Showing posts with label beli untuk masa depan. Show all posts
Showing posts with label beli untuk masa depan. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Peralatan candy buffet

Ada yang bertanya, mana lah saya dapatkan bekas2 yang unik utk candy buffet..
jawapnya..  saya mmg suka beli dan simpan.. hahah..  kalau jumpe yang pelik2 nanti saya beli..
senang nak buat makan2..

since ada yang bertanya nak sewa. kebetulan saya baru lagi beli cereal dispenser ni..
jadi nak sewa kan kot2 la ada yang nak DIY candy buffet sendiri kan..

maklumla..  banyak jimat kalau DIY....




DISPENSER 
Harga sewa : RM 15/unit
Unit available : 2 units


cereal dispenser ni boleh lah nka buh keropok bantal ke..  kerepek ke..  senang kan.. xdelah orang kaup2 je.  and tak terdedah..  kids pun suka kan.. =)


Balang berkaki serong
 Harga sewa : RM5/unit
Unit available : 4 units


so sesiapa yang berminat..  boleh contact me
nikhakimah@yahoo.com
0123857747

Friday, April 4, 2014

Album Collection

I Love picture.
I Love it soo much.
Saya lebih rela keluarkan duit sikit janji dapat kualiti gambar yang baik
Moment2 tu kebanyakannya dapat la dicapture dengan lebih baik.
Tapi tak la sampai membazir.
Sebab kenangan tu bukan pada duit yang dikeluarkan
Tapi pada moment itu sendiri



Haritu marathon buatkan album orang

So lepas tu marathon album sendiri pula
Alhamdulillah.. Dah selesai sebahagian.


Dan dah sampai pun
more coming soonnnnn









dan yang ni..   baru berkesempatan redeem album free from photobook.my haritu..  ada lagi 3 album to go..1 tengah delivery..  
dan free from pixajoy juga menanti...








Saturday, March 22, 2014

MONOPOD

Sekarang saya tengok monopod ni jaditrend dah..
Semua bermonopod..

Sebab mmg good gadget.  Membantu sangat2 la..  during travel especially.. tak payah susah2 mintak orang ambikkan gambar..



Tapi..saya tak la terkejut sangat dgn monopod ni.
Sbb kalau mcm yabang.. dia ada tripod..  dan monopod.  Dah lama dah la monopod ni bagi pengguna DSLR.

Cuma tak la se 'convenient' mcm monopod yang tgh trend ni.. ringan..  sesuai utk phone camera..  atau maybe compact camera...

Satunya sebab lebih bulky. besar..
Sesuai lah dengan benda yang nak ditampungnya yang sampai berkilo tu..  belum lagi masuk battery extension, lens dan bermacam aksesori.

Kalau pakai monopod tu hold dslr untukl ber'selfie'..  mmg boleh patah bahu saya rasa...   hahaha ..  not sure la model lain.  tapi for d90 tu..  boleh tahan la berat.

Jadi mmg the best is tripod.  Buat masa ni last travel dengan tripod gabak tu adalah just before sufiyyah lahir..  ke Kuching.

Lepas tu..  sekian...  kamera sahaja sudah cukup berat nak bawa..
Nak bersilat dengan anak2 lagi..
Tu yang less picture..


Jadi lepas ni nak pertimbangkan la beli monopod.  or any 'stick' yang boleh hold my Compact camera....


any suggestion?



Monday, December 30, 2013

SSC : apa itu? and big bad wolf story

SSC = stand for Soft Structure Carrier.


Ingat lagi dulu,
masa pregnant kan sufiyyah.

Saya lah orang yang tak minat pada stroller
Selain harganya yang MAHAL
BULKY dan tak 'dekat' dengan anak antara faktornya
Dapat pula pinjam kakak ipar punya
Langsung tak beli

Masa tu lagi saya dah search
pasal SSC...  Tapi masa tu tak tau lah pulak ada term ini..
Haha..

Masa tu famous Ring Sling dan juga baby bag,..
Pastu ada juga wrap


Tapi lepas timbang kati..  saya pun tak jadi amik wrap lalu beli Sling

Masa tu takut2 juga nak pakaikan Sufiyyah. Lepas tengok tutorial..  dan jugak youtube..
dan alot of reviews..  saya beli dan pakaikan.
Beli pula yang murah je..  from manjakuhappy..
di saat orang pakat beli yang ada brand dan harga ratus2..
saya beli masa tu rm88 je..


Tapi pandai cradle position je..
Sufiyyah mmg suka duk dalam tu..


Memang senang la pakai RS (ring sling ni)

Cuma con nya..
Yabang tak moh pakai..
sebab sling tu kecik..
die kan besar
kain tu tak cukup panjang
Kalau saya beli yang panjang kang nak kena lilit2 pula dekat ring..  buat knot dan sebagainya
Jadi yabang pun pakai la sweet cherry punye je
Itu pun kak ipar yang bagi..


Saya mmg tak berkenan dengan carrier sweet cherry
Sebab kaki anak mcm terjuntai
Tapi mas atu tak banyak pilihan mcm 2 3 menjak ni
semua pun narrow base


Sampai la sufiyyah besar
dan jarang2 kami masih lagi carry dengan carrier tu
most of the time sufiyyah tak suka duk dalam carrier
die lebih prefer berlari.  Budak baru dapat kaki kann


Lepas tu bermulalah fenomena lah carrier yang wide base
dengan bermacam kaler
jenis
harga
sampai saya dah tak tau nak pilih yang mana
lalu saya lupekan je
Sebab tak perlu


Tapiii..  yabang dan saya masih lagi tak sukakan stroller.
Kami cuma ada buggy (senang lipat dan bawa)
itupun malas nak bawa
kami lebih suka carry je sufiyyah
Tapi dukung biasa jela


Adik pun kuar
Alhamdulillah..
Saya masih gunakan Ring Sling masa sufiyyah dulu
kali ni explore dgn position carry yang lain
tummy to tummy pulak


Dan saya pun belajar la sikit2 pe beza lah SSC yang ada dalam market..

