Wednesday, July 17, 2013

Resipi : Ayam Lemon (variasi utk bahagian dada ayam)

Dalam freezer ada 2 plastic dada ayam..  Mana tak nya.. tiap kali beli ayam je dada asingkan samada utk buat rencah nasi goreng ke.  rencang mee goreng ke..atau buat lauk ayam masak kunyit.. tu je den reti nak gunakan dada ayam ni..

Kalau dada ayam tu dimasuk sekali dalam lauk masak biasa mcm gulai ke.. kari ke..  confirm dada ayam tu last nya akan tercampak ke dalam tong sampah.. sayang je..


Jadi tengah duk jengah2 resipi tu terjumpa la resipi ni..simple..  dan nampak sedap..

Siapa rasa nak cuba silakan..saya tempek dulu resipinya..  Saya sendiri pikir dulu bile nak masaknya..
Sebab jemu pula makan nasi..  jadi mungkin masak mee kuah atau buat chicken cream makan dgn roti ke...  


Sumber dari sini :  http://hanamemories.blogspot.com/2010/05/lemon-chicken-resepi-ii.html

BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping dada ayam - potong kepada kepingan nipis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Tepung kastard untuk salutan akhir
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA

  • Campur semua bahan kecuali tepung kastard
  • Golek2kan ayam dalam campuran tepung2
  • panaskan minyak
  • Sebelum menggoreng golek2kan ayam atas tepung custard dan terus goreng sampai kuning keemasan
  • Ketepikan

BAHAN-BAHAN SOS
  • 1/2 biji lemon - perah untuk dapatkan jus nya. Kulit luarnya di hiris nipis sebagai hiasan (keluarkan bahagian putihnya kerana itu yang pahit)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung custard
  • Madu,gula dan garam secukupnya
  • 1 sudu besar butter
CARA-CARA
  • Cairkan butter dan masukkan semua bahan sos.
  • Didihkan sehingga warna jernih
  • Tuang atas ayam
  • Hidang panas2






Walau apa pun tuduhan mereka..  walau tindakan mereka tu menjatuhkan maruah saya sehingga tiada langsung kebaikan saya yang nampak..  Saya tahu Allah ada..  bak kata beberapa orang yang saya baca blognya.   orang yang LOSER ni akan menampakkan kejahatan orang lain utk menaikkan diri dia.  Sebab?.  Sebab dirinya seorang yang LOSER..  maka saya berserah pada Allah sahaja. (entry penuh menyusul bila saya rasa dah bersedia utk share benda ni dalam DIARI saya..  )

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

Akk plak suka dada ayam....potong kecik2 msk kicap ke kari ...nnti bleh la akk cube resepi ni.....tq nik...

Sabar nik ye....yg pnting kita tahu diri kita camne...yg pnting family nik n suami ada disisi kita...kk

Qhaifa Nur said...

tak masak kicap mesti buat sup dada ayam ni...
sedapnya ayam lemon ni..

Related Posts with Thumbnails