Thursday, January 6, 2011

Sawan Tarik..apa itu sawan tarik dan cara mengatasinya...

Semalam pergi rumah sepupu saya di Flora Damansara..  Mak cik dari Perak datang sini dan buat laksa..Siap jemput datang makan...So wajibla kan pergi sana melawat makcik..ate..duk jauhtak pergi kan..dekat pun tak pergi..derhaka sungguh!..hehehhehe

Masa sampai tu..anak kak cah tidur je..demam katanya...pegang kaki sejuk..tapi kepala panas..  sian die...

Lepas makan tu adam dah bangun...siap gelak2 sikit..  Pastu layan main game dgn ayah die dalam bilik..  Kitorang ni duk berborak la kat luar....  Tiba2 dengar Adam menangis....Eekkk..sikit je..pastu terus senyap...ingatkan jatuh tilam ke ape kan..Tiba2 dengar ayah die panggil kak cah dengan panggilan cemas...

Adam kene sawan tarik..

Memang masa tu panik..  Ketuk rumah pengasuh adam (depan rumah je)...

dan die suruh bukak baju adam..pastu siram dengan air..mas atu memang dah siram air sebotol dah...pastu laki pengasuh die datang urut2 kaki adam..pastu adam nangis..  Tapi tetap saya galakkan ke hospital..sebab rupa2nya ni kali kedua adam kene sawan tarik..  Masa tu yabang dah turun bawah siap2..bawak kereta ke lobi lif... 

And yabang bawak kereta macam orang gila...saya yakin time saya panik nak beranak nanti rela ku panggil ambulan je..huhu..ngeri siot..  berkejar ke hospital sungai buloh.... Terus ke bahagian kecemasan... 

Masa dah masukkan adam ke bahagian kecemasan..masa duk menunggu kat luar tu...duk pandang Yabang..and cakap..

"kita tak pernah ambil tahu pasal sawan ni..mcam mana cara nak mengatasinya dengan betul..dari segi doa mahupun perubatan moden"

yela..kami juga bakal menimang anak...kalau tak prepare dari sekarang..pasti sangat panik masa benda tu berlaku kan...

Sini nik attachkan petikan dari froum  tentang apa itu sawan tarik..harap membantu ibu-ibu di luar sana..

DEMAM SAWAN

Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .


Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .


Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .


Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .


Punca demam sawan


Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .


Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.


Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .


Adakah demam sawan itu merbahaya ?


Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .


Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .


Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan


Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .


Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor  menjalankan  proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .


Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .


Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .


Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .


Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .


Kesimpulan


Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas .  Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .
Sumber dari SINI


dan ini ada petikan dalam forum susu ibu.com...(refer full forum here)

...doktor bukak Aircond kuat biar dia sejuk....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so..dia sarankan aku terus ke Hospital yang berhampiran...laki aku pun sampai......aku ingat nak bawak ke PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku pegi Hospital Sg. Buloh....

Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh menyebabkan hilang upaya otak berfungsi...


Apa yg aku nak samapikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat....aku sejak peristiwa tu berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so....kalau terjadi mcm ne pada anak2 korang.....


1- mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....

2- mandikan sampai dia sedar berulang kali....
3- jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...
4- jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time tur
5- cpt2 lah bawak ke klinik....

kiranya lambat bertindak...akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan..dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37’C dan tidak dirawat...dan akan berlaku sehingga berusia 3 thn....




So dari pembacaan saya yang pendek ni....  saya membuat kesimpulan tentang beberapa langkah penjagaan yang perlu kita buat ketika anak kita DEMAM untuk mengelakkan terkena SAWAN TARIK....

1)Kalau anak demam...jangan pakaikan dia dengan baju tebal..biarkan die berlenggeng saja.(ini mcm petua kak yan umiabiqis)
2)Mandikan anak dari kaki hingga ke kepala supaya panas dalaman dapat keluar. (ini ayah selalu suruh amalkan bila demam)
3)Sentiasa pastikan ada termometer suhu tu di rumah untuk cek suhu badan anak..
4)Bagi ubat dari doktor untuk mengurangkan demam.
5)Tuam dengan air asam jawa / air biasa supaya suhu badan cepat turun.
6)Segera bawa anak berjumpa doktor apabila demam tidak kebah walaupun telah diberikan ubat..


Sekiranya terkena sawan tarik
1)Buka baju anak dan mandikan dia dengan segera.
2) JANGAN urut badan anak anda kerana masa ni oksigen tak sampai ke otak
3) SEGERA bawa ke HOSPITAL....  anak anda perlukan perhatian dari DOKTOR. 

Ini kerana..kebiasaannya...kanak2 yang sudahpun kena sawan tarik ni...Posibility untuk kena lagi adalah tinggi..



Harap2 info ni membantu..  Pheww..masih panik tgk adam semalam..  badan die kejang sepenuhnya..  Kalau anak nik yang jadi macam tu mesti kat situ jugak nik rebah tak tau nak buat ape...Kesian tgk budak tu mengeras kejung macam tu..macam dah nak putus nyawa..  Itu pun ada lagi yang kata dah takde pape dan tak payah bawak hospital..(tak nak la cakap sape..yg pastinya bukan ahli family)....  dan tolongla...perubatan alternatif cuma ALTERNATIF...bacaan doa dan sebagainya tu perlu..  Tapi bukan 100%...tetap perlu jumpa doktor...dan sila hilangkan kepercayaan karut tentang hantu dan sampuk semata2..  yes benda tu wujud...tapi dari segi perubatan moden tetap perlu dipertimbangkan...


Memang semalam tak putus2 baca ayat kursi dan doa...sepanjang perjalanan ke hospital adam dah tak sawan..tp as mommy...kak cah tak bagi die tidur..  suruh dia keep awake...walaupun die nangis...  kalau saya pun saya takut..  biarla die menangis..  dah sampai kat doktor..hang nak tidur..nak rest pun rest la..sebab pasti budak tu keletihan lepas kene sawan tu kan.. 

Harap baby adam cepat sembuh....  kalau masih di hospital lagi..nanti auntie imah datang k!..  love u baby adam..

Wednesday, January 5, 2011

French..Paris.....London..sebut semuanya lah Yabang!

Lepas je check in di Nora Lodge...  Saya sapu roti dgn tuna mayonnaise yang dah memang siap2..yela..masa tu tak tau lagi boleh duk memotong2 ke tak kan...jadi beli je satu tin in case la tak bleh nak potong2 ke kat nora lodge tu.  Siap kan 4 keping roti siap2 kapit dengan tuna mayo....Masukkan bekal air dalam bag pack..Badam utk kunyah2 incase lapar (saya dah start elakkan makan snek2 berMSG kecuali terliur sangat)...  Crispy coklat utk Yabang..dan choki2 utk saya...Sweater....and we are done!!

Terus gerak naik ke Colmar...  adalah dalam 15minit lebih nak naik ke atas sana...  Yela..bawak pun pelan2 je..  Takut kalau laju2 ni...Jalan bukit2 kan...Nak naik kat Colmar Tropicale, Japanese Tea house dan Botanical Park dikenakan bayaran RM12 seorang bagi dewasa dan RM6 utk kanak2 (yang kanak2 ni kalau tak salah la)  Ni per entry per day..  Maksudnya kalau naik je kene..  Kalau esok naik lagi kene bayar lagi..Jadi rancang betul2 perjalanan anda... Ni sekali je bayar..bukan setiap kawasan kene bayar...  maksudnya RM12 ni kene bayar utk ketiga2 tempat ni...  Dulu nik pergi takde pun kene bayar (ni cerita 5 tahun lepas..hhahahahha)...  Dan dengan tiket tu jugak boleh naik Tramp a.k.a lorry yang dah diubah suai jadi tramp....

~betul2 lepas pondok tiket nak naik ke Colmar Tropicale~


Nik decide untuk pergi Colmar Tropicale dulu.  dan digalakkan parking kereta di Colmar Tropicale..  At least jalannya tak mendaki sangat.   Berbanding ke Japanese Tea House or Botanical Park terus..  Dua2 tu duk kat atas bukit nun..  Jadi jalan die mendaki sangat2...  boleh hangit kereta...  Parking je kat Colmar...dan boleh naik Tramp ke sana...Tak semestinya masuk dalam Colmar dulu...