Tapi mcm biasalah
ada yang mahal ada yang murah
sampai 5 6 ratus pun ada


Tak lah gamak saya beli
Benda sampai mcm tu harga
Bukan kemampuan


Kemudian nak jadi rezeki
Some one share one brand
Patapum
Murah dan mampu milik serta selamat untuk anak (ada promosi of course. =p)


Saya pun dah pun selamat beli walaupun tengah sempit
Sebab nak kejarkan promo price


Kalau dah minat carrier..
Citer la gajah rimau pun
Saya dan suami tetap penggemar carrier


Dah selamat guna 2 3 kali dah
memang seronok
CUma sufiyyah tinggi.  kaki panjang.
Jadi tak cover knee to knee
Slow2 lah kita diy ssc nya nanti

Dan umar dah fit toddler ssc yang beli utk sufiyyah tu..
Sufiyyah pula datang anginnya nak masuk dalam sling
gendong lah kami anak beranak

=p


hip carry sufiyyah.  ke tesco dengan adik je while yabang pergi sambung cuci rumah.  umar on ssc sampai terberak2 dalam tu punyelah selesa..  memerut pun sedap je..  and kakak on ring sling (lepas ada orang usik2 die dan die takut)..  we r so happy sbb dapat free both hands  =)



Dan walaupun tengah sempit..  disebabkan sufiyyah punye stok buku dah selamat semua habis dah dibaca.  Buku eight silly monkey pun dah hafal dah sufiyyah.....  Last kami ke big bad wolf 2 tahun lepas rasanya.  That time sufiyyah baru nak kenal buku.. eh..  ke tahun lepas..

Tahun ni gatal nak pergi lagi.  Lepas yabang pulang dari wiring rumah. ( masa ni belum pindah)
Siap2..  pukul 12am gerak.  Lebih kurang 12.30 mcm tu la sampai..
anak2 of course dah tido.
Jadi kami pilih buku at first round dengan aman



di big bad wolf, mines @ 1am okeh..  haha.  sufiyyah tido.  yabang back carry je.  

Sume dah bangun sbb time menyusu masing2.  terjaga tengok cerah dan baaaanyak buku.  mana nak tido balik kan..  =p


Grab semua buku sufiyyah je.  Sen kan takde. itupun habis rm100+
Walaupun hati tu meronta2 nak beli buku utk diri sendiri

Tahun ni buku architecture banyaaak sangat..  huhuhu
Buku budak takde yang murah sangat
semua range rm6-rm12 yang kami beli

Sufiyyah sukela
Buku2 baru semua
Duk la kelek buku the red slippers. tak nak lepas
Dan kat rumah sekarang asyik dengan buku chuggington song nya

Harap budaya membaca ni berterusan dan melekat pula dekat adik.
Nak ajar mengeja sikit punya azab.
Kena luang lebih banyak masa lagi ni.
Nak masuk 3 tahun belum boleh eja walaupun 2 suku kata


Orang lain dah naik ke bulan. Takkan la kite nak duk kat atas angin lagi kan..



Wednesday, November 20, 2013

album photobook FREE!


dah lama tak bukak groupon.  risau kot2 nk mmbeli je benda bukan2. atau ternampak voucher perutian best2 lalu nak beli.  walhal sekarangkan tengah lancarkan oenjimatan berganda.

tiba2 tengok kawan msg ckp ada free photobook..  ape lagi..  terus beli lah.  free kaaaann..


Free tu utk mini photobook soft cover 6"x6" je..  tak termasuk delivery..
Tapi ok lah kan..  sape nak kasik.



So sempena benda Free ni..

QUINY PHOTOGRPAHY offer FREE design utk mini photobook ini sekiranya ambil 1hour potraiture dengan kami yang berharga RM150.

ATAU

cuma RM19 untuk kami design kan mini photobook ini



RM19 utk tiada headache..  cuma beli..  dan berikan kami code dan gambar..  barang akan sampai direct ke pintu rumah anda  =)



Sesiapa yang berminat boleh beli dengan GROUPON this lovely voucher...
klik link dibawah

FREE PHOTOBOOK
last for another 3 days only..  =)
boleh redeem sampai bulan 5 tahun depan


Untuk tempahan potraiture atau design service boleh contact nik tru
email : nikhakimah@yahoo.com
cal/sms/whatsap : 0123857747


Monday, August 26, 2013

Pembelian Rumah Sub Sales

rumah sub sales = rumah yang beli dari tgn owner selain developer..  itu yang saya faham lah =p


Ini adalah flow ringkas tentang cara nak beli rumah sub sales..  sbb caranya tak sama mcm beli rumah dari developer... untuk dikongsi bersama.  mana tahu beri faedah utk semua.



Kalau kata anda tengah cari rumah untuk dibeli.  Rumah tu pulak jumpelah satu rumah.  Owner nak jual.
Biasanya melalui agent lah.

1) Sebelum bayar booking pada agent.  Sila pastikan anda bebas dari CTOS mahupun CCRIS..  Kena make sure.  Sbb kalau sangkut sekali je..  dia akan drag banyak benda. Saya akan buat entry tentang CCRIS..  CTOS ni black list terus..  CCRIS ni adlaah bad record.  Dua2 pun pengaruhi kelayakan utk buat pinjaman.

2) Make sure anda ada 15% cash dari harga rumah untuk buat pembayaran.  10% adalah duit muka rumah.  Sebab loan maximum 90% je.  5% lagi utk bayar SnP aggrement dgn lawyer. Legal fees dgn bank boleh apply sekali dgn loan.  Dan termasuklah item2 lain seperti nak repair apa2 yang patut pada rumah tersebut.
Contoh : Pinjaman perumahan saya untuk rumah berharga RM250k.  90% = RM225k.  MRTT (insurans) dan legal fees serta stamp duty = RM18k.  Menjadikan percent loan saya = 97%.

3) Kalau dah ada kelayakan di atas.  Boleh lah bayar booking pada agent.  Samada 2 @ 3%.  saya pilih bayar 3%..  ada pro and cont nya.. Macam saya harituh.. cepat2 place deposit sbb rumah yang saya nak beli tu selling like hot cakes.. mmg berebut gak la.  hari ni jumpe utk tanya pasal payment dll (sebab takde pengalaman kan). esoknya jumpe lagi utk bayar booking.
Saya bayar 3%.  Sebab?..  sekiranya owner langgar perjanjian dalam booking fee tu..  Dia kena bayar double dari keseluruhan harga booking.
Contoh : rumah berharga RM250k.  3% = RM7.5k.  kalau owner langgar perjanjian.  Dia kena bayar RM7.5k x 2=RM15k.  separuh dari RM7.5k yang pertama saya kena beri pula pada agent sbg fees dia.
Jadi lebih banyak kita bayar, lebih bagus utk elakkan kerugian.  Tapi make sure kita isi exception di pihak kita.  Ada ya ruangan utk tu.  Contohnya saya letak disitu, agreement ni valid kalau saya lulus 90% loan sahaja (manalah tahu tak lulus kan)..  Lepas tu saya letak withdraw certain amaun dari KWSP.
Tapii.. kalau kata kita yang batalkan tanpa ada exception yang berkaitan..  Deposit hangus ya..  sangat2 bahaya..  bukan sikit2 amaun juga tu..


