Tuesday, February 24, 2009

Remaja cabul sepupu 4 tahun ditahan

Harian Metro - 24 Februari 2009 Selasa

KUALA TERENGGANU: Polis kelmarin menahan seorang remaja berusia 20 tahun yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selepas disyaki mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia empat tahun.

Remaja berasal dari Kelantan itu dikatakan ke bandar Dungun dan menumpang di rumah ibu saudaranya di Kampung Gong Pasir, untuk mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan bulan depan.

Bagaimanapun, selepas dua minggu tinggal bersama wanita yang memiliki dua anak berusia dua dan empat tahun itu, dia dikatakan hilang pertimbangan apabila mencabul anak sulung wanita berkenaan.

Perbuatan terkutuk remaja terbabit terhadap sepupunya berusia empat tahun itu terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu mengalami kesakitan ketika membuang air kecil kepada ibunya selepas setengah jam dia dicabul.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata kejadian berlaku di ruang tamu rumah mangsa ketika dia bersama suspek asyik menonton televisyen kira-kira jam 2.30 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa yang hendak membuang air kecil secara tiba-tiba menanggalkan seluar di hadapan suspek.

“Tindakan mangsa yang tanpa segan silu menanggalkan seluar di hadapan suspek yang dianggapnya abang membawa padah apabila dicabul lelaki terbabit.

“Difahamkan, suspek mencabul kanak-kanak berkenaan dengan menjentik kemaluannya beberapa kali selepas mangsa dikatakan berlengah ke bilik air selepas menanggalkan seluar,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk membuat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kesan merah pada kemaluan mangsa.

Dahlan berkata, laporan kejadian itu dibuat ibu mangsa di Balai Polis Dungun, kira-kira jam 4 petang hari sama.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang bekerja sebagai penyelia stesen minyak di rumah mangsa kira-kira jam 4 petang keesokan harinya

Pengawas Jadi Mangsa

Pengawas diserang 10 pelajar

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my




Suspek tidak puas hati kena tegur buat bising dalam kelas

KOTA BHARU: Seorang pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas dekat sini, cedera diserang 10 pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menegur seorang daripada mereka kerana bising dalam kelas selepas waktu persekolahan, petang kelmarin.

Serangan terhadap pelajar Tingkatan Empat, Ahmad Shafie Ihsanul Kamil, 16, berlaku kira-kira jam 3 petang, ketika dia bersama seorang rakannya berjalan pulang pada hari terakhirnya di SMK Tanjong Mas kerana diterima masuk ke Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, mulai semalam.


“Ketika melalui belakang Masjid Taman Uda Murni, kami disekat 10 pelajar yang menaiki dua motosikal dan lima basikal.

“Seorang daripada mereka yang juga pelajar sekelas menendang belakang menyebabkan saya tersungkur.

“Rakan saya cuba menghalang serangan itu, tetapi dilarang kumpulan pelajar itu,” katanya di sini, semalam.

Ahmad Shafie berkata, ketika dia cuba bangun, pelajar sekelasnya menumbuk dan menendangnya sehingga terjatuh, diikuti pelajar lain menendang mukanya beberapa kali.

Katanya, kumpulan itu melarikan diri meninggalkannya cedera di tangan dan lutut apabila seorang wanita datang memarahi mereka.

Bapa mangsa, Ihsanul Kamil Che Haron, 56, berkata beliau menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) apabila mendapati anaknya cedera dengan seluarnya terkoyak.

“Saya terkejut melihat anak bongsu daripada lima beradik itu pulang dengan seluar koyak dan pipi lebam, manakala lututnya berdarah,” katanya yang membawa Ahmad Shafie membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Ihsanul Kamil terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya dan meminta pengurusan sekolah menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar terbabit.

“Awal Januari lalu, seorang pelajar di sekolah sama turut diserang sehingga cedera dan tidak hadir ke sekolah selama seminggu, namun kejadian itu tidak dilaporkan,” katanya.

