Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

Wedding mak teh

Last weekend busy di sepang

Wedding mak teh budak2 ni.

Simple celebration
Hari sabtu nikah dan sedikit kenduri kesyukuran
dan hari ahadnya mengantar orang baru ke Keramat

Dah jadi wife orang
Pandai2 lah kamu bawak diri.

Harap perangai anak-anak tu tak dibawa ke rumah baru.


Seperti biasa budak ini paling excited jika ada majlis kahwin.  Pagi-pagi lagi sudah merasmikan pelamin mak tehnya


Diikuti dengan budak masam ini yang sudah mandi tapi belum pakai baju.  Untuk elakkan baju jadi belacan sebelum waktunya. Eloklah pakaikan kemudian sahaja.

Bergambar dengan Ayah Chik dan Che Na dari Kelantan.  Bersama sebahagian sepupu mereka.  Sepupu baya-baya Sufiyyah dan Umar juga.  Yang dalam dukungan tu ahli keluarga baru..  Nik Abdullah Faqih.


 Anak-anak yang paling seronok bermain bersama.  Masa ini masih menanti rombongan lelaki dan saya pula sibuk make-up kan pengantin


Kemudian pastinya ada sesi menangis oleh puteri nan satu ni.  Dia sorang anak dara kan.  Oh ya..  Anak dara yang lagi seorang Hananiah tu belum pandai lagi mengada.  Baru 9 bulan.  Tengok sahaj Umar Mukhtar tu dah siap dalam kendongan.  Waktu untuk 'dipenjarakan' sebab asyik langgar sahaja hantaran.



Dinikahkan oleh We sendiri dengan (seperti biasa) tak tahu berapa kali akad.  Haha.  gementar di pihak yang menikahkan dengan yang nak dinikahkan.  Sama banyak amaunnya.  Yabang kata Kadi yang sama yang mengesahkan pernikahan kami juga..  =)

Nah..  sudah selamat menjadi suami isteri.


Tok Wan dengan cucu..



Group photo syok sendiri namanya ini.  Yang jelas cuma nampak yabang sado botak ni sahaja..

Gambar waktu majlis makan tak ada. Kerana kami tak panggil penanggah.  Kami adik beradik menantu ni sahaja yang jadi penanggah.  Dengan macam2 ragam dengan anak kecil nya.



Hari ahad ke rumah lelaki pula di Keramat

Pengantin baru bersama dengan flower girl dan BOYS...  sepatutnya ada Umar tapi Umar kata ayahnya belum sunat.  tak boleh dikawal.  Ini pun sekejap sahaja beratur cantik. Lepastu mereka ingat ada pertandingan lumba lari.  Berterabur berlari ke depan tinggalkan pengantin.  haha.
Tengoklah..  Anak buah je susun2 dah cukup nak buat jadi flower girl dan boy.  Baju sedondon tu Tok Wan yang beli.  Kebetulan baju sufiyyah memang ummi bawa yang sedondon.  


Sufiyyah dan mak tehnya.. kali ini mak andam lain yang makeup.  Kurang gemar.  dah teragak dah akan di ubah suai sesedap tangannya.  Kami adik beradik kan memang tak ada kelopak mata.. di letaknya apa benda entah nak bagi berkelopak.  kening setebal2nya.  Mujur dalam gambar nampak semenggah.  Tapi pengantin sendiri tak selesa dan sakit mata katanya..  Nasiblah labu..




 Gambar famili.  Lengkap kali ini.  =)  8 orang anak.  4 orang menantu.  9 orang cucu.  1 on the way.

Kali ni yabang botak sado kurangkan sedikit exposed diri.  =)
Umar seperti biasa tidak kelihatan sebab dah buat hal sendiri.



 Bergambar dengan pengantin baru


5 anak perempuan.  3 anak dara 1 bini orang.  1 mak orang.  haha..  yang depan tu memang interframe lebih dalam setiap gambar.  Princess lah katakan.



Ni 2 orang menantu lelaki cik..  Dua-dua orang minang.  Kita tengoklah orang minang yang baru ni mengada tekak sambal sahaja atau tekak boleh telan semua.  Kalau tekak sambal itu maknanya ada genglah minang tua tu..




Tengah hari itu cuaca panas sangat.  Sufiyyah pula sibuk mencari tandas.  Umar pulak dah melepas.  Dengan jalan jem sebab tutup jalan sempena Le Tour de Langkawi kan.  Last2 kami ke Masjid Kg Baru.  Solat Zohor, mandikan anak-anak.  Baru bertolak pulang.

Selesai cerita hujung minggu yang sudah..  =)



Kepada Mak Teh dan Pak Teh


Selamat Pengantin Baru
Semoga jadi isteri yang solehah, suami yang soleh
Hidup berkeluarga bukan semudah membina cinta di dalam angan.
Ianya akan sentiasa dihinggapi onak duri dan dugaan air mata
Semoga hati mu tetap bersama
Dan semoga kalian punya kesempatan merasa bagaimana menjadi seorang ibu dan bapa.
Supaya sempat merasa indahnya kita kerana masih punya ibu dan ayah.
dan kasihnya yang tidak bertepi pada anak-anak

Selamat Pengantin baru





Friday, June 13, 2014

Kenduri

Last sunday punya kenduri
Ada 3.  tapi ambil gambar dua je
yang ketiga anak pun dah cranky.


Dulu rasa tak sempat je nak attend sampai 2 3 wedding
Rasa tak percaya berjaya attend 3 wedding
alhamdulillah. jarak pun dekat2


First.. ke kenduri kawan sekolah yabang yang lama


Ni style orang Bouyan, indonesia.  siap ada marhaban dan qasidah ke ape nama ntah.  sufiyyah eksaited


Buat pun dikawasan rumah FIL.  jadi tak boleh tak pegi.
Cuaca adalah panas.
Sekejap je sufiyyah pakai tudung
dah bukak balik



Ni second wedding, di SKDU Hall..
Ni excustomer
masa dia tunang saya buat pelamin dan hantarannya
Masa kahwinnya dia ambil dengan orang lain
Dengar ceritanya wedding planner lari
Die pun cakap menyesal tak ambil dengan saya
Tapi saya kata..  dah rezeki dia macam tu

Orang tu quote mmg murah la..  15k include all
saya mmg akui saya punya mahal.
tapi yelah.. saya tak nak la suggest pakej, tapi ada vendors yang lari
saya jugak yang nak menjawab.
Jadi biarlah mahal.  nak ambik.  tak nak tak paksa..
saya paham

kesian dia..
harap jangan lah ada vendor yang lari2 macam gini ya
kesian customer
die bayar tau
kalau ras atak boleh provide permintaan cutomer withing price range tu
cakap je tak boleh
jangan aniaya orang



saya ingat lagi kata2 Prof Muhaya
Biar hak kita pada orang, jangan hak orang pada kita

Tak patut sangat


Ok..  settle yang ni
kami ke Taman Kosas Ampang
Kenduri sepupu yabang kahwin kan anak dia

Yabang cucu pun ada dia ni
orang dulu2 kan kawin muda
FIL plak anak bongsu
Memang merasa la ada cucu..haha


Tapi yang ni takde gambar
sebab berkejar nak solat lagi
dan anak2 pun dah cranky nak tidur.
Penat dan panas

Kami singgah di masjid taman kosas tu utk solat zohor dan asar serta mandikan budak2

Tapi anak sedara yabang tu kawen cantik bajunya
biru turqoise mcm masa kami kawin duulu songket tabur
hampir sama
cuma pengantin perempuannya pakai cucuk sanggul
saya tak dapek la kan
mmg cantik
suka sangat tengok  =P



Sekian entry kawen mawen



Friday, December 21, 2012

Sekarang lengkap kuota masing2

Masa tarikh cantik 12.12.12 yg lepas..
Zahid melangsungkan pernikahannya dengan gadis pilihannya Lyn..

Yabang siap ambil cuti.. ya..  bersambung terus dengan cuti hornymoon kami  =p


Dari PD terus gerak ke Seremban.

Yabang kata nak meraikan hari bersejarah sahabat baiknya...
Walaupun dia tak bersama2 kami waktu hari bersejarah kami kerana ................
tapi siapalah saya nak berkata2.
Cuma ikutkan sahaja..
Bagi saya yang dah lepas tu biarlah berlalu
Jangan diungkit
Saya cuma seorang isteri
Yang pastinya berbahagia dengan apa yang suami saya bahagia.
Menggembirakan hati suami saya..itu yang utama.


Dulu inilah geng melepak bersama..
Sampai pukul 3 4 pagi
Sampailah peristiwa itu.
Kini ianya bertaut kembali
walaupun tak sama
mcm yg dulu
tapi ianya dah cukup bermakna buat yabang


eh..  dah mengarut dah ni.. tak mboh feeling2..
=p


jom layan gambar sekitar pernikahan mereka
(oh ya..zahid ni professional photographer..well known photographer..)
jadi saya disana cuma merakam kan gambar kami mak2 jemah ni je la  =p


upon arriving
snap by lil sufiyyah
budak tak takut berlari2 dengan stokin..  ummi yg risau...
hantaran from her to him
from him to her
ayah bai yang suke cium budak.. sufiyyah dah tau sangat dah tu yg muke gitu  =p
mak jemah

the peranten
sufiyyah ber cam whore
geram dengan ayah.  sampai begitu sekali mukenya
second after us
third after us
akhirnya smeua pun dah berkahwin..yeay!
hari dah malam..  masing2 pun berlemoih..termasuk la sufiyyah.. peranten je menten..  


