Monday, February 24, 2014

Selangor catu air mulai esok

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok. 
"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. 
"Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini. 

Abdul Khalid berkata, menerusi program pencatuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.
Katanya, program pencatuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di Selangor supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas berlarutan.
"Jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan kita akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya," katanya.






Nampaknya kena get ready lah tadah air sikit.  Walaupun ada tangki.  Dan insyaAllah boleh bertahan.  Tapi yelah..  mana lah tahu.  sekarang musim panas.  Sufiyyah pun kami bagi mandi selalu utk elak ruam2.


apa2 pun kita tunggu jela petang ni pengunguman kawasan mana yang terlibat.  kat opis ni pun kenalah tadah utk air nak wudhuk dan istinjak


Ya Allah..  kau turunkanlah hujan 

1 comment:

gadisBunga™ said...

takpelah bersusah-susah sikit.

kite sama-sama doa agar musim kering ni segera berakhir.. amin..

Related Posts with Thumbnails