So Nik Parking dekat sebelah FRENCH CASTLE..  dekat parking lot situ...  Lepas tu jalan sikit terus sampai kat Water fountain depan Colmar..memang dekat jela..Sebelah kiri ada Tramp station..  Tramp setiap setengah jam.. jadi kalau terlepas kene tunggu lagi setengah jam..  Kadang2 penuh...

~Pemandangan dari parking area mengadap Colmar Tropicale~



Takde mood nak amik gambar kat water fountain tu sebab orang sangat2 ramai.  Masa kat jambatan tu jalan2 sikit baru Yabang panggil saya berpaling...Rupanya nak amik gambar...yeay..saya sukaaa


~fesyen terbaru..fesyen mulut itik~
~mulut itik,bising macam itik sampaikan yabang suruh saya diam..tu tangan isyarat ssshhhhh tu~

~pemandangan dalam Colmar Tropicale~


Dulu2 masa saya pergi..Flea Market nye ada gak la..boleh beli2..sekarang dah takde Flea Market dah..ada kedai2 souvenier je...  Souvenier die harga ok la..tak mahal sangat..  Tapi makanan dalam ni memang mahal ya amat..air tin satu RM6 tau!...  memang harapan la nak makan atas ni...  Ada gak makanan yang murah..  Tapi tak sure mana satu..  And i think takdela murah mana..  Kalau dah kekdahnya air tin RM6 kan...nasib baik bawak bekal siap2..hihi....

Ternampak handwax ni..ni takde la special mana..kat KL pun banyak rasanya benda ni..  Tapi sebab tak pernah buat dgn yabang kan..  So try jela..buat kenang2an...  Buat yangbasic2 je..  total 2 tgn RM45 siap kaler dan huruf..  ala..buh tarikh je..itu lebih memorable...Yabang bukan romatika di amor sangat nak letak2 nama bagai...

~bersama2 tukang buat handwax kami~


~warna purple dan kuning...dah macam pelamin anak kak D apple green..hehe~


~amik gambar di tempat yang sama seperti 5 tahun lepas..cuma ni kat bahagian belakang~

~saya 5 tahun lepas....~


Kawasan ni tak luas pun....dalam 20 minit tu dah boleh explore semua...hahahhaha....Ada la game2 macam kat funfair tu..tapi saya takmain pun..kalau game kereta lumba2 tu saya mainla kot..  Tapi game tangguk itik ni tak main...judi kot...  Jadinya saya cuma duk tepi dan tengok orang2 lain main..ralittgk itik2 ni..comel2 belaka...hihi

~game itik~


Lepas tu panjat tower di bahagian belakang sekali...kiranya penghujung Colmar tuela..Dulu pegi takde lif...kali ni pegi dah ada lif...jadi naik lif saje...



Lepas tu dari tingkat 3 ke tingkat 1 turun pakai lif..dari tingkat 1 ke bawah turun pakai tangga je...lif lambat...
Owh ya...Colmar Tropicale ni sebenarnya bahagian bawah je ada restaurant...cafe gitu...ada kedai souvenir...games..  Tapi bahagian atasnya tuh semuanya adalah bilik2 hotel..  Jadi agak style jugakla kalau ada duit sebanyak RM300++ utk dibelanjakan pada accomodation di atas sana tak termasuk makan ye kawan2..  hihi.....Kalau ada duit banyak ok la..Kenapa saya kata gitu?..sebab Colmar ni 40 minit ++ je dari KL..

~terkedek2 bawak handwax..yabang duk ralit amik gambar~

on the way turun baru pergi tgk swan.......ada 4 ekor..berpasangan....2 swan putih..2 swan itam...  Orang sangat ramai kat situ..  Dah puas tgk swan...barula jalan ke depan sikit..  Dari Colmar..  kene turun tangga sebelum melintasi jambatan tu utk ke tasik swan ni..kiranya atas tasik ni adlaah jambatan yang mula2 jumpe tadi... 



Dari tempat swan tu..ada satu lagi tempat aktiviti yang tersorok..Menembak..  Kalau dari tasik swan tu...pergi ke arah kiri....lalu bawah pergola kayu...  ada macam walkway sikit..nampak dah tempat menembak tu...

Ape lagi..tayang skil la kan..hihihi..walaupun dah dekat 10 tahun tak menembak kot...(cerita macam banyak kali menembak je kan..padahal masa kadet harituh je.ahhahahha)....

