Friday, May 30, 2014

Ujian buat hambaNYA yang dikasihi

Saya suka berkongsi dengan cik bila cik jadi seorang KAWAN.

Cara nasihat nya, cara cakap dan guraunya
Memang macam kawan sangat
kalau mak2 tu kurang sikit sebab tazkirahnya panjang sangat..  hahahha
Kalau kawna tu pendek tapi bermakna

walau apa pun
saya syukur sangat
sebab punya emak tempat saya mengadu
ada yang sentiasa concern dan bagi nasihat dan panduan
LoVE you CIK..


mari baca tazkirah cik =)

Selamat Hari Jumaat




Sesungguhnya Allah uji dan uji kerana Allah sayang pada kita
Dia nak kita rapat dengan dia, mengadu dengan dia
Bila kita rasa teraniaya, rasa sedih, rasa hopeless..
Bukan pada gangster kita berharap, bukan pada wang kita berharap, bukan pada sesiapa
Cuma Allah selayaknya
Kerana dia yang maha mengetahui
Langit dan bumi







Pssstt..  maaf..  saya delete setiap komen yang lain sebab bimbang timbulkan fitnah dan rekaan cerita oleh orang yang BUSUK HATINYA.  Cukuplah dngan tazkirah cik ye

Tuesday, May 27, 2014

Tanah Kubur

Kalau dulu..
asyik la cerita princess
princess
princess
princess
cinderella
barbie
barbie
barbie
frozen
frozen
frozen
frozen


sampaikan ummi dengan ayah nak bukak tv pun tak dapat

sekarang alhamdulillah
dah boleh bukak tv
tapppiiiiiii
balik2 tanah kubur
tanah kubur
tanah kubur
tanah kubur

pastu mesti nak ada part tok hadi
takpun mayat pelik2
kalau takde tok hadi
akan ditanya
"ummi..  mana atok adi..  mana atok adi"

eehh.. budak ni..  ku bawak jugak jumpe nasir bilal khan live kang
nah..  amik tok adi


kalau takde tanah kubur
die mintak cerita hantu
cerita hantu
cerita hantu
kuat layan drama ni budak ni

kat rumah mamanya (Baby sitter)
memang ada astro
pastu yelah..  duk rumah..on drama la kan
jadi budak baya sufiyyah..  layan drama kalah org tua siap feeling

aduuuhh


jadi pilihan ummi
tengok cerita princess or monster university hantu (monster incorporated tu)
takpun sila bukak cerita tanah kubur atau any action drama


seb baik mama tak layan sinetron
kalau mama layan sinetron
dahhh..  die mintak sinetron pulak


Tapi bagusnya tanah kubur ni
boleh la tengok sambil selitkan nasihat
Tengok tu..  die lawan mak die.  die sepak mak die..
nanti mati tengok muke die buruk..eee...

so bila sufiyyah tantrum..  just remind her
lupe ehh cerita tanah kubur
slow down la sikit tantrum nya itu..



Pastu sejak ayah overtime malam2 ni
sufiyyah la tukang teman
ayah buat kerja
dia layan cerita pororo tak pun turbo kat TV atas pulaaakkkkk

TV tu TV lama kami repair
tak lawa sangat..  boleh laaaa.. takat buat tengok kartun
punyelah tiap2 malam bukak..
dah rosak dah TV tu..
gambar senget2

tapi tetap sufiyyah layan..
tak menahan tu siap cakap..
"nanti ayah ambik duit iya..  ayah beli TV baru tau..  TV BESAR tau..  nanti iya boleh teman ayah tengok cerita Turbo".


tak menahan ok..



dah sekarang..
ayahnya dah riki nak beli satu lagi TV kat ataih..

ummi is pening kepala..




pesanan :
Tengok TV sambil layan mata nak tidur adalah tak bagus
sebab...
tak elok utk mata
memori kita merakam 5-10 minit terakhir sebelum kita tidur.  Jadi nanti bawak tidurlah cerita turbo lah.  barbie lah... seeloknya biarlah dengan bacaan alquran..  simple books


kalau dengan ummi mmg tak dapek..
waktu nak tidur..
ambil buku baca 2 buku..
lepas tu switch off lights..
tidur..
pejam la mata


tapi sebab bila ayah ada..  ayah stay awake..  jadi die pun ada la geng berjaga..
sometimes tak lama mana pun

10 minit je..  intro pun tak habes die dah tido.  tapi tak bagus kan...



