Friday, June 28, 2013

Silent

dalam dunia Fb saya dah silent

Sebabnya?..

bos tutup FB dan youtube..

kesnya?

ada staff yang die tangkap mengadap FB dan youtube tapi kerja tak siap.

makanya..
tutup
semua pun tutup

oh..sedih.. sikit jela

pastu pulak..

pc saya lepas die tutup tu langusng tak boelh masuk email pun..yahoo atau google
maka blog pun tak leh

ni pinjam pc org sebelah update blog


ada bagusnya juga lah takde fb ni

sbb saya akan lebih banyak berblog..kihkihkih


update semuanya di blog
kembali seperti dulu..

fb masih on9..waktu malam kat umah lepas semua selesai lah..

itupun berebut2 dgn yabang..kene take turn

honestly.. saya okay juga takde fb..
sbb selalu dekat fb tu pun saya dah jarang up2 sangat status ke apa..
banyak baca news dan status kawan2 je
paling kuat up gambar sufiyyah

jadi bila takde ni rasa okaylah..
not bad
lebih2 lagi kerja pulak mmg tgh banyak
banyak sungguh
jadi masa stress main solitaire pun dah memadai
=P


pastu memekak karaoke ramai2
kang agak stress lebih sikit lagu tamil pun jadi bahan karaoke..  =P



so saya silent di fb.. =)
tapi masih ada..
cuma waktu malam jela

bertahun duk opis ni
banyak kali juga kantoi dgn bos
tapi tak pernah pula di tutup
jadi senang cite
kalau nak mengular
pandai2 la cover dgn kerja yang dikehendaki
kann..

kesian budak2 lelaki la
diorang kan suke layan youtube..
pesen bukak ceramah la..  MJ12 la..  kire mcm dengar je tapi tak tengok

bile dah takde nih nampak la stress je masing2..
haha

apa2 pun perubahan tu mmg sukar
tapi atas diri kita
nak berubah ke tak


cuma ada rasa tak puas hati sikit la
sbb member yang kene caught tu ada internet kat phone die tu
kita yang pakai henpon cap ayam..
hanya mampu melihat..huhu


tapi bos dah cakap nak fixed problem pc saya tuh
tgk jela lepas ni dapat tgk ape..



janji boleh bukak blog kak D hari2 ok dah..  =P

Monday, June 17, 2013

Sufiyyah now in Youtube

Slowly ummi nak upload video2 che mek sufiyyah masuk youtube.. lebih mudah nak share dan view  =P

especially utk tok wan die ke..  atok die ke..  tak payah tru FB acc..


untuk readers blog YAMIYA..

boleh search Sufiyyah dalam youtube  =)



Monday, June 10, 2013

Bread Pudding with custard sauce.

Baby dalam perut dah mengidam nak makan bread pudding dah dekat 2 minggu barulah Ummi sempat buat.  Bahan2 nya mudah je..

dah ada pun
tapi nak buat tu..  alahai.. bercinta
nak keluarkan oven
dengan kakak yang duk memerap nak berdukung
Memang mencabar  =P

So last weekend lepas simple breakfast Ummi cepat2 la buat..  Resipi sendiri je..adalah ceduk sana sikit..sini sikit.. Lagi2 part buat Custard Sauce nya..  Saya kurang cekap lagi  =P

Mari semak resipi  :)


Fresh dari oven.  terhangus sikit sbb terleka layan Sufiyyah.  Lupa pusing2kan loyang. 

Potong panas2..  Kurang cantik edges nya  =P tak sabar makan sebenarnya.

Bahan2 puding :-

  • 8-12 keping roti (ikut kepadatan yang dikehendaki)
  • 4 sudu besar Butter
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 biji Telur
  • Esen Vanilla
  • Susu secukupnya (sekitar 500ml) - saya gunakan susu fresh milk sufiyyah punya  =P
  • Kismis sebagai hiasan
  • Secubit garam

Bahan2 Sauce :-
  • Satu tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 2 sudu besar custard
  • 5-6 sudu besar gula (ikut kadar kemanisan yang dikehendaki)
  • Lemon juice - saya guna perasa lemon je.  Sedap utk benda2 yang mudah muak.
  • Secubit garam


kaedah :-
  • Carik2kan roti dan rendam dengan sedikit susu.. terendam sikit pun xpe.  Kaup balik jarang2 sekali utk bagi sebati. Letak tepi.
  • Cairkan butter (saya guna microwave je.. set pada high selama 10-20sec atau sehingga butter sedikit cair..  xperlu cair habis)..  
  • Whisk Butter dan Gula sampai gula hancur
  • Masukkan telur..  Whisk lagi sampai sebati. 
  • Masukkan esen vanilla, Susu (agak2 sampai cukup nak tutup semua roti), garam.
  • Kacau rata, tuangkan kedalam loyang yang berisi roti tadi. 
  • Masukkan kismis.  Kaup balik sampai rata susu dan adunan telur tadi.  (kalau perlu tambahkan carikan roti @ susu ikut keperluan dan kaup balik lagi sehingga sekata).
  • Taburkan kismis diatasnya.
  • Pre heat oven.  Bakar sekitar 20minit.  Bila dah masak boleh gunakan api atas sahaja danbakar lagi utk menghasilkan bahagian atas yang crispy.  

Kaedah membuat sauce :-
  • Tuang susu dalam periuk.
  • Sukat air guna tin yang sama..  Masukkan tepung kastad.  Dan kacau sebati hingga takde ketul2
  • Tuangkan semua bahan kedalam periuk berisi susu tadi.
  • Masak dengan api perlahan sampai kuah jadi likat.


Lepas Puding dah sejuk boleh lah potong dan tuangkan sauce atasnya.  =)

Ada yang suka makan sejuk2.  Tapi saya lebih suka makan panas..  saucenya sejuk.  Depends pada orang  =)

Kalau puding anda lembik..  Maksudnya kurang roti..next time masukkan lebih roti dan padat2kan lagi  =)


Resipi ni utk bayi yang baru belajar makan pun boleh (10m above)..  cuma resipinya perlu diolah sedikit lah.
Gunakan unsalted butter.  Avoid sugar. Gunakan susu yang sesuai (mkasudnya akalu anak anda minum FM..  letak FM..  kalau anak anda minum EBM..letak EBM)..  dan boleh avoid guna custard saucenya..boleh ganti dgn madu  =)
















Related Posts with Thumbnails