Kadet Polis VS Tentera Udara = 3-1

Hehehhe..oleh itu Yabang hutang saya udang galah ye kawan2....hehehehe.....
Satu sesi RM5..dapat 5 butir palet peluru...Kene tembak la subjek2 yang ada di depan...  so Yabang RM5...saya RM5...





Habes je menembak..barula beratur naik TRAMP ke Japanese Tea house..Sekali ramai orang da...  Jadi jalan2 ke water fountain tu dulu..amik2 gambar..baru pi beratur lagi..lagipun masa tu baru pukul 1.45...  tramp sampai dalam kul 2 gitu....


~masa ni clear..org pun takde..barula best amik gambor..heheheh~






~amik gambar dengan orang baju besi~



~inilah tramp tu..lorri yang dah diupgrade jadi tramp~

Owh...gambar ni nampak dari seat driver bukan?,,,...yela..sebab kitorang duduk sebelah driver..  belakang dah penuh...duk depan best..ada kusyen u..  =)


Ni nak gi Japanese Tea house pulak....sambung next entry pulak ye....

Tuesday, January 4, 2011

Hati Yabang kini hanya pada Nora.... sedih sangat

Kenapa saya senyap sejak tahun baru ni?..  Sebab saya sedang bersedih....  Setiap hari..hanya nama Nora meniti di bibir Yabang...  sedih sangat....  Jiwa dan hatinya hanya pada Nora...  Bukan lagi pada saya...
Hati isteri mana tak sedih..bila suami cuma menyebut nama NORA?....  Hati mana ang tidak tercarik kecewa bila suami yang dikasihi menyebut nama NORA....

NORA yang cantik.  Nora mendamaikan..  Nora buat dia rasa seperti tidak keruan di tempat kerja..  Semua kerana NORA....








Ewaaah..pepagi buat drama la pulak kaaaann...  Nora itu adalah NORA LODGE...  tempat penginapan kami masa ke Bukit Tinggi cuti New Year tempoh hari....  Bukan kata Yabang..saya pun teringat2..  Takdela rasa tercarik hati ni...senyum bangga lagi adela..  sebab tempat tu saya yang carik kan..bile die happy..saya rasa bangga la pulak kann...hihihi..


Bertolak dari rumah pun dah tengahari.  Sepatutnya malam tu packing barang..  Ni tak...pagi2 tu baru nak packing sebab malam sebelum tu terbongkang kepenatan.....  Siap semua packing barang dekat pukul 11 gitu baru bertolak naik ke Bukit Tinggi.  Lebih kurang 40 minit je dari KL..  Tapi gedik nak bermalam kat luar..  Saje nak amik udara baru...  Angin baru la katakan...

Sampai Nora lodge dalam pukul 12 tengahari.  Kalau ambil susur keluar ke Bukit Tinggi atau Berjaya Hills resort....  Lepas pada Pondok Pengawal yang pertama.. Ada simpang 3.  Terus je..jangan masuk kiri...
Naik lebih kurang 20 minit jugak la..  dalam 5 km gitu..  Perhatikan ada signboard sebelah kanan jalan.
ORCHARD LOT FOR SALE..  Sebelah die ada satu banner kecik je..  NORA LODGE..  Dont expect jalan yang cantik.  Ia cuma jalan tanah merah yang berturap ada2 pakai batu kerikil je.  Macam jalan nak masuk kebun gitu...

Masuk dalam lagi...  Terus je ke dalam...  Dalam 10 minit camtu gak la..  tak jauh actually..  Tapi kalau tak biasa..  Memang terasa jauh2..  Lagi2 jalan dia macam jalan 4wd gitu.  Jadi bawak slow je..  Jalan ni melalui lereng bukit.  Ada nampak banglo besar2 dalam tu..  Ada la satu dua gitu...  Terus je..  Nanti nampak pagar kayu...Terus lagi....  Sampai jumpa simpang Y...  amik yang sebelah kanan...menuruni bukit...  Lepas tu terus jumpa NORA LODGE..