4) Once bayar booking..  Semua documentation sekurang2nya di pihak kita MESTI settle dalam masa 21hari (termasuk cuti).  Ini termasuklah loan..  dan sign SnP.
Loan boleh minta agent uruskan.  Macam saya.. saya listkan siap2 apa bank yang saya prefer..  dan yang lain2 bank tu saya serahkan pada agent.  Sbb biasanya agent ni dah ada kaki which one yang senang lulus dsb.  Masa nak submit loan make sure dah siapkan document asas seperti di bawah :-
    - salinan I/C
    - bank statement 3 bulan terakhir (akaun bank yang masuk gaji)
    - EA form
    - Penyata KWSP
    - Pay slip


5) Kemudian bila loan bank dah lulus.  Boleh lah sign SnP bagi kedua2 pihak.  Ingat..  ini semua kene settle dalam masa 21 hari.  (that's y saya terkejar2 haritu.  mmg penat.  lagi2 kalau ada masalah itu ini dan org bukan nak tolong tapi menambah kan lagi kekusutan)..

6) Kemudian lawyer dan owner sebelah sana mesti siapkan hal2 berkaitan mcm tukar nama pada title, bank yang kita buat loan tu mesti serahkan Loan Agreement pada pihak lawyer utk tujuan signing S&P dll..  dansemua tu mesti settle dalam masa 30hari.
Masa ni dah nak kena bayar pada lawyer SnP fees.  Ini biasanya fix.  kalau pembelian rumah pertama ada diskaun.  Islamic loan juga ada diskaun.  Jadi mcm rumah harga 250k ni..  kene bayar dalam 5-6 ribu utk SnP fees.  Legal fees tadi dah masuk loan kan..  =)

7) Dalam masa 90hari dari tarikh SnP sign..  atau 3+1 (month)...  kita akan dapat kunci.  Bolehlah pindah.  Itupun kalau rumah okay dah.  kalau tak..kenalah repair2 apa yg patut.



Bila nak mula bayar loan?..  biasanya let say semua dah settle..  kene bayar loan 2 minggu sebelum dapat kunci atau bulan yang kita dijadualkan dapat kunci.  Jadi please spare +-2bulan duit sewa rumah dan duit nak bayar loan.


itulah cara ringkasnya..


Ingat ya..  kita boleh keluarkan duit KWSP hanya selepas sign SnP..  dan nama MESTI ada dalam SnP utk yang nak keluarkan duit tu.

duit pula hanya dalam acc 2 sahaja..


Jadi kalau tak buleh buh nama dalam SnP..  katalah salah seorang pasangan kita kena CCRIS ke..  CTOS ke..  jangan lah nama dia buh sekali masa nak apply loan..  once bank dapat tahu..  mmg sampai ke sudah tak boleh guna nama dia utk apa2 pun..  yang tu say aterangkankemudian.


harap dapat memberi manfaat..  =)

Beli rumah Sub sales mmg perlukan cash yang banyak dan SEGERA..  Bukan mcm kita beli dgn developer.  Booking rendah..  Segala toknenek fees dah di absorb.  Pelan pembayaran rumah juga berbeza.
Tapi skang rumah makin mahal..  Beli rumah dengan developer takde 300k mimpi jela..



Alhamdulillah..  saya sekarang dah pun memiliki rumah sendiri. beli subsales juga. =)

Dan akibat tak semak betul2 dan masalah orang ke 3...   semua impian atas rumah tu hampir musnah.
Jadi nanti pindah rumah duduk jela rumah kosong.  Segala budget untuk kitchen kabinet ke..  plaster ceiling ke.. extend rumah ke.. GONE..  tapi apa boleh buat..  cakap lebih nnti katanya saya menjaja cerita..
Lagipun inilah risiko nya.. cash mmg kena ada backup.  Kalau tak, berlaku kes2 emergency..  mmg tak boleh nak backup. Kecuali dapat owner yang memahami dan betul2 baik hati.






Sesungguhnya cerita tentang pembelian rumah ini adalah untuk perkongsian SEMUA..  tiada kaitan dengan orang perseorangan atau berkumpulan. Yang tak ada kena mengena jangan sibuk merempan.







Monday, July 29, 2013

Selesaikan apa yang belum sudah

Last weekend..  hectic betul

Walaupun gaji belum masuk
(tengok jelah status orang duk say "Alhamdulillah.. rezeki"..  aku je belum lagi)
Tapi yelah..  persiapan nak tak nak kena buat
Bagus juga belum gaji
Jadi persiapan ikut ala kadar

Tahun ni Ummi dah membeli jubah siap2 di Nilai 1.
Sebelum puasa lagi
Yabang baju melayu johor je
tanya nak T-Shirt ke apa.. katanya nnti dulu
Sufiyyah dah siap 1 baju kurung..  Tok Wan nya yang jahitkan
Senteng sikit..  itu tandanya meninggi dgn pantas..duhhh'
Pastu repeat jela dress yg lama tu
banyak lagi
semua tak terpakai sangat pun
Baru pakai sekali dua
Lagipun mmg berbaloi kalau Tok Wannya jahitkan..
Cotton beli yang mahal stok RM30 semeter pun takpe...
budak2 punye dress semeter dah cukup kalau design simple2
Upah jahit Tok Wan ambil RM30 per dress..
Baru RM60..
Bayangkan..  kalau beli yang ada brand kiki lala la..  Butik Cotton2 la..  mau harga seratus lebih (saya dah survey)..
Jadi tahun depan moh le tempah dgn Tok Wan..  confirm designlimited. takde sama2 dgn baju org lain..heheheh

Jadi last saturday kami ke Kenanga Wholesale City
Sejak tahun lepas ini jelah tempat untuk beli baju jalan2 sufiyyah
Memang murah
Tapi bukan semua kedai tau
Kena pandai pilih

Mcm saya..  saya suka kedai level 5 nama kedai Kiddo..
Dress die mmg variety
Gap..  Zara...  Guess..  Burberry
opkos la bukan ori..  tapi cantek dan berkualiti
sesuai dgn harga
Since t-shirt sufiyyah semua stok senteng sampai tersembul pusat
Nak tak nak kenalah beli baru
Tengok yang tu berkenan
Tengok yang ni cantek
Zup zap zup zap.
10 helai
terbanglah RM *** Ummi
Tapi rasa berbaloi bila buat calculation balik
Ate..  kami menyopping mcm ni setahun sekali je
Lain2 time jimat selagi boleh
Baju Ummi dan ayah pun repeat tahun2 sudah punya ja..
Jubah je dah 3 4 helai dah.. pakai je mana ada..  =)



Bukan takde ke Uptown..  pergilah sekali..  ke Uptown Kota damansara
Bukan zaman saya dah utk ke Uptown
Dengan sesak
Panas
Barang pun banyak display tak letak harga
Pastu mahal juga
Sama je mcm beli di Kenanga
End up tak beli apa2.