Monday, May 26, 2014

Menang Give away.. baik dan buruk

Pagi senin
dah mengadap jamm di Tropicana --> BURUK


Pagi Senin
dapat tau dua projek yang submit last week dua2 masalah -------> BURUK
(penat je berkejar T_T)


Pagi senin..
ting tong
masuk wassap dari Zira kat depan.. katanya ada parcel


Berbalut cantik dalam kertas minyak kaler brown

Puas pikir
ape pulak ku beli ni
takde ingat beli sbb semua pembelian hold sebab nak dahulukan nak raya dan puasa ni

Bukak sikit
eh..  siap berbalut cantik ok...

pikir lagi..

siapa pulak yang pos ni
mula pikir..
tanya yabang "abang ehh yang bagi"

tapi yabang menafikan sekeras2nya

tapi kalau dia yang bagi mcm ni suprise..  mmg saya melompat kasi cium satu kali
hahaha
once in a lifetime la pendek katoooo



Saya bukak berhati2..
sambil pikir


Owwwhh..
baru ingat
saya menang Give away di bloghttp://fatihashuhaimy.blogspot.com/2014/05/mrs-farizal-ga-2014.html


http://desirequeen.blogspot.com/2014/05/mrs-farizal-ga-2014.html


hehehe.  suka2..

inilah hadiahnya



2 tupperware (mmg brand tupperware okeh..  bukan tipu wear)
kurma
dan sampul raya


alahai..  mmg suka betul la kan
ai dan tupperware ni mmg la sangat suka
senang nak tapau2 ni
ai kan mmg suka g mana2 bawak bekal
senang nak makan dah tentu bersih. sihat

thanks pada owner blog
bagi hadiah best ni.
kalau sendiri nak beli mmg tak la..  mahal kan brand tupperware ni.
setanding la dengan kualitinya kan




akhirnya...  mood teruk OK sebab dapat hadiah..  hohohoo


Friday, May 23, 2014

Ulat bulu dah naik dauuuunnnn

Sila baca tajuk di atas dengan intonasi yang tepat..  haha



Yabang la..
Siapa lagi kalau cerita2 ulat bulu ni
Geram sungguh rasa hati

Entah mana dia merayap entah
Tergaruk-garuk pagi ni
sekali selak lengan baju
haaahhh
amik kauuuu


elok je merayap


terus google petua hilangkan gatal ulat bulu


ada yang kata guna rambut
ada yang kata taruk balsam la apa


tapi saya jumpa satu petua untuk hilangkan gatal ulat bulu

1/2 sudu garam 1/2 sudu minyak kelapa
campurkan besama dan sapu kat tempat gatal



kebetulan saya mmg simpan garam dekat opis.
Garam antara natural remedy yang bagus
dan saya baru je restock VCOA Treenea (Virgin Coconut Oil with Antioxidant)
ape lagi..  kasi campur


nampak lega dah tu...



sape nak order vcoa treenea dengan saya, bolehlah contact
nik  0123857747
whatssap/sms
email : nikhakimah@yahoo.com



Wednesday, May 21, 2014

ww : selfie


tengoklah masing2 bergayut kat tudung
ummi cantik sekejap je



Tuesday, May 20, 2014

Bloglist

Sekadar memenuhi jemputan seorang blogger

Sesiapa yang rasa nak join..  boleh lah ke blog El Janna http://bbyuya.blogspot.com


katanya banyak la kelebihan kalau blog ada dalam bloglist orang.
Me is tak tau
yang me tau.. mmg ada la dapat trafik walaupun tak banyak tapi tak la sampai dapat income beria.  dua tiga posen tu adalah sebab blog tak update pun.
Visitor dari blog Neena antara yang terbanyak.
So maybe yelah kot yang dikata..
hahaha


I wont tag any of my blogger friends.
For me.  sape nak buh link saya dalam bloglist silakan..
Saya amat berbesar hati..
Bagi saya mereka ikhlas mengikuti perkembangan saya (walaupun update blog sehado2 je)
Bagi saya mereka datang dengan ikhlas walaupun tak tinggalkan sebarang jejak

Jadi saya join ni sebagai tanda ikhlas pada El Janna..
 yang berminat nak follow blog El Janna...  silakan  =)
Boleh tambah kenalan di alam maya
mana tahu besok2 jadi rapat  =)
Hye El Janna (sambil wave tangan tinggi2..heheheheh)



Thursday, May 15, 2014

Aktiviti petang



Gambar agak terkebelakang.