Jangan la mengandaikan dapat chalet ade star2..  Bayangkan paling mahal bayar adalah RM90 pernite utk satu chalet include bfast..  So cheap la kan kalau nak compare duduk dekat Berjaya Hills resort tu kan..
RM90 per nite..dapat katil Queen size..  Kalau yang RM70 pernite...bilik kecik sikit je...dapat katil single bed je..   Tapi dalam tu banyak tilam 'gosok kaki'...ala...tilam nipis bujang tu...  Bilik air kat luar tau. Tapi memang bersih..  Takdela lumut2 ke...lantai pun tiles...  Selesa la nak mandi dalam tu...  Nora Lodge ni die buat style Family budget.  So kalau gi ramai2 satu family lebih seronok..  Sebab kita2 je atas tu.  Pemandangan seluas banjaran gunung..  Nampak lagi highway kat bawah..  Memang best.
Bilik cuma diprovide kipas.  eletrik pun guna generator je..  Tapi kitorang tak kesah..  Sebab dah sedia ada sejuk..  Tak payah air cond..  Bukan sejuk membunuh...  Tapi udara die nyamaaaan je..  Memang seronok..

Makan malam pun order je dari cafe die..  Malam2 nak karaoke pun boleh..  Nak BBQ pun boleh.. ada 6 chalet je kat situ..include satu dewan yang boleh memuatkan 200 orang...Dewan tu boleh tukar jadi dorm..  Memang best la...


best dan tenang nye kat situ..sampaikan Yabang cakap die teringat2 kat Nora Lodge tu..  Tuan die pun ramah..  Pembantu die pun baik..  Kitorang siap bawak sardin utk buat sandwich.. Bawak roti..  So masa nak gi jalan2 kat atas Bukit Tinggi tu..siap2 bawak sandwich dan air masak..  Takdela banyak sangat belanja kat atas sana nanti....


Memang sangat recommended la Nora Lodge ni.  Tempat yang tenang.  memang naik atas sana boleh duduk berehat dan luangkan masa bersama2..  Takde istilah sibuk nak buat aktiviti itu ini.  Memang balik Nora Lodge utk berehat.  Nak berhoyeah2 boleh naik Colmar Tropicale...


owh ya..malam tu kami makan Nasi putih..ayam goreng...Kangkung....pastu request buat sambal asing utk Yabang..  Cuma RM6.50 je satu kepala..  Siap die bagi tempe dan ikan masin free.. Air pulak Air teh O...refill 8 juta kali pun takpe..  kalau goreng2 je lagi murah rasanya..  Ayam goreng plak 2.5 ketul sorang...banyak siap boleh ratah2...

Pagi bfast buat style buffet..  Ada mee goreng..Meehun Goreng..Nasi goreng..  Ada jemput2...  Air Teh O Panas..  Memang sedaaaappp......


Ni antara gambar di Nora Lodge..utk tatapan korang semua.  Boleh imagine la kat sana tu macam mana.. Owh ya..tempat ni di bina pada tahun 2003 lagi tau!...  So dalam masa 7 tahun ni..tempat ni memang well keep..  kayu2 die takdela buruk2 ke..makan anai2 ke..takde...


Ini masa baru2 sampai..snap sikit2..sebab excited nak naik Colmar Tropicale

Bawah tu nampak highway tau!




Inilah pemandangan dari bilik kami...  Terus nampak pemandangan bukit..yang berkabus2 tu


Masa ni nampak lagi jalan nak masuk sini..  Kejap lagi kabus dah bergerak..tutup semua dah tak nampak apa









Update ni dulu...ada lebih 200+++ keping gambar....tak dapat nak upload semua..bboleh tgk kat FB..itupun tak dapat masukkan semua..  =)


Dan pada yang berminat..boleh contact kak NORA ni di nombor +6012 2015218
atau boleh lawat blog dia http://donmyzz-holidaysbt.blogspot.com/

rasanya blog die ni dah lama tak update..sebab room rate masih 80/60...sekarang dah naik sikit harga..but still worth it....  thanks kak emy remind pasal contact no..hihi...


Pssstt...masih teruja walaupun dulu dah pernah naik Colmar Tropicale ni..  Tapi kali ni pergi dgn Yabang..so memang best sangat... Untuk orang yang perasan DIVA tak sesuai duk chalet ni rasanya..tapi yang orang biasa2.memang suggest tempat ni..tenang sangat
Related Posts with Thumbnails