Jadi mana2 parents yang belum shopping utk raya..
Boleh lah consider ke sana
Kenanga Wholesale City buka jam 10 kot..  tapi tutup sekitar jam 6pm mcm tu..
Parking RM2/day utk saturday and sunday serta public holiday
Aircond..
dan selesa utk berjalan

Kebanyakan kedai tak boleh tawar2 pun
harga fixed
lebih jimat kalau bawa kawan
Mcam di Kiddo yang saya beli tu
kalau beli 3pcs above die akanbagi 50% disc dari harga sebenar
Pastu kalau beli 10pcs above..
dapat lagi another 10% discount
Jadi kalau bawa dgn kawan bolehlah bayar satu kali
Jimat banyak  =)

Dari segala mcm benda
Brooch
Kasut
Handbag (darikelas biasa2..sampai kelas AAA punya..  sayabeli yang AAA punye handbag.. tahun ni masih cantek..  mak saya pakaipun..  tak nampak lusuh langsung..  jadi puas hati sangat...)
Baju orang dewasa
Baju budak
Mainan budak
U name it la..
InsyaAllah semua ada..









Selamat membuat persiapan raya =)




Friday, January 18, 2013

Sufiyyah get too excited..

Semalam selepas berbulan2 tak ke Tesco..  yeah.. we kind off boycott tesco..
sebab kalau pi tesco je mesti belanja bukan2 sampai 2 3 ratus..
adpaahal benda tu tak la keperluan sangat
tapi mesti cam best je lalu terbeli..
lalu terbanyak belanja

macam semalam..
semalam je habis rm288.

tpi berjaya borong pampers sufiyyah 3 beg...
dan juga ada beli 2 box ferrero rocher utk customer punya hantaran..
so situ je dah rm150..
lagi rm150 beli barang yang perlu gak la..  tapi sellau je terlebih bajet sampai rm60 lebey gitu..haih


semalam juga berjaya rembat satu new baby  =)
owhh..love it..selepas berapa lama mengidam dan menimbang kati utk membelinya..

 dan semalam sufiyyah begitu excited berlari2 an di dala tesco..
lari laju okeh..
rasanya sapa pi tesco semalam dapat saksikan sufiyyah lari di celahan orang2 ramai..
buat trek larian ok dari tempat tilam2 ke tempat susu fresh..  korang tau la berapa besar tesco mutiara tu..
ummi dan ayah pengsan..


makanya balik semalam die pengsan bersama baju cheongsam dia..
tak dan2 naktukar baju

bangun pagi ini..
dia begitu excited..
tengok ada pelampung dah siap tiup kat hall depan..
amboii..  bukan main dengan rambut gerbang lionnya..
terus masuk dalam pelampung
taknak keluar2
masuk bilik air mandi pun bawak pelampung hokeh..

itu semalam kerja ummi nya lah..
check pelampung tgk boleh pakai lagi ke tak
maklumla ..  beli mas atu umur sufiyyah baru 7 bulan..
dah setahun dah pelampung tu...


kenapa ummi tiup pelampung?


Sebab esok kami nak pergi holiday ...
Office trip..
nearby je
takde special mana puntempatnya

tapi sufiyyah pasti seronok..
dimana ada air
disitu ada keseronokan.. =)


jumpa dengan ntry percutian..  (ini bukanjanji..kerana binmbang tak mampu di tepati)

Thursday, January 17, 2013

Promosi Design Header RM15 MyKhalish.com

terpandangkan promosi ni..

yeah..  saya agak addict tgk promo2 gini

walaupun say aboleh buat sendiri.
tapi y not this time bagi pada yg pakar utk buat benda yang sememangnya dalam kepakaran beliau kan  =)



nah..rm15 je..  jangan lokek sangat kalau hasilnya memuaskan hati kan..  =)


saya cuba2 nasib utk blog personal ini
dan juga utk business saya..
mana tau kalau ok..
boleh buat utk fb makeup saya juga  =p
20 orang je tau..
saya rasa 2 dah selesai
maksudnya ada lagi 18 tempat kosong

kalau normal rate adalah rm30..  =p
banyak tu boleh jimat.. (dasar cheapskate..hohohoho)




cara2nya mudah je

Cara menempah:
Untuk Blog1. Buat satu entry dengan tajuk Promosi Design Header RM15 MyKhalish.com2. Letak banner di atas ini dalam entry tersebut dan link ke entry ini.3. Follow MyKhalish.com4. Tinggalkan link entry dalam ruangan komen.5. Email kami spesifikasi header anda (Tajuk, Warna, Gambar dan lain-lain)
Untuk Facebook1. Buat satu status Promosi Design Header RM15 MyKhalish.com2. Juga sertakan banner di atas dalam status tersebut3. LIKE page kami Facebook.com/mykhalish dan tag kami dalam status tadi4. Email kami spesifikasi header anda (Tajuk, Warna, Gambar dan lain-lain)
*Anda boleh buat kedua-duanya atau salah satu.
Email kami: info.mykhalish@gmail.comUntuk urusan pembayaran, kami akan emailkan cara-caranya.



Senang je kan..
moh le kiteee

Monday, February 14, 2011

Adeeee je orang yang tak puas hati dgn saya

Pernah kan..sorang anon datang blog saya pastu cakap saya ni adeee je takpuas hati dgn orang.....hahahha

still remember that old stupid joke from anon...

At least saya tak puas hati saya tak cakap kat org tu kan...hahahhaa.....

Recently..beli barang baby...  Adeeeee je orangtak puas hati dgn decision saya....
DAAANNN  tepet2 campak atas batang hidung......

hakhak...which is i dont care at all... 