Katanya, beliau dimaklumkan pengurusan SMK Tanjong Mas mengaturkan perjumpaan antara ibu bapa pelajar yang menyerang anaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah Bharu hari ini.

Sementara, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata walaupun 10 pelajar didakwa memukul mangsa dalam kejadian itu, siasatan polis mengenal pasti hanya empat pelajar terbabit dalam serangan itu.

Katanya, polis belum membuat sebarang tangkapan.

Friday, February 20, 2009

Malaysia ALL can........

Malam khamis lepas cik queen ke One Utama. Memandangkan bukan cuti umum mahupun hujung minggu, tempat letak kereta sangat la kosong.
Tak banyak kereta yang ada. Jadi mudahla cik queen dapatkan tempat parking. Maklumlah, One Utama tu kan sentiasa penuh dgn kereta.
Masa berjalan menuju je lif, kawan cik queen terperasan sesuatu di atas jalan. Spontan keluar dari mulut die....

"orang tu da mati ke?"

Cik Queen pun menolehla dan nampak seseorang terbujur kaku atas 'parking island'... terdetik jugak dalam hati cik Queen, orang nie hidup lagi ke da mati.
Mungkin kawan cik queen ni dapat amati dgn betul...

"eh, hidup lagi la...dia tidur..."


hehehehe...Terus Cik Queen ketawa. Apa lagi, cik queen pun kuarkan hp kesayangan cik queen ni lepas tu SNAP! SNAP!...
Kawan cik queen dah gesa cik queen. yela,mana la tau tiba2 orang tu bangun. Tiba-tiba muncul la kawan orang yang tido tu.
Muka die macam tak puas hati je..pastu dia angkat hp die and die plak snap gambar cik queen. Tapi masa tu cik queen da beredar agak jauhla...
Phew...kawan die macam bengang je...tapi cik queen rasa cik queen takdela buat salah. Cik queen ni kan warga prihatin. ambil tahu ape jadi sekeliling.
Maklumla..tidur tgh2 tu dgn pakai baju JUSCO...yapperda!...

Masa tgh jalan kat One Utama, itulah antara topik yang cik queen dan kawan cik queen borakkan...

1)MALAYSIA ALL CAN!!!!!!
::nak tidur bawah pokok ke, tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat tengah2 parking pun boleh...takde orang kacau.

2)MALAYSIAKU YANG AMAN.....
::yang ni cik queen sangat2 bersyukur sebab negara kita aman damai. walaupun kes jenayah meningkat sekarang, tapi kita masih boleh keluar pergi shopping, lepak kedai mamak, hang out dgn kawan2 dgn family....
kalau la orang yang kat Palestin tu..mereka hidup dalam ketakutan, sangat takut. Bedilan roket dan peluru bersimpang siur mencari mangsa. dimana2 terdapat kesan kemusnahan, kehancuran.. Hati cik queen selalu je rasa sayu dan sendu.. Apakah ini nasib saudara seagama ku? Tuhan sahaja yang tahu betapa hati cik queen ni merintih sayu dan hiba melihat anak2 kecil yang tidak berdosa meratap hiba disisi ibunya. Melihat mayat bergelimpangan bagaikan boneka. Tiadakah langsung perikemanusiaan dalam diri setiap askar Zionis tu atau mungkin Allah telah mencabut nikmat berperikemanusiaan itu dari mereka.. Agar kita dapat melihat segala kehitaman dan kezaliman dalam hati mereka yang hidup berdetak dgn setiap titik darah rakyat Palestin. Semoga setiap dari mereka tiada yang terlepas dari menjadi golongan para Syuhada....

ALLAHUAKBAR!!!!

3)TAK KERJA KE?
::hehehehe...masa tu belum habis waktu kerja...che abang yang tidur nie tak kerja ke?...::



tapi ape2 pun...MALAYSIA ALL CAN!!!!!!!

Monday, February 16, 2009

On dat most RomantiC day ever....

