Tuesday, August 13, 2013

Dugaan akhir ramadhan.. banyak sungguh dugaan

Ini entry lama gila baru nak update..  hoho



Hari selasa..
2 hari lagi nak raya
budget semua dah nak balik raya
jadi selamba parking di tapak pasar malam.

Pastu ingatnya tengahari tu nak pergi ambil baju melayu yabang
Jadi mmg penuh keselambaan
Sekali masa tengahari tu baju belum siap habis.
jadi pikir amik petang karang jela
Boleh terlupa nak alih kereta ke tempat selamat sikit


Petang tu balik dgn semangat
Sekalii...

Kereta dah kene block

Sedih sungguh
Sepanjang2 tapak pasar malam tu
Memang banyak sangat yang rongak2nya sbb ramai peniaga dah balik beraya
Nak dijadikan nasib tak baik
Tempat kami tu pack sampai tak dapat nak alih sikit pun

Makanya terpaksakah pecah dua.
Yabang balik dulu naik teksi
Pergi amik baju
Pergi bazar
Amik teksi balik ke rumah pengasuh sufiyyah
Pickup Sufiyyah
Dan berjalan lenggang kangkung dgn princess tu sampailah rumah

Pukul 9.30 malam baru saya boleh balik
Tunggu dari pukul 5pm sampai kul 9.30pm..

Pastu balik tu malas nak susahkan yabang turun naik..  jadi saya terus singgah cuci kereta siap sbb nak bertolak dah subuh2 besok ke Kelantan.
Kul 10.40 baru sampai rumah
Terus sinsing lengan masak rendang, kuah kacang, pulut kuning bagai..


Pukul 2 pagi baru tidur
Esoknya tak terjaga sahur.
Ngam pukul 6 baru terjaga

Terus siap2
Pukul 8pagi bertolak pulang ke Kelantan.



Perjalanan siang dgn si kecik yangtgh lasak tu mmg mencabar betul.
Sufiyyah tak duduk diam sepanjang perjalanan.
Tapi itu nanti lah cerita episod raya pula





Hikmahnya kereta kena block hari2 akhri ramadhan ni..


Sementara tunggu kereta clear..  sempat la saya berehat di office (seb baik office belum tutup)
Merasa berbuka berasingan dgn yabang.cuma mee goreng RM2 dan air nenas laici madu ape entah..  itu je air yang ado... (huhuhuhu.  rasa nak nangis je)
Sempat saya buat terawih terakhir saya tahun ni..  =P
Buat kat surau je
Ate.. mood dah mood raya..

3 comments:

~ana~ said...

xpe..dugaan tu tanda allah sayang kita...

gadisBunga™ said...

hmm...syukur sebab at least kereta cuma kene block aje. ye kita faham memang menduga keimanan, tapi at least better than jadi benda lain yg lagi teruk.

kawan kite park kete kat parking area, then dia gi shopping kat jalan tar. kete sebelah dia terbakar rentung. kete dia cair separuh badan sebab orang ramai susah nak pecahkan cermin tingkap sebab nak free gear nak selamatkan kereta dia. lepas dah selamat, jumpa no fon dia dalam kete, call tak dapat pulak. sebab bateri fon dia kong.

bila balik semua ke parking tu, terduduk kawan... tapi kene syukur juga sebab kete dia selamat walau dah cacat. kete sebelah total lost terus. huu..

Emy Omar said...

Dugaan betul ye..xpe bulan2 Ramadhan di duga untuk menguji kesabaran kitakan dan sesungguhnya awak mmg penyabar

Related Posts with Thumbnails