Ye..saya memang degil orang nye...baru tau ke?

Tengok org lain buat preps....sometimes saya gerun....
Orang lainbuat preps....siap semua dah...masuk je 7 months...barang2 dah siap cuci masuk kereta....
Ada yang dah beli stroller (macam eryn..aku tau ko mesti tak leh tahan kan..excited nokss....heheheh..paham2)...ada yang dah beli car seat..
Excited la kan nak sambut baby..

Ada yang baru tau preggy..mak mertua..mak..sepupu ipar duai dah seret pi kedai baby...beli barang baby semua bagai....

Setiap orang ada cara excited...saya?

Mana prepare ape2...takde beli pape pun....dah masuk 4 bulan lebih...baru termangu2 dgn list kat tangan.....ok dah kot...
Ade ke parents yang plan beli baju baby 4 pasang je?

saya la tuh..ahahhha..punyela tak de excited beli barang2 anak....Excited anak nak kuar je..hohohohoo.....

Since macam gerun je...takde buat preps ape2..  So decide nak beli barang baby sikit2...  Yela..mesti banyak belanja kan..yang simpan tu simpan la...yang belanja tu belanja la kan....

Baru je bukak mulut kata nak beli barang baby....sekali adeeee je yang kondem..

"tak payah beli lagi..awal lagi"
"beli nanti mas adah 7 bulan lebih"
"ala...i dulu 7 bulan baru gi beli barang2 baby"
"orang tua2 kata tak elok beli awal2"
"ala..perut ko pun tak nampak lagi..nak buat ape gi beli lagi"

macam2 la...buat saya rasa nak menitik air mata....
Diorang ni tak pernah rasa excited beli barang2 utk anak PERTAMA ke?
Mek tak heran la kalau nak cerita anak 2 3 kan....anak PERTAMA ni org citer... 
Which is...

You have no experience at all....

Kalau anak ke 2 ke 3...mesti dahtau timing yang terbaik kan..  barang2 baby yang lepas2 bolehguna balik kan...Ok2...understood....cuma tambah2 je...

Hurm down la sekejap..tp kejap je..ni nikimah la....ape barang down sampai berbulan2 kan....

Last2 decide dgn yabang..pergi je beli....

DAAANNN...

nasib baik la kitorang pergi awal...banyak yang gile saya tak tau...
I dont know how Barut baby look like......kelakor....
Naseb baik yabang tau...
Yang saya tau..yang mak saya jahit sendiri tu..tak taula plak kat Supermarket punye gitu rupenye....

Masa sampai section baby...  Dua2 blur..tak tau nak beli ape...
Should we buy this? 
Owh..ini ape?
Mana nak cari benda ni....
Ini ke rupe die...
Berapa banyak eh?...
Betul ke yang saya pilih ni?

Banyak betul question mark tu atas kepala.....
dem......

Last2 semua benda beli sikit2....baju pun gitu....pergi masa Jusco buat Clearance sales...cari barang pun banyak tak jumpe.....  So baju beli utk New born banyak takde...tapi tak nak bagi hampa..beli je yang 3 bulan ke atas...amikla 2 3 heli..limit 5 pasang je...(sebab tau dah lain kali akan beli lagi..baju nokss...tue yang paling excited)....
Cari beg utk barang2 baby pun dah payah....(sila salahkan yabang kerana sangat cerewet..hehhehe).....


Balik Sepang..tunjuk kat Cik....utk Cik check...ok..itu salah..ini salah...itu besar..ini kecik...ini tak perlu....
Nasib baik beli sikit2 je semua.....
Ini panas...ini tak sesuai...


Ok....done....

nasib baik la beli awal2....sempat lagi nak prepare itu ini.....Pheewww.......

Kenapa saya rasa tak sempat?

1)Saya weekend ade job butik..walaupun job kadang tak sampai 1 hari...tapi still penat nak punggah barang...nak kemas.....satu hari job..satu hari utk uruskan rumah tangga.....
bile time nak keluar....

2)Lagipun..dgn perut memboyot masa 7 bulan nanti...berapa jauh je saya boleh jalan utk survey dan beli barang? Mesti dah penat...Patutnya masa tu saya dah tinggal beli barang2 yang kecik2...yang penting2 dah beli siap2....Baru jalan sikit ni..saya punye kaki dah sakiiitttt sangat....ayoyoyooyo

3)Spesis saya ni jenis suke survey2 dulu...which one better?....sini ke..sana ke..... Mana yang murah..mana yang perlu...  Jadi saya banyak berjalan..bukan main sauk masuk bakul dan bayar...Laki saya bukannye keje kat kilang cop duit....

4)Kalau beli sikit2 tak terasa sangat kan nak beli barang..kalau sekali beli dah seribu lebey....tercekik jugak la kan..



Walaupun saya ada alasan yang saya rasa kukuh dah ni...Tapi saya tau...nantiiii



Adeeee je orang yang tak puas hati dgn saya



Sape tak puas hati angkat jari telunjuk sama jari hantu...

Cucuk dalam hidung sendiri....

mekasihh....

Thursday, November 25, 2010

Khasiat Royal Jelly

Hari ni saya mulakan diet saya dengan Sepeket Royal Jelly from CNI...  Kemudian minum air seteguk dua..  lepas tu saya sekarangtgh sedap makan betik..ngehngehngeh..
Maklumla..sekarang kan perut tgh tak selesa.  Kenela makan makanan yang senang hadam.. 

Saya start ambil Royal Jelly sebaik sahaja saya disahkan mengandung.  Kalau tak tu cukup malas nak ambil supplement2 ni tau.  Dah la mahal..  Plak tu lidah saya ni kan mengada2..  Sedangkan madu yang manis tu pun saya tak sokak...

Royal Jelly  ni memang ada sejarahnya dalam family saya..  Sebelum cerita tu..meh baca serba ringkas pasal Royal Jelly....

The queen bee is the leader of the colony and the only one allowed to reproduce. She can be fertilized and lay eggs just a few times during her entire life. Worker bees, the ones that collect nectar from flowers, are able to excrete a creamy, special food from glands on their head. The queen subsists entirely on this food. When eggs turn into larvae, the baby bees also eat this special food, nicknamed royal jelly, for 2-3 days. From their vulnerable state, they quickly develop into healthy and large bees.

