Monday, June 10, 2013

Bread Pudding with custard sauce.

Baby dalam perut dah mengidam nak makan bread pudding dah dekat 2 minggu barulah Ummi sempat buat.  Bahan2 nya mudah je..

dah ada pun
tapi nak buat tu..  alahai.. bercinta
nak keluarkan oven
dengan kakak yang duk memerap nak berdukung
Memang mencabar  =P

So last weekend lepas simple breakfast Ummi cepat2 la buat..  Resipi sendiri je..adalah ceduk sana sikit..sini sikit.. Lagi2 part buat Custard Sauce nya..  Saya kurang cekap lagi  =P

Mari semak resipi  :)


Fresh dari oven.  terhangus sikit sbb terleka layan Sufiyyah.  Lupa pusing2kan loyang. 

Potong panas2..  Kurang cantik edges nya  =P tak sabar makan sebenarnya.

Bahan2 puding :-

  • 8-12 keping roti (ikut kepadatan yang dikehendaki)
  • 4 sudu besar Butter
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 biji Telur
  • Esen Vanilla
  • Susu secukupnya (sekitar 500ml) - saya gunakan susu fresh milk sufiyyah punya  =P
  • Kismis sebagai hiasan
  • Secubit garam

Bahan2 Sauce :-
  • Satu tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 2 sudu besar custard
  • 5-6 sudu besar gula (ikut kadar kemanisan yang dikehendaki)
  • Lemon juice - saya guna perasa lemon je.  Sedap utk benda2 yang mudah muak.
  • Secubit garam


kaedah :-
  • Carik2kan roti dan rendam dengan sedikit susu.. terendam sikit pun xpe.  Kaup balik jarang2 sekali utk bagi sebati. Letak tepi.
  • Cairkan butter (saya guna microwave je.. set pada high selama 10-20sec atau sehingga butter sedikit cair..  xperlu cair habis)..  
  • Whisk Butter dan Gula sampai gula hancur
  • Masukkan telur..  Whisk lagi sampai sebati. 
  • Masukkan esen vanilla, Susu (agak2 sampai cukup nak tutup semua roti), garam.
  • Kacau rata, tuangkan kedalam loyang yang berisi roti tadi. 
  • Masukkan kismis.  Kaup balik sampai rata susu dan adunan telur tadi.  (kalau perlu tambahkan carikan roti @ susu ikut keperluan dan kaup balik lagi sehingga sekata).
  • Taburkan kismis diatasnya.
  • Pre heat oven.  Bakar sekitar 20minit.  Bila dah masak boleh gunakan api atas sahaja danbakar lagi utk menghasilkan bahagian atas yang crispy.  

Kaedah membuat sauce :-
  • Tuang susu dalam periuk.
  • Sukat air guna tin yang sama..  Masukkan tepung kastad.  Dan kacau sebati hingga takde ketul2
  • Tuangkan semua bahan kedalam periuk berisi susu tadi.
  • Masak dengan api perlahan sampai kuah jadi likat.


Lepas Puding dah sejuk boleh lah potong dan tuangkan sauce atasnya.  =)

Ada yang suka makan sejuk2.  Tapi saya lebih suka makan panas..  saucenya sejuk.  Depends pada orang  =)

Kalau puding anda lembik..  Maksudnya kurang roti..next time masukkan lebih roti dan padat2kan lagi  =)


Resipi ni utk bayi yang baru belajar makan pun boleh (10m above)..  cuma resipinya perlu diolah sedikit lah.
Gunakan unsalted butter.  Avoid sugar. Gunakan susu yang sesuai (mkasudnya akalu anak anda minum FM..  letak FM..  kalau anak anda minum EBM..letak EBM)..  dan boleh avoid guna custard saucenya..boleh ganti dgn madu  =)
















1 comment:

attyfir said...

salam nik..laparnya tgk puding roti.

Related Posts with Thumbnails