Sunday, March 31, 2013

Rezeki ketentuan Allah

Rezeki tu Allah dah sediakan bagi setiap hidupan di dunia ni

Baik semut
Baik Pokok
Baik manusia
baik tua
baik muda

pada kita nak usaha.
pada kita mcm mana nak belanja / gunakan

rezeki melihat tu pun rezeki



ada org duk merungut tak dapat anak lagi
secara tak langsung mcm menyalahkan takdir
sbb allah yang takdirkan
Allah yang beri rezeki (anak)
ye.mungkin org kata aku tak rasa aku boleh la cakap

tapi cuba tanya ustaz2
kalau ko dah usaha
dah segala mcm cara dah ko cuba
akhirnya apa?
bukan tawakal
jadi serah pada allah



aku akui..
dulu pun aku ada gak mis conception
oo...tak patut


tapi allah dah tetapkan rezeki
bagi setiap hidupan di bumi ni

masa belum dapat baby no.2 ni

aku dah berkira2
gaji aku dan yabang mungkin short banyak jugak la..
paling obvious tang nak membayar baby sitter..  skang koman2 sorang anak je dah rm300...
mana nakcekau
bukan duit turun dari langit..

maksudnya aku kena bersedia utk kerja keras
kena la cari income lebih sikit
oh..dalma otak dah siap dgn planning (plan je..  yg bagi keizinan tu kan allah)

elok aku tgh melayan mabuk2
alhamdulillah..  both of us dapat naik gaji..
which is quite ok.. ada la..
cukup la nak tampung anak no.2
Alhamdulillah..syukur sangat2

siapa nak bagi?
Allah ..

bukan bos kita yg bagi
bukan kerajaan yg bagi
bukan

Allah yang bagi
yang ditengah2 tu perantara je


Jadi marilah sama2 kita muhasabah diri
setiap apa yg berlaku adalah ketentuan Allah
Kita bukan siapa2 utk menentukannya


Wallahualam

Thursday, March 28, 2013

Adab tinggal dengan ibu bapa.


Saya mungkin bukan orang yang sesuai utk bercerita hal ini.

Kerana saya awal2 kahwin..hari pertama kahwin saya memang dah duduk di rumah sewa.
Walau semalaman pun tidak tidur di sana kecuali pada malam kahwin. Satu malam disetiap pihak.

Alasan saya satu sahaja.
Saya tak nak mulakan hidup saya dalam alam perkahwinan dgn tinggal bersama mertua.
Mahupun ibu bapa saya.
Sebab pada pendapat saya..  sekali dah masuk..  Belum tentu semudah 1 2 3 nak keluar.
Bimbang ada yang mengguris hati.
Jadi bak org biasa2 ni bercakap.
Apa2 pun jangan di ajar.
Nanti terbiasa susah.


Tapi saya tidak lah langsung menidakkan utk tinggal di rumah ibu bapa.
Bagus juga.
Kerana sekurang2nya ada orang yang menengok2 orang tua kita.
Siapa lagi nak jaga ibu bapa kita kalau bukan kita snediri..
Jadi sekurang2nya dengan kehadiran kita dapat la menemani ibu bapa kita
tidaklah mereka ras asunyi.
Anak dah la tak ramai mana
Dah kawin semua bawak diri
Tinggallah dua orang terkontang-kanting



Tapi bila tinggal dengan orang tua ni.
ada adab yang perlu di jaga..

Mak saya pesan..  dan org2 tua pesan

Kalau makan apa2 jangan lupa offer..  kadnag mereka bukan teringin sangat pun
Cuma itulah adabnya
Kalau boleh suakan pada mereka dahulu.
Baru anak2...Baru diri sendiri


Kalau makan di luar tu
tanya lah kot2 mereka nak makan apa2..  tapau sikit bawa pulang

Jangan pula mentang2 duduk di rumah mentua
Langsung tak hulur duit belanja.
Pikirla sikit
Duduk dah la free tak perlu bayar sewa rumah
Api air
Makanan di dapur
kalau anak2 mak ayah yang jaga
Hulur la..pikir sikit kalau hantar BS pun sorang dah rm300..
Jangan main lepas tangan
Semak balik
bil api rm500..
hulur la barang seratus..
barang dapur bulan2 je kurang2 rm300
hulur la barang seratus dua..
bila duduk dgn mak ayah ni.
patutnya kita yang tanggung dia
tanggung takat mampu
Bukan duduk rumah dia sekadar nak jimat dan berpoya2
Niat tu kena betul
Balik makan minum dan tersedia.
Tak perlu kocoh2 mana nak masak
mana nak kemas rumah
nak tengok anak lagi.
Tenaga tu siapa nak bayar?


