Tuesday, March 17, 2009

Pengalaman Rumah Sewa I

Siapa yang pernah duduk rumah sewa bujang dimana kita kongsi satu rumah bersama beberapa orang kawan yang lain dan kita berkongsi peralatan dalam rumah tu? Bagi yang pernah pasti korang semua tahu kekurangan dan kelebihan dalam berkongsi rumah sewa nie. Maklumla kita berkongsi TV, peti ais, dapur, tempat menjemur baju, periuk nasi, cerek, pinggan mangkuk segalanya lah. Bila berkongsi barang nie, duduk pulak bersama, adalah adab2 nya. Lebih kurang macam adab kita dengan jiran la kan.

Sekarang ni queen nak share dengan semua pengalaman duduk rumah sewa nie. Banyak yang kontra kot..hehehehe

First time queen duduk rumah sewa ialah masa queen study di Politeknik Merlimau Melaka.

Masa tu satu rumah kongsi 6 orang. Cik queen duk bilik belakang, paling kecik, tapi ok la sebab cik queen nak tinggal sorang2. Privacy sikit. Masa tu ok la, housemate pun ok. Walaupun kitorang lain-lain course tapi saling menghormati. Cume che pae jer yang cerewet macam mak nenek..hehehe jangan marah eh Pae… tapi yang lain2 ok.. Jiran pun ok. Baik. Tapi cik queen duk umah tu cuma satu semester je. Cik queen pindah sebab tak tahan dengan kawan kepada anak jiran tu.. Maklum la..kawasan Merlimau tu kampong. Kitorang adalah first batch yang beramai-ramai duduk ‘out campus’. Jadi mamat-mamat kampong ni macam beruk dapat bunga la. Asal boleh nak mengurat. Cik Queen ambil langkah selamat, tak layan sudah. Bermusuh pun tidak, melayan pun tidak. Macam budak pekak dan bisu. Tapi rupa-rupanya itu yang lebih dibengangkan. Especially masa tu cik Queen ade kawan lelaki yang jemput dan hantar balik. Maklum la, masa study…cewah…gatai!... Mamat-mamat ni bengang sebab cik queen tak layan diorang tapi baik dgn kawan lelaki cik queen. Satu haritu, housemate cik queen yang sorang nie ade discussion kat rumah member die. Sebelum die keluar dia pesan temankan roommate die yang penakut tinggal sorang2. Masa tu cik queen de masalah dengan kawan, cik queen Tanya la die ok tak kalau cik queen kuar jap… die kata ok. Pastu cik queen siap pesan lagi, kalauade pape call la. So, dengan hati yang senang cik queen cepat2 keluar untuk selesaikan masalah tu. masa cik queen keluarm, mamat tu mengacau2. Macam biasalah cik queen buat tak tau, rupa-rupanya mereka sangat marah dan bengang…malu kot orang buat tak layan. Balik tu cik queen masuk rumah nak ambil barang. Cadang nak keluar balik becoz ade lagi nak kene settle… Masuk je rumah terus kene maki dengan kawan cik queen (yang gi discussion tu..)

“Kau ingat nie hotel ke, suka2 ko nak keluar suka2 ko nak balik..”

Aik, apsal plak nie kan… Cik queen pun bertengkar la dengan die, rupa2nyer si penakut nie pergi call roommate die sebab takut duk sorang2.. Apela bangang.

“Yang die gi call ko kenapa..call la aku..”

Pastu seperti biasa luahan hati. Kitorang nie bertengkar kuat jugakla sampai dengar kat luar. Rupa2nya mamat kat luar tu nak jadi hero, so then die pun ape lagi, gi marah la kawan lelaki cik queen yang duk tunggu kat luar rumah.. Ape lagi…diorang pulak buat filem Hindustan kat situ. Kawan cik queen kene belasah dengan helmet. Jiran2 semua sekadar tengok dari tingkap jer.. Lepas tu, cik queen memang melalak la… Yela, tak pasal2 die plak yang kene…

Lepas beberapa hari, barula kawan cik queen yang emo tu mintak maaf. Yela, ape salah kalau aku nak kuar pun..dan pasal die pergi marah2 aku, tak pasal2 kawan laki aku yang kene belasah. Teruk jugakla.

So then because of that Cik Queen pun cari rumah lain on the next semester.. Masa next semester tu, cik queen duduk rumah sewa bersama-sama dengan classmate cik queen…..

Kat rumah tu la cik queen benar-benar belajar apa itu kawan, apa itu lawan, apa itu kotor dan apa itu bersih… Memang banyak dugaan…..

Bersambung….hehehe...suspen....

3 comments:

fazemy said...

Ni kisah cinta ke kisah persahabatan Queen? Haha cnfius. papun Queen sepatutnya jaga adab la. Dah tau dok umah bujang..jgn la bg lelaki hntr dekat2 rumah. Akak dulu walau boyfren yg hantar kan..hantar kat hujung2 taman je. Malu takut jiran2 tgk.

Papun standartla dok umah bujang..byk kepala byk perangai. Tp pelik ngn bdk laki anak jiran sebelah tu. Kot2 dia minat Queen tak? Heh heh.

p/s: Queen. akak tak sure la member tu mekap cantik ke tak. sbb mmg tak tahu pun dia pandai mekap. ni no henpon dia 0173905266. ckp akak yg bagi tau. nak tanya psl mekap. pastu tanyalah dia ada fotopages ke hape nak tgk hasil mekap dia. Tu kwn sklah akak dulu. Last weekend la baru terjumpa balik. Nak kawin erhh..jgn lupa jemput tau:-)

Queen said...

aduss..kakak suda sound.betul2..masa tu darah muda..konon best jer..rasanyalah kak emy dia suka nik...
~wink~..perasan sekejap..hehehehe

orait...panggil kak emy jadik ketua majlis...hahaha

macih2...jasamu dikenang...

SHAHOLY_GURL said...

CEPAT LA CITE NIK AKU X SABAR

Related Posts with Thumbnails