dah lama tak blogging..
sangat lama
at first.. saya nak tutup sahaja blog ini.
Satu asbab utamanya..
sebab dulu entry banyak pula yang tayang aurat
tayang kaki
tayang lengan
(jika ada yang nampak gambar-gambar saya yang tertayang itu..mohon whatsapp 0123857747.. saya akan kenang jasamu hingga akhirat kerana menutup setiap satau aib saya)
sekarang sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat
umur sudah nak jejak 3series.
Sampai bila betul x. tapi tiada istilah terlambat
Tapi bila melihat entry yang dulu2.
Oh.. saya rasa ianya satu kenangan. catitan hidup yang begitu bermakna. Mungkin kini saya kurang mencatit. Banyak masa saya habiskan dengan anak-anak, dengan keluarga. Malah kebanyakan 'update' juga saya war-warkan di FB dan instagram sahaja.
Mungkin juga berpatah hati dengan dunia blogging. Mungkin juga saya sedang tercari-cari arah tuju yang baru.
Suami dan saya sekarang sedang menanti kelahiran ahli baru lagi.. haha.. ya.. lagi. =)
Umar Mukhtar sedang melasak dengan jaya nya. Parut dan lebam itu biasa. Memanjat adalah hobi terbaru. Apa sahaja yang boleh dipanjat pasti ada Umar.
Sufiyyah Humairah semakin excellent di sekolah PASTI. Ada sahaja zikir dan doa yang meniti di bibir. Sudah mula saya terapkan tentang 'malu', 'aurat', dosa dan pahala, syurga dan neraka.
Bayi kecil dalam rahim ini jugak tidak ketinggalan. Hari-hari 'terhantuk' dengan kakak dan abangnya. Seorang menyondol dari dalam, seorang lagi dari luar.
Mungkin lepas ni masih ada entry. Tapi mungkin tidak sekerap dulu. Saya cuba.. yang terbaik pastinya insyaAllah.. =) tak berani berjanji. kelak takut dimungkiri. cuma blogwalking masih lagi berjalan seperti biasa. Mungkin sudah jadi habit =)
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar
Tuesday, March 10, 2015
Friday, November 7, 2014
5 tahun
Terjumpa ini di FB lama dah.. bulan 5.. ini adalah schedule entry. i save it for our big day.. =)
bukan kali ni je saya dengar dan baca tentang phase dalam perkahwinan.
Dalam ceramah motivasi pun sama.
Ceramah kekeluargaan pun sama.
5 tahun pertama dalam sesebuah perkahwinan yang paling crucial.
Pada usia 5 tahun pertama lah kita mencorakkan hala tuju rumah tangga kita
5 tahun pertama lah kita nak kenal pasangan luar dan dalam
5 tahun pertama lah nak kenal siapa keluarga pasangan kita
5 tahun pertama lah kita nak stabilkan ekonomi keluarga
5 tahun pertama lah kita bergelut dengan pelbagai pengalaman pertama
Sekiranya 5 tahun pertama kita tengok suami kita pemalas je, berat bontot nak menolong.. maka itulah dia..
Sekiranya 5 tahun balik2 isteri je yang keluar belanja dapur. bersedialah.itulah sampai hujung (tapi kalau ada titik perubahan di tengah2 kita tak tahulah kan..kuasa allah..)
Sekiranya 5 tahun pertama ni suami gagal menggalas tanggung jawab pelihara anak bini...
Maka hadaplah lagi utk tahun mendatang sbb mmg begitulah dia..
dan sekiranya ada isu dalam rumah tangga, isu kewangan, isu kereta ke.. isu siapa nak beli groceries ke.. isu tempat tinggal ke.. isu siapa pakai spender biar sepah2 ke (eh..betul ni .. tapi bukan saya lah kitorang bab spender mmg ngam..eh..).. tidak diselesaikan. sekadar di pendam dalam hati mcm tu je,, kalau tak selesaikan waktu nak melangkah dari 5 tahun pertama perkahwinan ni.. itulah yang akan jadi barah dalam rumah tangga tu.. jadi nanah.. jadi busuk.
mungkin nampak bertahan.. tapi akan burst out kendian hari.
itu secara normalnya lah. dari apa yang saya dengar, dari apa yang saya baca...
Dan saya pernah mendengar ada satu pakar motivasi cakap
"If u can survive for a first 5 years.. u can survive forever insyaAllah"
walaupun ada je kes yang bercerai selepas 5 tahun berkahwin
Alhamdulillah.. this year.. our 5th year together. yeay.. (hugs for u sayang).. Happy anniversary
Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sebenarnya sangat2 rajin membantu buat kerja rumah. Mop lantai, menyapu.. itu paling rajin.. hari2 yabang buat ...
Takat masak utk diri sendiri waktu saya kalut dengan dua orang draculla comel tu. dah pass dah.. dah turunkan ilmu lah buat benda simple2..
Paling ikhlas dan bermewah-mewah kalau bab bersedekah, rai tetamu.. saya pun kalah kadang tu.. (saya dah jadi chef katering secara tak langsungnya utk 5 tahun dah..hahah..tercapai impian)
Alhamdulillah.. kalau bab melayan anak2.. memang dia lah nombor satu.