Ahad lepas
di rumah Atuk damansara


Atuk kata "mak bapak gila"..
hahaha..
inilah kami, we dont limit our kids
biorkan je
selagi tak bahaya
masa fasa ni lah budak2 gunakan seluruh sensory dia, utk menghubungkan sel-sel otaknya
(waahh.. cukupilmiah tak..haha)

orang kata budak yang aktif, 'nakal' ni bijak.
sebab sel otaknya selalu berhubung
saya lebih risau kalau sufiyyah asyik mengadap movie sorang2
baiklah pergi melompat ke..  apa ke


Sufiyyah menunjukkan kemajuan dalamskil 'membaling bola'
Umar nak explore bunga rumput.  kalau rumput kat rumah tu pendek je..










Wednesday, May 14, 2014

Mrs. Farizal GA 2014


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...




i pertaruhkan this picca..
kebetulan pagi tu baru je buat this yummy neslo.
sedikit bersalah sebenarnya sbb asyik ambil kopi je tanpa minum susu..  hohohho
tapi tak bolehlah takde kopi
satu kali satu hari mcm wajib pulak
takde kopi hati takde senang

dan sayalah penggemar kopi aik cheong
baik yang O..  baik yang susu
aromanya...  fuuhh..  mmg sedap.. wangi





so sempat lagi nak join this GA sebelum tengah malam ni..  tutup 15mei
sila lah ke blog ini





dah lama tak masuk GA.. serius lama gila

maybe sbb frust asyik tak menang kot..  hahaha..  not so lucky one la i guess..
but this one catch my eye..  macam dipanggil2 pulak
harap menanglah (waah..  harapan menggunung sungguh)



Story telling session




Dalam kereta je, dua buku ni tengah dia minat pula

#bigbadwolf #lettice





Tuesday, May 13, 2014

mentadak mentadu macam mana umar tidur


kecik2 dulu suka lah main permainan tu
Sambil ketawa2 tengok aksi mentadak mentadu tu

Pastu membahan orang
Bila orang bahan kita, nangis..  tau pulak nangis. hahaha


Ini kalau tanya mentadak mentadu ni, mesti terbangterus..
Mentadak mentadu pening nak tiru
Aksi umar dalam kereta









ini dalam kereta nak pergi kerja semalam.
Car seat punya alas tu saya bukak nak repair sebab dah reput.  Keluar habuk2nya.
Jadi temporary kami alas la pakai toto dan gebar je
Memang empuk la
Tu yang feeling2 macam kat rumah

Jadi boleh bayangkanlah battle malam2 tu kan..  aahahah.. (ok..  stop bayangkan..haha)


ok.. selamat bercuti oollssss

Monday, May 12, 2014

Umar milestone : memanjat lebih tinggi





Lately agak penat dan tak larat sangat


Too many things to catch up.
Dan umar di rumah pun melasak (bukanlah merungut k..  )
Demam ni padahal
Tapi melasak..  fuh..  mmg berpeluh

tapi kejap je kan fasa ni
nanti kejap je dia dah besar
buat hal sendiri
dah tak bergantung pada kita dah
waktu kecik ni la nakbelai2
buli2 sikit



Nah.
umar memanjat dengan pantas
ini pun kami hentikan..  suruh stop..  cakap2 dengan dia...
kalau tak mesti lagi laju la die naik













Haritu di FB ada yang bertanya..
development umar agak cepat katanya (or macam cepat)

