Tadi dapat call dari lawyer firm..
Kunci tengah cuba dapatkan.. maybe next week dah ready utk collect.
Loan rumah pun dah mula bayar
By that time..
I know. there is no turning back...
Cukup atau tak duit di masa depan
Let Allah decide how far we can go..
InsyaAllah.. walau kena jimat banyak2.. tapi xpe.. insyaAllah.. Allah tu akan lapangkan rezeki.
Tough decision. Tapi sampai bila nak duduk di zone selesa. Duit dikumpul kena ada tujuan.. Kalau tak.. tak boleh kumpul saje2.. wajib disedekahkan pada yang tidak mampu..
Rumah juga keperluan..
Dan ianya salah satu nafkah yabang yang perlu dilangsaikan.
Semoga Allah permudahkan jalan..
Bulan ni sesak banyak sbb nak kena bayar sewa rumah dan loan rumah..
Lepas letak telefon..
Saya memandang rumah..
Sepi,..
Ya Allah..
pasti akan merindui rumah ini
walaupun cuma rumah sewa
Saya memulakan hidup berkeluarga saya dengan yabang di rumah inilah.
Dari memasak atas lantai je..
Takde meja buat mengalas dapur
Pergi rumah in law.. cari kayu cari papan terpakai.
Potong ketuk2.. buat jadi meja..
Tak cantik
tapi jadilah buat alas dapur
Adapun lagi tu kat dapur
berjasa 4 tahun dah rupanya..
dari rumah kosong.. cakap pun bergema
perlahan2 penuh dgn segala mcm barang
dengan barang meniaga
di ruang tamu itu
di dapur itu
di bilik itu
kami berkongsi ketawa
berkongsi suka
dan air mata
di hall depan itu yabang golek2,..
dengan sufiyyah
di cermin tingkap itu yabang berdiri waktu pagi
dengan belakang masih basah dgn air mandi
dengan cuma bertuala
menikmati pemandangan kota
dan angin yang selalu sahaja menyapa
di dapur itu saya sediakan hidangan buat keluarga
buat rakan2 yang datang bertamu
kecil
sempit
tapi terasa serba lengkap
di rumah itulah
kami rasaan tak mahu kemana
terasa penuh kasih sayang
terasa bahagia
seronok melepak sepanjang hari
rumah yang sakinah
hilang semua hiruk pikuk kota
hilang semua hancing pering bandaraya
sebaik sahaja kami menutup pintu rumah
cuma terasa syurga
di depan mata
dengan anak2 yang bergelak ketawa
ada sahaja keletah mereka
dari hujung bilik ke ruang tamu sufiyyah berlari laju
menghempas badan ke atas bean bag
memori itu akan terus terpamer
rindu..
kami pasti rindu
pada semua kenangan
di setiap sudut rumah ini
yang kami penuhi dengan kasih sayang
sepi..
saya memandang rumah ini
sepi..
dan hati ini makin sayu
bilakan rasa kasih ini akan bertamu kembali
ya Allah..
terima kasih ya Allah
tanpa sedar begitu besar rahmat dan rezeki yang kau kurniakan
tanpa sedar kau berikan kami syurga dunia
di dalam rumah kami sendiri
bahagia
jangan diletak nilainya pada wang
dan harta benda
bahagia
Allah yang kurniakan
dalam rumah sewa ini
yang kecil dan sempit ini
kami membaja kasih
kami hidup dengan anak2
semoga rumah baru kelak
Allah limpahkan dengan rahmat dan kasih sayang nya
semoga kami memperoleh rumah tangga yang
Sakinah Mawaddah wa Rahmah
Walau dimana kami berada...
Amin..
Ya rabbal alamin
psstt.. air mata saya bergenang ketika entry ini ditaip.. pasti kami akan merindui rumah kecil ini...
2 comments:
nik i baca pun touching....dpt rasa kesedihan tinggaljan rumah penuh bermakna ini....hijrah untuk y...g lebih baik
Touching...
Post a Comment