Showing posts with label akikah. Show all posts
Showing posts with label akikah. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Majlis Aqiqah Umar Mukhtar

Alhamdulillah.

dah selesai majlis aqiqah Umar Mukhtar

Majlis berlangsung meriah pada 31January 2014 bermula jam 3pm.
Masa tu Umar genap 4bulan 6 hari.

Ummi terus buat sekaligus 2 ekor kambing.  Tak moh pikir banyak2
Walaupun duit sesak sana sini. Tapi Alhamdulillah
berjaya juga buat. =)
yang penting niat dan usaha serta tawakal
alhamdulillah ada buat simpanan sikit2 masa umar dari dalam perut lagi.  sama mcm kakak sufiyyah dulu.

tak ada marhaban ke..  cukur jambul ke..  Bidaah
cukupla masa kakak sufiyyah dulu
dah mcm2 version
this time we stick to ours.
no bidaah things
aqiqah sahaja
dats all
umar pun dah selamat di tahnikkan.  di beri nama dandicukur kepalanya pada hari ke-7.
jadi done.  =)

insyaAllah anak no.3 kita cuba lagi yang terbaik.  maybe boleh buat akikah terus on the seventh day  =)



Majlis bermula awal.  Sekitar jam 2.30 petang dah mula
dengan bacaan yassin dan sedikit tahlil diketuai oleh tok ayah
Sedikit bacaan doa moga Umar Mukhtar jadi pewaris yang soleh

just before the event start =)

rumbling baca yassin juga =)
orang kuat neh.  datang earlier just to help me out

pengantin of the day 

cute face..  fall in love..  muaacckkss... 

tok ayah sedang baca doa.  moga jadi anak soleh

cak!



Bermula jam 3, tetamu tak putus hadir
Semua datang serentak, pukul 4.30 pm beransur pulang
by the time maghrib dah selesai semua
Alhamdulillah  =)



Makanan licin. Tinggal sikit je utk tapau pada closed friends and relatives.

Sebahagian makanan ummi order je
the rest made with LOVE..  hehe
tak sangka sempat pula

1setengah ekor kambing selamat di grill kan

lagi setengah ekor kambing ummi buat kari (kari sampai sangat lambat.  Almost 5pm baru sampai.  huhu. katanya tok imam meninggal.  since maaf pun dah diterima, let the case closed lah kan  =p)

roti jala (tempah dgn cousin je)

kemudian ummi goreng mee

bubur kacang dan durian

chocolate cake
cheesekut
donut ball
Pizza (order from roti ABS)

fruits dan sweets.

food adalah simple je sebab ummi pun buat minum petang je.  so lebih kuih2.  dan makanan ringan2.

antara gambar food  =)


the dessert table.  3x replenish.  cakes dan sweets je tak..  haha..  

chocolate cake.  ni all time favourite.  dan masa majlis licin betul.  tuan rumah pun merasa kerak2 ja..haha.  will bake soon.



tiga serangkai atas ni adalah makanan utama sufiyyah haritu.  pengsan tengokkan kadar gula yg diambil.  mula2 larang.  lama2 ummi kena sound dengan tok wan..  kalau tak nak bagi makan jgn hidang..  daaang..  satu kali tepet..  huhu.
chocolate adalah home made by my sis yang study poli seberang perai tu




cubaan nak ambil gambar famili dekat pelamin tak menjadi
anak dah dua
sorang pandang kamera sorang lagi buat muka
so redho jerla.
haha


jadi bagi tengok gambar pelamin jela..  still dalam usaha collect gambar masa majlis dari tetamu yang hadir.  hope pic turn great la..  haha

tok wan dan tok ayah with sebahagian cucu dan anak2.  this is the most proper one in my camera.  yang lain agak chaos..  haha..

before the majlis start..  itupun 3 huruf dah tumbang

4 huruf ni nak gantung asalnya.  but i have no time.  plus tak sempat nak cuci gambar umar utk display here.  so this is the plan B.. hoho  UMAR

from the other view.  i guess Quiny Bridal still keeps the skill for future event  =)

Last but not least...

pic by azie lensa..  cantik..  pandai betul azie ambil gambar.  =)




Titipan kasih buat sayangku Umar Mukhtar


Duhai Anak,
Telah ayah dan ummi 'tebus' kamu
berganti 2 ekor kambing
dengan Allah yang Maha Esa
Moga di akhirat kelak
Kamulah duhai anak
yang mampu memimpin kami bersama
ke syurga nan abadi

Duhai Anak,
dari dirimu mengalir segala kebaikan
dengan tebusan ini
moga kebaikan itu dapat menaungi kami
Peminjam harta dunia dari Allah SWT.
Seperti yang dijanjikan Allah
Bekalan yang dibawa selepas terputusnya hubungan dengan Duniawi
Doa anak yang soleh

Duhai Anak,
Semoga kamu menjadi anak yang soleh
Yang sihat tubuh badan
Cerdas akal fikiran
Baik budi pekerti
Indah paras rupamu

Ayah, Ummi dan kakak Sufiyyah
bergembira menyambut kehadiran mu
duhai anakku Umar Mukhtar
Pejuang Islam yang TerPilih.



terima kasih buat semua yang hadir =)


harap tak serik datang lagi  =)


Friday, January 3, 2014

Permasalahan agama : Akikah

Kami memang menabung untuk buat akikah anak sejak dari dia dalam kandungan.

Baik Sufiyyah mahupun Umar

Cumanya
masa sufiyyah seekor sahajalah.
Kemudian dapat pula kambing agak murah dan upah masak percuma..


Masa Umar dah segan dah nak dapat percuma lagi
Segan nak terhutang budi
Pulak tu Umar dua ekor ni..

Ada masalah lari budget disitu

Maklumlah.
baru pindah
banyak pakai duit
Dengan ekonomi yang sangat tak stabil sekarang


Tapi masih cuba nak dapatkan pahala sunat akikah dan afdalnya.
Lagipun tidak adil bagi Umar..
Banyak sangat lebih kurangnya sejak dari dalam perut



Sekarang tengah berkira2 nak buat seekor di malaysia dan seekor di kemboja
Cuma belum confirm.  Tengok pada hasil perbincangan dan kewangan.


dan waktu saya utarakan niat saya tu pada cik..  cik utarakan soalan..
dan setelah buat simple searching kat pokcik google
jumpe jawapan ni



Saya ada beberapa kemusykilan tentang aqiqah.Amalan aqiqah yang dituntut oleh Islam adalah 2 ekor utk anak lelaki. Utk mendapat sepenuhnya fadhilat amalan ini, soalan saya:
1. Adakah ini bermakna 2 ekor sekaligus perlu dilakukan2. Bolehkah dibuat berasingan satu persatu3. Jika telah dibuat seekor, perlukah diaqiqahkan seekor lagi atau memadai
Jawapan
1. Tidak perlu 2 ekor sekali gus 2. Boleh dibuat berasingan3. Memadai saekor tetapi jika mampu tidak salah juga dilakukan.





Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau boleh nak buat yang terbaik lah kan
Tapi tengok pada kewangan.

Sekarang kambing kalau dah siap masak sekarang paling kurang RM1k.
Kalau kambing grill tu RM 1300..  Kalau dua ekor bengkok jugaklah.


Atau sesiapa ada contact buat kambing aqiqah sekitar sungai buloh yang harga reasonable?



Related Posts with Thumbnails