Wednesday, February 5, 2014

Tips pindah rumah


Ada 2 3 entry kita skip bagi up entry ni dulu.


Tips pindah rumah



Alhamdulillah..
Walaupun saya punya pun agak kelamkabut masa nak pindah
Tapi rasa nak share jugaklah tips dengan orang lain
Hasil pembacaan saya dari blog2 orang lain.

Hasilnya alhamdulillah okay gak lah
Tersusun
Dan tak semak sangat lepas dah move in.
Takdelah rasa nak pindah satu hal.. dah pindah nak kemas balik satu hal
Sampaikan mak ayah saya yang datang konon nak tolong kemas boleh duduk rilek2 lepas tu. =)


ok..  jom tengok pada tips2nya

1. Make sure rumah yang korang nak pindah tu dah DONE..  takde benda2 yang tak workable.
All lightings, all power supply, semua DONE.  (mine.. ada yang tak siap.  tap kat dapur dan a bit wiring itu pun dah buat chaos sangat2).
Rumah dah siap bersih, mop, lantai, kipas, tingkap.  Semua lah pendek kata.

2. Start pack all ur belongings 3 bulan earlier.  Percayalah..  Lagi2 kalau dengan budak kecik. Mmg sukar nak berkemas.  Lebih awal lebih bagus.  Sebab kita lebih tenang dapat sort out kan benda yang tak penting dgn yang penting

3. Mulakan dengan important document.  Ramai yang hilang document waktu nak pindah ni lah.  All sijil, surat nikah, offer letter, surat beranak, agreement dll.  Letak dalam satu kotak yang mudah buka katup (means kalau nak tambah lagi senang) dan simpan di tempat yang selamat dan mudah capai.

4. Labelkan semua kotak yang di pack.  Susun ikut kategori.  Buku untuk buku, frame utk frame, perhiasan, mainan dll. 

5. Masa label jenis barang dalam kotak, tuliskan sekali lokasi baru barangan tersebut. 
Contoh : B-2 (lokasi), buku agama.   
jadi lokasinya dalam bilik (B) no.2, bendanya buku agama.

point 4 dan 5 ni penting.  Sebab nanti bila movers datang..  die tau nak angkut barang masuk lori.  lepas tu dari lori die lambak je..  so kalau kita dah tulis lokasi..  dah tulis pekebenda barang tu.  jadi mudah.  Mereka terus je letak dalam bilik2/kawasan yang kite nak tu. Sebab masa proses in and out tu..  kite takkan sempat nak belek dan pikir2.  Kena terus sup sap sup sap je.  dan lepas pindah tu kuranglah proses 'mencari'.  cari itu tak jumpe..  cari ini tak jumpe.

6. Labelkan barang2 fragile, buble wrap dan plastic wrap.  Beli je wrapper tu..  dalam rm19.90je segelung besar.  Wrap semua barang yang besar dan takut KOTOR atau ROSAK. Macam Tilam, bantal, meja, almari. Kite tak nak la kotor ke, pecah ke, calar ke.

7. Dissemble mana2 yang patut.  macam almari, katil, penyidai pun kalau boleh leraikan, leraikan, buble wrap dan plastic wrap.  Anda dapat jimatkan up to 50% dari ruang dalam lori.  Ingat tau.  lagi besar barang..  lagi besar lori nak kena guna..  lagi mahal la jawapnya.  Kalau boleh kita tak nak sampai 2 3 trip.  Cukup dengan 1 trip.  Mine, cuma guna lori 1tone satu kali trip.

8. Pastikan anda MAKAN dan ada orang yang akan siap2 TAPAU makanan/minuman.  Toksah berangan makan kat luar ke apa.  Dengan rumah tunggang langgang, dengan barang penuh sampai depan pintu, mmg takkan sempat nak makan luar.  haha




Ini jelah tips nya yang terpikir buat masa ni.


Macam kain baju tu, saya humban masuk plastic dengan hanger2.  sampai sana terus gantung je.
Tapi sistem label tu bagus la. Sebab kalau takde masa nak punggah pun, kite tau barang tu tersimpan rapi, dalam kotak, dan berlabel.  Besok2 nakguna just keluarkan dan guna.  Malah boleh stack2 kan ikut keperluan. 

Lagipun masa move out ni, mmg banyak barang yang sebenarnya layak buang dah, tapi duk simpan sbb sayang.  Jadi sediakan satu kotak kosong yang besor, dan humban tok nenek sampah dalam tu.

Memang tak selesa la duduk rumah masa nak move out ni.  Dengan anak kecik (saya lah).  Tapi saya tengok jiran sebelah pindah, sampai ke malam..  barang2 masih di luar rumah.  dengan uncategorised.  nak categorised yang tu je dah berhari. jadi saya ras akputusan utk ambil masa berbulan lamanya tu adalah keputusan yang betul.  hoho.



Jadi pada yang nak move out..  TAHNIAH dengan rumah baru..  semoga enjoy..  dan selamat semuanya.  =)




oh ya.  saya guna lori dari sini : www.zd.officialsite.my
old school mates.  okaylah.  ada option utk tak ambil pekerja.
saya ambil sorang pekerja je.  +RM60.  lorry dari kl-damansara-sungai buloh : RM200




UPDATE!

9) boleh mulakan dengan barang yang kurang penting dulu.  =)  mcm baking tools.  oven..  microwave.  books..  mainan..  dan pause la kejap keinginan/hobi korang nak membaking ke..  nak menguih ke..  nak menjahit ke..  semua simpan.. tinggalkan yang betul2 keperluan je.  Mine one.  adalah baking tools.  dan buku.  serta all frames dan gambar..  sunyi gak la hidup..  hahah

6 comments:

daela said...

Thank u nik.. sayang banyak banyak tau..berguna sangat tip2 yang diberi. bila nak pindah mcm nilah...semua x boleh nak pikir..tak tahu nak mula dari mana..at least ada juga awak dapat membantu saya... Thanks again.

suezen said...

nnt nk pindh i cn refer tthis

Shasratul Ameerah said...

Tq! Sangat membantu sbb nk pndah 2 jan.. Walaupun bkn 3 bln tp ini pn dh ckup membantu

lia said...

tips yg sgt2 membantu...walaupun saya dah nak pindah minggu depan...huh..harap2 semuanya berjalan lancar...tq!

Glamourous-Lady Team said...

Tips yg sgt berguna...next month dh nk pindah.rasanya byk sgt lg brg x pack nih.lahai dgn anak3 kecik mmg haru biru rasanya nk pack. Trm ksh tuan tanah share tips pindah rumah kt sini.tq2.

Bro Kay said...

Entry yang menarik. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

Related Posts with Thumbnails