Kalau nak keluar berjalan hujung minggu ke..
Nak balik rumah keluarga satu lagi ke
Pastikan rumah yang kita nak tinggal tu semua dah settle
Bukan settle kan kain baju kita je.
Kurang2 sapu laman
Kurang2 basuh sidai kain
Pikir sikit
Langsir tu nak kena gak basuh
Tingkap nak kena gak bersihkan
Kalau bukan kita nak buat
siapa?
Mak ayah kita
Jadinya tinggal dengan mereka bukan kurangkan beban ada org tgk2 kan
Kita pulak jadi beban
Siap bawak pakej tambahan sorang lagi (isteri/suami)




Saya mungkin bukan orang yang sesuai utk berkata2
Tapi saya juga melihat dan mendengar
Melihat apa yang berlaku
dan mendengar apa yang di adu
Cuma tak ada kekuatan nak bersuara menegur

Sebab siapalah saya...
Saya pun buat salah juga.
Tidaklah perfect 100%



Saya selalu pikir macam ni
Kalau lah kata saya kena tinggal dengan mak ayah..
Maka pikirlah sekurang2nya perkara wajib di bawah
Sewa bilik - RM200
Api + Air = RM50
Makan minum = RM300

Situ je kurang2 RM550...

perbelanjaan sebenar kalau duduk sendiri

Sewa rumah = RM600
Api + Air + Maintainance (saya duk flat kan) = RM150
Makan Minum = RM500 (barang basah hari+ barang kering...sekali pergi pasar beli barang basah koman2 rm20..barang sekarang mahal mencekik2)

jadi kira2 sekitar RM1,250

banyak bukan amaun tu...
jadi kalau nak hulur RM600 sebulan kat mak.. kira jimat dah separuh dari perbelanjaan.

Kalau mak jagakan anak..  jimat lagi rm300 utk sorang anak...

jimat bukan?


kalau nak cerita bab jimat la..

Belum lagi cerita bab mak tolong masakkan makan malam
Mak tolong sapu kan rumah
Angkat kan kain kalau hari hujan

Belum lagi cerita pahala kita dpaat tolong jagakan mak ayah..




Saya?
Saya tak duduk rumah mak saya sbb rumah tu tak sesuai utk menampung dua keluarga..  Saya ada adik perempuan yang perlu dijaga auratnya.
Maka tinggal bersama bukan penyelesaian.
Kadang nak balik lama2 2 3 malam pun saya segan
Sbb rumah mak saya rumah teres ja.
Dan saya masih ada adik2 perempuan dan adik lelaki yang tinggal bersama mak saya
Dan mak saya sendiri pun suruh cari penghidupan sendiri

Settle

Saya tak tinggal di rumah mertua saya.
Sebab dalam rumah tu masih ada adik lelaki (masa tu belum berkahwin). dan abang suami saya.
Malah abang kedua yang dah berkahwin dan ada 3 anak pun tinggal di rumah yang sama.
Too many family in one house agak sukar. Mana nak jaga aurat.  Mana nak jaga hati.

Itupun dulu hujung minggu je duk sana.
Sekarang je dah tak. Sbb sekarang lebih susah saya nak jaga aurat dgn si kecik yang menyusu malam2 buta dan kena tidur hall (sbb adik yg bongsu dah kahwin dan duduk di sana juga..takde bilik dah)

Jadi yabang ambil keputusan duduk je dirumah sewa saya dulu sebab mmg dekat sangat nak ke rumah mertua saya.

