Thursday, March 6, 2014

Resipi : Donut Ball

First time buat masa Lyn dan Zahid serta baby aleya datang berkunjung ke rumah.

Kemudian saya buat lagi masa kenduri aqiqah Umar..


Resipinya mudah.

saya ambil di blog mamasya


Jadi tak nak derhaka lebih2..  follow je..  insyaAllah menjadi.  =)

Donut Mudah 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) - kalau but lebih kecil.  dapat la almost 100 biji per adunan tau
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku -sekitar 40celcius
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) - saya guna cuma 3 sudu je
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 

Cara-cara 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 




Resipi ni mmg guna banyak minyak.  dan banyak tepung sbb memang melekat2 dengan tangan..  tapi mmg gebu..  dah sejuk pun gebu..  =)

kalau buat masa cuaca panas..  mmg menjadi insyaAllah..  yis tu akan berbuih2 dengan riangnye..  dan suhu air pun kene jaga juga  =).. itu saya baca petua kat mana ntah


ini hasilnya di rack kedua..
yang ni kurang gebu sikit sbb saya buat malam hari dan saya separa goreng malam tu sebelum tidur..  pagi tu saya goreng lagi..  kalau buat sekali goreng je mmg menjadi habis..




2 comments:

Aryana Qaseh said...

thankz umi nik.. nnt trip holiday buatkn ye.. ehehehehe..

attyfir said...

adui..lapo tengok donut nie.rasa nk terkam je tgk pic

Related Posts with Thumbnails