Im not sure semalam Sufiyyah tidur pukul berapa or langsung tak tidur
Yang pastinya pagi tadi masa saya bangun sahur die pun tercongok siap senyum2
macam segar macam tak tidur je budak ni
biar betul
umar pun sama.. elok je saya nak suap nasi masuk mulut
die pun bangun
adoii.
satu apa pun tak jadi pagi tadi
nak siapkan utk berbuka pun tak sempat
petang ni redha jerlah ape yang ada
Nasib baik yabang dah tak de memilih sangat
Paham gaknye kita sama2 touch down rumah time serupa
nak layan anak2
nak layan dia
nak masak
semalam pumping alhamdulillah...
dah kembali normal produce
siap ada lebih
=)
ada yang 2nd day Ramadhan dah tanya saya.
katanya susu drop during ramadhan.
Masa sufiyyah dulu pun susu saya during ramadhan takdelah drop gila2.
ada drop tapi sekadar 1 oz mcm tu je
tak cuak la.. sbb frozen ebm pun banyak masa tu
Masa umar.. bila drop during ramadhan.. dia pun kena nursing strike.. jadi agak lega disitu sambil boleh fokus untuk up kan balik producing susu
Konsep asas jangan lupa...
1- Supply on demand bila susu sikit. cepat2 check.. adakah kita pumping dengan disiplin? timing yang sama? Adakah kita mengosongkan breast tiap kali pumping? Berapa kali kita pumping sehari?
Lebihkan kekerapan mengosongkan breast. Itu akan menghantar signal pada otak bahawa susu perlu dihasilkan lebih lagi. JANGAN MALAS.... Saya masih ingat ada seorang ibu tu kekurangan stok. Katanya... "nik bolehla... nik sempat pump dan buat stok masa pantang kan.. saya tak sempat. baby menyusu kuat".. sorry to say.. awaklah yang gagal. Gagal urus masa. gagal create demand. Gagal utk berusaha. Peringatan juga utk saya supaya jangan malas. Mesti rajin untuk lengkapkan misi penyusuan 2 tahun penuh. Bangun tengah malam kalau perlu sebab masa tengah malam tu hormon oxytocin dirembeskan. hormon yang merangsagn pengeluaran susu. Jadi stimulate lah banyak2. Tandem nursing dengan pump jika perlu.. saya sendiri tandem nursing masa dalam pantang.
2- Pemakanan seimbang. Tak perlu supplement mahal2. Tak ada gunanya kalau supplement beratus tapi pemakanan tak seimbang. Makan fast food je semata. Lebihkan pemakanan yang boost susu secara semula jadi seperti jantung pisang, lobak putih, sawi batang putih... Dah ambil semua tu.. baru tambah lagi extra yang natural2 seperti habbatussauda (jintan hitam), macam saya vco (virgin coconut oil). Minum susu. Makan yang berunsurkan gandum like horlicks. See.. semua tu murah je. yang biasa2 kita minum. Kalau biasa minum neskepe.. tukar minum horlick.. agaknya malam sebelum tu kan berbuka asam pedas saya buh halba banyak nak suruh rasa kaw punye.. haha
3- Mind Set.. Susu ibu itu unik. diciptakan berbeza mengikut keperluan dan amalan ibu serta anak. Jangan nak compare2 susu dengan ibu lain. Ibu ni dapat hasilkan 100oz sehari. sebab anak die minum 100 oz.. Ibu ini hasilkan 10 oz sehari. dah anak die cukup dengan 10oz. Lapar dan dahaga ni manusia ke yang buat?.. baby tu buat2 sendiri?.. tidak bukan.. Allah yang beri kita sense of lapar dan dahaga. Jadi allah tetapkan dah. budak tu minum 4oz je.. tak payah nak cakap "awak bolehla.. anak awak menyusu sikit je. saya ni anak menyusu banyaaakk".. lengkapkan ilmu dalam dada tentang keperluan bayi. Jangan sedap mulut cakap kat orang. Mind set tu penting ye.. Aku sentiasa banyak susu. Susu insyaAllah mencukupi. set dalam kepala macam tu..... Pernah alami?.. hari ni dapat pump susu utk 2x minum ni. sekali masa amik anak.. pengasuh cakap harini anak tidur je.. minum 2x je.. nampak?.. Allah aturan tu cantik sangat. Saya selalu kena gini. Tidak guna ada susu sampai melimpah2 keluar dari deep freezer. Sampai membazir2. Ada ibu yang boleh survive tanpa stock frozen langsung.. elok je.. Saya sendiri takde beli deep freezer. Asalnya tak mampu.. pastu lepas tengok banyak pembaziran zaman sufiyyah dulu.. saya realize.. tak perlu pun.. kalau ada ianya satu bonus. x ada pun x apa..
4 - dah nampak tiga usaha di atas? Kemudian baru DOA.. berdoalah.. masa mula mengepam, saya sentiasa amalkan doa seperti ini.. its not the best doa.. but it came deep inside my heart..
"Ya Allah, kau murahkanlah rezeki anak-anak ku, kau kurniakanlah susu yang mencukupi buat mereka. Kau jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah, yang mendengar kata, yang taat pada perintahmu"
dah buat semua2 tu.. tapi masih takde susu? Yakinlah pada ketentuan Allah,. Allah yang menentukan rezeki setiap anak.
Amalan saya?
saya pump macam biasa
take me 3 days utk biasakan dengan jadual pumping baru.
Masa bagun je tidur nak prepare utk sahur.. saya siap2 telan 2 biji vcoa, 2 biji habbatussada.. dua2 ni bersifat antioxcidant. bagus ambil ketika perut kosong.
Makan nasi atau apa2 yang mengenyangkan.. Makan sayur.. makan protein. Minum susu segelas, air masak 2 gelas. Kurma 2 biji.
Alhamdulillah. buat masa ni bekalan masih stabil. Harap terus stabil sampai sudah la kan =)
dan heyy.. saya baru perasan. dah dekat 2 minggu atau lebih sufiyyah dah tak minum susu 'T'.. paling kuat pun pegang2 je lepas rindu,..
katanya dia dah besar..
Ummi so proud of you sufiyyah...
Love you so much my lil princess.. =)
Sekian entry bebel...
2 comments:
sufiyah pun dh fhm dia dh besar!...great!
Ooooo...
Ingatkan pumping iron kat gym tadi...
hehe
Post a Comment