Walaupun masa tu perit.  Gaji yaabng cuma RM1,200
Sewa rumah masa tu je dah RM500..    Tapi saya cakap (sbb demi keselesaan saya juga), saya redha duduk rumah takde perabot.  Dan saya redha gunakan duit gaji saya utk tampung penghidupan kami waktu itu.  Memang sempit..  memang susah.  Tapi alhamdulillah..perlahan2 allah mudahkan..



Yabang pernah cakap..
Kalau kata rumah mama tu tak ada orang lain duduk.
DIa nak saya taat dgn perintah dia utk tinggal di sana

Dan saya pun ada ckaap dgn yabang
kalau kita dah ada rumah sendiri nanti
dan tiada siapa jaga org tua kita
saya  harap allah izinkan ketika itu utk saya bawka mereka tinggal bersama
supaya hati saya tetap
supaya saya diberikan kelapangan hati seperti ketika saya berniat
Moga allah tak palingkan saya dari niat saya itu.











Wednesday, March 27, 2013

Monday, March 25, 2013

Jawapan kepada permasalahan saya

Ini adlaah schedule entry..
Untuk 3 bulan sudah =)





21 January
Susu tiba2 sikit.  Pump pun dapat sikit..  dapat dalam 2 oz sekali pump...
Untuk esok hari cuma dapat 2 botol je..
Maksudnya kena korek stock frozen yang tak berapa ada tu juga..
Cuma tinggal 2 row frozen stock.
Takpela..maybe saya penat sementelahan baru pulang bercuti
nak kata sebab nak period..  period tak sampai lagi..dan kalau kata period pun..  tak pernah dapat hasil seteruk ini

22 January
Susu pump makin sikit.
Wah..ini takboleh jadi..  habbatus sauda dah telan
Minum horlicks masa lunch.
Makan lagi gula2 horlicks.
Dengan harapan 'kuasa' gandum dapat membantu
Sambil tak putus berdoa
Mohon Allah tunjukkan puncanya
Susu cuma dapat 1 botol je...
sekitar 3oz...

23 January
Dapat pump pagi je
petang tu ke ada meeting membawa ke pukul 7pm..
no pumping..
Susu esoknya mmg bergantung pada susu frozen
dansusu chill yang berjimat2

24 January
Cuti Maulud Nabi.
Sufiyyah direct feed.
Kejap2 minta tukar sebelah...
dansebelah...
dan sebelah
dan sebelah
Hat gundah
Badan penat
Bila pump..
1oz puntak sampai
memang sedih dan frust.
Kenapa susu tiba2 merudum teruk..
Period belum sampai..
Nak kata sebab period..period tak juga..  Fikiran berkecamuk sangat


25 January
Site visit one whole day
No pump..
Cuma berserah
Masa tu terlintas satu perkara
Tapi letak tepi
Mungkin mainan perasaan



26 January
Suarakan pada Yabang apa yg bermain difikiran.
Yabang suruh cuba check
Malam tu singgah 7eleven..beli yang murah punya ja


27 January
Bangun pagi2..  tak rasa nak terkencing pun
Bila terasa je cepat2 check
Alhamdulillah..
Sufiyyah bakal dapat adik
saya kira2 kandungan sekitar  5 minggu.
Tapi kurang pasti sebab tak igat last period bila (maklumla.. kitorangtak expecting pun)
Jadi terjawaplah kenapa susu saya tiba2 merudum teruk
Sebab hormon saya kini
dahbertukar
badan saya sedang mempersiapkan diri utk menyambut cinta hati kami yang ke dua..
kuasa dua



28 January
Sufiyyah tak bangun malam pun untuk menyusu.. tak pasti sebab dia penat.. atau dia sebenarnya pun bersedia utk putus susu...


