Last weekend busy di sepang
Wedding mak teh budak2 ni.
Simple celebration
Hari sabtu nikah dan sedikit kenduri kesyukuran
dan hari ahadnya mengantar orang baru ke Keramat
Dah jadi wife orang
Pandai2 lah kamu bawak diri.
Harap perangai anak-anak tu tak dibawa ke rumah baru.
Seperti biasa budak ini paling excited jika ada majlis kahwin. Pagi-pagi lagi sudah merasmikan pelamin mak tehnya
Diikuti dengan budak masam ini yang sudah mandi tapi belum pakai baju. Untuk elakkan baju jadi belacan sebelum waktunya. Eloklah pakaikan kemudian sahaja.
Bergambar dengan Ayah Chik dan Che Na dari Kelantan. Bersama sebahagian sepupu mereka. Sepupu baya-baya Sufiyyah dan Umar juga. Yang dalam dukungan tu ahli keluarga baru.. Nik Abdullah Faqih.
Anak-anak yang paling seronok bermain bersama. Masa ini masih menanti rombongan lelaki dan saya pula sibuk make-up kan pengantin
Kemudian pastinya ada sesi menangis oleh puteri nan satu ni. Dia sorang anak dara kan. Oh ya.. Anak dara yang lagi seorang Hananiah tu belum pandai lagi mengada. Baru 9 bulan. Tengok sahaj Umar Mukhtar tu dah siap dalam kendongan. Waktu untuk 'dipenjarakan' sebab asyik langgar sahaja hantaran.
Dinikahkan oleh We sendiri dengan (seperti biasa) tak tahu berapa kali akad. Haha. gementar di pihak yang menikahkan dengan yang nak dinikahkan. Sama banyak amaunnya. Yabang kata Kadi yang sama yang mengesahkan pernikahan kami juga.. =)
Nah.. sudah selamat menjadi suami isteri.
Tok Wan dengan cucu..
Group photo syok sendiri namanya ini. Yang jelas cuma nampak yabang sado botak ni sahaja..
Gambar waktu majlis makan tak ada. Kerana kami tak panggil penanggah. Kami adik beradik menantu ni sahaja yang jadi penanggah. Dengan macam2 ragam dengan anak kecil nya.
Hari ahad ke rumah lelaki pula di Keramat
Pengantin baru bersama dengan flower girl dan BOYS... sepatutnya ada Umar tapi Umar kata ayahnya belum sunat. tak boleh dikawal. Ini pun sekejap sahaja beratur cantik. Lepastu mereka ingat ada pertandingan lumba lari. Berterabur berlari ke depan tinggalkan pengantin. haha.
Tengoklah.. Anak buah je susun2 dah cukup nak buat jadi flower girl dan boy. Baju sedondon tu Tok Wan yang beli. Kebetulan baju sufiyyah memang ummi bawa yang sedondon.
Sufiyyah dan mak tehnya.. kali ini mak andam lain yang makeup. Kurang gemar. dah teragak dah akan di ubah suai sesedap tangannya. Kami adik beradik kan memang tak ada kelopak mata.. di letaknya apa benda entah nak bagi berkelopak. kening setebal2nya. Mujur dalam gambar nampak semenggah. Tapi pengantin sendiri tak selesa dan sakit mata katanya.. Nasiblah labu..
Gambar famili. Lengkap kali ini. =) 8 orang anak. 4 orang menantu. 9 orang cucu. 1 on the way.
Kali ni yabang botak sado kurangkan sedikit exposed diri. =)
Umar seperti biasa tidak kelihatan sebab dah buat hal sendiri.
Bergambar dengan pengantin baru
5 anak perempuan. 3 anak dara 1 bini orang. 1 mak orang. haha.. yang depan tu memang interframe lebih dalam setiap gambar. Princess lah katakan.
Ni 2 orang menantu lelaki cik.. Dua-dua orang minang. Kita tengoklah orang minang yang baru ni mengada tekak sambal sahaja atau tekak boleh telan semua. Kalau tekak sambal itu maknanya ada genglah minang tua tu..
Tengah hari itu cuaca panas sangat. Sufiyyah pula sibuk mencari tandas. Umar pulak dah melepas. Dengan jalan jem sebab tutup jalan sempena Le Tour de Langkawi kan. Last2 kami ke Masjid Kg Baru. Solat Zohor, mandikan anak-anak. Baru bertolak pulang.
Selesai cerita hujung minggu yang sudah.. =)
Kepada Mak Teh dan Pak Teh
Selamat Pengantin Baru
Semoga jadi isteri yang solehah, suami yang soleh
Hidup berkeluarga bukan semudah membina cinta di dalam angan.
Ianya akan sentiasa dihinggapi onak duri dan dugaan air mata
Semoga hati mu tetap bersama
Dan semoga kalian punya kesempatan merasa bagaimana menjadi seorang ibu dan bapa.