Paling bersabar bila handle saya waktu saya tidak waras
Seorang yang manja dan kadang degil sikit, mudah tersentuh hatinya, mudah dibuli2 (sebab tu saya asyik jadi superwoman.. i need to protect my 'baby' man.hoho)
Seorang yang sangat tahu mengambil hati orang tua, bergaul dengan orang tua.
dan suami saya bukan seorang yang romantis. (sukar nak terima.. haha.. tp kena terima lah.. dari dulu pun gitu).. jgn lah mengharap dapat seprais ke waktu birthday, waktu anniversary, waktu ape2 yang penting la... (walau tetiap tahun saya berharap dalam diam.hahaha)
Leave alone la yang negative kan.. haha.. tak ada siapa yang perfect.
Sayang
5 tahun dulu kita disatukan dalam kesederhanaan
5 tahun dulu kita masih tidak tahu arah dan tujuan
5 tahun dulu kita masih dilamun cinta
Sayang
5 tahun sudah berlalu
5 tahun kita masih bersama
5 tahun kita masih menyulam cinta
5 tahun masih mengusik bercanda
5 tahun pertama yang menjadi saksi segalanya
Sayang
Ku harapkan ikatan cinta kita hingga ke syurga
Ku harapkan rumah tangga kita kekal bahagia
Ku harapkan keluarga yang kita bina berlandaskan syariat
Ku harapkan imam yang membimbing sentiasa
Ku harapkan kau berjaya menjadi suami sejati
Sayang
dibahumu tergalas tanggung jawab mencari rezeki
Izinkan aku meringankannya
Dibahumu tergalas tanggung jawab menyediakan tempat tinggal
Izinkan aku menghiasinya
Di bahumu tergalas tanggung jawab mendidik anak-anak
Izinkan aku belajar bersama
Dibahumu tergalas tanggung jawab mengemudikan bahtera ini
Izinkan aku menampal setiap kebocorannya
Terima kasih sayang
kerana menerima sayang seadanya
Kerana mencintai sayang sepenuhnya
Kerana sentiasa memeluk sayang waktu suka dan duka
Terima kasih sayang.
Kaulah suami yang terbaik yang ku miliki
Selamat hari ulang tahun yang ke 5 sayang.. =)
Ummi, Sufiyyah and Umar love you sooooo much
pstt.. entry ini ditulis waktu mood saya tenang.. cuba datang angin kus2.. mesti pendek je..hehehheh
maaf pada siapa yang anggap post gambar wedding setiap kali anniversary adalah annoying..
saya seronok je utk imbau kembali baju gaun saya yang tidak bergerak walaupun saya memusingkan badan.. hahahhaha..
Friday, September 19, 2014
Siapa kita kini adalah tentang siapa yang dibelakang kita dahulu
Saya bersetuju dengan gambar di atas..
Disebalik seorang yang berjaya, ada IBU.. ada BAPA
Mungkin ibu bapa nya itu bukan seorang yang BEKERJAYA BESAR
Mungkin sekadar penoreh getah
Atau pengumpul barangan terpakai
Tapi mereka adalah insan HEBAT
yang berjaya mendidik anak mereka
menjadi insan yang BERJAYA
yang berguna
Alhamdulillah.. saya bersyukur
Saya punya ibu dan ayah yang hebat
Bila saya berjaya menyusukan anak2 saya
Sebenarnya tanpa sedar cik lah yang mendidik EQ saya dahulu.
Anak yang disusukan dengan susu ibu akan lebih cenderung memberi susu ibu juga kepada anak nya..
Bila saya suka amalkan home remedy tanpa bergantung kepada drugs..
Sebenarnya tanpa sedar EQ saya terdidik oleh ayah saya
Yang memang sedari kami kecil jarang bawak kami ke klinik dan bagi makan panadol..
Katanya bagi demam tu baik sendiri
Which is true..
syukur
Mungkin mereka ketika itu tiada kata2 utk explain perlakuan mereka.
Tapi instinct mereka kuat mengatakan itu yang terbaik
Terima kasih cik
terima kasih we
TAPI!
Ingat
seorang ayah yang kafir
Tidak semestinya anak nya menjadi kafir
Tidak
Seorang ibu yang jahat
tidak akan melahirkan anak yang jahat
Kalau mak kau jahat.. kamu jadilah baik
Jangan jadikan alasan kejahatan kamu hari ini kerana kejahatan ibu bapa kamu di masa lampau.
JIka kamu percaya kejahatan itu adalah kerana ianya mengalir dari kejahatan kedua ibu bapa kamu
Maka kamu secara tak langsung percaya anak-anak kamu kelak akan jahat juga seperti kamu malah lebih teruk.
Sebab kamu yakin dan percaya kamu tidak boleh menjadi orang yang lebih baik
Kamu percaya yang kejahatan dan kebaikan adalah dari ibu bapa kamu yang salah mendidik kamu
Astagfirullahalazim. Moga ada ruang utk kamu bertaubat.
Derhaka sahaja anak.. ubatnya taubat.. taubat tu apa?
Meminta keampunan dari allah dan berjanji bersungguh2 tidak ulangi.
Bukan hari ni taubat esok buat lagi
Anak derhaka kompem masuk neraka
Ibu bapa yang tidak amanah juga akan masuk neraka
Jadi kita nak berada di kedudukan yang mana?
Usah dipersoalkan tugas Allah
mengadili apa yang berlaku
Kita ubah diri kita untuk jadi yang terbaik
betul?
Sekian tazkirah jumaat
waahh... dah lama tak tulis blog nih.. hehehe..tak sempat pun ado
Subscribe to:
Posts (Atom)


