Tuesday, March 10, 2015

Warm up...

dah lama tak blogging..
sangat lama

at first..  saya nak tutup sahaja blog ini.
Satu asbab utamanya..
sebab dulu entry banyak pula yang tayang aurat
tayang kaki
tayang lengan
(jika ada yang nampak gambar-gambar saya yang tertayang itu..mohon whatsapp 0123857747..  saya akan kenang jasamu hingga akhirat kerana menutup setiap satau aib saya)

sekarang sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat
umur sudah nak jejak 3series.
Sampai bila betul x.  tapi tiada istilah terlambat

Tapi bila melihat entry yang dulu2.

Oh..  saya rasa ianya satu kenangan.  catitan hidup yang begitu bermakna.  Mungkin kini saya kurang mencatit.  Banyak masa saya habiskan dengan anak-anak, dengan keluarga.  Malah kebanyakan 'update' juga saya war-warkan di FB dan instagram sahaja.

Mungkin juga berpatah hati dengan dunia blogging.  Mungkin juga saya sedang tercari-cari arah tuju yang baru.



Suami dan saya sekarang sedang menanti kelahiran ahli baru lagi..  haha..  ya..  lagi.  =)

Umar Mukhtar sedang melasak dengan jaya nya.  Parut dan lebam itu biasa.  Memanjat adalah hobi terbaru.  Apa sahaja yang boleh dipanjat pasti ada Umar.

Sufiyyah Humairah semakin excellent di sekolah PASTI.  Ada sahaja zikir dan doa yang meniti di bibir.  Sudah mula saya terapkan tentang 'malu', 'aurat', dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Bayi kecil dalam rahim ini jugak tidak ketinggalan.  Hari-hari 'terhantuk' dengan kakak dan abangnya.  Seorang menyondol dari dalam, seorang lagi dari luar.



Mungkin lepas ni masih ada entry.  Tapi mungkin tidak sekerap dulu.  Saya cuba..  yang terbaik pastinya insyaAllah..  =) tak berani berjanji.  kelak takut dimungkiri.  cuma blogwalking masih lagi berjalan seperti biasa.  Mungkin sudah jadi habit  =)



Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar







1 comment:

suezen said...

..Allah....terkesannn sgt dihati nik...bc entry ni..

Related Posts with Thumbnails