saya hampir2 kehilangan....
kalau hilang ni.. aduhai.. kena cari lagi
resipi ni saya cuba masa hari raya yang sudah
Alhamdulillah.. jadi
sedap
mmg rangup
bawak pi opis kejap je selesai
tak ingat dah dapat mana.. some where dalam internet. kalau tak salah resipi MG.. tapi tak pasti sbb korek2 blog MG tak jumpe pula.. hehhe
so sebelum kehilangan lagi..
maklumla.. tengah kemas2 rumah.. semua resipi yang saya pin up dan tempek di fridge bersepah2.
baik la buh dalam blog..
BISKUT CHOC CHIP RANGUP
Bahan A
250g Butter
160g gula halus (saya buat 100g-130g sahaja)
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
Bahan B (gaul rata)
230g tepung gandum (ayak)
20g serbuk koko (ayak)
100g Chocolate chip (saya guna 80g sahaja)
50g White Chip (saya guna strawberry 70g)
50g Badam Cincang (roasted)
50g Nestum
Kaedah
1- Pukul Butter dan gula sampai sebati
2- Masukkan kuning telur dan esen vanilla. kacau rata
3- Masuk bahan B perlahan2 dan kacau dengan senduk kayu
4- Sudukan adunan ke dalam loyang besar2 guli (nak besar lagi pun boleh tak cantek dan susah nak makan la)
5-Bakar dalam oven yang DAH DIPANASKAN selama 15-20minit @ sehingga masak pada suhu 165celcius (yang ini kena tengok pada oven anda. resipi asal 180celcius 25minit. saya buat rentung terus)
6- sejukkan sebelum disimpan.
Cubalah
selain dari resipi Chef Haneliza.. saya mmg suka cari resipi2 yang mudah nak buat.
Resipi Chef Haneliza pun mudah. Haritu buat Choc cake masa our anniversary.. elok je sedap moist nya..
janji jangan derhaka (saya buat buh dalambekas muffin je sbb pakai acuan kecik. sekali kek dry sangat.. bila potong yang dalam acuan tu.. kek tu mmg moist elok.. terus potong hantar rumah in law sikit. walaupun bukanlah sedap sangat.. jadilah tanda ingatan..)
Kek choc tu habis sampai sufiyyah cari2.. kena buat lagilah nampaknya.. haha =p
2 comments:
samalah suka resepi yang mudah tapi sedap...
wahhh..cam sedap jer...ila nie bab2 kek n kuih2 nie mmg xpandai...hihi..salam kenal yer... =)
Post a Comment