Tuesday, September 8, 2015

Sufiyyah 4 tahun 2 bulan . Pencapaian

Sufiyyah dapat hadiah dari Mak Teh dia sempena hari jadinya yang ke empat.

Mak Teh belikan satu set buku bacaan.  Tapi nya.. Mak Teh beli tu terus siri yang ke 3 yang paling advance untuk level dia.  Kalau tengok kat buku tu pun, buku tu untuk 5 tahun ke atas.

Tapi sebab benda dah ada, kami pakai jelah.

Mana tahu Sufiyyah okay.  Sebab dia cepat boring benda berulang.  Jadi kesukaran tu buat dia kurang boring.  Tapi kalau malas tu main tembak2 juga.

Sekarang Sufiyyah dah boleh membaca sikit2..
 Cuma masih bergantung pada tulisan merah hitam.  Surat khabar pun dah semakin boleh dibaca.

Iqra doing good.  dah tak nak baca yang single huruf.  Nak terus baca huruf bersambung.

Hafazan ada sedikit kekurangan, sebab banyak sangat menyanyi lagu barbie, banyak surah kembali ke laut.  Nak kena betulkan balik dan recall.  Tapi ada peningkatan pada surah al-mulk, lebih banyak ayat dan hafazan ayat seribu dinar.  Ayatul kursi dah excellent.

Lughatul Arabiah..  basic anggota badan dah semakin baik. Kiraan 1-10 dalam bahasa Arab sedang menjadi mainan di bibir.

Maths..  Ummi dah mulakan dengan penambahan.  Masih lagi play around dan tak terlalu fokus. Tapi ummi rasa okay sahaja.  sebab maths ni tentang latihan.  Kena banyakkan latihan untuk pemahaman.  Kemudian cepat-cepat adapt dengan dunia sebenar.


Setakat ini Ummi berpuas hati dengan pencapaian Sufiyyah.  4 tahun 2 bulan.

Motor skill, fine motor skil alhamdulillah. Takat nak masukkan lubang straw dengan string tu mudah.  Butang baju sendiri pun dah boleh buat sendiri.  Lipat kain bagus.  Memanjat terbalik kuang semua A++
Imagination good.  Balancing good.



Harap Ummi punya sedikit kerajinan nak tunjuk teknik home-schooling Ummi di blog.  Siapa yang ada dalam friendlist FB Ummi atau follower IG Ummi pasti dah biasa tengok.  Ummi memang selalu update disitu.  Kurang di blog sebab blog kena sit down.  Tak boleh buat sambil2 sahaja. Nak update dengan ada budak kecik si Umar Mukhtar yang melasak dan Uwais yang memerlukan perhatian bukan mudah.


1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails