Showing posts with label aidilfitri 2013. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2013. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

3 syawal - 2013

Sambung entry raya..  hahaha
lama gile nak habis neh..



3 syawal
Majlis sebelah lelaki pula

Pelamin2 takde
Mmg buat simple je
Ate.. sambut menantu je pun
Pastu kitorangkan musafir gitu
Jadi malas susahkan abang nak kena berpelamin2 bagai


Malam sebelum tu pulak sambung lagi mengemas2
dan tunggu orang pasang khemah
Sampai pukul 2 pagi pun tak settle2
Tak taulah ini pesen ke apa.. buat kerja mmg lambat..
Kalau kat KL nielah kan
dalam masa sejam dua..  settle siap scallop pe bagai




Esoknya dah bangun pagi2
Sapu rumah
makan
susun meja segala

Pastu saya masuk dapur masak lauk pengantinnya

Ayam roasted
Udang panjat
Siakap sweet sour


udang panjat yang patah kepala semua.. hahaha..

chicken roasted..  kononnya..  tengah roastedkan tetiba oven buat hal..  last2 masuk je dalam kuali goreng..  hehe

Siakap sweet sour..  licin...tinggal kepala dengan tulang besar je


Selalu2 kan lauk pengantin tak habis kannn
Kali ni
LICIN..
tak tau lah makan cane depa2 ni..
memang LICIN betul
satu pun tak tinggal

Sedap lah kot saya masak..hahhahha

yang kesiannya adik beradik la..
tak dan merasa
kena masak lagi lah ni

Tuan rumah..  doktor bahagian ortopedik di Hospital Kota Bharu..  kalau kitorang ni tengok die mmg tak caya die ni doktor..  takde tokoh langsung..  sbb tu kalau mintak khidmat nasihat die saya mmg susah sikit nak percaya..hahhahahha  =P

Kasut princess la kononnya..  tapi stokin hitam sebab melasak sangat

Orang paling sibuk nih

Cara posing terbaru

Orang dapur baru keluar dapur..  masih bertshirt tak dan nak tukar baju

Nampak calar dekat mata tu?..  tu tak taulah bile digarunya.. tau2 dah luka..

Lentok kalah org makan leher ayam

Chef bertugas baru nak makan..  

Cara orang Kelantan, masa sambut menantu, keluarga perempuan akan bawa 'buah tangan'..  kami bersedia satu je buah tangan nya, rupanya ada 5..jenuh pikir dengan pantas nak ganti apa

Muke kekenyangan.  Jangan tak tahu.. baju ni mintak nyawa..  gila sempit dah..  sikit lagi mmg teretas la jawabnya

Sekian cerita raya kami..  =P






Malam tu rehat



Esok nya dah nak balik damansara

Sebelum balik sempat meround dekat Rantau Panjang
Pastu bertolak pulang ke Damansara =)
13jam.
sebab asyik berenti2 tidur
=P



Itu jela cerita raya
tahun ni paling takberjalan ke mana2

tapi penatnya mcm berjalan satu malaysia

Wednesday, August 21, 2013

WW : Bergaya bagaikan princess dan Barbie katanya

Pakai baju ni dan2 je ajak ummi menari mcm princess..  siap suruh pegang baju

Baju ni ala2 barbie, tapi buat sufiyyah nampak lebih kemetot..


Posing gambar pertama tak payah disuruh bagaimana..  sendiri posing dgn kepala menyenget tu

Monday, August 19, 2013

2 syawal - 2013

Raya ke dua

Pagi2 dah bersiap2
sebab pukul 11am adik saya menikah

Sebelum bertolak sempat amik gambar..  Stunning betul beg stripes saya tu..  Banyak lagi colour available
Perasan tak baju saya sama mcm raya pertama?.. hoho.  kesnya..  saya ada bawa baju lain yang matching dgn ayah dan sufiyyah.  Sekali masa sarung di tempat kejadian..sempit..  pinggang tak boleh kancing.. Baju adalah baju kurung moden tempah masa early preggy..  Inilah die mak buyong tak sedor diri..  haha

Jadi masa dah siap2 tu abang2 saya dengan yabang sekali tegur lah..  katanya nampak ketat betul.  Nasib baik baju semalam tu saya hang dry.  Sebab malas nak gosokjubah lain.. makanya saya sauk jela pakai yang tu..  Lagipun pagi raya tu pakai sekejap sangat je..  hehehe  =p






feeling2 peranten baru..  

pastu tetiba ada budak kecik ni









Settle nikah
balik..  makan nasik
Tunggu orang lelaki balik dari semayang jumaat

pukul 2.30 gerak untuk majlis makannya pula

Baju pun sauk je baju tadi..  malas nak basuh 2 3 baju..

Gambar pengantin takde sangat pun.
Sibuk dengan gambar kami2 je =P







cubaan meloloskan diri 1

cubaan lagi ke 2

ini yang die nak sebenarnya..  nak camwhore sendiri ala2 pwincess

Siap pejam2 mata feeling nya






dengan adik beradik perempuan dan ipar..  we r not prefect.. but atleast we support each other








Balik tu rehat jap..  Petang tu dah get ready utk kenduri besoknya sebelah lelaki pulak


Friday, August 16, 2013

1 Syawal hanya gambar ini sahaja

Kami sampai sedang2 elok nak berbuka.

Lepas berbuka masing2 dah bedal rendang, lemang bagai..
punyelah tak menyabar masing2..
Saya buat pulut kuning 2 pot..  licin malam itu juga

Akibatnya..  balik damansara sambung masak lagi 3 pot..  pastu makan 2 orang
pastu asyik komplen ngantuk la hape..  haha




Esoknya tu di pagi raya
kejutkan Sufiyyah se awal 7pagi (menyebabkan die cranky sepanjang pagi tu)
bersiap2..yabang sempat makan ambil sunat makan pagi aidilfitri.  Saya sempat jamah sate je satu cucuk.  pukul 8.15 ke masjid berdekatan untuk solat sunat aidilfitri.

Masjid PENUH gila.
Nampak sangat anak rantau semua pulang beraya.
Tapi kami dapatla solat dalam hall. Ate datang awal kan..
Bersempit2

Sufiyyah pula maybe panik sbb ramai sangat orang.
Jadi dia dah nangis tak nak solat
Siap suruh Ummi bukak telekung semua ..  ajak keluar.

Nasib baik ada che cik nya..  puntak nak solat juga.
Maybe dah rasa kurang selesa sebab ramai sangat orang + takde ruang dah..
Jadi che ciknya bawa sufiyyah jalan di luar.
Sempatlah saya solat sunat Aidilfitri.
Sempat juga dengar khutbah raya sekejap sebelum dengar tangisan sufiyyah cari umminya..
Ummi pula semangat tahun ni nak juga solat raya.
Ini pengalaman pertama solat raya dengan mengandung bagai..  hohohoho..


Tunggu ayah keluar dari masjid
Kemudian terus ke rumah mak SIL saya yang cuma few meter dari masjid tu.
Di jamu nasi dagang dan roti jala
Menambah2 masing2 tak moh bangun dari kerusi.

Balik rumah sambung bergambar dan makan lagi
Lepas tu masing2 terdampar kepenatan.
Terus sampai petang


Sempatlah ambil gambar dgn family..  tak berapa lengkap.

Sebab abang saya yang no.2 tu dapat call dari hospital cakap ada emergency case tunggu dia untuk operation..  accident katanya (bancik adlaah doktor bahagian ortopedik di hospital kota bharu)


Tahun ni gambar masih kurang semenggah
Kalau tahun lepas sufiyyah baru dapat skil melasak

Tahun ni sibuk dgn ipod.
Besok keluar adiknya
Tak taulah apa gaya gambar family yg ado..

Gambar formal pagi raya

tengok sufiyyah dgn ipodnya..  sigh

makhencik2 dan anak2 jagaan.  faruqi takde dalam gambar sbb tgh memerap dgn ibunya




dengan sportcar rebutan ramai.  inilah yang direbutkan 2 hari pertama kat sini

cubaan buat peace masih belum menjadi




Tapi xpe..  sebab setiap gambar pun ada cerita tersendiri.
Nanti bila buh gambar raya tu kat frigde..  nampak la flow nya..
kenangan  =)











Petang tu tak kemana pun..
Sibuk membungkus doorgift utk majlis hari lusanya.


Pakai baju raya pun rasa sekejaaaap sangat
alahai
tak puas pula..


Gambar2 ni je yang ada dalam kamera saya..
yang lain2 banyak dalam kemara adik2 jela..
tak larat dah mak buyung dgn ayah nak angkut perut lagi (ayah pun ada perut juga..hikhik)
nak melantak lagi
nak handle sufiyyah lagi
makin lama makin redho je dengan kuantiti gambar lening



Sambung cerita 2 syawal di entry lain

Related Posts with Thumbnails