or monster university hantu (monster incorporated tu)
takpun sila bukak cerita tanah kubur atau any action drama


seb baik mama tak layan sinetron
kalau mama layan sinetron
dahhh..  die mintak sinetron pulak


Tapi bagusnya tanah kubur ni
boleh la tengok sambil selitkan nasihat
Tengok tu..  die lawan mak die.  die sepak mak die..
nanti mati tengok muke die buruk..eee...

so bila sufiyyah tantrum..  just remind her
lupe ehh cerita tanah kubur
slow down la sikit tantrum nya itu..



Pastu sejak ayah overtime malam2 ni
sufiyyah la tukang teman
ayah buat kerja
dia layan cerita pororo tak pun turbo kat TV atas pulaaakkkkk

TV tu TV lama kami repair
tak lawa sangat..  boleh laaaa.. takat buat tengok kartun
punyelah tiap2 malam bukak..
dah rosak dah TV tu..
gambar senget2

tapi tetap sufiyyah layan..
tak menahan tu siap cakap..
"nanti ayah ambik duit iya..  ayah beli TV baru tau..  TV BESAR tau..  nanti iya boleh teman ayah tengok cerita Turbo".


tak menahan ok..



dah sekarang..
ayahnya dah riki nak beli satu lagi TV kat ataih..

ummi is pening kepala..




pesanan :
Tengok TV sambil layan mata nak tidur adalah tak bagus
sebab...
tak elok utk mata
memori kita merakam 5-10 minit terakhir sebelum kita tidur.  Jadi nanti bawak tidurlah cerita turbo lah.  barbie lah... seeloknya biarlah dengan bacaan alquran..  simple books


kalau dengan ummi mmg tak dapek..
waktu nak tidur..
ambil buku baca 2 buku..
lepas tu switch off lights..
tidur..
pejam la mata


tapi sebab bila ayah ada..  ayah stay awake..  jadi die pun ada la geng berjaga..
sometimes tak lama mana pun

10 minit je..  intro pun tak habes die dah tido.  tapi tak bagus kan...



Monday, May 26, 2014

Menang Give away.. baik dan buruk

Pagi senin
dah mengadap jamm di Tropicana --> BURUK


Pagi Senin
dapat tau dua projek yang submit last week dua2 masalah -------> BURUK
(penat je berkejar T_T)


Pagi senin..
ting tong
masuk wassap dari Zira kat depan.. katanya ada parcel


Berbalut cantik dalam kertas minyak kaler brown

Puas pikir
ape pulak ku beli ni
takde ingat beli sbb semua pembelian hold sebab nak dahulukan nak raya dan puasa ni

Bukak sikit
eh..  siap berbalut cantik ok...

pikir lagi..

siapa pulak yang pos ni
mula pikir..
tanya yabang "abang ehh yang bagi"

tapi yabang menafikan sekeras2nya

tapi kalau dia yang bagi mcm ni suprise..  mmg saya melompat kasi cium satu kali
hahaha
once in a lifetime la pendek katoooo



Saya bukak berhati2..
sambil pikir


Owwwhh..
baru ingat
saya menang Give away di bloghttp://fatihashuhaimy.blogspot.com/2014/05/mrs-farizal-ga-2014.html


http://desirequeen.blogspot.com/2014/05/mrs-farizal-ga-2014.html


hehehe.  suka2..

inilah hadiahnya



2 tupperware (mmg brand tupperware okeh..  bukan tipu wear)
kurma
dan sampul raya


alahai..  mmg suka betul la kan
ai dan tupperware ni mmg la sangat suka
senang nak tapau2 ni
ai kan mmg suka g mana2 bawak bekal
senang nak makan dah tentu bersih. sihat

thanks pada owner blog
bagi hadiah best ni.
kalau sendiri nak beli mmg tak la..  mahal kan brand tupperware ni.
setanding la dengan kualitinya kan




akhirnya...  mood teruk OK sebab dapat hadiah..  hohohoo


Friday, May 23, 2014

Ulat bulu dah naik dauuuunnnn

Sila baca tajuk di atas dengan intonasi yang tepat..  haha



Yabang la..
Siapa lagi kalau cerita2 ulat bulu ni
Geram sungguh rasa hati

Entah mana dia merayap entah
Tergaruk-garuk pagi ni
sekali selak lengan baju
haaahhh
amik kauuuu


elok je merayap


terus google petua hilangkan gatal ulat bulu


ada yang kata guna rambut
ada yang kata taruk balsam la apa


tapi saya jumpa satu petua untuk hilangkan gatal ulat bulu

1/2 sudu garam 1/2 sudu minyak kelapa
campurkan besama dan sapu kat tempat gatal



kebetulan saya mmg simpan garam dekat opis.
Garam antara natural remedy yang bagus
dan saya baru je restock VCOA Treenea (Virgin Coconut Oil with Antioxidant)
ape lagi..  kasi campur


nampak lega dah tu...



sape nak order vcoa treenea dengan saya, bolehlah contact
nik  0123857747
whatssap/sms
email : nikhakimah@yahoo.com



Wednesday, May 21, 2014

ww : selfie


tengoklah masing2 bergayut kat tudung
ummi cantik sekejap je



Related Posts with Thumbnails