Tuesday, November 20, 2012
Resipi Cream Caramel Mudah
Saya mmg suka makan dessert. Kalau pi makan hotel ke..restoren ke.. selain main dish.. mesti mata melilau tengok dessert..
Kalau pi makan buffet hotel.. yang paling heaven bagi saya kalau ada soft shell crab atau udang besar.. second heaven adalah dessertnya.. pi kenduri kawin pun sama.. =p
Ada satu tahun tu masa puasa.. rata2 orang jual cream caramel.
Sekang je dah tak musim kot
Skang musim durian creepe..
Saya? xlayan sangat..sbb saya jumpe yang lagi sedap..durian choc form slice of heaven..
Macam malam tadi.. Sambil2 siap buat house chores... Tenggek atas dapur jap Cream Caramel resipi Cik (ibu) saya.. =)
Gambar yang buat semalam tak ada.. Ni gambar lama.. tak cantik sangat sbb masa tu nak cepat.. Kawan yabang nak datang rumah.. Ku tibai api besar. Pastu tak sejuk betul dah balikkan.. mmg la sekian. Alang2 dah pegang kamera....gigih amik gambar walhal tak cantek..hahah.. kalau dah banyak kali buat jadilah cam sekarang..terus ngap je..hahahha..
Tapi alhamdulillah.. Say abuat banyak kali dah..masa open house umah mama pun saya buat..masa akikah sufiyyah pun saya buat.. memang laku..sup sap..sup sap..licin.... Dan telah diperturunkan resipi pada 2 3 kawan.. diorang siap cuba dan hantar rumah in law.. siap ada permintaan buat lagi sbb sedap.. Alhamdulillah.. Saya suka dapat sebarkan ilmu ni.. Dapat semua merasa caramel yang sedap dan mudah.
Kalau buat cream caramel ni..ada tips2nya..
1- api jgn besar..kalau tak nnti tak cantek la mcm ni
2 - telur jgn dipukul kuat..nnti gelembung pun tak cantek
3- mesti kawal suhu masa buat gula hangus (caramel) nya.. samada die tak hangus sangat..atau die terlajak hangus.. saya kongsikan tips nya di bawah...
Saya guna cara kukusan.. mudah..takde oven pun xpe =)
Jom semak..
Cream Caramel
5biji telur
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
sedikit esen vanilla
secubit garam (ini saya yg tambah.. bg saya sedap..boleh avoid kalau tak suka)
Bahan2 Caramel
Gula setengahcawan
Sesudu air
Kaedah :-
Mula2 buat caramelnya dulu. Masukkan gula..letak air.. dan masak atas api.. kene jaga takboleh tinggal sbb takut hangus.. Bile die dah mula brown, get ready dgn sesudu lagi air.. masa ni warna akan cepat berubah.. kene pandai timing.. masuk je coklat gelap, tutup api.. terus letak air. Hati2.. takut caramelnya merecik kuat. (ini penting utk stabilkan suhu caramel daripada terus hangus).. Angkat dan masukkan dalam loyang.
Ketepikan
Pecahkan telur, masukkan semua bahan2 lain mcm susu, susu pekat manis, esen vanilla dan garam.
Whisk perlahan2 jangan sampai berkocak.
Dah sebati semua
Tapis adunan dengan penapis utk asingkan putih2 telur yang berketul. (sekiranya ada..ni kalau telur lama)
Masukkan dalam loyang berisi caramel tadi .
Tutup dengan aluminium foil untuk elak air wap masuk. Saya tak buat pun sebab nak cepat masak. Nantibila dah masak suface tak cantik sangat sbb wap air masuk dan kene buang wap2 air yang bertakung atas caramel.
Nak tau bila dah masak?.. Bila bahagian tengah nampak sama keras mcm yang kat tepi..dan bila kita selak guna garfu dibahagian tepi loyang, air caramel naik..Itu tanda dah masak..
Ok.. angkat dan letak atas redai. Dahsejuk sikit boleh masuk peti ais.. Sedap makan sejuk2.. =p
Selamat mencuba =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pinggan tu mcm retro je...
eh aritu ko tny durian crepe ke? mcm ade
tq nik kasi resepi mudah ni..nanti nak terai.
Post a Comment