Supaya sempat merasa indahnya kita kerana masih punya ibu dan ayah.
dan kasihnya yang tidak bertepi pada anak-anak
Selamat Pengantin baru
Thursday, March 19, 2015
Tuesday, March 10, 2015
Warm up...
dah lama tak blogging..
sangat lama
at first.. saya nak tutup sahaja blog ini.
Satu asbab utamanya..
sebab dulu entry banyak pula yang tayang aurat
tayang kaki
tayang lengan
(jika ada yang nampak gambar-gambar saya yang tertayang itu..mohon whatsapp 0123857747.. saya akan kenang jasamu hingga akhirat kerana menutup setiap satau aib saya)
sekarang sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat
umur sudah nak jejak 3series.
Sampai bila betul x. tapi tiada istilah terlambat
Tapi bila melihat entry yang dulu2.
Oh.. saya rasa ianya satu kenangan. catitan hidup yang begitu bermakna. Mungkin kini saya kurang mencatit. Banyak masa saya habiskan dengan anak-anak, dengan keluarga. Malah kebanyakan 'update' juga saya war-warkan di FB dan instagram sahaja.
Mungkin juga berpatah hati dengan dunia blogging. Mungkin juga saya sedang tercari-cari arah tuju yang baru.
Suami dan saya sekarang sedang menanti kelahiran ahli baru lagi.. haha.. ya.. lagi. =)
Umar Mukhtar sedang melasak dengan jaya nya. Parut dan lebam itu biasa. Memanjat adalah hobi terbaru. Apa sahaja yang boleh dipanjat pasti ada Umar.
Sufiyyah Humairah semakin excellent di sekolah PASTI. Ada sahaja zikir dan doa yang meniti di bibir. Sudah mula saya terapkan tentang 'malu', 'aurat', dosa dan pahala, syurga dan neraka.
Bayi kecil dalam rahim ini jugak tidak ketinggalan. Hari-hari 'terhantuk' dengan kakak dan abangnya. Seorang menyondol dari dalam, seorang lagi dari luar.
Mungkin lepas ni masih ada entry. Tapi mungkin tidak sekerap dulu. Saya cuba.. yang terbaik pastinya insyaAllah.. =) tak berani berjanji. kelak takut dimungkiri. cuma blogwalking masih lagi berjalan seperti biasa. Mungkin sudah jadi habit =)
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar
sangat lama
at first.. saya nak tutup sahaja blog ini.
Satu asbab utamanya..
sebab dulu entry banyak pula yang tayang aurat
tayang kaki
tayang lengan
(jika ada yang nampak gambar-gambar saya yang tertayang itu..mohon whatsapp 0123857747.. saya akan kenang jasamu hingga akhirat kerana menutup setiap satau aib saya)
sekarang sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat
umur sudah nak jejak 3series.
Sampai bila betul x. tapi tiada istilah terlambat
Tapi bila melihat entry yang dulu2.
Oh.. saya rasa ianya satu kenangan. catitan hidup yang begitu bermakna. Mungkin kini saya kurang mencatit. Banyak masa saya habiskan dengan anak-anak, dengan keluarga. Malah kebanyakan 'update' juga saya war-warkan di FB dan instagram sahaja.
Mungkin juga berpatah hati dengan dunia blogging. Mungkin juga saya sedang tercari-cari arah tuju yang baru.
Suami dan saya sekarang sedang menanti kelahiran ahli baru lagi.. haha.. ya.. lagi. =)
Umar Mukhtar sedang melasak dengan jaya nya. Parut dan lebam itu biasa. Memanjat adalah hobi terbaru. Apa sahaja yang boleh dipanjat pasti ada Umar.
Sufiyyah Humairah semakin excellent di sekolah PASTI. Ada sahaja zikir dan doa yang meniti di bibir. Sudah mula saya terapkan tentang 'malu', 'aurat', dosa dan pahala, syurga dan neraka.
Bayi kecil dalam rahim ini jugak tidak ketinggalan. Hari-hari 'terhantuk' dengan kakak dan abangnya. Seorang menyondol dari dalam, seorang lagi dari luar.
Mungkin lepas ni masih ada entry. Tapi mungkin tidak sekerap dulu. Saya cuba.. yang terbaik pastinya insyaAllah.. =) tak berani berjanji. kelak takut dimungkiri. cuma blogwalking masih lagi berjalan seperti biasa. Mungkin sudah jadi habit =)
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar
Friday, November 7, 2014
5 tahun
Terjumpa ini di FB lama dah.. bulan 5.. ini adalah schedule entry. i save it for our big day.. =)
bukan kali ni je saya dengar dan baca tentang phase dalam perkahwinan.
Dalam ceramah motivasi pun sama.
Ceramah kekeluargaan pun sama.
5 tahun pertama dalam sesebuah perkahwinan yang paling crucial.
Pada usia 5 tahun pertama lah kita mencorakkan hala tuju rumah tangga kita
5 tahun pertama lah kita nak kenal pasangan luar dan dalam
5 tahun pertama lah nak kenal siapa keluarga pasangan kita
5 tahun pertama lah kita nak stabilkan ekonomi keluarga
5 tahun pertama lah kita bergelut dengan pelbagai pengalaman pertama
Sekiranya 5 tahun pertama kita tengok suami kita pemalas je, berat bontot nak menolong.. maka itulah dia..
