Dua2 ada karakternya yang berbeza
Jika saya sedih.. atau ingin bermanja.
Sufiyyah Humairah mmg ratu manja.
Janganla sesekali tunjuk kesakitan atau kesedihan di hadapan Sufiyyah
Hati 'tuan puterinya' itu amat mudah tersentuh.
Atau nak tidur berpeluk2.. Carilah sufiyyah humairah
Atau terasa nak bergesel2. carilah sufiyyah humairah. Dia mmg ratu gesel.
Senyumnya jarang2 kerana orangnya serius.
Tapi sangat adorable.
Jika saya ingin hiburkan hati dengan aksi 'raja lawak'
Carilah umar mukhtar
sentiasa sahaja mengusik hati
tanpa dijangka
ada sahaja yang dibuat, yang menggelikan hati
Tapi cuba2 lah menangis di depan dia
Sepi ja die tengokkkkkkk..... tak ada perasaan.
Selalu dengan aksi dan lagak ngeri melampaunya
Tapi manja mengalahkan Sufiyyah. Sufiyyah lebih pandai berdikari.
Hero yang seorang ni tidak. Manja yang amat.
Tapi sangat ringan tulang
Kedua2nya suka benar kalau dipuji cantik atau handsome.
Itu persamaan yang nyata
Dan kedua2nya lasak ya ampun.
Tak padan dengan halus badannya
Yang dalam perut?
Tak tahu lagi. kita tunggu dan lihat
sudah 33w..
doktor kata air ketuban sedikit rendah bacaannya.
dan perut sangat nipis hingga saya boleh rasa setiap ruas tulangnya
Moga allah permudahkan bersalin kali ini
Masih belum boleh decide hendak bersalin dimana. =p
No comments:
Post a Comment