ADik Dirang
Kasihan
Dulu dan kini tak sama
Dulu..
Umur 5 tahun, kita sudah disuruh ke kedai
Membeli kelapa
Membeli gula
Duit baki buat beli asam
Kulum-kulum sampai ke rumah
Sambung bermain sampai dinihari
Tiada ketakutan
Dulu
Ujian paling getir
Bila disuruh ke kedai
Adalah anjing milik jiran cina di hujung jalan
Atau Angsa milik atuk
nampak sahaja kelibat mereka
kita pun hayun langkah seribu
Beli kelapa sebiji
bertabur di tengah jalan
sampai di rumah cuma setengah biji
bersama peluh dan bebelan ibu
sambung kulum asam dan gula-gula
Kini
persekitaran sangat menakutkan
Bunuh
Tikam bertubi-tubi
di rogol
di BAKAR
di culik
dibutakan mata
diperosok ke dalam beg
Kini
Dunia semakin kejam
hilang sudah 'padang' tempat anak-anak ini bermain
Hilang sudah alam mereka yang girang
hanya kerana kurangnya kepekaan si ibu
si bapa
tentang betapa zalimnya dunia
tiada lagi pengalaman membawa senarai barangan
tiada lagi pengalaman membeli barangan runcit
Semua kerana dunia yang makin kejam
Manusia hilang pertimbangan
Hilang sifat kemanusiaan
Apa salah DIRANG?
Cuma budak seusia 5 tahun
Hiangga di bunuh kejam
Di bakar rentung
tiada lagi wajah boleh dikucup
Kejamnya dunia.
Kejamnya dunia
Kejamnya dunia
berita lanjut dalam link di bawah
DIRANG 1
DIRANG 2
DIRANG 3
6 comments:
cheqna setuju
pepun moga dirang tenang disana
dunia semakin kejam. x tau lah camne waktu zaman anak2 kite sok:(
Dunia sekarang menakutkan...Hakak paranoid.
mmg kejam..teringat dulu jalan kaki ikut jalan motor dari midvalley ke brickfields hari2 gi sekolah..tp skrg? nak ke kedai dpn rumah pun takut..huhu..
dunia semalam bukan milik anak2 kita lagi..
yer nik i dulu kecik kecik selalu je kena pegi kedai..betul betul cuma takut anjing je...sekarang dunia makin kejam..jaga la anak anak kita sebaiknya..
Post a Comment