No doubt, people noticed the almost miraculous effects that royal jelly has on bees and ascribed to it extraordinary powers since the queen lives 60 times as long as a drone and is usually twice as heavy. Thus, people began harvesting royal jelly from hives where honey was being manufactured as a nutritional elixir that promised robust health, healing, and extended youthfulness.

Among the long list of ailments that royal jelly is said to improve or cure are high cholesterol, arthritis, weak kidneys, fatigue, nervousness, sallow or rashy skin, thin or brittle hair, high blood pressure, allergies, and sexual dysfunction. Scientists know that royal jelly is mostly carbohydrates, proteins, sugars, and fats, along with vitamins like the B complex, niacin, folic acid, and enzymes. None of these minerals or vitamins appears to be unique to the substance.

As a health tonic, royal jelly is sold as capsules or pills to be ingested on a daily basis. Since it is rare and difficult to collect from hives, it can be quite expensive. It is not a regulated medicine and has never been shown, through scientific studies on humans, to have any health benefits. However, a few studies on mice leave open the possibility that royal jelly can lower cholesterol.

Sumber dari sini : http://www.wisegeek.com/what-is-royal-jelly.htm




Dulu ayah saya ni Tokey Madu.  Dia import madu dari China dan dijual di Malaysia...  Madu..Bee Pollen...  Royal Jelly..  Memang ayah saya jual..  Berkualiti dan murah..  Tapi dulu die keje Gomen.  Memang selalu ada trip ke sana (memang atas urusan kerja).. So memang selalu dapat berhubung dgn orang sana..  Lepas dah berenti gomen..  Terputusla sekejap hubungan baik dengan orangsana...

Mak saya..jenis yang kalau pregnant mabuk teruk..  Memang melepet je..  Masuk je makanan muntah.  Bukak je mulut muntah..  memang heaven la sesangat nak dapat kitorang 8 beradik ni kan..  Kebetulan masa ayah saya jadi tokey madu tu..  Mak saya makan Bee Pollen dengan jayanya..  Sebab bapak saya tokey..  Bini Tokey makan free la kan...ngehngehngeh..

Alhamdulillah..  Tak mabuk langsung.. 

Nak dijadikan cerita..  Kawan mak saya pun jenis mabuk teruk..  9 bulan duk mabuk je..  Jadi mak saya suggest die makan Royal Jelly ni la..  Alhamdulillah....  Dia dah boleh gi keje macam biasa.  Kalau tak tu duk ulang alik jela gi klinik..

So masa saya disahkan preggy...mak dah suggest makan Royal Jelly ni..  puas la mencarik..  Last2 mintak mak belikan..  dia beli yang CNI punye..  ok la..tapi mahal la kot..  Takpela..utk kesihatan..  Tengok dek bapak saya..marah die..  Die kata apesal tak cakap dgn die..  Die mintak kawan die kat China supply terus,..  Ala..kitorang kan pemalas nak mintak tolong bapak saya..  Berlagak la katakan..muehehhehehhehhe....  Durhaka di situ...ngehngehngeh..


Sekarang duk amalkan Royal Jelly niela pagi2..  Ada gak yang miss2....  Malas....

Tapi saya perasan..kalau saya makan on dat day..dapatla kurangkan rasa pening2.. 

Benda ni as supplement..  Lain orang..lain reaction dia..  Bolehtry jugak makan madu atau Bee Pollen....

Apa2 pun consult doktor dulu..  Ingat..benda ni supplement..  Bukan ubat tau..

Kita ni berusaha je..  Kendia2 hari tu tuhan yangtentukan...


Sapa2 berminat boleh cari agent CNI..  atau pun nanti saya tanya bapak saya dia betul ke nak dapatkan supply dari China..  Kalau jadik saya war2kan kalau ada orang nak beli...




Pssssttt...tadi pi tulih kat status FB..saya makan Bee Pollen...tersalah sudah..  Bee Pollen tu adik beradik die jugak la..  Cuma Royal Jelly adalah makanan untuk Queen Bee..  Bee Pollen utk lebah pekerja..  =)

Thursday, October 28, 2010

Berangan la sekejap..Buaian baby..Buaian Aqiqah

Saya memang suka berangan..  Berangan itu adalah best..  Tak kira la angan2 mat jenin ke..  Mat deghih ke..  Mat Kool ke..  Berangan sesuatu yang indah kot.  Nama lagi berangan..  Yang indah2 sudahla..heee  (adeke org berangan benda sedih?..Gile psycho)

Ni salah satu benda yang aku suka berangan...  Baby Cradle...  Atau nama belacan wal budunya..Buaian bayi...
























Ada macam2 pesen..  Macam2 jenis..Owh..sebab banyak sangat..aku kredit semuanya kat google jela..heee

Best kan...  Kalau dapat ada satu blik utk anak ada cradle gini..harus aku yang masuk dulu rasmikan..


Tapi berangan je tak guna kan...
Maka saya pun bantulah orang lain utk bagi baby santek,...

Dengan buat macam ini


Masa beli cardle ni..saya tamak..beli sampai dua..konon2nya satu nak sewa..satu lagi nak beli untuk anak sendiri..hahahah...

So skearangsaya ada satu tak berhias..satu lagi dah siap hias....

Gile awalkan..  BERANGAN la katakan.....  =)

Tuesday, October 26, 2010

Inilah dia rokok alaf bau...kau ada?..Tak ada??? Ko duduk zaman Jepun ke..ecewaaahhh

Saje terasa nak sharing this info dengan semua....

What is an Electronic Cigarette?


What is Electronic Cigarette?
Electronic cigarette is an alternative smoking device which is also known as E Cigarette or E-Cig. It is a battery-powered device that provides the same sensation, look, taste, flavour, and satisfaction similar to that of a regular tobacco-based cigarette.
While an electronic cigarette may look, taste, and feel like a real cigarette; no tobacco, smoke, nor combustion is actually involved in its operation.
It provides inhaled doses of nicotine and flavour by way of a vaporized solution.
It is a non-flammable device that used the latest micro-electronic technology which provides the “smoking” experience without the dangers of fire, flame, tar, carbon monoxide, and other carcinogenic substances found in real cigarettes.


Why use Electronic Cigarette?
  • For regular cigarette (tobacco) smokers. The electronic cigarette is an alternative and better way to continue to enjoy smoking.
    It substantially has less of all the harmful chemicals to the smoker and it does emit second hand smoke to the environment.
  • For people who plan to eventually quit smoking. The electronic cigarette has proven to be an effective smoking cessation device over time for a lot of users.
    One has the option to choose the levels of nicotine and eventually be free from the need for nicotine. 
    Note however that willpower and determination are still the primary factors for those who are able to successfully quit smoking.
  • For Shisha smokers. The electronic cigarette is a better and safer way to enjoy exotic flavours without exposing the lungs to charcoal smoke which is present in the normal shisha smoking.