14 Februari 2009 - 8 pm
Hotel Singgahsana Petaling Jaya

hari tu adalah hari yang paling romantik..rasa macam dalam filem pulak...kami dinner dekat Hotel Singgahsana PJ sempena Valentine Day promotion. Walaupun kami memang tak menyambut Valentine nie..tapi melihat promosi yang Superb dari pihak hotel..takkan la cik queen nak lepaskan betul tak?.bukan nak celbrate valentine..tapi nak merebut pomotion yang best ini......dari segi service, makanan dan decoration 'two thumbs up' for them...memang sangat berbaloi kalau nak dibandingkan dgn price diye...
Siap ade special music yang main untuk kitorang tu..ape ntah nama diye..cik queen tak tau sangat...tapi memang romantikla..ala2 dalam filem gitu...cik queen request lagu Leaving on a Jet Plane...abe dzul pilih lagu Teratai Bunga Indah....owh..terharunya....
dat night banyak duit habis kat tips je..hehehehe

well..enjoy pix malam tu...

my lovely and only fiance
::tgh hafal menu ke 'yang'....::


::Salad Platter::
::Mushroom Soup (no pix coz over excited nak makan..hehehehe)::

Main Course
::medallion Beef Steak with White and Spicy Sauce::
::Asparagus::
::Beef Bacon::
::Cubes of Sukun::

the Desert
::Chocolate Mousse::

falling tower..hahahaha

siap ade buah tangan lagi tau...


our engangement ring with table deco

deco

menu


sweet little tiny candle....

Tuesday, February 10, 2009

Ikatan bertaut, Janji dimeterai











Alhamdulillah....segala2nya berjalan lancar...
Cincin Mak Andak yang sarungkan menggantikan bakal mak mertua. Thanks a lot to Zahid as photographer...Syazni and her mentor Fairus kerana sudi make up kan I yang tak berapa comey nie menjadi WoW!...and all my fwenz..my niece..my sister..my brother..my MOM..and my DAD...

Thank to all of You!

Thursday, February 5, 2009

~Menghitung Hari~

Tinggal lagi dua hari..esok dan lusa...lepas ni aku bergelar tunangan orang..
takotnye...berdebar2 rasanya. aduhai. banyak lagi persiapan yang perlu dibuat. mana nak atur pelamin kecik tu. hopefuly petangnie sempatla aku nak jenguk2 ke pj oldtown. nak ke jalan TAR rasanya da tak sempat. dzul pulak ade dwg nak kene submit. aduhai..semuanya dalam seminggu nie..untuk next week kitorang langsung takde plan..aku rasa da tak menang tangan. dalam kesibukan ni dapat jugakla aku lenyapkan sebentar rasa gemuruh yang melanda ni. kadang2 kalau duduk takd e buat ape..aku asyik terfikir adakah dia yang paling sesuai..tapi dalam hal ni aku rasa baik aku serahkan pada yang merencana alam nie Tuhan YangEsa. dia lebih tahu. aku hanya mampu berusaha.

esok nak pergi beli bunga di PJ Oldtown..kalau mahal aku gi beli dekat Nilai 3 jela..
nasib baik urusan kek dah selesai. Tinggal meniti hari bahagia jela...
erm..satu lagi ..sireh..takpe2..nanti hari sabtu pergi beli kat Pasar Pagi.

Pada semua2..doakan la segala2nya berjalan lancar....aminnnnnnnnn................

Wednesday, February 4, 2009

waiting for someone




model

Azam Birthday!




on azam 1st birthday...cik queen cuma datang makan...pix nie cik queen tangkap pakai hp camera...

~Fiance~.....





hurm..got problem when upload..so i need to compress more than usual...
anyway...this picture captured by me using my lovely SE hp came 3.2 megapixel Cybershot.....and also as usual..edited by me!..hehehhee

My lovely little sister




this picture was captured last Aidilfitri (2008) using auto camera...
and as usual..editted by me...hihihi
Related Posts with Thumbnails