Friday, May 2, 2014

Rezeki yang HARAM


 “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
 (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Ketika saya masuk dalam alam pekerjaan, saya dah pun di beri 'amaran awal' tentang wujudnya unsur yang syubhah..

RASUAH

ye..  sangat berleluasa
Saya tak nak nama kan siapa pemberi, siapa penerima
Walaupun jelas, tahu.  Tapi selagi saya tak nampak depan mata, saya tak berani nak point fingers.


Bidang saya ni kononnya RASUAH tu penting sangat.  tak RASUAH, projek tak jalan.
Which is BULLSHIT.  Banyak je projek yang ikut undang2, ikut peraturan, ikut jalan kerja, selamat tanpa rasuah.


Bagi pemberi, baik penerima
tak payah tayang hasil rasuah
tak payah bangga diri macam kamu malaikat, macam kamu berkuasa (kamu boleh kawtim la konon)
tak payah canang

sepatutnya kamu MALU
kerana gagal jadi seorang MUSLIM yang baik
kerana beri tanggapan buruk pada orang bukan ISLAM
kerana memberi anak isteri kamu wang yang HARAM, jadi darah daging


ya allah, jauhkan lah aku dan anak-anak ku serta keturunan ku dari hasil yang HARAM itu.
jauhkanlah diriku dari urusan yang kau laknati itu.


Biarlah aku miskin dunia
Tapi aku tidak menelanjangkan agama ku, maruah ku, kerana DUIT!
Biarlah aku berhempas pulas sengkang mata cari duit halal
biarlah orang nak kata aku BODOH, tak bagus buat kerja (kalau itulah kerja yang dimaksudkan)
Biarlah...


Banyak lagi cara HALAL..  tak payah lah berlagak
Allah tak tarik di dunia..  Allah 'beri' di akhirat.


Mohon maaf kalau ada yang terasa hati
Tapi bagus lah terasa.



sekian entry pedas
mohon terasa bagi yang berkenaan





3 comments:

zuliana said...

lama xbkk blog mah..huhu..
bab rasuah...org kata krn nila setitik,rosak susu sebelanga...mcm polis jgk..smua dianggap 'kotor' main rasuah..abah k.na pn polis..tp bahagian mekanik (walaupn klau ada apa2 berlaku cth rusuhan/perang or pape ancaman kne jgk turun padang)...keje dia kt bengkel je la..kadang eskot lori polis/van yg jalan jauh takut rosak tgh jalan..xnampak pn nk rasuah kot 'jalan' mana...tp bila dh org tu dh set kt otak polis ni 'kotor',yg lain pn 'kene tempias'....pandang serong kt abah...sdih pulak kenangkan smua ni

Queen said...

itu lain kak na..

tapi ini siap berbangga sebab 'mampu; buat kerja haram tu. tak tahulah kulit bikin dari kulit apa

cikbedahlaser said...

yup... marin makan ati je... tgk org lain tayah Q masa submision.. yg kite... kena amik no.. tgu Q.. pastu 5 6 kali kena reject... sampai aku mengamuk dgn org mbsa.. last2 duduk dgn pegawai die.. baiki drawing... huahuahua...

Related Posts with Thumbnails