Tuesday, August 27, 2013

CCRIS dan CTOS

CTOS..  nama dah blacklist..  bank akan keluarkan notis.  Kalau buat loan kereta.. kereta kene tarik..kalau rumah.. rumah kene lelong.  dan kita masih perlu bayar remaining balance beserta dengan fees utk clearkan nama dari CTOS...
ada orang cakap CTOS dah tak valid..  tapi wallahualam.. saya kurang pasti.


yang kedua..  CCRIS
CCRIS ni adalah record payment loan kita.

Setiap bank tetapkan PEMBAYARAN SETIAP AWAL BULAN.
dan ada tempoh tenang selama 15hari.
dari 1-15hb..  ada interest yang dikenakan.. Tapi tak banyak.
selepas 15hb..  barulah dikira late payment.
Interest pula lebih tinggi berbanding dari 1-15hb tu..

Kemudian setiap 15hb..bank akan hantar satu report kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk rekod loan kita..



Perhatikan jadual kat atas ni..  (sumber google..ezypayment kalau tak salah)..
Bank 1 pada bulan June - 1, July -2..
itu bermakna pada bulan June tunggakan satu bulan.. July 2 bulan..  berterusan sampai bulan February..

Itulah rekod pembayaran kita..
Dan rekod ini hanya akan clear selepas setahun pembayaran tu cantik..  0 = tiada tunggakan..  bagus..

Jadi kalau lah kata ada tunggakan yang banyak sampai 3 bulan pada Disember 2006.. kalau lepas tu clear semua..  Disember 2007 baru lah rekod tak cantik tu dissapear.

Saya ada tanya bank...  berapa teruk rekod tu akan di tolak permohonan oleh bank?

Ini pendapat dia selaku org yang uruskan pinjaman bank.
Katanya
Kalau satu bulan biasanya pihak bank masih okay...
Kalau dua bulan..  masih consider 50-50..  dan sekiranya kita shoot loan 90%.. percent tu akan reduce maybe 60-70% je..
Kalau 3 bulan tunggakan..  maksudnya ada no 3 dalam jadual tu..  bank akan reject terus

lebih2 lagi kalau banyak rekodnya.. tetiap bulan ke...


Ada lagi satu cara nak clearkan..  Settlekan keseluruhan pinjaman..  Automatik rekod clear..



Ok..  apa efeknya kalau kita submit loan tanpa tahu kita ada BAD RECORD..
Contohnya..
apply loan..  loan pula join application..  husband and wife. Husband jadi main applicator..  wife adjoining je... (tanggung jawab tu kan di bahu lelaki..kehkehkeh)

Bank check..  wife clear..  husband sangkut sbb CCRIS....
 bank automatic akan tolak permohonan tadi. Dan akan cuba continue dgn nama wife je..  Tapi secara automatic percentage wife terjejas..  wifenya cuma lepas 80% sahaja.. Sebab kata bank 'YOUR HUSBAND ADA BAD RECORD PAYMENT'
bila 80% je.. kene prepare lagi 25% dari harga rumah dalam bentuk CASH...
omak kau.. kaya betul la kan..
kalau rumah berharga 300k..  25% = 75k..  walawehh..  ni jual segala harta benda pun belum tentu ado..
tak tau lah kalau ada orang yang KAYA kann... saya tak kaya..  saya org susah..
saya bermula dengan 0..

Ada bank yang boleh consider tutup mata anggap suami tak apply bersama dulu..
Dapatlah wife loan mcm yang dikehendaki..
Tapi bila nak buh nama BERSAMA dalam SnP, xdapat.  SEBAB?

SEBAB nama SUAMI DIA CCRIS...  Bank dah tahu..  jadi kalau letak juga nama bersama.. bank akan tolak.. ini bukan semua bank.. tapi dgn jarak masa yang singkat..  mmg tak sempat dah nak cari2 bank mana yang boleh offer dgn baik. (kene tengok juga interest yang di offer tu negatif berapa..  penting tu)

kenapa nak letak nama bersama?
Sebab kalau takde nama dalam SnP.. tak boleh keluarkan duit dari akaun 2 KWSP utk pembayaran 10%deposit tu...
Bila tak boleh keluarkan..
segala cash yg ada di tangan tu kene lah digunakan untuk tampung perbelanjaan nak bayar deposit tu.
Habislah budget utk mendeko2 rumah kita nnti sbb kita dah guna utk tampung deposit
Pestu duit KWSP bukan boleh keluarkan untuk buat kitchen cabinet..  haha..
Ada yang sampai kena pinjam mak pak duit tabung haji sementara nak buleh keluarkan duit KWSP..  kerana kes2 emergency mcm nilah..  