Tapi tuela
Sufiyyah belum putus susu lagi sekarang..
Satu2 nya susu yang dia minum cuma susu badan..
Saya ada juga biasakan sufiyyah dengan susu fresh...  Ada la dia minum buat main2..
Tapi 2 3 menjak ni say aperasan juga dia minum dengan banyak susu 'juk' tu.
Ya.saya panggil tu susu 'juk' = sejuk (boleh rujuk kamus lil sufiyyah..oh..sekarang dah tak litle sangat dah)


Saya berdoa pada Allah
Tolong lah beri saya peluang menyusukan sufiyyah
sekurang2nya hingga 2 tahun
tak dapat fully bfeed pun..  dapat waktu malam pun xpe..
sufiyyah bangun menyusu 3 - 4 kali waktu malam
dan dia tak biasa dengan susu botol

Hati saya betul2 sebak
Ini bagai ditelan mati mak..diluah mati bapak
Saya yakin 'adik' sufiyyah dapat bertolak ansur dengan kakaknya.
Dan sufiyyah anak yang baik..
Dia akan belajar menerima kehadiran adiknya

Semalam tanya sufiyyah waktu dia menyusu..
Saya tunjukkan..  sebelah sini sufiyyah punya..  sini adik punya ya......
Sufiyyah nak adik?
laju geleng kepala.
lepas tu tersenyum
.hahah  =p
sebab tak nak kongsi 'tetek' dengan adiknya..
Owh sufiyyah.. ummi sayang kamu..
tiada kurangnya..
dan ummi tahu kamu seorang yang suka mengusik ummi..
pandai =)



Wednesday, March 6, 2013

minat masing2 sanggup berhabisan

manusia ni ada mcm2..

habit dan hobby yang kadang2 bagi kita pelik

ada yang sanggup berhabisan utk melancong
tak kesah tido tempat tak selesa sangat pun..
janji melancong lawta negara org


ada yang sangup berhabisan utk keselesaan.
asal melancong nak hotel selesa je.
asal naik kereta nak selesa je
janji selesa


ada yang sanggup berhabisan atas gadget..
kata tak dak duit nih..
tiba2 keluar s4 sebiji..
kata takdak duit..tiba2 ipad 2 sebijik..


ada yg berhabisan atas kamera
pakai baju ala2 je
kereta ala2 je
tengok kamera...
amekawww..  boleh beli 2 biji viva..

ada yang jenis suka berjoli...
asal dapat joli..dia sudah sinang hati
gaji je joli
gaji je joli


ada juga yang gila barang mahal
ada yg jenis mmg kalau beli pape je mesti yg branded dan standard je
tapi ada juga jenis yang beli nak yg standard je..  tapi nampak takde tujuan
org beli mahal die pun nak gak satu
org beli kereta HONDA
die pun nak honda
org beli rim 30"...die pun 30"
orang beli kamera mahal..die pun nak mahal
org beli henpon mahal..die siap beli 2..  tak nak kalah
pun ada juga


ada yang jenis berhabisan belanja kawan
asal ada wang belanja kawan
tak dapat belanja muka monyok je mcm tak ceria
tapi kalau dapat belanja die paling seronok..
org mcm ni best kalau selalu jumpe.. 
selalu dapat belanja...hehehehehehe


ada yg jenis beli kasut handbag
murah ke mahal semua die nak beli
janji beli
semua jenis dalamkatalog mesti nak ada...
sampai terkeluar2 dari lemari


ada yang jenis asal nak pi kenduri je baju baru
mesti nak kena ada baju baru
kalau tak rasa tak lengkap
walaupun baju biasa2
tetap nak baju baru
pun ada jugak...


manusia ni mcm2 ragam dan keletah
asal dapat memenuhi minat masing2..  janji hati puas org kata

asal tak menyusahkan org lain..  silakan..  teruskan..
sbb manusia ni mmg banyak pesen dan ragam
barulah dunia berseri2







saya?  (yela.. asyik ckp pasal ragam orang je)..
saya jenis sanggup berhabisan utk melancong (tak selesa tak pe.. janji dapat tgk negara org..  walaupun terpaksa jalan kaki dan naik beca..  mahupun sewa kancil goboh)...
dan beli emas...
hehehhehheheh   yang ni biasalah org pompuan kannnn..
yabang ckp duit beli emas saya tu dah boleh buat bayar deposit rumah
saya tak kira,,  janji saya ada emas baru..  =)   =p
sbb beli emas la tak rugi.. malah menguntungkan..
emas makin naik..
besok2 nak pakai duit kita jual semua ya yang..hehehhehhe



Related Posts with Thumbnails