Friday, April 17, 2015

LHDN - perlepasan cukai tamat 30 APRIL 2015

salam buat semua.


Bagi yang belum buat e-filling untuk pengisytiharan pendapatan dan perlepasan cukai..  Silalah berbuat demikian sebelum 31 April ya..


Dulu-dulu saya ingatkan kalau tak kena bayar cukai tak perlu isytihar.  Salah ye.  Kena isytihar juga.

Senang je.  Letak je siap-siap semua amaun nya akan ada auto calculate.  Kemudian print.


Lebih-lebih lagi jika tahun sudah2 dah ada buat e-filling.  Lebih senang lagi.

Boleh refer HR masing-masing ye untuk buat.

Kalau tak isytihar nanti kena denda.  Lagi susah dikemudian hari.

Dan jangan tipu pulak ye...  Masukkan je yang betul.  resit beli buku ke..  beli laptop ke..  simpan je untuk 7 tahun.


Tapi macam saya ni tax sikit je bayar jadi insurans dan kwsp je dah dapat kawtim kan bayaran cukai saya tu.


Siapa yang belum buat boleh buat ye..
Ada yang dah dapat pun refundnya..
Saya baru je buat.. lambat sikit la dapat..


Yabang tahun sudah punya refund, dia belanja saya handphone baru.  Tahun ni takdelah kot sempit2 ni.

Maklumlah..  sekarang living cost tinggi.  Anak dah bertambah.  GST lagi.  Kemudian masa beli rumah haritu semua savings kami gone.  Now nak bangun balik tu memang merangkak la..  savings ni..  nak dapatkan 2 month gaji tu je yang susah macam apa.  Once dah ada 2 months salary dalam tu insyaAllah makin mudah.


ok..  nah.. ini linknya..

https://ez.hasil.gov.my/CI/


Siapa yang belum buat boleh buat.. kejap je  =)


Ni tahun yang terakhir la saya dapat refund.  Tahun ni tax saya dah kena waive lepas kerajaan strukturkan balik jadual cukai.  Nampak benor gaji seciput je sampai tak kena cukai..  hahhaha..  nasiblah labuu..







This weekend nak mula berjinak jual kuih di kawasan taman.  Geng dengan jiran.  Die buat nasi lemak saya buat kuih2.  Tengoklah nanti sambutan mcm mana..  Kot2 dapat tampung sikit2



1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails