Kebetulan Sufiyyah pun bangun, Umar pun bangun.
Melayan anak2 sekejap. Selalunya mata ini cepat saja nak lelap
Tapi malam tadi tak nak lelap pula.
Hati gundah
Mungkin cuaca panas.
Teringat pula malam tadinya tertidur tak solat isya'. masyaAllah
Lalu bangkit mandi, dan solat isya'
saya sambung dengan amalan sunat sedikit sebelum melayan sufyyah nak tidur kembali.
Pun mata begitu sukar nak lelap
Puas saya pejamkan mata sambil mulut berzikir
Ya Allah. memang anak lah yang memberikan peluang buat ibu2 ni menambahkan amalan sunat. Berzikir. Sambil nak tidur anak mulut automatik berzikir.
Sekitar jam 5 pagi saya akhirnya terlelap sebelum yabang kejutkan solat subuh jam 6.
Biasanya saya akan check phone kalau terjaga tengah malam atau awal pagi.
Tapi malam tadi tak check
sebab bateri dah habis dan yabang terlupa charge (ya.. itu tugas dan rutin hakiki. uruskan segala gadget atau important doc. ummi ni pelupa dan careless sedikit)
Pagi ni dalam kereta, baru dapat buka msg2 whatsapp
Rupanya malam tadi jam 3, cik mengeluh kesah dalam group anak2nya
tak boleh tidur
dan rasa keseorangan.
Allah.... rasa bersalah dengan cik.
Kerana saya gagal luangkan masa dengan cik lebih kerap
walhal hati ini mungkin dah pun 'link' dengan hati cik bila saya sendiri terkebil2 sukar lelap pada jam yang sama.
mungkin keresahan hati cik semalam sampai pada saya tapi saya gagal tafsirkan.
mujurlah semalam seperti dalam doa2 saya setiap kali selesai solat fardhu.. sempat mendoakan kedua ibu bapa dan mertua saya.
kalau tak pasti lebih ralat
Seorang ibu.. mampu menjaga sepuluh anak
sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu
saya kesal
Teringat saya semalam
Saya bersedih, terlampau sedih
lalu tak dapat tampung air mata dan air mata mengalir.
Lalu saya tatap wajah sufiyyah
yakin bahawa di wajah itu adanya sumber ketenangan. Itu lah wajah ahli syurga
Kemudian sufiyyah seperti dapat merasa kesedihan itu
Di pegangnya pipi saya. sambil mengusap lembut
Kemudian dia yang melalak lebih kuat... haha.. susah berhenti pulak tu.. dah berhenti bila ditanya kenapa menangis.. katanya "iya sedih.. ayah buat..".. kasihan ayah.. ayah juga yang kena hujung2nya..
di sebalik esak tangisnya.. sempat saya menangkap butir bicaranya
"Ummi..jangan lah nangis.. iya sedih"
Allah.. begitu suci hati anak itu.
Entah2 saya dulu juga begitu waktu kecil
Merasa kesedihan cik
Tak nak cik bersedih
Mungkin dulu saya juga mengusap pipi cik
dan berkongsi tangisan .
Ralatnya ya allah.
waktu cik bersedih semalam.
saya tidak disisi cik untuk usap pipi cik
Ampunkan aku ya Allah
Weekend ni.. sempat atau tidak saya tetap nak sempatkan juga balik jenguk cik walau duduk sejam dua sahaja..
Cik.. adalah anugerah Allah buat saya
Malaikat yang menjaga saya ketika saya lemah
Benarlah kata orang
Seorang anak yang bergelar ibu
Akhirnya pasti tahu
Apakah sebenarnya perasaan seorang ibu.
cik bersama cucu dan anak2 lelaki serta menantu tak cukup sorang anak lelaki.. yg itu dah pergi kerja.. bertugas di pagi raya.. huhu |