Selesai makan semua..teman pengantin outdoor jap..
lepas tu bertolak pulang..

tamat  =p


(apesal rasa penamat ni mcm tergantung je..belasahla..haha)






Friday, July 23, 2010

Wedding Theme / Tema Majlis Perkahwinan

Semua orang pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang best...yang indah..memorable..

Dan setiap orang pun ada definisi tersendiri utk mencipta majlis perkahwinan yang memorable ni kan..

Ada yang suka tradisional style..macam ni
(credit to : HERE)


Ada yang suka english style
(pic credit to : HERE)
Yang ni, Quiny Bridal tengah cari sesiapa yang nak style open concept wedding garden at Horses Club..harga dijamin murah berbanding horse club lain...sambil buat majlissambil beramal pada anak yatim..
Do contact Quiny Bridal for more info
Cess..sempat je promote..ngeee


Ada yang suka tropical
(pic credit to : HERE)

ada yang suka simple plain...
(pic credit to : HERE)


Tapi tu semua dah biasa...

Ha..ini idea untuk sape yang suke kelainan.. sila baca KELAINAN dalam majlis perkahwinan mereka...CONFIRM MEMORABLE sampai mati....  CONFIRM...ahahahhaaha

(all picture and content below : credit to : http://www.uphaa.com/blog/index.php/wedding-themes/)


Superhero Style






Pimp Style


Boba Fett Style


Star Trek Style


Shrek Style



Katamari Damacy Style


Samurai Style


Military Style











Clown Style



Gothic Style



Star Wars Style



Playboy Style




Ahahah..yang SHREK tu macam best nak try..ahahahha....ok2..selamat mencuba....




pssssttttttttttt saya tak bertanggung jawab k kalau ada yang pilih style2 di atas...ahahha...mek tak tanggung....wakakakkakakka

Friday, June 25, 2010

Akhirnya Azam dah kawen...habes la peluang aku...

Ha....ini entry sebelum dia basi..kita kasik upload pic...mana yang ada my Facebook..boleh tgk ..dah lama upload...mana yang tak ada...ini nak bagi gambar kasik tengok..


Actually firts time jumpa Azam..my first impression...Wow..handsome...dgn body muscle2..bukan berkatak2 ye...ni muscle..sedap2 je...smart....Pergh...seb baik Yabang kat sebelah..kalau tak ku sapu jua...agagagga...
Dia memang layan Gym...sekarang Yabang layan gym dengan dia la....  Badan die memang santek...Seyes tak bohong...  Yabang..sila dapatkan potongan begini...takpe..sebulan saya cuti memasak...agaggagaga...

Dia ni dah agak ada usia sikitla... i think umur dia around 30 ++...tak sure berapa banyak plus..  Tapi ala..lelaki..ape ade hal..  Rupa ada...Duit ada..jawatan ada....kan..anytime boleh pilih ma....Architect tu...ha...dont play2 ha....

Kitorang tak pernah hang out dgn wife dia...Kerja...so masa dia kawen harituh is the first time...Santek..  Nampak ayu je..dengar nya Nurse..heee...


Layan pic jela..tetiba dah malas nak cerita...


~abang jamil...teka berapa umur dia..agagagga~

~hadiah seyes berat..tak larat angkat sorang2~

~ketibaan perantin~


~lambaian raja sehari~


~edited pic ..muka azam berseri2~

~edited pic ..muka azam berseri2~


~tak tau apesal azam senget gini?ahahaha~



~edited pic...I LOVE THIS PIC....sweet sangat...nak carikla den punya...~


~ahaha..abang JAAAMIIILL>....teka beb berapa umur dia?.~





























Pestu kitorang singgah Janda Baik.. D Ark....  Nampak gayanya..next trip Kitas maybe di sinilah...sukak...sukak










Ok...motif entry ni tempek gambar banyak2?...sebab dekat KITAS facebook dah kene block..so kene transfer dari facebook album ke blog..agagaga..ha...dah view tu..sila bayar sorang 50 sen ye....bagi dzul belikan saya durian balik nanti..mekasih...wakakakkakakkakakaka
Related Posts with Thumbnails