Friday, August 16, 2013

1 Syawal hanya gambar ini sahaja

Kami sampai sedang2 elok nak berbuka.

Lepas berbuka masing2 dah bedal rendang, lemang bagai..
punyelah tak menyabar masing2..
Saya buat pulut kuning 2 pot..  licin malam itu juga

Akibatnya..  balik damansara sambung masak lagi 3 pot..  pastu makan 2 orang
pastu asyik komplen ngantuk la hape..  haha




Esoknya tu di pagi raya
kejutkan Sufiyyah se awal 7pagi (menyebabkan die cranky sepanjang pagi tu)
bersiap2..yabang sempat makan ambil sunat makan pagi aidilfitri.  Saya sempat jamah sate je satu cucuk.  pukul 8.15 ke masjid berdekatan untuk solat sunat aidilfitri.

Masjid PENUH gila.
Nampak sangat anak rantau semua pulang beraya.
Tapi kami dapatla solat dalam hall. Ate datang awal kan..
Bersempit2

Sufiyyah pula maybe panik sbb ramai sangat orang.
Jadi dia dah nangis tak nak solat
Siap suruh Ummi bukak telekung semua ..  ajak keluar.

Nasib baik ada che cik nya..  puntak nak solat juga.
Maybe dah rasa kurang selesa sebab ramai sangat orang + takde ruang dah..
Jadi che ciknya bawa sufiyyah jalan di luar.
Sempatlah saya solat sunat Aidilfitri.
Sempat juga dengar khutbah raya sekejap sebelum dengar tangisan sufiyyah cari umminya..
Ummi pula semangat tahun ni nak juga solat raya.
Ini pengalaman pertama solat raya dengan mengandung bagai..  hohohoho..


Tunggu ayah keluar dari masjid
Kemudian terus ke rumah mak SIL saya yang cuma few meter dari masjid tu.
Di jamu nasi dagang dan roti jala
Menambah2 masing2 tak moh bangun dari kerusi.

Balik rumah sambung bergambar dan makan lagi
Lepas tu masing2 terdampar kepenatan.
Terus sampai petang


Sempatlah ambil gambar dgn family..  tak berapa lengkap.

Sebab abang saya yang no.2 tu dapat call dari hospital cakap ada emergency case tunggu dia untuk operation..  accident katanya (bancik adlaah doktor bahagian ortopedik di hospital kota bharu)


Tahun ni gambar masih kurang semenggah
Kalau tahun lepas sufiyyah baru dapat skil melasak

Tahun ni sibuk dgn ipod.
Besok keluar adiknya
Tak taulah apa gaya gambar family yg ado..

Gambar formal pagi raya

tengok sufiyyah dgn ipodnya..  sigh

makhencik2 dan anak2 jagaan.  faruqi takde dalam gambar sbb tgh memerap dgn ibunya




dengan sportcar rebutan ramai.  inilah yang direbutkan 2 hari pertama kat sini

cubaan buat peace masih belum menjadi




Tapi xpe..  sebab setiap gambar pun ada cerita tersendiri.
Nanti bila buh gambar raya tu kat frigde..  nampak la flow nya..
kenangan  =)











Petang tu tak kemana pun..
Sibuk membungkus doorgift utk majlis hari lusanya.


Pakai baju raya pun rasa sekejaaaap sangat
alahai
tak puas pula..


Gambar2 ni je yang ada dalam kamera saya..
yang lain2 banyak dalam kemara adik2 jela..
tak larat dah mak buyung dgn ayah nak angkut perut lagi (ayah pun ada perut juga..hikhik)
nak melantak lagi
nak handle sufiyyah lagi
makin lama makin redho je dengan kuantiti gambar lening



Sambung cerita 2 syawal di entry lain

Tuesday, August 13, 2013

Dugaan akhir ramadhan.. banyak sungguh dugaan

Ini entry lama gila baru nak update..  hoho



Hari selasa..
2 hari lagi nak raya
budget semua dah nak balik raya
jadi selamba parking di tapak pasar malam.

Pastu ingatnya tengahari tu nak pergi ambil baju melayu yabang
Jadi mmg penuh keselambaan
Sekali masa tengahari tu baju belum siap habis.
jadi pikir amik petang karang jela
Boleh terlupa nak alih kereta ke tempat selamat sikit


Petang tu balik dgn semangat
Sekalii...

