dah selesai majlis aqiqah Umar Mukhtar
Majlis berlangsung meriah pada 31January 2014 bermula jam 3pm.
Masa tu Umar genap 4bulan 6 hari.
Ummi terus buat sekaligus 2 ekor kambing. Tak moh pikir banyak2
Walaupun duit sesak sana sini. Tapi Alhamdulillah
berjaya juga buat. =)
yang penting niat dan usaha serta tawakal
alhamdulillah ada buat simpanan sikit2 masa umar dari dalam perut lagi. sama mcm kakak sufiyyah dulu.
tak ada marhaban ke.. cukur jambul ke.. Bidaah
cukupla masa kakak sufiyyah dulu
dah mcm2 version
this time we stick to ours.
no bidaah things
aqiqah sahaja
dats all
umar pun dah selamat di tahnikkan. di beri nama dandicukur kepalanya pada hari ke-7.
jadi done. =)
insyaAllah anak no.3 kita cuba lagi yang terbaik. maybe boleh buat akikah terus on the seventh day =)
Majlis bermula awal. Sekitar jam 2.30 petang dah mula
dengan bacaan yassin dan sedikit tahlil diketuai oleh tok ayah
Sedikit bacaan doa moga Umar Mukhtar jadi pewaris yang soleh
just before the event start =) |
rumbling baca yassin juga =) |
orang kuat neh. datang earlier just to help me out |
pengantin of the day |
cute face.. fall in love.. muaacckkss... |
tok ayah sedang baca doa. moga jadi anak soleh |
cak! |
Bermula jam 3, tetamu tak putus hadir
Semua datang serentak, pukul 4.30 pm beransur pulang
by the time maghrib dah selesai semua
Alhamdulillah =)
Makanan licin. Tinggal sikit je utk tapau pada closed friends and relatives.
Sebahagian makanan ummi order je
the rest made with LOVE.. hehe
tak sangka sempat pula
1setengah ekor kambing selamat di grill kan
lagi setengah ekor kambing ummi buat kari (kari sampai sangat lambat. Almost 5pm baru sampai. huhu. katanya tok imam meninggal. since maaf pun dah diterima, let the case closed lah kan =p)
roti jala (tempah dgn cousin je)
kemudian ummi goreng mee
bubur kacang dan durian
chocolate cake
cheesekut
donut ball
Pizza (order from roti ABS)
fruits dan sweets.
food adalah simple je sebab ummi pun buat minum petang je. so lebih kuih2. dan makanan ringan2.
antara gambar food =)
the dessert table. 3x replenish. cakes dan sweets je tak.. haha.. |
chocolate cake. ni all time favourite. dan masa majlis licin betul. tuan rumah pun merasa kerak2 ja..haha. will bake soon. |
cubaan nak ambil gambar famili dekat pelamin tak menjadi
anak dah dua
sorang pandang kamera sorang lagi buat muka
so redho jerla.
haha
jadi bagi tengok gambar pelamin jela.. still dalam usaha collect gambar masa majlis dari tetamu yang hadir. hope pic turn great la.. haha
tok wan dan tok ayah with sebahagian cucu dan anak2. this is the most proper one in my camera. yang lain agak chaos.. haha.. |
before the majlis start.. itupun 3 huruf dah tumbang |
4 huruf ni nak gantung asalnya. but i have no time. plus tak sempat nak cuci gambar umar utk display here. so this is the plan B.. hoho UMAR |
from the other view. i guess Quiny Bridal still keeps the skill for future event =) |
Last but not least...
pic by azie lensa.. cantik.. pandai betul azie ambil gambar. =) |
Titipan kasih buat sayangku Umar Mukhtar
Duhai Anak,
Telah ayah dan ummi 'tebus' kamu
berganti 2 ekor kambing
dengan Allah yang Maha Esa
Moga di akhirat kelak
Kamulah duhai anak
yang mampu memimpin kami bersama
ke syurga nan abadi
Duhai Anak,
dari dirimu mengalir segala kebaikan
dengan tebusan ini
moga kebaikan itu dapat menaungi kami
Peminjam harta dunia dari Allah SWT.
Seperti yang dijanjikan Allah
Bekalan yang dibawa selepas terputusnya hubungan dengan Duniawi
Doa anak yang soleh
Duhai Anak,
Semoga kamu menjadi anak yang soleh
Yang sihat tubuh badan
Cerdas akal fikiran
Baik budi pekerti
Indah paras rupamu
Ayah, Ummi dan kakak Sufiyyah
bergembira menyambut kehadiran mu
duhai anakku Umar Mukhtar
Pejuang Islam yang TerPilih.
terima kasih buat semua yang hadir =)
harap tak serik datang lagi =)
6 comments:
comel...
nape pipi muaz tu
gebunyer.. putih melepak kulitnyer..
cntik deco!...umar muke merah2..kene kiss kot...hehehe....tp kalau x bg mkn jgn hidang tu..mmg setepek kene haa
alhamdulillah...
setel sudah.. bile la nk usha rumah korang nih.. heheheheh
comelnya ^_^
cantik , lembut jer warna temanya...selembut baby encem kiut miut tu...
Post a Comment