Tuesday, February 25, 2014

semoga Alin tenang disana



Alin,
Masihkah kau ingat
Kita sama-sama mengatih basikal
Menimba ilmu
di tanah Politeknik Merlimau
Kau bergaya dengan BMX merah kau
Kita ke kelas bersama-sama
Kita tidur di bilik yang sama
Kau kesayangan pensyarah kerana bakatmu
Tapi sayang kau gugur di tengah-tengah perjuangan
Aku kecewa
sakit hati
Tapi kau tetap sahabat ku Alin


Alin,
Masih aku ingat kenakalan mu
Gaya cakap mu
Kita terpisah kerana seorang lelaki
yang bergelar suami mu kini
tapi kita ditemukan kembali
Bila mana hatiku tidak tegar membina tembok ego
Mendapat tahu kau menderita
Melawan virus kanser payu dara


Alin,
Waktu itu Haziman dan Hazimin masih kecil
Damia sedang membesar gembira
Kau bertarung hebat menentang penyakit
Luluh hati waktu aku berkunjung melawatmu
Gugur rambutmu
Cengkung wajahmu
Dan disaat kau bertarung dengan segala rawatan kanser
yang menyakiti tubuhmu
Kau sempat menghadiahkan seorang lagi cahaya mata buat suami mu
Zamil Hazim.



Alin,
Maaf alin kerana aku tidak sentiasa berada disamping mu
Maaf aku gagal melawatmu dengan lebih kerap
Maafkan aku alin
Kerana bila aku melawat mu
Aku gagal mengungkapkan kata
Maaf atas segala dosaku sepanjang perkenalan kita


Alin,
air mata ini begitu murah
gugur
bila ku melihat keadaan mu
membuatkan aku keraskan hati
tidak menjengukmu disaat-saat akhir
kerana aku tidak mahu kau melihat air mata demi air mata tumpah
aku mahu kau dilayan seperti pesakit yang akan sembuh dan bersama keluarga mu semula
betapa kesalnya aku
Maafkan aku alin




Alin,
Tenang lah dikau disana Alin,
disisi pencipta
Jangan kau khuatir akan anak2 mu
Allah telah janjikan rezeki buat mereka
tenang lah Alin
Tenanglah dikau disana
Dunia hanya persinggahan sementara
Akhirat jua yang kekal abadi

ku titipkan fatihah dan doa buatmu Alin
sahabat ku.


DSB 03..  Diploma Seni Bina, politeknik Merlimau Melaka.  Alin dalam bulatan

Dalam kenangan - Alin, Yati, Et, Aida, Saya..  yang boy tu bukanla

House-mate sem5 dan 6 PMM - yang boy tu bukanlah..  tu daus.  now jadi husband ET..
Dari atas kiri Aida, Daus, Et, Yati, Alin, Saya







Untuk pengetahuan semua
Alin mengidap barah payu dara
kemudian salah seorang dari anak kembarnya mengidap Cerebral palsy
dan anak bongsu alin baru sahaja berusia 5 bulan (sebaya umar..  kami mengandung sama2)



2 comments:

Allene said...

alfatihah.... semoga arwah tenang...

gadisBunga™ said...

alfatihah...

Related Posts with Thumbnails