14 July 2012
Hari Lahir ke 2 Sufiyyah Humairah
Dah 2 tahun
Petahnya macam budak 10 tahun
Aksinya ada sahaja buat orang ketawa
Kali ni tiada sambutan besar-besaran
Tahun ni tahun besederhana
Bila mana tahun ni lah Ummi nak pulun buat pelaburan EMAS
Tahun inilah Ummi nak sediakan CASH in HAND yang besar utk pembelian property (yang belum tentu dapat...susah benor..huhuhu)
Tahun inilah nak sambut ahli keluarga BARU
Jadi tahun ni simple sahaja
Beli kek di KING'S Bakery sahaja.
(dah cerita dalam entry Dugaan Ramadhan tentang tragedi kek Sufiyyah)
But Sufiyyah enjoy to the max.
Lagi2 bila ada sepupu die abg Wan dan abg Awi ada sekali
Abg Wan die yang excited betul nak makan kek
Lepas terawih.. berkumpul.. nyanyi 3 4 round.. potong kek.. pastu sama naik balun makan kerang rebus dgn air asam lebih berbuka.. mihmihmih..
Sufiyyah masa nak suap kek tu.. die rasa dulu sikit (ni mmg pesen ayahnya.. semua benda ras adulu sikit)..
Pastu die boleh cakap "Nanaaakkk.. tak daaappp"..
pergghh.. pilu sungguh hati ummi.. haha
Perisa kek adalah choc banana.. ummi rasa sedap je.. agaknya dah kenyang main sufiyyah tu.. makan jugalah cake nya sikit.. creamnya langsungtak bersentuh.. agaknya creamnya tuh yang katanya taksedap sangat tu...
Sekarang sufiyyah dah besar
Ummi rasa cepat betul sufiyyah membesar
Sufiyyah dah kenal ABC..
dah counting 123 (bukan nyanyi2 dah. but counting things)
dah mula fasih dgn alfatihah
cuma alif ba ta je belum betul2 kenal (my bad)
kalau menyanyi lagu rakyat itu serahkan sahaja pada dia
Lompat si katak Lompat
Lenggang kangkung
Anak itik tokwi
Tanya sama pokok
Ikan dan bangau
Pendek kata semua lagu dalam buku lagu kanak2nya dah naik hafal
Sufiyyah makin SABAR bila ajak solat jemaah
Makin FOCUS dan makin pandai berimaginasi
Sungguh.. Ummi bangga sangat2 dengan kamu
Ummi bangga dapat anak sebijak kamu
dan Ummi doa biar Ummi diberikan petunjuk dan Hidayah agar Ummi dapat mendidik kamu
Agar Ummi tak sia2kan kecerdikan anak Ummi yang Allah kurniakan.
Sebab Ummi percaya
All babies are genius.. Pada Ummi nak corakkan kamu bagaimana
Wahai anak ku Sufiyyah Humairah
Sedikit pun ummi tidak menyesal melahirkan kamu
Malah kamulah hadiah paling berharga.
Saat orang memandang serong pada kedua ibu bapa mu
Kamulah penyelamat
Kamulah pembawa sinar
Kamulah penyejuk hati Ummi
Tiap kali Ummi pulang kerja
Segala maslaah dan kekusutan bagaikan terbang menghilang
Tatkala menatap wajah kamu
Tatkala melihat senyuman mu
Tatkala mendukung dan memeluk erat tubuh munggil mu
Ianya adalah moment yang paling indah
Ummi tidak mengharapkan anak Ummi menjadi bintang yang sentiasa bersinar di atas
Ummi tahu dunia berputar
hari ini kamu bersinar terang
besok belum pasti
kerana Allah jua yang menentukan segalanya
Tapi Ummi berharap
kamu menjadi setabah Maryam
yang pasti akan bangkit dan berjuang
biar jatuh beribu kali tanpa mengenal erti putus asa
yang pasti akan berusaha ke arah kebaikan
walau beratus dugaan yang mendatang
yang menjadi seorang hamba allah yang solehah
walau cercaan dan makianyang diterima
yang tidak mengenal erti putus asa.
walau halangan yang datang bagaikan tidak pernah padam
Anak ku sayang Sufiyyah Humairah
Ummi mendoakan kamu
menjadi anak yang solehah
yang baik budi pekerti
yang cerdas akal fikiran
yang indah paras rupamu
diberikan kesihatan yang baik
tubuh badan yang sihat
dan sentiasa dibawah lindungan NYA
Selamat hari lahir yang kedua sayang
Ummi dan ayah sayang kamu
|
~11.05.13~ |