Friday, November 8, 2013

7Eleven.. sudah 4tahun



dah 4 tahun..

terima kasih abang kerana sudi memperisterikan sayang
Menjadikan sayang suri dalam hidup abang
Dan sudi menjadi pelindung dan imam keluarga kecil kita

Dah 4 tahun dah.
Banyak suka duka kita lalui bersama
semoga setiap satunya menjadi penguat pada ikatan ini.
InsyaAllah..


Terima kasih abang
kerana menerima setiap kekurangan dalam diri ini
Kerana sentiasa berada di sisi sayang
Kerana sentiasa cuba jadi yang terbaik

Sayang tidak mengharapkan manusia yang syumul seperti Rasulullah
Tapi cukuplah ada usaha menjadi sehebat baginda
Kerana sayang juga tidak sehebat Khadijah

bajailah kasih sayang ini
Ini doa.

semoga keluarga kita
di bawah lindungan Allah
Amin.. ya rabbal alamin.


Love you sayang  =)





 (throwback memory 4years back..  zaman kurus.  oh..  kali ni berpantang saya tidak kurus kembali mcm dulu.. kena pakai girdle lebih nih..  slimming panty..come to mama..  haha)







Dan di hari ulang tahun perkahwinan kita
Kita ambil kunci rumah baru
semoga ianya menjadi permulaan yang baik
Di awal tahun Hijrah ini. Di hari ulang tahun perkahwinan kita
Dimana kita memulakan hari bersama..
Semoga pernghijrahan ini membawa kebaikan
InsyaAllah







psstt..  entry kurang berjiwa2 sangat akibat lapar (inilah akibat org ajak makan meggi di malam hari tak moh..jual mahal..haha)..  dan juga mengantuk xcukup tidur..
panjang betul discussion semalam sementelahan anak2 tido awal.
lepas bincang2.  yeah..  i really need to give away my dream..  untuk mendapatkan kitchen cabinet yang proper..  huhu..  takpe..  maybe next time.  insyaAllah..  dapur tu kan ibarat mahkota wanita.  one fine day..  insyaAllah..  insyaAllah..  ya Allah..  murahkanlah rezeki ku.  berikanlah aku kelapangan hati.



Kerana sudah Allah katakan dalam quran..  dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan..

Aku berdoa..  jika kekayaan bukan milik ku..  jadikanlah aku hamba yang dalam kecukupan.
Kebahagiaan tu kan bukan utk di nilai2 dengan harta benda. Kelapangan hati dan rasa mencukupi tu lebih berharga.

=)

4 comments:

MOMMYLIN said...

selamat ulangtahun.. wah.. 4 tahun da ye. alhamdulillah... =)

~ana~ said...

happy anniversary nik and husband..moga kekal hingga ke jannah...

Mimy Hamid said...

happy annivesary my dear fren...semoga till jannah n bahagia ye...my anni is coming too 26 nov ni tik tok tik tok

Anonymous said...

Happy Anniversary

Related Posts with Thumbnails