Sekiranya 5 tahun balik2 isteri je yang keluar belanja dapur. bersedialah.itulah sampai hujung (tapi kalau ada titik perubahan di tengah2 kita tak tahulah kan..kuasa allah..)
Sekiranya 5 tahun pertama ni suami gagal menggalas tanggung jawab pelihara anak bini...
Maka hadaplah lagi utk tahun mendatang sbb mmg begitulah dia..
dan sekiranya ada isu dalam rumah tangga, isu kewangan, isu kereta ke.. isu siapa nak beli groceries ke.. isu tempat tinggal ke.. isu siapa pakai spender biar sepah2 ke (eh..betul ni .. tapi bukan saya lah kitorang bab spender mmg ngam..eh..).. tidak diselesaikan. sekadar di pendam dalam hati mcm tu je,, kalau tak selesaikan waktu nak melangkah dari 5 tahun pertama perkahwinan ni.. itulah yang akan jadi barah dalam rumah tangga tu.. jadi nanah.. jadi busuk.
mungkin nampak bertahan.. tapi akan burst out kendian hari.
itu secara normalnya lah. dari apa yang saya dengar, dari apa yang saya baca...
Dan saya pernah mendengar ada satu pakar motivasi cakap
"If u can survive for a first 5 years.. u can survive forever insyaAllah"
walaupun ada je kes yang bercerai selepas 5 tahun berkahwin
Alhamdulillah.. this year.. our 5th year together. yeay.. (hugs for u sayang).. Happy anniversary
Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sebenarnya sangat2 rajin membantu buat kerja rumah. Mop lantai, menyapu.. itu paling rajin.. hari2 yabang buat ...
Takat masak utk diri sendiri waktu saya kalut dengan dua orang draculla comel tu. dah pass dah.. dah turunkan ilmu lah buat benda simple2..
Paling ikhlas dan bermewah-mewah kalau bab bersedekah, rai tetamu.. saya pun kalah kadang tu.. (saya dah jadi chef katering secara tak langsungnya utk 5 tahun dah..hahah..tercapai impian)
Alhamdulillah.. kalau bab melayan anak2.. memang dia lah nombor satu.
Paling bersabar bila handle saya waktu saya tidak waras
Seorang yang manja dan kadang degil sikit, mudah tersentuh hatinya, mudah dibuli2 (sebab tu saya asyik jadi superwoman.. i need to protect my 'baby' man.hoho)
Seorang yang sangat tahu mengambil hati orang tua, bergaul dengan orang tua.
dan suami saya bukan seorang yang romantis. (sukar nak terima.. haha.. tp kena terima lah.. dari dulu pun gitu).. jgn lah mengharap dapat seprais ke waktu birthday, waktu anniversary, waktu ape2 yang penting la... (walau tetiap tahun saya berharap dalam diam.hahaha)
Leave alone la yang negative kan.. haha.. tak ada siapa yang perfect.
Sayang
5 tahun dulu kita disatukan dalam kesederhanaan
5 tahun dulu kita masih tidak tahu arah dan tujuan
5 tahun dulu kita masih dilamun cinta
Sayang
5 tahun sudah berlalu
5 tahun kita masih bersama
5 tahun kita masih menyulam cinta
5 tahun masih mengusik bercanda
5 tahun pertama yang menjadi saksi segalanya
Sayang
Ku harapkan ikatan cinta kita hingga ke syurga
Ku harapkan rumah tangga kita kekal bahagia
Ku harapkan keluarga yang kita bina berlandaskan syariat
Ku harapkan imam yang membimbing sentiasa
Ku harapkan kau berjaya menjadi suami sejati
Sayang
dibahumu tergalas tanggung jawab mencari rezeki
Izinkan aku meringankannya
Dibahumu tergalas tanggung jawab menyediakan tempat tinggal
Izinkan aku menghiasinya
Di bahumu tergalas tanggung jawab mendidik anak-anak
Izinkan aku belajar bersama
Dibahumu tergalas tanggung jawab mengemudikan bahtera ini
Izinkan aku menampal setiap kebocorannya
Terima kasih sayang
kerana menerima sayang seadanya
Kerana mencintai sayang sepenuhnya
Kerana sentiasa memeluk sayang waktu suka dan duka
Terima kasih sayang.
Kaulah suami yang terbaik yang ku miliki
Selamat hari ulang tahun yang ke 5 sayang.. =)
Ummi, Sufiyyah and Umar love you sooooo much
pstt.. entry ini ditulis waktu mood saya tenang.. cuba datang angin kus2.. mesti pendek je..hehehheh
maaf pada siapa yang anggap post gambar wedding setiap kali anniversary adalah annoying..
saya seronok je utk imbau kembali baju gaun saya yang tidak bergerak walaupun saya memusingkan badan.. hahahhaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)



