Thursday, February 20, 2014

Kek Pisang Simple

kerlas kau..  kek pisang kembung atas pecah2 pun dengan konpiden tempek dekat blog...
mampuuu..

hahhah


lately kalau baking ke..  masak utk anak ke..  dah tak dan sangat2 dah nak ambil gambar.
bila nak share resipi..  alahai..  gambar kena kopi pes orang.  sangat tak best

bila berpeluang ni.. apa lagi..

simple je kali ni
tekak terasa nak makan kek
kebetulan tok wan sufiyyah bawa buah tangan pisang
gemuk2 sihat2.
pisang pulak musim2 panas ni cepat benar nak rosak nya.
sementelahan ada bahan..  anak2 pulak tidur awal malam tadi
baking sat




ha..  nampak merekah2 tu..  confident level mesti mau high..
choc cake saya selesai masalah merekah bila dapat size loyang yang sesuai
yang ni belum tau lagi ape masalah..  nanti gidek sampai jumpa

jom semak resipi


2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
2 biji telur
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 je tu pun masih manis)
1/2 cawan minyak
1.5 cawan pisang
esen pisang (saya tak letak)


Pukul telur dan gula sampai gula hancur.  Saya guna blender je senang.  tak payah susah2 keluarkan mixer
Masukkan minyak dan pisang, kacau sebati
Masukkan tepung dan kaup balikkan.
Bakar suhu 175celcius sekitar 30 minit atau sampai masak.

sejukkan..  sedia dihidang


asalnya saya nak cuba buat pisang dgn choc chip.  Tapi lupa masukkan.  Jadi permukaan kek dah start masak baru masukkan..  itu yang kejung je di atas kek..  haha.. kelakar sangat.


Bolehlah cuba..  resipi ni asalnya resipi kak Ogy Jemari Seni.  Resipi asal kek pisang kukus.  Tapi saya tak mahir lagi handle pengukus.  Jadi saya bakar.  Masih ok.  Memang resipi kek pisang simple.  =)



3 comments:

attyfir said...

merekah2 tu yg buat kty lagi terliur nik.. nampak sedap sgt tu..mesti bau pun wangi ...kempunan

Queen said...

betul tu kak ty.. nik suka betul kalau buat kek pisang ada kerak2 mcm atas ni rekah2.. yang rekah tu lah yang sodap.. haha...

yang tengah bagi anak makan.. ummi nya makan kerak.. sodaapp

Izzah Norlizah said...

Bru ja hbs wt kek pisang td.pest time wt,alhamdulillah mjdi dn sdp tp xwana kprgn sgt cm awk wt ne :)

Related Posts with Thumbnails