Contents of an electronic cigarette

Electronic cigarettes may come in different forms and packages but they generally employ the same basic components:
  • A mouthpiece (or cartridge)
  • a heating element (vaporizer or atomizer)
  • a rechargeable battery
  • various electronic circuits / accessories (USB charger, wall charger, car charger)
E-Cig Trading - Contents of an E-Cig
In terms of substance contents, an electronic cigarette generally contains water, food flavouring, propylene glycol, and nicotine (note: some e-cigarettes have no-nicotine variations).
Propylene glycol is an organic compound that is colourless, nearly odourless, clear, viscous liquid with a faintly sweet taste. 
It is commonly used in food as an additive, colouring, or flavouring.  In electronic cigarettes, it is used to deliver vaporized nicotine. 
It is recognized as generally safe by different Food and Drug Administration offices throughout the world.
Nicotine in itself is not harmful. It is addictive like caffeine in coffee but nicotine is not dangerous when inhaled.
In fact, nicotine in regular cigarettes is not the one that is harmful to the individual.
It is the burning process and the other 4000 over chemicals that contain tar, carbon monoxide, and other carcinogenic substances that harm the individual.



How does an electronic cigarette work?

When the user inhales through the device (via the mouthpiece), airflow is detected by a sensor in the rechargeable battery which activates the heating element (vaporizer / atomizer) that vaporizes a tiny drop of the cartridge solution / vapour. This vapour contains vaporized nicotine and flavour within the ‘mist” which goes straight into the bloodstream via the lungs which gives the user relief from cigarette craving and that instant ‘smoker’s fix’ or ‘nicotine kick’.
Smoking an electronic cigarette is done in a similar manner as smoking a real cigarette. However, to maximize usage and satisfaction, an e-cigarette is ideally smoked at a much slower, deeper, and more controlled rate.

E-Cig Trading - How does an E-Cig work?







Saya dah lihat sendiri kesan die..memang bagus...  Lepas tu hisap rokok biasa dah rasa kertas terbakar..  Rasa macam hisap rokok masa sakit tekak (ini org yang hisap tula kata..bukan saya ye..saya tak merokok)....

Memang tak ada bau...Memang takde second mahupun third hand smoker..  Dan benda ni memang MEMBANTU....MEMBANTU ok...dia bantu dari segi dalaman dan juga spikologi perokok tu sendiri.  Walaupun ada ubat2an macam Nicodin la..ape la kan..  Tapi yang tu tak dapat bantu dari segi habit perokok tu sendiri.  Habit perokok...nak ada kativiti masa lepak2..masa lepas makan..  Habit tu kene faham la...kan..kan..

Boleh hisap e-cig dalam opis..dalam shopping complex..  InsyaAllah..one day akan berhenti terus.

The best part is...

Before berhenti hisap rokok biasa (Dunhill ye)...  Bacaan Blod pressure adalah 165/90...  atau 170/100
Sangat tinggi ok...  Lepas berhenti hisap rokok biasa dan beralih ke e-cig ni selama SEBULAN...  Alhamdulillah..blood pressure turun kepada 135/90...

Quite interesting kan..  

Dan orang yang try tu guna product kat bawah ni




Alhamdulillah..  Walaupun mahal sikit...RM330 utk full set starter pack..  Tapi berbaloi la kan since rokok pun dah naik harga pada RM10 sekotak...

Jadi pada man2 perokok tegar..Kalau rasa nak stop smoking..Boleh la cuba.  Yang penting kemahuan tu..  Bukan sekadar nak eksyen..  Mesti mahu berhenti untuk kesejahteraan semua orang...Dan para isteri dan kawan2 pun kene bagi morality support supaya si perokok dapat tingglkan habit dia..  =)

Okies


TAPI TETAAAAPPPP.....MEROKOK ITU MERBHAYA UTK KESIHATAN OKIESSSS




Psssttt...entry ni takde kene mengena dengan sesiapa k!>.  Just sharing benda baik dan dah nampak kesan depan mata..  terima kasih pada inventor benda ni..  Thanks a lot



NOTE : Artikel berhinglight pink di atas adalah di cilok dari website pengedar rasmi E-Cig di Malaysia iaitu E-Cig trading..   www.ecig.com.my

Friday, October 15, 2010

Labuh tutup punggung

Sejak saya kembali bertudung ni..kalau boleh cari baju nak biar la labuh sampai tutup punggung..takde la nanti kalau duduk tetiba baju terangkat ke....Lebih2 lagi kalau saya buat keje mengandam.  Memang la azab kalau asyik bangun duduk dan tetiba terangkat kan....Lagipun tutup aurat..mak saya pun tak de darah tinggi tengok saya dengar kata..heeee

Lepas tu kalau saya cari baju biar yang selesa..  Sebab style saya yang outing memang kadang sampai malam baru dapat jejak rumah..  So seharian mesti selesa pakai 1 baju je.  =)

Dulu memang agak susah la nak cari baju yang dapat memenuhi kriteria saya tu..  Sebab baju2 yang memenuhi kriteria tu selalunya berharga RM45 ke atas...

Jarang2 dapatla time Deepavali..Baju punjab tu harga dalam RM15 gitu..  Tapi macam biasala kan...warna pun Deepavali la...  Terang tang tang..Tak seswai dgn saya yang hitam legam nieyh..heee


Lama tau...lepas tu saya jumpa lah satu port ni..  Harga blouse semua murah2..bawah budget la..  Design die kadang cantik kadang tak cantek.  Tapi kalau jumpe yang ok..cepat2 saya GRAB sampai 2 3 helai.  Kakak ipar saya banyak kali puji baju cantik..  Yang penting tutup aurat la kan..

Kalau anda perasan..  Ada satu baju yang saya repeat pakai everytime buat job kahwin..Ala..yang warna cekelat tu..

Tu yang paling best...Sebab tak payah gosok..heee....Dan labuh la..tutup sebahagian besar peha yang 'kurus' ni kan....


