Remaja cabul sepupu 4 tahun ditahan
Harian Metro - 24 Februari 2009 SelasaKUALA TERENGGANU: Polis kelmarin menahan seorang remaja berusia 20 tahun yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selepas disyaki mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia empat tahun.
Remaja berasal dari Kelantan itu dikatakan ke bandar Dungun dan menumpang di rumah ibu saudaranya di Kampung Gong Pasir, untuk mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan bulan depan.
Bagaimanapun, selepas dua minggu tinggal bersama wanita yang memiliki dua anak berusia dua dan empat tahun itu, dia dikatakan hilang pertimbangan apabila mencabul anak sulung wanita berkenaan.
Perbuatan terkutuk remaja terbabit terhadap sepupunya berusia empat tahun itu terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu mengalami kesakitan ketika membuang air kecil kepada ibunya selepas setengah jam dia dicabul.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata kejadian berlaku di ruang tamu rumah mangsa ketika dia bersama suspek asyik menonton televisyen kira-kira jam 2.30 petang, Sabtu lalu.
“Tindakan mangsa yang tanpa segan silu menanggalkan seluar di hadapan suspek yang dianggapnya abang membawa padah apabila dicabul lelaki terbabit.
“Difahamkan, suspek mencabul kanak-kanak berkenaan dengan menjentik kemaluannya beberapa kali selepas mangsa dikatakan berlengah ke bilik air selepas menanggalkan seluar,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk membuat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kesan merah pada kemaluan mangsa.
Dahlan berkata, laporan kejadian itu dibuat ibu mangsa di Balai Polis Dungun, kira-kira jam 4 petang hari sama.
Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang bekerja sebagai penyelia stesen minyak di rumah mangsa kira-kira jam 4 petang keesokan harinya
1 comment:
alamak...aku pun pernah cabul adik aku la dgn melastik *&^*%( die kerana telanjang bulat di depan aku...
banyak betul yang pelik..wartawan Harian Metro nampaknya makin tak bagus. Berita yang ditulis lebih banyak provokasi dan simptom2 gossip berbanding fakta yang jelas...
ape yang membuatkan cik queen kata gitu...::
1)dengan jelas dan terang dinyatakan abang sepupu die menjentik kemaluan mangsa...jentikla, itu namanya mengajar supaya tak bogel depan orang..maybe agak kasar, tapi nak namakan sebagai mencabul tu macam tak kene...
2)lepas check kat doktor...ade kesan merah..bukan kesan dicabul seperti kemaluan terkoyak ke..
dah kene jentik..merahla...
hurm...cik queen rasala, berdasarkan pada berita yang ditulis ni....abang sepupu die nie bukan nak mencabul..tapi saje gatai tangan nak menjentik mangsa yang tak malu gi bukak seluar dengan niat mengajar. so maybe mak budak nie tak puas hati sebab suspek suke suki je pukul anak die lalu membuat laporan polis...
sedangkan pempuan besar pun,..kalau kene jentik (*^*&% nya dipanggil sebagai gangguan seksual...inikan pulak budak kecik..yela..kalau budak 4 tahun kene tenyeh dgn budak 20tahun..mestila da koyak...
hurm...
banyak yang pelik berbanding menemui kebenaran dalam berita nie...
Post a Comment