Monday, July 30, 2012

Ramadhan 10

Today tak sahur lagi
Semalm seronok sangat akhirnya dapat juga ke ceramah UAI..
I think so many things yang bagus2 semua happens .

Sampaikan tak tau nak start dari mana  haha..
So end up tak cerita apa2..aci tak?.  =p


Ok.. seronok2 juga
Tapi sebenarnya ramai yang menderita..

Ini cerita tentang kawan saya..
Alin..
Room mate saya masa Semester 5
Housemate masa semester 3...
Sama2 kayuh basikal masa di Politeknik Merlimau dulu
Selain mohan..kami ni perintis budak kayuh basikal..


Lama dah tak keep in touch dengan Alin
Suddenly..
A few days before kita semua menyambut Ramadhan
Dapat berita

ALIN DISAHKAN MENGHIDAP BARAH PAYUDARA TAHAP 3

Allahuakbar...
Tahap 3 dah

hati ini sebak sangat
Jiwa meronta2 nak pergi tengok Alin

First day puasa.
Saya dan kawan2 masa study dulu yang kerja dekat2 sini juga pergi lawat Alin.
Korbankan masa yang sepatutnya bersama keluarga
Hati menjerit2..  Alin pasti sedang derita.

Ya betul
Alin sangat2 cengkung dan kurus.
Macam rangka hidup..
Cuma ada tulang dan kulit
Habis semuanya dimamah kanser.

Saat memeluk Alin
Air mata ini bagaikan meronta2
Agar dapat mengalir
Tapi saya tahan
Saya MESTI kuat demi Alin
Saya tak boleh menangis
Saya gosok belakang Alin dan berbisik
"Sabar Alin..jangan nangis..aku ada..  Kau kena kuat..kami semua datang sini nak happy2 dengan kau...sabar...kita usaha Alin..Kita usaha..."
Alin memang dah tak boleh tampung air mata..
Ya Allah..


Selama ni saya duduk sebarkan berita tentang penderitaan orang.
Selama ini saya duk risau kulit muka saya tak cantik
Perut saya tak dapat makan sedap.

Tapi Alin?
Alin bertarung untuk hidup.

Hidup Alin bukan orang senang
Sekarang tanpa SOKONGAN PENUH suami..  (Ya..aku tak nak buka cerita dalamkain..cukupla dua perkataan tu dengan harapan readers faham...)..Alin bagaikan berjuang sendirian..
Dan tambah memilukan hati..
Anak alin..(yang sulung perempuan..2 tahun setengah..yang kedua dan ketiga 7bulan..kembar ni)  kembar..kedua2nya yang lahir tak cukup bulan (permature) mengalami komlikasi paru2.
Both of them paru2 tak kuat dan terpaksa bergantung pada ubat.
Sekali sesi je dah RM3,500...  dua orang dah RM7,000....
Dan bergantung pada ubat sekurang2nya sampai 2 tahun..
Bayangkan..syukur lah Alin dapat bantuan zakat bagi perubatan Anak dia tu..
But still...dengan anak yang sakit..perlukan perhatian rapi..
Kembar pulak tu..
Dengan Alin yang perlu jalani kemoterapi..
Anak sampai terpaksa letak berasingan..
Nak bayar maid tak mampu.
Nak bayar pengasuh pun Alin tak mampu
Duit simpanan makinkering
Saat Alin cerita tentang kewangan dia..
Ada nada KEKUATAN disitu..
Ya Allah..kalau aku..aku pasti tak sekuat Alin..
Kalau aku mesti aku dah patah hati

Ini tidak..
Alin sanggup usung anak dia kesana kesini tumpang rumah orang pada siapa yang sudi jaga anak dia..sementara dia kemoterapi dan sementara dia pulih dari kemo..
Ya Allah..

Malah sepanjang kami disana..
Kami lihat Alin langsung tak berbaring dan cuma berserah
Dipaksakan diri layan anak2
Seorang diri...
Hanya hati seorang ibu yang mampu berbuat demikian....



Maka kami (kawan2 study dulu)...sepakat
mewujudkan

TABUNG AZLIANA

(klik utk link terus ke FB page Tabung Azliana)

ya..kita mesti bantu Alin
MESTI
Ini dah kira wajib...
Sesama muslim paling tidaknya..

Dengan kos perubatan (walaupun sebahagian mendapat bantuan)
Dengan anak2 yang perlukan penjagaan rapi dan khusus
Dengan duit simpanan yang berkurangan..


In Bulan RAMADHAN
Maka saya tetapkan hati..
Ini adalah waktu terbaik untuk saya lancarkan bantuan buat Alin
Sekurang2nya dia boleh tumpu utk 'menjaga' dirinya.
Bukan lagi tentang siapa nak jaga anak dia..
Siapa nak beri wang beli pampers anak..
Beli susu anak..


Susu..
bab ni pun kesian.
Alin..dia menyusu badan
Sampailah disahkan mengidap kanser payu dara..
Allahhh...
Dan tiba2 saya takut ...
Risiko tetap ada..
pada ALLAH nak turunkan ujian pada siapa..

Ini nak Raya pulak
Baju raya anak2..
kuih raya
aku jamin la tak ada kan..
Alangkan yang basic pun alin terpaksa kuis2 duit tabung...




Saya amat berharap ada hebahan tentang berita Alin ni.
Bantulah saya untuk bantu Alin
Sendirian..saya tak mampu
saya perlukan bantuan SEMUA
saya perlukan bantuan kalian.
bantulah saya untuk sebarkanberita ini..  war2kan di blog..di FB..  di tweeter...

BANTULAH ALIN
saya pohon.


Memandangkan Alin sukar nak bergerak ke ATM MACHINE...
maka semua sumbangan disalurkan kepada pemegang amanah.

Sumbangan boleh dibuat ke no acc ni bawah
CIMB BANK
Nik Hakimah Nik Mohamed
12840000597203


Duit semua akan diberi secara cash.  Sebahagian akan digunakan untuk membeli susu, pampers dan keperluan harian.



psstt...Kalau sesiapa nak sumbang kuih raya ke..  baju raya ke..  pun boleh berbuat demikian.  Tapi kami prefer cash.  Yela..nowadays..  duit tu penting.  Jadi Alin boleh beli apa yang dirasakan perlu pada ketika itu which kita belum tentu tahu kan...

5 comments:

Qhaifa Nur said...

moga beliau tabah dengan ujian ini......

-gedek! said...

T_T

oya zihanee said...

+ akak tak boleh recall alin yang mana satu... memang pernah dengar nama, tapi seriously tak ingat.. rasanya macam terbayang2 nik dengan alin main badminton petang2 depan umah sewa poli.. hurmm....


nak sumbang!!! nak sumbang!!!

MamaEma said...

YA ALLAH, dugaan besar untuk Alin..sama-sama doakan semuga kesihatan Alin baik-baik..

azzpinky said...

First time jenguk sini...dan terbaca entry ini...sgt tersentuh...

InsyaAllah akan dihebahkan....

Related Posts with Thumbnails