Nampak tak kesan buruknya?


Memang later on boleh buat sekali lagi SnP masukkan nama suami after rekod dah clear..
TAPIII nak kena keluar duit lagi untuk bayar lawyer..
bukan murah2 ye.  lawyer je dah 6-7 ribu..  siap jelah..



Akaun 2 KWSP bukan banyak mana pun..
jadi berapa jelah boleh digunakan..

Kalau kes sangkut buat loan..  lagi2 loan mcm ni..
Orang otomatik boleh agak ape sebabnya
Tak payah cerita pun orang tau apa sebabnya...
Sebab bank takkan simply tolak permohonan kita
Lainlah beli second house ke..
Atau apply personal loan ke..

Kalau baru first time nak buat loan..
tak lepas..
Jadi jangan main tuduh2 la orang jaja cerita 
kannn
Fitnah namanya tuh...



Jadi hati-hatilah untuk buat loan.

Kalau kata die bayar cantik sekalipun..
Tapi big amaun..
Komitmen tinggi
Nanti kita nak loan utk diri sendiri tak lepas sbb komitmen tinggi
Skang nak apply loan rumah makin susah
Tenure dipendekkan jadi 35 tahun je
lagiiilah susah lepas..



Tapi skang kan kecoh plak PTPTN nak link dgn BNM kan..  mmg otomatik ramaila yg sangkut CCRIS..  haha..  hopefully kalau betul la dilaksanakan..  adalah cloumn remarks ke..  ape ke utk menunjukkan ianya adalah PTPTN.. hehehhehe

tpi masa kecoh2 haritu..  saya mmg urut dada..lega sikit..  sbb loan rumah saya dah pun LULUS..  mmg ada hikmah la terkejar2 haritu.
Ha..  jangan salah sangka pula ya..  saya bayar tau PTPTN..kalau saya HUTANG saya BAYAR tauuuuuuu
potongan gaji tru LHDN lagi,
Yabang pun bayar tau..
bulan2 rm500 tauuuuu
(tu yg tak mampu nak bermewah2..  huhuhu.. nanges)

tappii..  sbb dulu masa PTPTN susah nak buat bayaran balik
Tak macam sekarang on9 transfer boleh
atm boleh
kiosk boleh
Maka kami ada tunggakan adalah rm4k sorang
dua dah rm8k..
mmg nan hado lah nak bayar lump sum
marilah bayar ansuran berjemaah
belajor dah tinggi
ginilah ropenya
tanah air ku yang tercinta...






diluluskan oleh :
lembaga penapisan blog filem

Monday, August 26, 2013

Pembelian Rumah Sub Sales

rumah sub sales = rumah yang beli dari tgn owner selain developer..  itu yang saya faham lah =p


Ini adalah flow ringkas tentang cara nak beli rumah sub sales..  sbb caranya tak sama mcm beli rumah dari developer... untuk dikongsi bersama.  mana tahu beri faedah utk semua.



Kalau kata anda tengah cari rumah untuk dibeli.  Rumah tu pulak jumpelah satu rumah.  Owner nak jual.
Biasanya melalui agent lah.

1) Sebelum bayar booking pada agent.  Sila pastikan anda bebas dari CTOS mahupun CCRIS..  Kena make sure.  Sbb kalau sangkut sekali je..  dia akan drag banyak benda. Saya akan buat entry tentang CCRIS..  CTOS ni black list terus..  CCRIS ni adlaah bad record.  Dua2 pun pengaruhi kelayakan utk buat pinjaman.

2) Make sure anda ada 15% cash dari harga rumah untuk buat pembayaran.  10% adalah duit muka rumah.  Sebab loan maximum 90% je.  5% lagi utk bayar SnP aggrement dgn lawyer. Legal fees dgn bank boleh apply sekali dgn loan.  Dan termasuklah item2 lain seperti nak repair apa2 yang patut pada rumah tersebut.
Contoh : Pinjaman perumahan saya untuk rumah berharga RM250k.  90% = RM225k.  MRTT (insurans) dan legal fees serta stamp duty = RM18k.  Menjadikan percent loan saya = 97%.

