Morning!. Monday yang ceria kan..
Nampak komen reader di entry INI
Terasa nak tambah point untuk sesiapa yang nak beli rumah.
Solat Istikharah.
Saya?
saya tak buat
(terasa bersalah juga)
Tapi tiap kali doa lepas solat.
Memang tak putus berdoa.
Sejak jatuh cinta pada rumah tu
Saya berdoa
Ya Allah.. Jika ini pilihan yang terbaik buat ku dan anak2. Maka kau permudahkanlah.
Inikah yang terbaik ya Allah?.. Inikah yang sebetulnya ya Allah?
Kita tak tahu betul tak
Lepas tu.. shit happens
Doa seterus2nya diiringi dengan air mata
Kerana masa tu hati saya betul2 susah hati.
Dengan kandungan yang memboyot
Dengan rasa dianiaya
Dengan rasa sedih bertimpa2
Seringkali doa saya tersasar
Ya Allah.. sekiranya ini yang terbaik.. Maka kau mudahkanlah
Aku begitu menginginkan sebuah rumah untuk ku dan anak2 berlindung
Aku mengharapkan keampunan dan keredhaan mu
Kau permudahkanlah jalan untuk ku ya Allah
Tapi sekiranya ini bukan yang terbaik buat ku
Maka aku redha ya Allah.. kau lah yang Maha mengetahui.
Demikian doa saya.
Jadi banyak2kan berdoa
Agar tak kena tipu
Tak ada masalah
Kalau kata kena tipu ke.. masalah ke
Cepat2 tune otak kita
Bukan kena tipu
Tapi kita sedang menjalani learning process dengan cara yang sukar je =)
hehehe.. yelah.. penyakit hati tu kan ubatnya pada diri kita.
Saya masa beli haritu pun memang serah bulat2 pada lawyer dan agent.
Maklumlah takde pengalaman.
Ni dah pernah beli ni pun banyak lagi yang tak tau sebenarnya.
Ilmu Allah tu mmg dalam dan luas
Subhanallah.
Sekian tazkirah senin =)
2 comments:
huhu.....biasa lah tu babe...dugaan kannn
Betul tu..bukan senang nak senang..doa jgn putus..insyaallah. .
Post a Comment