Saya mungkin bukan orang yang sesuai utk bercerita hal ini.
Kerana saya awal2 kahwin..hari pertama kahwin saya memang dah duduk di rumah sewa.
Walau semalaman pun tidak tidur di sana kecuali pada malam kahwin. Satu malam disetiap pihak.
Alasan saya satu sahaja.
Saya tak nak mulakan hidup saya dalam alam perkahwinan dgn tinggal bersama mertua.
Mahupun ibu bapa saya.
Sebab pada pendapat saya.. sekali dah masuk.. Belum tentu semudah 1 2 3 nak keluar.
Bimbang ada yang mengguris hati.
Jadi bak org biasa2 ni bercakap.
Apa2 pun jangan di ajar.
Nanti terbiasa susah.
Tapi saya tidak lah langsung menidakkan utk tinggal di rumah ibu bapa.
Bagus juga.
Kerana sekurang2nya ada orang yang menengok2 orang tua kita.
Siapa lagi nak jaga ibu bapa kita kalau bukan kita snediri..
Jadi sekurang2nya dengan kehadiran kita dapat la menemani ibu bapa kita
tidaklah mereka ras asunyi.
Anak dah la tak ramai mana
Dah kawin semua bawak diri
Tinggallah dua orang terkontang-kanting
Tapi bila tinggal dengan orang tua ni.
ada adab yang perlu di jaga..
Mak saya pesan.. dan org2 tua pesan
Kalau makan apa2 jangan lupa offer.. kadnag mereka bukan teringin sangat pun
Cuma itulah adabnya
Kalau boleh suakan pada mereka dahulu.
Baru anak2...Baru diri sendiri
Kalau makan di luar tu
tanya lah kot2 mereka nak makan apa2.. tapau sikit bawa pulang
Jangan pula mentang2 duduk di rumah mentua
Langsung tak hulur duit belanja.
Pikirla sikit
Duduk dah la free tak perlu bayar sewa rumah
Api air
Makanan di dapur
kalau anak2 mak ayah yang jaga
Hulur la..pikir sikit kalau hantar BS pun sorang dah rm300..
Jangan main lepas tangan
Semak balik
bil api rm500..
hulur la barang seratus..
barang dapur bulan2 je kurang2 rm300
hulur la barang seratus dua..
bila duduk dgn mak ayah ni.
patutnya kita yang tanggung dia
tanggung takat mampu
Bukan duduk rumah dia sekadar nak jimat dan berpoya2
Niat tu kena betul
Balik makan minum dan tersedia.
Tak perlu kocoh2 mana nak masak
mana nak kemas rumah
nak tengok anak lagi.
Tenaga tu siapa nak bayar?
Kalau nak keluar berjalan hujung minggu ke..
Nak balik rumah keluarga satu lagi ke
Pastikan rumah yang kita nak tinggal tu semua dah settle
Bukan settle kan kain baju kita je.
Kurang2 sapu laman
Kurang2 basuh sidai kain
Pikir sikit
Langsir tu nak kena gak basuh
Tingkap nak kena gak bersihkan
Kalau bukan kita nak buat
siapa?
Mak ayah kita
Jadinya tinggal dengan mereka bukan kurangkan beban ada org tgk2 kan
Kita pulak jadi beban
Siap bawak pakej tambahan sorang lagi (isteri/suami)
Saya mungkin bukan orang yang sesuai utk berkata2
Tapi saya juga melihat dan mendengar
Melihat apa yang berlaku
dan mendengar apa yang di adu
Cuma tak ada kekuatan nak bersuara menegur
Sebab siapalah saya...
Saya pun buat salah juga.
Tidaklah perfect 100%
Saya selalu pikir macam ni
Kalau lah kata saya kena tinggal dengan mak ayah..
Maka pikirlah sekurang2nya perkara wajib di bawah
Sewa bilik - RM200
Api + Air = RM50
Makan minum = RM300
Situ je kurang2 RM550...
perbelanjaan sebenar kalau duduk sendiri
Sewa rumah = RM600
Api + Air + Maintainance (saya duk flat kan) = RM150
Makan Minum = RM500 (barang basah hari+ barang kering...sekali pergi pasar beli barang basah koman2 rm20..barang sekarang mahal mencekik2)
jadi kira2 sekitar RM1,250
banyak bukan amaun tu...
jadi kalau nak hulur RM600 sebulan kat mak.. kira jimat dah separuh dari perbelanjaan.
Kalau mak jagakan anak.. jimat lagi rm300 utk sorang anak...
jimat bukan?
kalau nak cerita bab jimat la..
Belum lagi cerita bab mak tolong masakkan makan malam
Mak tolong sapu kan rumah
Angkat kan kain kalau hari hujan
Belum lagi cerita pahala kita dpaat tolong jagakan mak ayah..
Saya?
Saya tak duduk rumah mak saya sbb rumah tu tak sesuai utk menampung dua keluarga.. Saya ada adik perempuan yang perlu dijaga auratnya.
Maka tinggal bersama bukan penyelesaian.
Kadang nak balik lama2 2 3 malam pun saya segan
Sbb rumah mak saya rumah teres ja.
Dan saya masih ada adik2 perempuan dan adik lelaki yang tinggal bersama mak saya
Dan mak saya sendiri pun suruh cari penghidupan sendiri
Settle
Saya tak tinggal di rumah mertua saya.
Sebab dalam rumah tu masih ada adik lelaki (masa tu belum berkahwin). dan abang suami saya.
Malah abang kedua yang dah berkahwin dan ada 3 anak pun tinggal di rumah yang sama.
Too many family in one house agak sukar. Mana nak jaga aurat. Mana nak jaga hati.
Itupun dulu hujung minggu je duk sana.
Sekarang je dah tak. Sbb sekarang lebih susah saya nak jaga aurat dgn si kecik yang menyusu malam2 buta dan kena tidur hall (sbb adik yg bongsu dah kahwin dan duduk di sana juga..takde bilik dah)
Jadi yabang ambil keputusan duduk je dirumah sewa saya dulu sebab mmg dekat sangat nak ke rumah mertua saya.
Walaupun masa tu perit. Gaji yaabng cuma RM1,200
Sewa rumah masa tu je dah RM500.. Tapi saya cakap (sbb demi keselesaan saya juga), saya redha duduk rumah takde perabot. Dan saya redha gunakan duit gaji saya utk tampung penghidupan kami waktu itu. Memang sempit.. memang susah. Tapi alhamdulillah..perlahan2 allah mudahkan..
Yabang pernah cakap..
Kalau kata rumah mama tu tak ada orang lain duduk.
DIa nak saya taat dgn perintah dia utk tinggal di sana
Dan saya pun ada ckaap dgn yabang
kalau kita dah ada rumah sendiri nanti
dan tiada siapa jaga org tua kita
saya harap allah izinkan ketika itu utk saya bawka mereka tinggal bersama
supaya hati saya tetap
supaya saya diberikan kelapangan hati seperti ketika saya berniat
Moga allah tak palingkan saya dari niat saya itu.
No comments:
Post a Comment