Monday, July 22, 2013

Home made cookies : Choc Chip Cookies Simple

Telah pun dicuba di dapur Ummi..  dan telah lulus piawaian hantu cookies mek sufiyyah.

Gambar tak ada..
Sebab?..  tangan ni tak cukup seni.
Cookies sebesar2 segabak2..  yabang kata rupa dah mcm cekodok gergasi..  hahaha


Tapi kalau ada yang nak mencuba..  inilah resipinya..

CHOC CHIP COOKIES

Bahan-bahannya
1 cawan butter (softened)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 sk sodabikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
Choc chip dan badam cincang

Kaedah

  • Pukul butter dgn gula sampai kembang
  • Ayak tepung , soda bikarbonat dan baking powder
  • Bila metega dah kembang, masukkan tepung sikit demi sikit
  • Masukkan vanilla
  • Masukkan choc chip dan badam
  • Jemput kecil2, boleh tekan pakai garfu sikit kalau nak..  kecil2 tau..kalau besar2 jadi cekodok..
  • Pre heated oven
  • Bakar pada suhu 120-150 celcius selama 10minit atau sampai bahagian bawah cookies bertukar perang.
  • Angkat dan sejukkan




Ini resipi asal dari kawan saya Fariza.  Dia mmg tak lokek ilmu.  dulu dia ajar ilmu buat choc..  
Ini cookies pula..  hehehe

Saya dah cuba..  agak manis di mulut saya.  Boleh kurangkan sukatan gula lepas ni..  dapat la dalam 1 1/2 balang tak termasuk yang dah selamat masuk mulut cookies montser tu..  hehe


Cookies ni mmg simple..  dan sedap.  ini say abuat sementara tunggu  adunan cookies Oat yang disejukkan dalam fridge.. dan sementara tunggu waktu berbuka (kebetulan berbuka di luar je semalam dgn kawan2 yabang)..   Merasa la deme cookies yang baru keluar dari oven. =P


Later cookies oat insyaAllah..  resipi ambil dari blog Mat Gebu
Tapi kalau kata tak jadi saya buat, jgn cakap Mat Gebu tipu resipi pula..haha..  die ada skill..  saya skill cabuk ada lah..  



Selamat mencuba..
dah cuba sila tayang di blog masing2 ya..
semoga ilmu yang bermanfaat ni dapat dikongsi bersama..  biar pahala tu berterusan  =)

3 comments:

uncle gedek said...

Ayak tu hapa?

Nampak sangat tak tau apa-apa..! haha

Mimy Hamid said...

rajin nya nik gigih tu walau preggy

Puan Ida said...

salam,
saya ida newbies blogger
saya baru je follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails