CTOS.. nama dah blacklist.. bank akan keluarkan notis. Kalau buat loan kereta.. kereta kene tarik..kalau rumah.. rumah kene lelong. dan kita masih perlu bayar remaining balance beserta dengan fees utk clearkan nama dari CTOS...
ada orang cakap CTOS dah tak valid.. tapi wallahualam.. saya kurang pasti.
yang kedua.. CCRIS
CCRIS ni adalah record payment loan kita.
Setiap bank tetapkan PEMBAYARAN SETIAP AWAL BULAN.
dan ada tempoh tenang selama 15hari.
dari 1-15hb.. ada interest yang dikenakan.. Tapi tak banyak.
selepas 15hb.. barulah dikira late payment.
Interest pula lebih tinggi berbanding dari 1-15hb tu..
Kemudian setiap 15hb..bank akan hantar satu report kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk rekod loan kita..
Perhatikan jadual kat atas ni.. (sumber google..ezypayment kalau tak salah)..
Bank 1 pada bulan June - 1, July -2..
itu bermakna pada bulan June tunggakan satu bulan.. July 2 bulan.. berterusan sampai bulan February..
Itulah rekod pembayaran kita..
Dan rekod ini hanya akan clear selepas setahun pembayaran tu cantik.. 0 = tiada tunggakan.. bagus..
Jadi kalau lah kata ada tunggakan yang banyak sampai 3 bulan pada Disember 2006.. kalau lepas tu clear semua.. Disember 2007 baru lah rekod tak cantik tu dissapear.
Saya ada tanya bank... berapa teruk rekod tu akan di tolak permohonan oleh bank?
Ini pendapat dia selaku org yang uruskan pinjaman bank.
Katanya
Kalau satu bulan biasanya pihak bank masih okay...
Kalau dua bulan.. masih consider 50-50.. dan sekiranya kita shoot loan 90%.. percent tu akan reduce maybe 60-70% je..
Kalau 3 bulan tunggakan.. maksudnya ada no 3 dalam jadual tu.. bank akan reject terus
lebih2 lagi kalau banyak rekodnya.. tetiap bulan ke...
Ada lagi satu cara nak clearkan.. Settlekan keseluruhan pinjaman.. Automatik rekod clear..
Ok.. apa efeknya kalau kita submit loan tanpa tahu kita ada BAD RECORD..
Contohnya..
apply loan.. loan pula join application.. husband and wife. Husband jadi main applicator.. wife adjoining je... (tanggung jawab tu kan di bahu lelaki..kehkehkeh)
Bank check.. wife clear.. husband sangkut sbb CCRIS....
bank automatic akan tolak permohonan tadi. Dan akan cuba continue dgn nama wife je.. Tapi secara automatic percentage wife terjejas.. wifenya cuma lepas 80% sahaja.. Sebab kata bank 'YOUR HUSBAND ADA BAD RECORD PAYMENT'
bila 80% je.. kene prepare lagi 25% dari harga rumah dalam bentuk CASH...
omak kau.. kaya betul la kan..
kalau rumah berharga 300k.. 25% = 75k.. walawehh.. ni jual segala harta benda pun belum tentu ado..
tak tau lah kalau ada orang yang KAYA kann... saya tak kaya.. saya org susah..
saya bermula dengan 0..
Ada bank yang boleh consider tutup mata anggap suami tak apply bersama dulu..
Dapatlah wife loan mcm yang dikehendaki..
Tapi bila nak buh nama BERSAMA dalam SnP, xdapat. SEBAB?
SEBAB nama SUAMI DIA CCRIS... Bank dah tahu.. jadi kalau letak juga nama bersama.. bank akan tolak.. ini bukan semua bank.. tapi dgn jarak masa yang singkat.. mmg tak sempat dah nak cari2 bank mana yang boleh offer dgn baik. (kene tengok juga interest yang di offer tu negatif berapa.. penting tu)
kenapa nak letak nama bersama?
Sebab kalau takde nama dalam SnP.. tak boleh keluarkan duit dari akaun 2 KWSP utk pembayaran 10%deposit tu...
Bila tak boleh keluarkan..
segala cash yg ada di tangan tu kene lah digunakan untuk tampung perbelanjaan nak bayar deposit tu.
Habislah budget utk mendeko2 rumah kita nnti sbb kita dah guna utk tampung deposit
Pestu duit KWSP bukan boleh keluarkan untuk buat kitchen cabinet.. haha..
Ada yang sampai kena pinjam mak pak duit tabung haji sementara nak buleh keluarkan duit KWSP.. kerana kes2 emergency mcm nilah..
Nampak tak kesan buruknya?
Memang later on boleh buat sekali lagi SnP masukkan nama suami after rekod dah clear..
TAPIII nak kena keluar duit lagi untuk bayar lawyer..
bukan murah2 ye. lawyer je dah 6-7 ribu.. siap jelah..
Akaun 2 KWSP bukan banyak mana pun..
jadi berapa jelah boleh digunakan..
Kalau kes sangkut buat loan.. lagi2 loan mcm ni..
Orang otomatik boleh agak ape sebabnya
Tak payah cerita pun orang tau apa sebabnya...
Sebab bank takkan simply tolak permohonan kita
Lainlah beli second house ke..
Atau apply personal loan ke..
Kalau baru first time nak buat loan..
tak lepas..
Jadi jangan main tuduh2 la orang jaja cerita
kannn
Fitnah namanya tuh...
Jadi hati-hatilah untuk buat loan.
Kalau kata die bayar cantik sekalipun..
Tapi big amaun..
Komitmen tinggi
Nanti kita nak loan utk diri sendiri tak lepas sbb komitmen tinggi
Skang nak apply loan rumah makin susah
Tenure dipendekkan jadi 35 tahun je
lagiiilah susah lepas..
Tapi skang kan kecoh plak PTPTN nak link dgn BNM kan.. mmg otomatik ramaila yg sangkut CCRIS.. haha.. hopefully kalau betul la dilaksanakan.. adalah cloumn remarks ke.. ape ke utk menunjukkan ianya adalah PTPTN.. hehehhehe
tpi masa kecoh2 haritu.. saya mmg urut dada..lega sikit.. sbb loan rumah saya dah pun LULUS.. mmg ada hikmah la terkejar2 haritu.
Ha.. jangan salah sangka pula ya.. saya bayar tau PTPTN..kalau saya HUTANG saya BAYAR tauuuuuuu
potongan gaji tru LHDN lagi,
Yabang pun bayar tau..
bulan2 rm500 tauuuuu
(tu yg tak mampu nak bermewah2.. huhuhu.. nanges)
tappii.. sbb dulu masa PTPTN susah nak buat bayaran balik
Tak macam sekarang on9 transfer boleh
atm boleh
kiosk boleh
Maka kami ada tunggakan adalah rm4k sorang
dua dah rm8k..
mmg nan hado lah nak bayar lump sum
marilah bayar ansuran berjemaah
belajor dah tinggi
ginilah ropenya
tanah air ku yang tercinta...
diluluskan oleh :
|
lembaga penapisan blog filem |