Thursday, March 19, 2015

Wedding mak teh

Last weekend busy di sepang

Wedding mak teh budak2 ni.

Simple celebration
Hari sabtu nikah dan sedikit kenduri kesyukuran
dan hari ahadnya mengantar orang baru ke Keramat

Dah jadi wife orang
Pandai2 lah kamu bawak diri.

Harap perangai anak-anak tu tak dibawa ke rumah baru.


Seperti biasa budak ini paling excited jika ada majlis kahwin.  Pagi-pagi lagi sudah merasmikan pelamin mak tehnya


Diikuti dengan budak masam ini yang sudah mandi tapi belum pakai baju.  Untuk elakkan baju jadi belacan sebelum waktunya. Eloklah pakaikan kemudian sahaja.

Bergambar dengan Ayah Chik dan Che Na dari Kelantan.  Bersama sebahagian sepupu mereka.  Sepupu baya-baya Sufiyyah dan Umar juga.  Yang dalam dukungan tu ahli keluarga baru..  Nik Abdullah Faqih.


 Anak-anak yang paling seronok bermain bersama.  Masa ini masih menanti rombongan lelaki dan saya pula sibuk make-up kan pengantin


Kemudian pastinya ada sesi menangis oleh puteri nan satu ni.  Dia sorang anak dara kan.  Oh ya..  Anak dara yang lagi seorang Hananiah tu belum pandai lagi mengada.  Baru 9 bulan.  Tengok sahaj Umar Mukhtar tu dah siap dalam kendongan.  Waktu untuk 'dipenjarakan' sebab asyik langgar sahaja hantaran.



Dinikahkan oleh We sendiri dengan (seperti biasa) tak tahu berapa kali akad.  Haha.  gementar di pihak yang menikahkan dengan yang nak dinikahkan.  Sama banyak amaunnya.  Yabang kata Kadi yang sama yang mengesahkan pernikahan kami juga..  =)

Nah..  sudah selamat menjadi suami isteri.


Tok Wan dengan cucu..



Group photo syok sendiri namanya ini.  Yang jelas cuma nampak yabang sado botak ni sahaja..

Gambar waktu majlis makan tak ada. Kerana kami tak panggil penanggah.  Kami adik beradik menantu ni sahaja yang jadi penanggah.  Dengan macam2 ragam dengan anak kecil nya.



Hari ahad ke rumah lelaki pula di Keramat

Pengantin baru bersama dengan flower girl dan BOYS...  sepatutnya ada Umar tapi Umar kata ayahnya belum sunat.  tak boleh dikawal.  Ini pun sekejap sahaja beratur cantik. Lepastu mereka ingat ada pertandingan lumba lari.  Berterabur berlari ke depan tinggalkan pengantin.  haha.
Tengoklah..  Anak buah je susun2 dah cukup nak buat jadi flower girl dan boy.  Baju sedondon tu Tok Wan yang beli.  Kebetulan baju sufiyyah memang ummi bawa yang sedondon.  


Sufiyyah dan mak tehnya.. kali ini mak andam lain yang makeup.  Kurang gemar.  dah teragak dah akan di ubah suai sesedap tangannya.  Kami adik beradik kan memang tak ada kelopak mata.. di letaknya apa benda entah nak bagi berkelopak.  kening setebal2nya.  Mujur dalam gambar nampak semenggah.  Tapi pengantin sendiri tak selesa dan sakit mata katanya..  Nasiblah labu..




 Gambar famili.  Lengkap kali ini.  =)  8 orang anak.  4 orang menantu.  9 orang cucu.  1 on the way.

Kali ni yabang botak sado kurangkan sedikit exposed diri.  =)
Umar seperti biasa tidak kelihatan sebab dah buat hal sendiri.



 Bergambar dengan pengantin baru


5 anak perempuan.  3 anak dara 1 bini orang.  1 mak orang.  haha..  yang depan tu memang interframe lebih dalam setiap gambar.  Princess lah katakan.



Ni 2 orang menantu lelaki cik..  Dua-dua orang minang.  Kita tengoklah orang minang yang baru ni mengada tekak sambal sahaja atau tekak boleh telan semua.  Kalau tekak sambal itu maknanya ada genglah minang tua tu..




Tengah hari itu cuaca panas sangat.  Sufiyyah pula sibuk mencari tandas.  Umar pulak dah melepas.  Dengan jalan jem sebab tutup jalan sempena Le Tour de Langkawi kan.  Last2 kami ke Masjid Kg Baru.  Solat Zohor, mandikan anak-anak.  Baru bertolak pulang.

Selesai cerita hujung minggu yang sudah..  =)



Kepada Mak Teh dan Pak Teh


Selamat Pengantin Baru
Semoga jadi isteri yang solehah, suami yang soleh
Hidup berkeluarga bukan semudah membina cinta di dalam angan.
Ianya akan sentiasa dihinggapi onak duri dan dugaan air mata
Semoga hati mu tetap bersama
Dan semoga kalian punya kesempatan merasa bagaimana menjadi seorang ibu dan bapa.
Supaya sempat merasa indahnya kita kerana masih punya ibu dan ayah.
dan kasihnya yang tidak bertepi pada anak-anak

Selamat Pengantin baru





Tuesday, March 10, 2015

Warm up...

dah lama tak blogging..
sangat lama

at first..  saya nak tutup sahaja blog ini.
Satu asbab utamanya..
sebab dulu entry banyak pula yang tayang aurat
tayang kaki
tayang lengan
(jika ada yang nampak gambar-gambar saya yang tertayang itu..mohon whatsapp 0123857747..  saya akan kenang jasamu hingga akhirat kerana menutup setiap satau aib saya)

sekarang sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat
umur sudah nak jejak 3series.
Sampai bila betul x.  tapi tiada istilah terlambat

Tapi bila melihat entry yang dulu2.

Oh..  saya rasa ianya satu kenangan.  catitan hidup yang begitu bermakna.  Mungkin kini saya kurang mencatit.  Banyak masa saya habiskan dengan anak-anak, dengan keluarga.  Malah kebanyakan 'update' juga saya war-warkan di FB dan instagram sahaja.

Mungkin juga berpatah hati dengan dunia blogging.  Mungkin juga saya sedang tercari-cari arah tuju yang baru.



Suami dan saya sekarang sedang menanti kelahiran ahli baru lagi..  haha..  ya..  lagi.  =)

Umar Mukhtar sedang melasak dengan jaya nya.  Parut dan lebam itu biasa.  Memanjat adalah hobi terbaru.  Apa sahaja yang boleh dipanjat pasti ada Umar.

Sufiyyah Humairah semakin excellent di sekolah PASTI.  Ada sahaja zikir dan doa yang meniti di bibir.  Sudah mula saya terapkan tentang 'malu', 'aurat', dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Bayi kecil dalam rahim ini jugak tidak ketinggalan.  Hari-hari 'terhantuk' dengan kakak dan abangnya.  Seorang menyondol dari dalam, seorang lagi dari luar.



Mungkin lepas ni masih ada entry.  Tapi mungkin tidak sekerap dulu.  Saya cuba..  yang terbaik pastinya insyaAllah..  =) tak berani berjanji.  kelak takut dimungkiri.  cuma blogwalking masih lagi berjalan seperti biasa.  Mungkin sudah jadi habit  =)



Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar







Related Posts with Thumbnails