Minggu ni saya borong paling banyak..sekali 4 helai.  hee...Lepas tu la terpikir..y not every week saya pergi beli..  Kalau ada orang berkenan, boleh beli..kalau takde..saya la pakai...hee

Saya bukanla intend nak meniaga baju sangat..  Tapi saya rasa best pulak.  Boleh la saje.  Lagipun saya ambil bukan dalam kuantiti yang banyak.  Takdela amik kodi2..  Saya amik kira helai2.  Jadi limited la..  Satu helai ada satu design je....Jangan risau ye..kebanyakannya free size..

jadi sesiapa rasa nak beli nanti boleh la..saya start jual next week.  Contoh2 baju yang saya jual macam kat bawah ni..

Kalau yang macam ni...kain die jenis cotton lembut tu....selalu kat uptown kalau saya jumpe pun dalam RM65kan...  yang ni saya jual dalam RM25 je...  contoh la ni..tak tau la next week ade lagi ke tak design gini..  =)






Baju ni saya pilih ikut sedap saya nak pakai..  Jadi memang well recomended la...  maksudnya kalau minngu tu ada 5 heli je yang berkenan di hati...jadi 5 helai jela..

Kalau minggu tu takdestock cantik2 sampai..takdela renew stock..senang kan..heee

Lepas ni kalau ada yang nak beli boleh calling2..  Saya akan upload dalam FB..saya akan buat pages..  heee....



pssstt..seronok shopping2 kalau barang murah ni..hee..puas hati pulak tu.. =)

Monday, September 6, 2010

Weekend terakhir sebelum Hari Raya

Waah...rupanya ramai yang mengalami nasib yang serupa macam saya.  Contoh terdekat keluarga Zeal Group, Zeal Perunding.  Ini semua engineer..  Pestu plak gaji diorang masuk lebih lambat.  Di waktu saya menulis ni, gaji diorang masih belum masuk.  Gaji kak Dee pun sama.


Saya bersimpati.  Yela..mana nak buat preparation raya.  Nak hulur dekat mak.  Owh..saya memahami.

Nasib baik masa dapat gaji awal bulan 8 hari tu saya dah dahulu kan beberapa perkara macam Baju Raya kami, Baju raya mak.  Duit belanja raya.  Jadi kurang la sikit sesak.

Dapat je gaji hari jumaat lepas, terus settle kan beberapa bayaran.  Alhamdulillah..sekarang dah settle semua hutang kecuali maintainance.  Bulan lepas dan bulan ni.  Asyik tutup je..  Tulis buka pukul 8.30 pagi..  tapi kadang tu dah pukul 9 pun belum buka..  haih..tensen je..


Jadi weekend yang lepas memang busy dengan segala macam aktiviti....


Tengahari Sabtu bertolak ke Nilai 3.  Yabang tak pernah ke sana.  Jadi saya bawak dia ke sana.  Biar dia tgk sendiri apa yang ada.  Kat sana banyak habis duit beli barang pelamin.  And then beli jurai2 benang tu buat tutup pintu.  Tak nak gunakan langsir kot (walaupun tu perancangan awal).  Sebab dah takde orang nak amik temapahan.  Sape nak tolong jahitkan..banyak pulak tu kan. Kebetulan jumpa yang satu RM15.  So beli semua sekali 9 keping utk hasilkan 4 set.  Kemudian beli yang panjang punye 1.  Yang tu RM45...

Kalau berjalan ke Nilai 3, time puasa...memang rasa nak TERbuka.  Sabar je..  ahaaha..  Sampai kan sesat2.  Last2 yabang kata dah takmo round lagi.  Jum balik.  Sebab nak singgah ke Nilai 1 pulak kan...  Itu nak cari kain langsir dengan baju mama.  Kat Nilai 3 tak best tgk kain.


Tengok jam dah pukul 6..  Batalkan je niat nak ke Nilai 1, terus ke Bazar Ramadhan di Kosmopleks.  Beli air tebu je.  Kat rumah tu bukan boleh beli banyak2.  Tak habes...

Lepas berbuka, solat maghrib jemaah.  Pastu sambung misi mencari kain langsir dan baju raya mama di Nilai 1.

Alhamdulillah.  Bargain punye bargain dapatla kurang sikit.  Misi selesai.

Balik tu, terus jahit langsir sendiri.  Ahaha..gigih hokeh.  Dalam pukul 12 macam tu pergi Midnight Carboot Sale anjuran Taman perumahan tu pulak.  Walaupun agak hambar.  Tapi untuk acara yang pertama kali buat tu..agak memberansangkan la...Kebetulan adik pun ada meniaga Butang Baju Melayu dengan Brooch.  Laku jugak la...  Diorang buat SALE gile2.  Butang baju melayu yang selalu jual RM30 jadi RM20 je...Inipun tumpang booth nenek.  Mahal kot sewa tapak.  Sharing jela.  nenek pulak jual baju kurung cotton dengan tupperware dengan perfume..  Heee..  Seb baik duit dah banyak habes..  kalau tak nak gak belek banyak2..Agaggagagaga....

~The brooch~

~Ada buat kacau dodol you~


 ~Yabang jumpe anak buah dia.Kecik je dunia ni kan~



  ~Hambar sket la~


   ~Tokey butang baju Melayu~



 ~Koleksi Butang Baju Melayu utk gila2 SALE~



Hari Ahad adalah aktiviti mengemas rumah pulak.  Project setahun lepas tak habes2 lagi.  Ahahaha..  Nasib baik adanya Raya ni..  Kalau tak tak tau la bile boleh settle..  Lepas ni nak gi print gambar dan nak beli frame utk lengkapkan koleksi..  Jom layan gambar lagi..

~Baru siap..tak kemas2 lagi~


~Done!!~
 


Ini jela yang sempat...dinding2 lain belum lagi..  Hee...  tapi mungkin buat lebih simple dari ni..Maybe a few gambar yang besar je..  Maybe canvas printing je..  Nak tepek.  Maklumla..Yabang suka rumah macam Showroom.  Me suke yang cozy.  So kene la develop idea tu supaya lebih flexible and practical..

Jurai2 benang tu actualy warna gold brown + Black.  Bila dalam gambar tak nampak sangat yang brown tu.  Tapi bila real, memang nampak very mysterious.  Hehehehhe..  Sokaaak....


Tengokla dalam sehari dua ni cari Table runner, pastu letak a few frame lagi.  hee..  Gud luck jela niik..  Marathon you..

Owh..kuih raya takde lagi..ahaha..  Baru ada 3 jenis.  Tu pun satu Tart, 2 kerepek.  Tunjuk jela kacang ke..keropok ke nanti..hahahhaha..
Related Posts with Thumbnails