Friday, February 20, 2009

Malaysia ALL can........

Malam khamis lepas cik queen ke One Utama. Memandangkan bukan cuti umum mahupun hujung minggu, tempat letak kereta sangat la kosong.
Tak banyak kereta yang ada. Jadi mudahla cik queen dapatkan tempat parking. Maklumlah, One Utama tu kan sentiasa penuh dgn kereta.
Masa berjalan menuju je lif, kawan cik queen terperasan sesuatu di atas jalan. Spontan keluar dari mulut die....

"orang tu da mati ke?"

Cik Queen pun menolehla dan nampak seseorang terbujur kaku atas 'parking island'... terdetik jugak dalam hati cik Queen, orang nie hidup lagi ke da mati.
Mungkin kawan cik queen ni dapat amati dgn betul...

"eh, hidup lagi la...dia tidur..."


hehehehe...Terus Cik Queen ketawa. Apa lagi, cik queen pun kuarkan hp kesayangan cik queen ni lepas tu SNAP! SNAP!...
Kawan cik queen dah gesa cik queen. yela,mana la tau tiba2 orang tu bangun. Tiba-tiba muncul la kawan orang yang tido tu.
Muka die macam tak puas hati je..pastu dia angkat hp die and die plak snap gambar cik queen. Tapi masa tu cik queen da beredar agak jauhla...
Phew...kawan die macam bengang je...tapi cik queen rasa cik queen takdela buat salah. Cik queen ni kan warga prihatin. ambil tahu ape jadi sekeliling.
Maklumla..tidur tgh2 tu dgn pakai baju JUSCO...yapperda!...

Masa tgh jalan kat One Utama, itulah antara topik yang cik queen dan kawan cik queen borakkan...

1)MALAYSIA ALL CAN!!!!!!
::nak tidur bawah pokok ke, tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat tengah2 parking pun boleh...takde orang kacau.

2)MALAYSIAKU YANG AMAN.....
::yang ni cik queen sangat2 bersyukur sebab negara kita aman damai. walaupun kes jenayah meningkat sekarang, tapi kita masih boleh keluar pergi shopping, lepak kedai mamak, hang out dgn kawan2 dgn family....
kalau la orang yang kat Palestin tu..mereka hidup dalam ketakutan, sangat takut. Bedilan roket dan peluru bersimpang siur mencari mangsa. dimana2 terdapat kesan kemusnahan, kehancuran.. Hati cik queen selalu je rasa sayu dan sendu.. Apakah ini nasib saudara seagama ku? Tuhan sahaja yang tahu betapa hati cik queen ni merintih sayu dan hiba melihat anak2 kecil yang tidak berdosa meratap hiba disisi ibunya. Melihat mayat bergelimpangan bagaikan boneka. Tiadakah langsung perikemanusiaan dalam diri setiap askar Zionis tu atau mungkin Allah telah mencabut nikmat berperikemanusiaan itu dari mereka.. Agar kita dapat melihat segala kehitaman dan kezaliman dalam hati mereka yang hidup berdetak dgn setiap titik darah rakyat Palestin. Semoga setiap dari mereka tiada yang terlepas dari menjadi golongan para Syuhada....

ALLAHUAKBAR!!!!

3)TAK KERJA KE?
::hehehehe...masa tu belum habis waktu kerja...che abang yang tidur nie tak kerja ke?...::



tapi ape2 pun...MALAYSIA ALL CAN!!!!!!!

1 comment:

fazemy said...

Haahahaha..lawak giler entry nih. Apakejadahnya org tu tido kat situ? Klw ye un mengukar toksahla tido tgh2 jln. Gilo hape. Papun mmg lawak giler ok.

Related Posts with Thumbnails