3) Kalau dah ada kelayakan di atas.  Boleh lah bayar booking pada agent.  Samada 2 @ 3%.  saya pilih bayar 3%..  ada pro and cont nya.. Macam saya harituh.. cepat2 place deposit sbb rumah yang saya nak beli tu selling like hot cakes.. mmg berebut gak la.  hari ni jumpe utk tanya pasal payment dll (sebab takde pengalaman kan). esoknya jumpe lagi utk bayar booking.
Saya bayar 3%.  Sebab?..  sekiranya owner langgar perjanjian dalam booking fee tu..  Dia kena bayar double dari keseluruhan harga booking.
Contoh : rumah berharga RM250k.  3% = RM7.5k.  kalau owner langgar perjanjian.  Dia kena bayar RM7.5k x 2=RM15k.  separuh dari RM7.5k yang pertama saya kena beri pula pada agent sbg fees dia.
Jadi lebih banyak kita bayar, lebih bagus utk elakkan kerugian.  Tapi make sure kita isi exception di pihak kita.  Ada ya ruangan utk tu.  Contohnya saya letak disitu, agreement ni valid kalau saya lulus 90% loan sahaja (manalah tahu tak lulus kan)..  Lepas tu saya letak withdraw certain amaun dari KWSP.
Tapii.. kalau kata kita yang batalkan tanpa ada exception yang berkaitan..  Deposit hangus ya..  sangat2 bahaya..  bukan sikit2 amaun juga tu..


4) Once bayar booking..  Semua documentation sekurang2nya di pihak kita MESTI settle dalam masa 21hari (termasuk cuti).  Ini termasuklah loan..  dan sign SnP.
Loan boleh minta agent uruskan.  Macam saya.. saya listkan siap2 apa bank yang saya prefer..  dan yang lain2 bank tu saya serahkan pada agent.  Sbb biasanya agent ni dah ada kaki which one yang senang lulus dsb.  Masa nak submit loan make sure dah siapkan document asas seperti di bawah :-
    - salinan I/C
    - bank statement 3 bulan terakhir (akaun bank yang masuk gaji)
    - EA form
    - Penyata KWSP
    - Pay slip


5) Kemudian bila loan bank dah lulus.  Boleh lah sign SnP bagi kedua2 pihak.  Ingat..  ini semua kene settle dalam masa 21 hari.  (that's y saya terkejar2 haritu.  mmg penat.  lagi2 kalau ada masalah itu ini dan org bukan nak tolong tapi menambah kan lagi kekusutan)..

6) Kemudian lawyer dan owner sebelah sana mesti siapkan hal2 berkaitan mcm tukar nama pada title, bank yang kita buat loan tu mesti serahkan Loan Agreement pada pihak lawyer utk tujuan signing S&P dll..  dansemua tu mesti settle dalam masa 30hari.
Masa ni dah nak kena bayar pada lawyer SnP fees.  Ini biasanya fix.  kalau pembelian rumah pertama ada diskaun.  Islamic loan juga ada diskaun.  Jadi mcm rumah harga 250k ni..  kene bayar dalam 5-6 ribu utk SnP fees.  Legal fees tadi dah masuk loan kan..  =)

7) Dalam masa 90hari dari tarikh SnP sign..  atau 3+1 (month)...  kita akan dapat kunci.  Bolehlah pindah.  Itupun kalau rumah okay dah.  kalau tak..kenalah repair2 apa yg patut.



Bila nak mula bayar loan?..  biasanya let say semua dah settle..  kene bayar loan 2 minggu sebelum dapat kunci atau bulan yang kita dijadualkan dapat kunci.  Jadi please spare +-2bulan duit sewa rumah dan duit nak bayar loan.


itulah cara ringkasnya..


Ingat ya..  kita boleh keluarkan duit KWSP hanya selepas sign SnP..  dan nama MESTI ada dalam SnP utk yang nak keluarkan duit tu.

duit pula hanya dalam acc 2 sahaja..


Jadi kalau tak buleh buh nama dalam SnP..  katalah salah seorang pasangan kita kena CCRIS ke..  CTOS ke..  jangan lah nama dia buh sekali masa nak apply loan..  once bank dapat tahu..  mmg sampai ke sudah tak boleh guna nama dia utk apa2 pun..  yang tu say aterangkankemudian.


harap dapat memberi manfaat..  =)

Beli rumah Sub sales mmg perlukan cash yang banyak dan SEGERA..  Bukan mcm kita beli dgn developer.  Booking rendah..  Segala toknenek fees dah di absorb.  Pelan pembayaran rumah juga berbeza.
Tapi skang rumah makin mahal..  Beli rumah dengan developer takde 300k mimpi jela..