Kereta dah kene block

Sedih sungguh
Sepanjang2 tapak pasar malam tu
Memang banyak sangat yang rongak2nya sbb ramai peniaga dah balik beraya
Nak dijadikan nasib tak baik
Tempat kami tu pack sampai tak dapat nak alih sikit pun

Makanya terpaksakah pecah dua.
Yabang balik dulu naik teksi
Pergi amik baju
Pergi bazar
Amik teksi balik ke rumah pengasuh sufiyyah
Pickup Sufiyyah
Dan berjalan lenggang kangkung dgn princess tu sampailah rumah

Pukul 9.30 malam baru saya boleh balik
Tunggu dari pukul 5pm sampai kul 9.30pm..

Pastu balik tu malas nak susahkan yabang turun naik..  jadi saya terus singgah cuci kereta siap sbb nak bertolak dah subuh2 besok ke Kelantan.
Kul 10.40 baru sampai rumah
Terus sinsing lengan masak rendang, kuah kacang, pulut kuning bagai..


Pukul 2 pagi baru tidur
Esoknya tak terjaga sahur.
Ngam pukul 6 baru terjaga

Terus siap2
Pukul 8pagi bertolak pulang ke Kelantan.



Perjalanan siang dgn si kecik yangtgh lasak tu mmg mencabar betul.
Sufiyyah tak duduk diam sepanjang perjalanan.
Tapi itu nanti lah cerita episod raya pula





Hikmahnya kereta kena block hari2 akhri ramadhan ni..


Sementara tunggu kereta clear..  sempat la saya berehat di office (seb baik office belum tutup)
Merasa berbuka berasingan dgn yabang.cuma mee goreng RM2 dan air nenas laici madu ape entah..  itu je air yang ado... (huhuhuhu.  rasa nak nangis je)
Sempat saya buat terawih terakhir saya tahun ni..  =P
Buat kat surau je
Ate.. mood dah mood raya..

Tuesday, August 6, 2013

pengalaman kali ke dua

Kalau masa preggy kan sufiyyah dulu

kejap2 up status
kejap2 update blog
seksaited lah katakan

anak ke 2 ni
dah kurang seksaited
lebih2 lagi mcm2 hal berlaku sepanjang mengandung kan dia
masa sufiyyah dulu fokus dgn bisnes je


kali ni masa mabuk boleh tahan teruk
tapi muntah nya tak
mabuk je
duk pening rasa penat dan perut tak selesa
start dari sebulan (sufiyyah dulu 2bulan setengah baru mula mabuk)
sampailah dekat 5 bulan
mmg tak selera nak makan ke apa

siap tak boleh tengok cahaya lah
tak boleh bau minyak wangi yabang lah
tak boleh makan kambing lah
mcm2 hal


lepas tu berat pun tak naik sangat
sekarang dah 32w pun baru 52kg..
Baby je memberat rasanya
Sebab badan mmg tak naik langsung
Seluar jeans preggy yang beli mas apreggy kan sufiyyah dulu
mas atu 6 bulan gitu dah tak boleh pakai dah
tapi kali ni sampai 8 bulan pun muat lagi

yabang pun tegur pipi saya tak naik pun


Selain cepat lesu

Tapiii..
yang kedua ni
laaagi lasak dari kakak dia..
Kalau die bergerak tu mmg terasa die melonjak
Most of the time kalau die bergeraktu boleh jelas nampak dari luar baju
pastu kalau pegang tu siap terasa ruas2 die.
tak tau la kaki ke tangan
tapi bleh rasalah..contohnya mcmdari tanganke siku.. boleh pegang

ingat lagi dulu orang kata saya ni percaya je video youtube ..  kononnya membohong je dalam tu
tapi mmg dua2 pregnant saya dapat rasa
yang kali ni lebih lagi
mmg perut tu dah mcm ada allien dalam tu..hehehe



Kali ni pun takde mengidam teruk2 mcm sufiyyah dulu
(dulu masa sufiyyah hari2 nak milo ais..pastu asal ahad je nak makan burger john yang dah tentu2 tutup hari ahad..haha)
Ada lah terasa nak makan laksam masa awal2 dulu
pastu dah masuk hujung2 ni takde sangat dah
Setakat cempedak goreng
Pastu ni 2 3 hari ni terasa nak makan siput sedut

gitu2 jela..

Senang juga mengandung kali ni
Macam sufiyah dulu juga
cuma lasaknya tuh kadang2 tak tahan
mmg tak lena  tidur langsung




harapan saya masih sama
Supaya anak keluar sihat
Cepat proses kelahiran (sufiyyah dulu 4-5jam je)
Kurang sakitnya..hehehe
Dan dapat bfeed anak sampai 2 tahun
walaupun sufiyyah dulu sampai 1tahun 6 bulan je..  itupun pakal saya tak nak push diri sangat sebab dah preggy..



sekian cerita pengalaman mengandung kali ni
hehehe..  simple banget




Related Posts with Thumbnails