Entahlah.. ada orang kata biasa je..  mmg jenis badan ringan
Umar bukan jenis gain weight
Sufiyyah dulu rasanya lebih chubby
Umar mmg jenis slim fit
takde geber2
pipi gebu2 takde
mmg dari kecik melasak

sampai ingat2 lupe umur berapa umar start melasak
duk rasa lahir je terus melasak (haha.. imaginasi luar batasan)



apa pun ummi syukur umar sihat
walaupun asyik jangkit selsema dengan kakak
tapi umar maintain active
senyum tu sentiasa je terukir di bibir
tak putus


kata nenek "agaknya masa mengandungkan umar tak reti duduk diam maknye"
saya iyakan aja..
mana nak duduk diam
saya sentiasa sibukkan diri dengan layan sufiyyah 
dan pujuk hati sndiri
yang terluka
saya takkan lupa sampai bila2
parutnya bagai terukir di wajah umar
bila umar sedih otomatik saya teringat
mana mungkin saya lupa kan begitu sahaja





Friday, May 2, 2014

Rezeki yang HARAM


 “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
 (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Ketika saya masuk dalam alam pekerjaan, saya dah pun di beri 'amaran awal' tentang wujudnya unsur yang syubhah..

RASUAH

ye..  sangat berleluasa
Saya tak nak nama kan siapa pemberi, siapa penerima
Walaupun jelas, tahu.  Tapi selagi saya tak nampak depan mata, saya tak berani nak point fingers.


Bidang saya ni kononnya RASUAH tu penting sangat.  tak RASUAH, projek tak jalan.
Which is BULLSHIT.  Banyak je projek yang ikut undang2, ikut peraturan, ikut jalan kerja, selamat tanpa rasuah.


Bagi pemberi, baik penerima
tak payah tayang hasil rasuah
tak payah bangga diri macam kamu malaikat, macam kamu berkuasa (kamu boleh kawtim la konon)
tak payah canang

sepatutnya kamu MALU
kerana gagal jadi seorang MUSLIM yang baik
kerana beri tanggapan buruk pada orang bukan ISLAM
kerana memberi anak isteri kamu wang yang HARAM, jadi darah daging


ya allah, jauhkan lah aku dan anak-anak ku serta keturunan ku dari hasil yang HARAM itu.
jauhkanlah diriku dari urusan yang kau laknati itu.


Biarlah aku miskin dunia
Tapi aku tidak menelanjangkan agama ku, maruah ku, kerana DUIT!
Biarlah aku berhempas pulas sengkang mata cari duit halal
biarlah orang nak kata aku BODOH, tak bagus buat kerja (kalau itulah kerja yang dimaksudkan)
Biarlah...


Banyak lagi cara HALAL..  tak payah lah berlagak
Allah tak tarik di dunia..  Allah 'beri' di akhirat.


Mohon maaf kalau ada yang terasa hati
Tapi bagus lah terasa.



sekian entry pedas
mohon terasa bagi yang berkenaan





Thursday, May 1, 2014

Puding Roti daging








Photo courtesy to : http://www.tiffinbiru.com
(maaf..saya tak sempat nak ambil gambar pudng roti saya..dah licin =P )



Bahan-bahan Base
Roti (agak2 berapa keping, saya guna setengah buku roti gardenia biasa tu.  Boleh juga guna wholemeal bread tapi nnti puding jadi padat)
1 biji Telur
Susu secukupnya.  saya guna dalam 1/3 cawan je
Butter
A pinch of salt


Bahan-bahan Topping
1 labu bawang besar (yang kuning tu)
Serbuk kari sikit, jadikan pes
4 keping Dada ayam yang dicincang
Cendawan butang
Capsicum
or any vege u want
Sedikit garam
Minyak utk tumisan
Cheese



Kaedah :-
- Tumis bawang sampai layu, masukkan pes kari, tumis sampai pecah minyak
- Masukkan dada ayam, tumis sampai masak
-Masukkan vege dan masak sampai air nya sedikit kering
- ketepikan

- carik-carikkan roti yang dah disapu butter on both side
- pukul telur, garam dan susu dan curahkan ke atas roti yang disusun di dalam loyang
- tekan2 sikit utk padatkan.

- tuangkan topping tadi, taburkan cheese.
-bakar pada suhu 200 darjah celcius sampai masak

-sejukkan baru dipotong

untuk dewasa boleh tambah mayonis dan sos cili..  mmg umph!





saya dapat resipi ni dari biras saya, saya olah dan cuba.  Kemudian masa cari gambar, baru tahu kat blog che mat pun ada.  jadi terpulang nak cuba mana2 yang selesa. Menu yang lengkap in one plate.  Sufiyyah suka =)



Related Posts with Thumbnails