Alhamdulillah..  saya sekarang dah pun memiliki rumah sendiri. beli subsales juga. =)

Dan akibat tak semak betul2 dan masalah orang ke 3...   semua impian atas rumah tu hampir musnah.
Jadi nanti pindah rumah duduk jela rumah kosong.  Segala budget untuk kitchen kabinet ke..  plaster ceiling ke.. extend rumah ke.. GONE..  tapi apa boleh buat..  cakap lebih nnti katanya saya menjaja cerita..
Lagipun inilah risiko nya.. cash mmg kena ada backup.  Kalau tak, berlaku kes2 emergency..  mmg tak boleh nak backup. Kecuali dapat owner yang memahami dan betul2 baik hati.






Sesungguhnya cerita tentang pembelian rumah ini adalah untuk perkongsian SEMUA..  tiada kaitan dengan orang perseorangan atau berkumpulan. Yang tak ada kena mengena jangan sibuk merempan.







Friday, August 23, 2013

Perbualan pagi tadi anak beranak

Ummi : Sufiyyah.. bangun..  dah pagi dah..  jom pergi school

Sufiyyah : (susah payah buka mata...celik je sikit nampak ummi terus senyum pastu pejam balik sambil tangan sebelah duk meraba merata)

Ummi : ee..  apa seluk2 ni..  hihi..  notty ni..

Sufiyyah : hehehhee

Ummi : jom pergi school..  kenapa sufiyyah tido dalam bilik ummi malam tadi..  kenapa tak tidur dalam bilik sufiyyah?

Sufiyyah : (baru bukak mata besar2) Ummi..  ni bilik siapa?

Ummi : ini kan bilik Ummi..

Sufiyyah : Oooo..  bilik Ummi..  bukan bilik Popia?

Ummi : bukan...  Malam tadi sufiyyah datang tidur sini.  Kenapa sufiyyah tak tidur bilik sufiyyah?

Sufiyyah : Nak Ummi.... ummi.. ni bantal siapa?..

Ummi : ini bantal ummi ayah..  sufiyyah semalam datang tak bawak bantal..

Suifyyah : ini adik (sambil gosok perut ummi)

Ummi : iye..  sufiyyah sayang adik?

Sufiyyah : (angguk)..  adik gerak2..  (sambil sneyum simpul)

Ummi : (senyum) dah jom mandi..

Sufiyyah : tak nak mandi..

Ummi : ish..  mandilah.. ni pakai baju petang semalam ni.. busyuk la.. Semalam balik dari pasar malam terus tidur... ingat?

Sufiyyah : mandi dengan ayah...

Ummi : ok..pergi mandi dengan ayah..




Kesnya..  malam tadi..  bawak pergi pasar malam..  saje bawak sufiyyah jalan2..  belajar handle situation dalamkeadaaan crowded since die macam ada depression sikit kalau duduk dalam org ramai sangat.

Pastu baru masuk kereta..  mintak baring atas riba..  tepuk sikit terussss tidur sampai lah pukul 1.30 pagi.

Itu mesti kes tengahari tak tidur..  belum apa2 dah tidur..

Pukul 1.30 pagi tadi..  mintak susu.  buatkan susu sebotol penuh sbb tahu die tak dinner.
Lepas tu nampak bulat je mata dia.. Pinggang saya dah sakit sebab tertidur depan TV (bukan senang nak berkepit2 dgn yabang dpn TV skang..  semalam mek sufiyyah tidur awal merasa la berkepit2 berdua)


Ummi : Sufiyyah.. ummi ngantuk la.. ummi nak tidur dalam bilik ummi..  sufiyyah nak tidur dengan ummi tak?

Sufiyyah : (geleng laju2)

Ummi : Habistu...  sufiyyah nak tengok TV dengan ayah?

Sufiyyah : (angguk)

Ummi : ok..  tengok TV dengan ayah..  nanti kalau nak Ummi, cari Ummi dalam bilik tau

Sufiyyah : (angguk)


Semalam rasa die bagus sangat..  mood ceria betul

Tak kesah nak melepak tgk TV ayah je teman (walhal ayahnya tido berdengkur2 dah)
Pastu bangun pagi tadi ceria betul takde aksi nangis2 nak dukung..  nak ummi..




Alahai anak..  cepat betul kamu besar.. Terasa ada sifat 'kakak' tu..  Ambil berat..
Dengan petahnya bercakap
Ummi sayang kamu..




Related Posts with Thumbnails